Friday, December 31

Azam

Ponteng solat,main bola sampai lepas magrib,tipu mak,makan tak baca bismillah, meniru dalam periksa, bangun tengah hari,tidur dalam kelas,payah bangun subuh,makan buah tak basuh, malas buat kerja rumah, merokok, tak pergi kelas, buat assignment last minute, tipu orang, kaki pukul.

Benda-benda ni last aku buat 2010.

2011 aku dah tak buat benda-benda ni.

Thursday, December 30

Temuramah ke-3 dengan Safee Sahli

Disebabkan Sapi jauh kat Indonesia, aku tak boleh ajak dia lepak mamak lepas game.

Tet..tet..tet..tut... aku dail no Sapi

"013-7724569"

Tutt...tuttt..tuut....

Sapi : Hello..

Aku: Hah, hello..

Sapi: Ngapain sih?

Aku: Ni nk tanya.. Ang rahsia ape.. main asik perform je ni?

Sapi: sebelum game guwe bisa ngankung dulu.

Wednesday, December 29

Gangster



Aku tengok berita TV3 1.30 petang. Nak jadi remaja berwawasan kena selalu tengok berita baru cukup ilmu di dada. Masa aku tengah syok layan makwe yang baca berita tiba-tiba pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

Pang, pung...pang..pung ..pang

"Cilaka..ketuk slow sikit yob.. buku lali kang!", maki aku sambil nak bangun menuju pintu.

Aku bukak pintu.

Orang asing berdiri depan aku. Badan agak besar, tinggi dalam 7 kaki. "Tak penah aku jumpe mamat ni sebelum ni", bisik aku dalam hati. Dari atas kepala sampai bawah kaki aku jeling dia.

"Gangster ni", agak aku dalam hati..

***

Gangster tadi masuk rumah tanpa salam. Dia nyala sebatang rokok fokus layan makwe baca berita.

Monday, December 27

Awek McDonald takdelah peramah sangat

1.37 petang.

Waktu ni McDonald sesak macam stesen LRT Hang Tuah. Kontraktor Telekom, tukang fotostat, pemandu bas, pekerja Tesco, budak sekolah, manager kilang semua beratur beli burger.

Aku beratur belakang brader India badan tegap rambut ropol-ropol. Sebelah, awek Cina beratur kat kaunter lain. Sambil beratur aku text Judin.

"Weyh, makan jap..Pasni kite sambung job"

Judin reply.. Aku reply balik yang Judin reply. Dua tiga kali aku reply, brader India tadi dah berdiri betul-betul depan awek McDonald jaga kaunter. Automatinya aku berada dua dari depan Awek McDonald tu. Brader India order Double Chess Burger dengan Pie epal. Dari celah-celah Brader India dengan Mesin Duit aku intai muka awek McDonald.

"Megan Fox ni..cun", kata aku dalam hati

***

Lepas Brader India, giliran aku.

Awek McDonald senyum. Aku balas senyum.

"eat here or take away?", awek McDonald memulakan bibit-bibit perbualan.

"Take away", jawab aku ringkas.

Bigmac set large, bubur ayam, McFlurry... aku order

Gopoh gapah awek McDonald tadi tekan-tekan keypad dekat Mesin Duit. Aku tengok belah dalam dapur McDonald semua gopah gapah juga. Takda seorang pun yang tak gopah gapah kecuali cleaner. Sambil awek McDonald buat kerja kaunter, aku intai nametag dia.

"Elina..very sweet name", aku mula...

"Hehehe...Thanks", awek McDonald.

"Then, your name?", dia sambung..

"Faiq", aku

"Hah, Fuck-it!!!!" , dia.................... (Fa = Fuck.. iq = it)

Dengan muke kari dia bagi bungkusan order aku.......

***

Balik-balik rumah aku bukak bungkusan... Bigmac jadi McChicken, bubur ayam dengan McFlurry takda.

Damm...

Temuramah ke-2 dengan Safee Sahli

Lepas game tadi aku kol Safee Sahli ajak pekena teh mamak. Sambil hirup teh dengan sudu teh, kitorang borak pasal bola.

"Sapi, ko main baik beb tadi. Siap gol 2 biji lagi", aku memulakan perbualan

"Relak la, lu jugak yang ajar gua tanduk dulu", kata Sapi jujur sambil cicah roti telur dalam dal sambal.

Aku senyum dalam-dalam...

Sunday, December 26

Aku dan Tenis part 1

Subuh-subuh aku dapat message pelik dari Jembo..

" Jang, yok men tennis"

"Demo ado ko raketnyo", aku balas..

"Sumer beres, ang datang je", dia reply laju.

"K", aku reply super laju.

Aku kena seluar bola, baju bola dengan kasut bola tanpa kena mandi dulu. Aku start motor pergi court seberang kampung. Sambil bawak motor aku fikir-fikir."reti ko ambo men tennis ni?". Dalam hati aku agak yang mungkin aku ni ada bakat terpendam dalam bidang Tennis. Aku senyum besar sambil hirup-hirup rokok pagi.

Sampai court, aku setup kasut. Jembo dah tunggu dalam court. Dari jauh aku tengok Jembo buat stretching. Aku ikat tali kasut ketat-ketat....Ngam.

Ini pernampilan pertama aku dalam sukan tenis sejak aku cecah 22 tahun.

***

Jembo belah hujung sana, aku belah hujung sini. Aku pandang Jembo ketat-ketat. Aku tak senyum kat musuh. Ini semua psikologi dalam sukan bila kita main peringkat International.

Aku ambik bola buat servis pertama.

Aku campak bola keatas tinggi-tinggi.... Sambil renung tajam aku hayun raket laju-laju.

Zzzuuusssssh.....

Bola jatuh dalam court sendiri......

Friday, December 24

masa depan

dipetik dari post yang lepas:

"Kalau jahat dengan cikgu, dah besar nanti ko jadi cikgu"..( Mak aku, 1996)

Padat dan bertenaga kata-kata mak aku masa sedang memotivasikan aku sambil goreng cempedak...


2005 - Budak-budak gaya nak kene penerajang dengan guru besar


2008 - Jadi guru fitness gara-gara badan taf


2009 - Masa aku tengah test-test mengajar


2010 - Ape macam sekarang ni? hehe

Thursday, December 23

Hukum alam

Hari ni bangun pagi, hati cenderung nak buat pizza.

Wednesday, December 22

Strategi K.Rajagopal



Semalam huru-hara K.Rajagopal datang jumpa aku.

8.15 P.M..... Aku tengah khyusuk layan Buletin Utama TV3 dengan sepinggan kerang. Walaupun kutu, berita dalam dan luar negara aku tahu. Sekarang negara gempar dengan eksiden bas. Jadi aku yang tengah plan nak bukak syarikat bas kene tahu hal-hal semasa tentang bas.

Tengah aku kopek kerang.

Dum...dum...dum..dum...

Aku dengar pintu rumah kena ketuk macam nak roboh.

"Oi, relak-relak...pintu baru beli tu!", aku jerit kasi sedar kat orang yang tengah ketuk pintu.

Aku bukak pintu. K.Rajagopal berdiri depan pintu. Aku ajak masuk tengok berita sama.

"Watpo demo mari rumoh kawe male-male ni?", aku mulakan bicara sambil hulur kerang ke Rajagopal.

"Ni nak ajak bincang pasal strategi final", K.Rajagopal bersuara.

Aku ambik marker dengan whiteboard. Kitorang bincang panjang sambil makan kerang.

****

Sesi perbincangan adalah rahsia. Takut-takut ada spy Indonesia kat blog aku. Kalah Malaysia nanti.

Sekian.

Tuesday, December 21

Isu eksiden bas

Pasal eksiden bas semalam, aku dengan Ivan Batora duduk discuss kat kedai teh Haji Salleh.

"Bawak bas tak boleh laju-laju.. Tak ballance!".. Ivan Batora membuka bicara..

Helaian surat khabar utusan basah terkena teh panas Ivan Batora yang marah tadi. Aku angguk-angguk tanda setuju.

"Apa sebab eksiden tu Tora?" , aku mencari kepastian.

"Ini mesti sebab bawak laju la.. Takde lain dah", Tora balas dengan jawapan sendiri tanpa merujuk berita dalam Utusan Malaysia.

Aku angguk ulang kali tanda setuju. Jika ilmu-ilmu tentang bas memang Ivan Batora lah orangnya. Dulu lepas SPM, budak-budak lain pakat ambik lesen motor, dia ambik lesen bas. Jadi lepas SPM, dia kerja bawak bas budak-budak sekolah agama. Seingat-ingat aku dia bawak bas belum penah eksiden lagi. Paling kuat pun enjin rosak sebab gasket terbakar.

Tapi penah jugak mak bapak pelajar komplen, dia curi bekal makanan budak-budak sekolah.

Ivan Batora keje bawak bas tak lama. 3 bulan setengah saja. Lepas tu dia sambung form 6, aku sambung Matrikulasi.. Lepas STPM, dia keje kat workshop specialist repair bas. Turun enjin, servis enjin, tuka tayar semua Ivan Batora mahir. Jadi sehingga hari ni, dia yang sedang duduk kat kedai teh Haji Salleh masih bekerja di workshop repair bas.

Aku seluk jari telunjuk ke dalam cangkir teh. Dengan perlahan-lahan aku hirup penangan teh Haji Salleh.

" Jadi apa cerita kita sekarang ni Tora?", aku cuba menyambung perbualan.

"Kita bukak syarikat bas!", kata Ivan Batora penuh semangat dan bervisi.

"Setuju?"

"Setuju!"

Aku dan Ivan Batora, balik rumah pecah tabung kumpul modal..

Monday, December 20

Kemalangan bas di Simpang Pulai

"Ini buat aku makin tak percaya kat bas"




IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh tujuh orang terbunuh dan 10 cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya terburuk dalam sejarah negara, apabila sebuah bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi malam ini mengesahkan 22 orang maut di tempat kejadian, empat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata tiga yang terbunuh adalah rakyat tempatan, iaitu pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan, 48, dan Soontorn a/l Kian, 38, pemandu pelancong (keturunan Siam Malaysia), manakala identiti pembantu pemandu bas belum dikenal pasti. Lima belas yang terbunuh adalah wanita dan 12 lelaki.

Katanya bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Menurutnya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Zakaria berkata terdapat 37 orang dalam bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sementara itu Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih... saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Ia juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan.

Kemalangan hari ini merupakan yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah bas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.



-- BERNAMA

Thursday, December 16

Temuramah dengan Safee Sahli

Lepas game tadi aku sempat jumpa Safee Sahli. Kami berbual...

Aku : Apa rasa main tadi?

Safee Sahli : Aku rasa aku Torres.

Perbualan kami ringkas tapi penuh harapan.

Tuesday, December 14

Siri blah tanpa bayar 2

Sekarang tempat aku budak-budak fenomena main futsal sejak-sejak Arsenal kalah malam tadi. Hari ni pagi-pagi aku call Capang budak Master Uitm jurusan futsal.

tuttt...tuttt...

Aku : Hello, Pang....
Capang : Yer, apehal..
Aku : Aku nak tanya ko satu benda ni.
Capang : Ape bendanya paiq?
Aku : Ini aku ingat nak buat penampilan kat futsal la...Apa aku nak ada?
Capang : Elok la tu.. Nak main futsal ada kasut bola yang takde stud tu cukupla.

tettttttttt................ aku terus matikan telepon.

Aku start moto, pergi Al-Ikhsan terdekat.

Aku masuk terus menghala ke arah rak kasut. Mata aku rambang tengok kasut-kasut. Ada Nike, ada Adidas, ada Celcom, ada segalanya.

Abang nak yang mana?, seorang brader yang keja kat situ tegur aku.

Ambek yang Nike 5 tu warna hijau saiz 7 setengah.

Sekejapnya bang.

***

2-3 minit berlalu. Brader tadi datang dengan kasut yang aku mintak

Aku bukak kotak keluarkan kasut. Aku pasang kasut belah kanan kat kaki kanan dulu, pastu belah kiri kat kaki kiri.

Aku berdiri pandang cermin.

"Macam Kaka ni"..Aku cakap dalam hati sambil senyum dalam

Aku keluar Al-Ikhsan, start moto balik rumah....

***

Nota: Siapa ada team futsal kuat-kuat bole kontek aku untuk "lawan kawan"

Monday, December 13

Siri blah tanpa bayar 1

Sejak-sejak cuti 2 bulan ni, aku dah jadi regular customer kat Warung Keropok Losong Ajis. Sehari aku tak pekena keropok losong badan macam kurang ngam.

"Ajis...biase!", jerit aku sambil tengah setting parking moto C70.

Aku melangkah masuk warung sambil mata melilau cari meja kosong yang dekat dengan meja awek-awek.

"Cantik..awek korea..", kata aku dalam hati..

Aku pun pilih meja betul-betul bersetentang dengan awek korea tadi. Orang-orang lama ada cakap, kalau kita makan sambil cuci-cuci mata barulah terasa nikmat sebenarnya. Tak lama lepas aku duduk, order biasa aku sampai. Air kelapa pandan dengan sepinggan keropok lekor.

Nak dijadikan ceritanya, sebenarnya tadi aku dah janji nak minum sama dengan Dragon kat warung ni pukul 4.30 petang. Sekarang aku tengok jam dah pukul 4.32 petang. Aku text Dragon kasi warning yang aku da sampai.

Tet,tet..Tet, tet...bunyi keypad aku taip message

"weyh tmpt biasa, aku da sampai"...

4.50 petang.. Batang hidung Dragon tak sampai-sampai, message tak direply. Hati aku yang mulanya suci dah mula memberontak panas. Aku memang tak boleh kalau orang-orang Melayu janji macam kaum lain. Macam mana Melayu nak maju.

"013-3705348"...Aku dail no Dragon.

Tettt...tettt

14 kali aku call... 1 pun tak angkat. Panas aku dah tak boleh tahan lagi. Temperature hati menunjukkan bacaan 169 degree..

"Keeeteeeeepaaaaang" .......bunyi aku tumbuk meja

Air kelapa tumpah berderai... Keropok lekor sepinggan bertebangan..

zusshhh...zusssh...

3 ketul terkena muka awek Korea. 1 ketul masuk dalam cawan Milo ais awek Korea.

Suasana gamat dan sunyi.
Aku start motor, terus blah tanpa bayar.

Monday, November 22

Penampilan Kembali




Masa-masa umur aku dalam sekitar-sekitar 8-12 tahun, rambut aku sentiasa ala-ala botak Ronaldo. Mak bapak aku pantang nampak panjang 1,2 cm sikit, memang terus dia anta aku pergi Kedai Gunting Ngandimun yang betul-betul bersebelahan kedai runcit Ali.

"Wak, biasa!"

"mm..bole.."

(dialong bapak aku dengan wak Ngandimun)

Guna mesin warna kuning dengan karat kat tempat pemegang wak sodok kepala aku. Dari tepi keatas, kemudian dari depan kebelakang. Aku tengok aksi-aksi wak menyahlupuskan rambut aku dari cermin besar kat depan aku. Rambut aku jatuh berguguran macam daun ketika musim luruh di Tanjong Karang.

Dalam 10 minit, proses mengunting pun tamat.

Berpeluh-peluh wak mengunting rambut aku. Dengan kain putih wak lap peluh. Kain yang sama wak libas-libas sekitar tengkuk aku buang rambut-rambut yang melekat. Time tu memang aku geli sikit dengan wak, peluh-peluh dia melekat kat aku. Kalau time tu umur aku 27 tahun, memang aku dah shoot wak tu.

Aktiviti petang budak-budak macam aku memang meriah. Macam biasa ia mengikut musim. Kalau musim bola, semua pakat main bola, kalau musim gasing semua pakat beli gasing, begitula jugak dengan musim rounders, guli, senapang kayu dan lain-lain lagi.

Time ni musim badminton, baru jer seminggu lepas musim tepuk batang ais krim. Budak-budak semua pakat bodek mak bapak masing-masing suruh beli raket sebiji.Port main badminton kat sebelah rumah Lotfi. Angin kat situ memang sepoi-sepoi peribahasa, sesuai nak main badminton jenis outdoor. Net guna basikal 2 biji. Shuttlecock sampai tercabut semua bulu baru tukar.

Petang-petang memang tinggi jugak permintaan permainan badminton ni. Setakat 10 basikal tersusun nak wat 5 court memang biasa. Kadang-kadang ada jugak sorang dua makcik pertengahan umur datang join sekali pertunjuk aksi smash.

Kalau badminton, aku boleh dikira top jugak dalam kampung. Umur-umur 9 tahun, aku dah boleh buat jumping smash silang. Budak lawan mesti berterabur nak ambik smash aku.

Malam tadi Datuk Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan. Aku tengok macam payah jer dia nak ayamkan Lin Dan.Aku ingat, aku nak gantung but bola pastu buat penampilan kembali. Kalau start hari ni, kira-kira chance nak jadi pemain Malaysia masih ada lagi.

Saturday, November 20

Tertipu dengan Zarep


Zarep masa join Klu Klux Klan

Pagi tadi aku bangun tidur macam biasa. Waktu-waktu sebelum azan Zuhur. Siap-siap taruk alat solek kat badan aku pecut motor pergi kedai Seben Eleben.

Ding dong...bunyi pintu Seben Eleben dibuka.

Langkah aku kemas dan rapi..

Aku capai surat khabar The Star letak atas kaunter. . Mamat Seben Eleben bergegas proses pembelian aku.Dulu mamat ni lah yang aku sound sebab bagi baki tak cukup 30sen. Sekarang ni kedai-kedai fenomena jual surat kabar Harakah. Terpaksa aku sampai ke Seben Eleben cari The Star.

Sampai rumah, aku baca The Star sambil pekena cekodok pisang. Orang lama-lama ada cakap, kalau nak poyo baca The Star.

shrrrrrrppp....tangan aku selak helaian surat khabar.

Muka surat pertama yang aku bukak kat bahagian tengah-tengah. "Biz Week".
Haram, satu pun tak paham..Banyak graf dengan carta pie je. Buku matematik sekolah aku pun banyak.

shrrrrpppp...aku selak depan.
shrrrrppp...aku selak belakang.

Apa jadahnya Zarep kata surat khabar ni bagus.
Satu habuk pun aku tak paham...

Cis!!

KDNK

Betul ke kalau update blog boleh meningkat kadar KDNK negara?

Sunday, October 3

.....

Minta sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah, Haji Mohd Aladin b Awang Ngah yang baru meninggal pada 1 Oktober 2010...

Al-fatihah.....

Terima kasih kepada semua...

Tuesday, September 28

Budak Kampung

Untuk budak-budak kampung macam aku....

Sunday, September 26

Facebook

Aku hantar sekor-sekor member aku kad raya. Dari Johor hinggalah ke Perlis..Dari Malaysia hinggalah ke Paris.

Member aku Atan yang duk Paris, text HP legend aku, Nokia 3310.....

"Lu,Faiq...Tak zaman la kad-kad raya ni...Sekarang sumer ICT la"

Kata-kata tu terngiang-ngiang kat jantung aku. Demi menyahut seruan Atan, aku buat Facebook hari ni..

Buat Facebook takdelah sesusah buat lemang. Kalo aku taw mudah, dari dulu lagi aku dah buat Facebook. Barulah moden ada Facebook.

Aku buat Facebook lepas makan Lemang tengah hari tadi. Ni sekarang da lepas makan malam aku online semula men Facebook..

check-check...

Apa kes ada 3 Mahathir Mohamad, 2 Diana Danielle dan 4 Farid Kamil add aku?

Paling rare, Megan Fox pun add.......

hehehehe

Saturday, September 25

Summer Holiday

Last entri aku awal bukan Ogos..Sekarang dah hujung bulan 9...Hampir 2 bulan aku tak tulis blog.

Sorry Carlos Ancelotti, tak bagi aku banyak masa free...
Ni baru dapat cuti sebulan...

Bole la nak berjinak-jinak tulis semule.

Thursday, August 12

Analisis

Sejak bulan puase ni, aku mula buat analisis kecil-kecilan. Otak time puase memang lain macam lancarnye. Jadi untuk tak sia-siakan kelebihan otak ini, aku buat analisis. Dari ujikaji semalam, aku mendapati semua masjid sekitar kawasan Tasik Permaisuri penuh. Ini menunjukkan penandaan positif. Tapi aku syak dalam seminggu dua lagi, graf aku menurun.

Wednesday, August 11

Diari hari esok puase

Sekarang satu Malaysia heboh perihal puase. Kat kedai mamak, tempat repair kasut, tempat jual paku semua cerita pasal puase. Kedatangan bulan Ramadhan ni memang ada feel berbeza sikit dalam diri aku.

Lepas saje aku dengar orang tua kat TV3 Malaysia tu cakap esok puase, aku terus bergegas cari songkok. Cari atas almari takde, bawah tilam takde, gantung kat pintu takde, kat longgokan seluar bola pun takde. Hal-hal macam ni memang biasa berlaku kat bulan Ramadhan ni. Nak pergi masjid memang banyak godaan. Last-last aku baca Bismillah 3 kali dalam hati. Cari dalam kotak baju lama, aku jumpe songkok tu. Tanpa buang mase, aku start enjin motor, rempit 40km/j pergi masjid.

Kat masjid aku terjumpe dengan Judi. Perkara-perkara ajaib macam ni memang jarang berlaku. Bagi aku, ini semua kelebihan Ramadhan.

Monday, August 9

insaf

"Praktikal di sekolah mencuci dosa-dosa silam aku"

Wednesday, August 4

Ujikaji

Dah 2 minggu lebih aku duk kat Finland. Ini ada cuti sikit, aku balik Malaysia nak pekena nasi lemak dengan geng-geng kaki pukul. 2 minggu tak pekena nasi lemak badan memang macam nak tak nak je berfungsi. Usus macam kembung kejap kempis.

Dari uji kaji aku masa kat sekolah menengah, budak-budak tengah lain sibuk-sibuk bedah katak, aku bedah nasi lemak. Hasilnya dalam nasi lemak memang ada nikotin gred A. Nikotin gred A ni untuk buat-buat curut tokey balak. Kalau sekali tersedut memang tak boleh lari dah.

Aku agak dalam sebulan dua lagi, nasi lemak sambal sotong kering akan naik RM9.20, saing-saing harga Dunhill.

Tuesday, August 3

Langkah berjaga-jaga



Start esok aku dah tekad pergi sekolah pakai safety boot. Test tengok sehari dua, kalau-kalau ada kes

Hanis budak Sungai Siput

Hari ni aku dengan Hanis budak Sungai Siput gegas sikit balik sekolah. Dengar khabar pejabat pos tutup awal sikit hari ni sebab ada jamuan makan untuk budak-budak kerja. Masuk kereta, Hanis terus turun brake tangan dan tolak masuk gear 5. Bergegar-gegar enjin kereta jenama binatang layan Hanis punya starting.

Sebelum gerak lebih jauh, cepat-cepat aku mengucap dua kali. Hanis terus memecut laju ke destinasi. Cara pemanduan Hanis kat jalan raya memang macam hantu raya. Dalam hati aku harap-harap masih sempat jumpa raya. Sebab tahun ni aku ada dengar cerita mak aku nak setting lemang.

Sampai pejabat pos Bandar Tun Razak Hanis terus park sebelah lori biskut Chipsmore. Hanis terus gegas cari kaunter boleh makan budak-budak yang tengah berbaris. Aku tengok dari jauh Hanis slow talk sambil hulur duit 3 keping 5 ringgit kat akak kaunter pos. Hanis senyum-senyum, akak malu-malu.

Urusan selesai.
Masuk kereta.
Start-start enjin tak hidup-hidup.

"hehe..ni mesti spark plug kong", kata aku kat Hanis yang tengah cemas putar-putar kepala kunci

Saturday, July 31

Tuka profesion

Sekarang aku memang suke TV1 kerajaan. Lepas balik main bola aku layan lagi letih tengok National Geographic. Time-time ni memang semua tok imam dan siak-siak masjid tengah khusyuk bersolat kat surau same-same. Tapi aku......(cerita ni terpakse di cut kerana terdapat unsur-unsur yang menyentuh peribadi)

Nak dijadikan cerita.. Aku sekarang memang layan kisah-kisah dinosour. Aku rasa memang dinosour wujud suatu ketika dulu. Aku ingat sekarang aku nak tuka profesion la kepada kaji-kaji binatang.


Aku mengkaji kewujudan cacing tanah kat belakang rumah.

Thursday, July 29

curse

Still aku tak boleh manage hidup dengan baik. Aku masih tak jumpa masa sesuai setiap hari nak tulis something kat blog ni. Betul kata pepatah orang dulu, kalau selalu makan durian memang macam ni.

Friday, July 16

Demontrasi Din deraman

Malam tadi lepas dengar berita Tv 3, aku terus pakai seluar jeans koyak lutut dengan sarung singlet pagoda. Satu-satu rumah aku gegar. Mula-mula aku gegar rumah Judi. Nak roboh jugak pintu rumah Judi aku ketuk. Selang 30 saat, Judi keluar rumah separa bogel.

"Judi ikut aku"...

Tak cakap banyak, Judi cari kain pelikat follow aku ke rumah Din Deraman. Aku ngan Judi gegar rumah Din Deraman. Tangan masih ade ikan keli dan nasi kat mulut, Din Deraman keluar. Din Deraman pun aku ajak dia follow. Lepas rumah Din Deraman, aku gegar rumah Dollah.

Lepas rumah Dollah, aku terus kasi isyarat kat bebudak gerak kumpul kat warung Kak Leha. Orang-orang kampung yang sibuk pekena kopi kaw kapal api dengan main dam haji, semua tersentak dengan kedatangan kitorang. Orang-orang kampung tahu, kalo kitorang semua duduk semeja memang ada hal besar nak dibincangkan. Dulu curi pasir kat kampung ni, kitorang yang setelkan.

"Apa kes minyak naik lagi!", tegas Judi memulakan perbicaraan.

Aku, Din Deraman dan Dollah berbincang mengenai isu ni. Semua semangat mengutarakan pendapat masing-masing. Siaran tv bertukar dari satu cerita ke satu cerita. Orang kampung dari ramai makin ansur-ansur pulang. Sudah 4-5 jam juga kitorang bincang.

Akhir sekali kitorang semua tekad nak kol Najib malam tu jugak. Memang tak kira dah. Din Deraman berlari balik rumah ambik buku Yellow Pages cari nombor Najib.

"018-5546745", kata Judi sambil tangan menunjuk di suatu ruang di Yellow Pages itu.

Aku taip nombor dalam henpon Din.

Aku kol-kol tak dapat.......

Thursday, July 15

huh!

Sekarang baru aku sedar Universiti Berbloging tengah cuti semester... Patutlah, aku nak cam tak nak je update.

Wednesday, July 7

Pak Amat

Masa budak-budak Universiti cuti semester, aku budak jual burger tepi jalan pun join cuti. Bagi aku penjual burger pun kene ikut sikit-sikit jadual waktu universiti, barulah IQ kita setanding budak-budak universiti.

Nak dijadikan cerita. Masa cuti semester, aku banyak lepak kedai kopi Wak Tukiman. Sambil pekena kopi, sambil layan world cup. Kedai Wak Tukiman ni lebih kepada golongan-golongan OL. OL-OL dari seluruh kampung jajahan Tanjong Karang memang lepak kat sini.

Sejak-sejak aku lepak sini, aku ada kenal dengan seorang OL legend. Peminat setia The Orenje. Namanya Pak Amat. Kire antara semua OL-OL yang ada Pak Amat ni ilmu batinnya paling sejati. Semua gengster-gengster kampung ketar-ketar lutut kalau lalu sebelah Pak Amat. Memang ada ummnya yang tersendiri Pak Amat ni.

Mengikut perkabaran OL Jasman, Pak Amat ni pernah jampi sorang askar Jepun bertukar jadi selipar. Ada ura-ura sekarang selipar tersimpan kat Muzium Keseniaan Islam.

Aku kawan-kawan dengan Pak Amat ni risau jugak., takut-takut kalau dia jampi aku jadi Robben.

Glosari :
OL : Orang Lama

Tuesday, July 6

Nikotin oh nikotin

Dah 2 minggu lebih aku duk kat Africa Selatan. Ini ada break sikit, aku balik Malaysia kejap nak pekena nasi lemak dengan geng-geng kaki pukul. 2 minggu tak pekena nasi lemak badan memang macam nak tak nak je hidup.

Dari uji kaji aku masa kat sekolah menengah dulu, masa budak-budak lain sibuk bedah katak, aku kaji nasi lemak. Hasilnya aku memang ada syak-syak dalam nasi lemak ada nikotin sikit-sikit.

Aku agak dalam sebulan dua lagi, nasi lemak sambal sotong kering akan naik RM9.20 la, saing-saing harga Dunhill la.

Sunday, June 20

Panas-panaskan enjin menulis

Aku dah try jual blog ni tapi tak laku. 7 eleven, Savemore, kedai motor Ah Tam hujung taman semua aku dah roger. Semua tolak barang baik aku ni. Yang paling aku konfius, Haji Dorani pun tolak pelawaan aku. Aku dah tengok masa depan, kalau bisnes bahulu panas die sale on9 guna blog aku, aku agak faveret food Justin Timberlake pasni mesti bahulu punye.

Takpe-takpe, aku ikut saje nasib..

Ni aku nak story sikit, kisah-kisah kehilangan aku selama 7 hari 7 malam.

Malam tu malam Sabtu. Aku layan cerita Terminator kat tv 8. Aku tengok terminator ni lain macam dari Terminator yang aku tengok sebelum-sebelum ni. Dari segi penceritaan, aksi-aksi, para pelakon memang tak macam biasa-biasa.

"Apa kes terminator gadoh guna keris?", ujar aku panas masa-masa tengok Terminator nak bergadoh dengan Terminator jahat.

Si Terminator baik keluarkan keris dari seluar slack dia. Terminator jahat pula keluarkan Machine Gun 750 peluru per saat.

Aksi cucuk mencucuk dari Terminator baik berlaku, manakala Terminator jahat terus menembak ke arah Terminator baik. Setiap tembakan hampir mengenai sasaran, tetapi Terminator baik sentiasa sempat mengelak setiap butiran peluru yang dilepaskan. Adengan berlansung selama 3 minit.

Aku rasa cukuplah sampai sini je. Esok aku tulis cerita yang lebih baru. Hehehe...

Saturday, June 19

Auction

Aku ingat nak lelong je la blog aku ni..

ade sape2 nak beli tak?

Sunday, May 23

update

********

Saturday, May 22

Anda mahu kaya?

Berita baik... Ingin menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam sekelip mata?

Mari saya bantu.

Nama saya Arifin Mamat. Kini hidup saya senang lenang dan dikelilingi harta berjuta-juta. Saya tidak bohong. Ini semua atas hasil usaha saya. Sebelum saya bergelar jutawan, saya bekerja di sebuah kedai peralatan elektrik milik seorang tauke Cina. Pekerjaan saya amat meletihkan, setiap hari perlu menggangkat peralatan-peralatan yang berat seperti mesin basuh, peti ais, kipas angin dan bermacam lagi. Tetapi gaji yang diberikan tidak lumayan. Saya hendak membeli berus gigi sebulan sekali pun masih berfikir panjang.

Tidak lama kemudian, saya berkenalan dengan Bahar. Perkenalan saya bersama Bahar telah merubah kehidupan saya. Kekayaan saya datang sekelip mata. Dalam 2 minggu sahaja saya telah menjana pendapatan sebanyak RM 20000. Dalam masa setahun saya telah mempunyai Rumah Banglo bernilai 7juta, BMW 5 series, hartanah-hartanah disekitar bangsar dan 3 jet peribadi.

Anda mahu menjadi seperti saya?
Mahu mempunyai harta berjuta-juta?

Usah ragu usah kuatir anda juga boleh melakukannya. Sertai saya dalam judi bola. Konsepnya mudah. Anda hanya perlu meneeka. Anda perlu meneka kumpulan mana yang akan menang dalam sesatu perlawanan itu.

Lihat mudah bukan? Anda hanya perlu meneka. Jumlah wang kemengan dikira dengan jumlah yang dipertaruh didarab dengan pemberat bagi suatu kumpulan.

Sebagai contoh...

Chelsea(6) lwn Manchester United(7)

Pemberat bagi kumpulan Chelsea adalah 6 manakala bagi Manchester United adalah 7. Jika anda bertaruh atas kumpulan Chelsea sebanyak RM1000, kemudian ditakdirkan Chelsea menang. Maka wang kemengan yang anda perolehi adalah 1000 x 6 iaitu sebanyak RM 6000. Wah, RM 6000. Banyak tu... Anda hanya perlu menunggu selama 90 minit sahaja, dari wisel permulaan sehinggalah ke wisel penamat dibunyikan.

Anda sudah yakin?
Malam ini ada game besar.......Anda boleh kaya pada malam ini..
Bayern Munich atau Inter Milan pilihan anda?

Mari sertai saya di Judi Bola...

Thursday, May 20

Bantuan

Kejap lagi aku nak masuk dewan peperiksaan. Sesiapa yang sedang baca blog aku ni tak semayang Zuhur lagi. Nanti time korang semayang jangan lupe doakan aku dapat A...

Wednesday, May 19

Mancister Unitet vs Lutut Longgar


Sekitar aksi Piala Dunia jalan belakang kilang gula

Perlawanan sedang berlansung adalah diantara Mancister Unitet (team lawan) melawan Lutut Longgar ( team aku). Pertembungan antara kedua-dua nama besar ni memang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat bola sepak tempatan sekitar Jalan Kilang Gula. Imam kampung, tok kadi, penggali kubur, guru sekolah, pengait kelapa dan Leman spanar semua datang menyaksikan perlawanan. Kilang-kilang dan kedai-kedai runcit Ah Huat banyak tutup, semua pergi tengok bola. Suasana meriah di padang tak beza sangat macam kat Old Trafford. Saing-saing jer. 2-3 kali jugak penonton buat ombak guna angkat kaki.

kembali ketengah padang.

Permainan sudah masuk minit ke 68, keputusan semasa masih terikat 0-0. Strategi 4-4-2 team aku nampak memberi harapan. Sekali sekali buat counter attack kucar kacir pertahanan team lawan menahan serangan. Satu Judi yang sepak, kene palang. Satu lagi Hasnol sepak tembak gagak.

Team lawan tak kurang hebatnya. Diorang banyak main dari belah kiri. Pemain sayap kiri diorang nombor 9 dengan kepala takde rambut memang main smart. 2-3 orang jugak team aku kene bola celah kangkang masa nak halang kemaraan budak takde rambut ni. Pemain diorang yang no 13 dan no 8 jugak boleh tahan cara main.

Permainan agak rancak ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Serangan-serangan berbahaya datang silih berganti ke kawasan kedua-dua pasukan. Tetapi tiada lagi jaringan dapat dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Bola sekarang di kaki Saman Dol. Saman Dol membawa bola dengan pantasnya meluru kehadapan. Pemain no 10 dari team lawan cuba menghalang kemaraan Saman Dol. Saman Dol perasan akan kehadiran pemain lawan lalu cuba melakukan tipu helah kekiri untuk melepaskan diri dari pemain no 10 tadi. Tindakan Saman Dol dapat dihidu baik oleh pemain lawan. Dia telah berjaya merampas bola dari Saman Dol.

"Ah sial", ujar Saman Dol dalam hati.

Pemain no 10 tadi terus membawa bola menuju kekawasan gol team kitorang. Agak pantas lariannya, sekejap saja sudah hampir sampai kedalam kawasan sepakan penalti. Saman Dol mengejar dari belakang. Tercungap-cungap Saman Dol mengejar bola. Saman Dol rasa dah tak boleh blah lalu menggunakan cara kasar dengan menarik baju budak no10 tadi. Tergolek-golek budak no 10.

"Perittttttttttttttttttttttt!", pengadil meniupkan wisel.

Genggaman tangan kanan Saman Dol ada segenggam kain serpihan dari baju budak no10 tadi. Pengadil India dengan wisel masih dimulut huru hara lari kearah Saman Dol. Pengadil India itu terus melayangkan kad merah kepada Saman Dol.

"Bodoh, main macam lembu", bercakap sorang-sorang coach aku yang sedang marah dengan tindakan Saman Dol.

"Faiq cepat siap, kamu masuk ganti Judi. Kita ada strategi baru", sambung coach.

Aku ikat but ketat-ketat dan terus bersedia hendak masuk kedalam padang. Di dalam padang Judi sedang berlari kearah kawasan pemain simpanan untuk diganti dengan aku.

"Kamu harapan saya Faiq. Buat yang terbaik dan saya mahu gol dari kamu", pesan coach kepada aku sebelum masuk padang.

"Baik encik", kata aku ringkas..

Judi keluar, aku masuk. Aku terus berlari kearah kawasan pertahanan untuk bersama-sama menghalang sepakan percuma team lawan. Pemain no 8 yang akan membuat sepakan. Aku jaga budak diorang yang no 9. Suasana di kawasan sepakan agak tegang. Pemain-pemain lawan berasak-asak cuba membantu untuk menjaringkan gol, manakala pasukan aku berasak untuk menahan sepakan.

Dushhh.......bola disepak.

Suasana menjadi sunyi. Semua mata pemain memandang kepada bola yang sedang terbang. Bola naik keatas meluru laju ke arah aku dan pemain no 9 tadi. Bola masih bergerak, aku dan pemain no 9 kedua-duanya melompat untuk menanduk bola. Bola semakin dekat, kami bertarung diudara. Aku lajukan pergerakkan kepala aku. Kerana tindakan itu, aku lah yang berjaya sampai dulu ke bola lalu menanduk bola. Pemain no 9 tadi hanya dapat merasa angin tandukan.
Aku tanduk-tanduk masuk gol sendiri.

Botol air, Utusan Malaysia, helmet, batu bata,karipap terbang masuk padang.



Barisan-barisan pemain Lutut Longgar

Monday, May 17

Selamat Hari Guru

"Kalau jahat dengan cikgu, dah besar nanti ko jadi cikgu"..( Mak aku, 1996)

Padat dan bertenaga kata-kata mamaku semasa dia sedang memotivasikan aku sambil goreng cempedak...


2005 - Budak-budak gaya nak kene penerajang dengan guru besar


2008 - Lepas dapat seruan para imam-imam masjid sekitar Jajahan Tanjong Karang.


2009 - Jiwa kebaikkan mula terterap dalam hati


2010 - Ape macam sekarang ni? hehe

Sunday, May 9

syhhhhhh!

Budak U yang pakai kemeja seluar slack dengan tie, ustaz-ustaz aja ngaji, tok imam masjid, cikgu-cikgu sekolah, operator pengeluaran, tukang repair paip bocor, CEO-CEO dan Alex Ferguson, tengok la benda ni - ***** - ...Apa macam?

Thursday, May 6

Cerita dari Tempoyangan commercial break



Lu olang semua sabar sekejap. Gua nak kasi kaki 2-3 kali jap kat brader atas ni. Cilakak berani dia curi snickers yang gua simpan dalam pencil box. Dah dapat nanti gua sambung cerita tempoyangan tu.

Wednesday, May 5

Cerita dari Tempoyangan episod 2


kasi feeling dulu untuk lu olang bace aku punye cerite..ape macam?


"Kawal nafsumu Judi", tegur aku penuh makna kepada Judi.

Judi jeling tanda kurang puas hati. Aku senyum sikit.

"Jemputlah naik tuan hamba", pelawa gadis di pintu.

keroook keraaak kerook keraak, bunyi tangga masa Judi gopah gapah naik rumah selepas dapat tawaran. Kain pelikat Judi berselingkar antara bahu dan leher. Aku geleng kepala tengok Judi dari side belakang.

Aku dan Judi duduk bersila atas tikar mengkuang. Kat sudut hujung belah kiri rumah,ada sofa Ikea. Masih dalam plastik.

"Beli loan la tu", bisik aku dalam hati,

Si gadis tadi memulakan perbualan. Dia memperkenalkan dirinya yang dia adalah anak kepada Pawang Ali. Pawang Ali tiada dirumah. Diberitahu bahawa dia sedang bertapa di Gunung Everest.

"Menuntut ilmu Pengkala Alam Biru", ujar anaknya si gadis cantik, Hasodah.

"Sudah 3 gerhana bulan bertapanya", sambung Hasodah lagi.

Aku dan Judi angguk tanda paham. Judi memeriahkan perbualan dengan menceritakan pengalamannya semasa perjalanan ke mari.

" 3 ekor raksasa hamba bunuh. 1 Argon dan 2 Flying Fox", cerita Judi.

Aku mula ragu dengan Judi, kerana kawan aku mendiamkan diri.

Hasodah kelihatan begitu asik melayan cerita-cerita Judi. Perbualan mereka semakin rancak. Kedua-duanya saling bertukar-tukar cerita. Darilah kisah di Negeri Digerhana Layu, masuk ke kisah Kolej Judi di Kuala Lumpur sehinggalah cerita masa depan.

"I nak rumah banglo atas Sungai Nil lah begitu", pujuk Hasodah kepada Judi sambil tangannya memintal-mintal kain batik Tesco yang dipakainya.

"Alaaa U ni, sungai Nil tak best la..I planning nak buat rumah atas KLCC", balas Judi.

Cerita mereka bersambung lagi ke kisah Facebook, MLM, jualan langsung, sistem piramid sehinggalah ke rahsia Bisnes orang Cina. Aku usha jam Swatch siam yang aku beli kat Uptown. Pukul 5.34 petang. Dah 2 jam lebih juga mereka berborak. Dalam 2 jam lebih ni lah aku termenung pandang bumbung kat atas rumah.

Sedang Judi melakar-lakar sistem piramid sambil menerangkan kepada Hasodah. Hasodah pula angguk-angguk tanda faham...

Aku mencelah...............

"Rumah besar-besar macam ni, takkan takde teh"

Suasana rumah tiba-tiba menjadi sunyi.................

Tuesday, May 4

Cerita dari Tempoyangan



Bertarikhkan 6 Oktober 1929. Suasana keliling sunyi sepi, kadang-kadang direntasi selang seli dengan bunyi cengkerik mahupun kodokIni sudah 7 jam 35 minit aku dengan Judi mengayuh perahu merentasi sungai Kombunkolo.

"Sudah sakit sangat tangan hamba, jauh lagikah perjalananan kita ini?", ujar Judi yang sedang sibuk cedok air keluar dari perahu.

"Sabar tuan hamba, mengikut firasat hamba, di depan sana saja lagi Kampung Tempoyangan itu", balas aku dengan buat-buat yakin.

"Harap-harap begitulah", sambung Judi.

Tiada banyak perbualan antara kami selepas itu. Bunyi selingan cengkerik dan Kodok mengikut rentak Sweet Child of Mine. Aku anguk-anguk kepala melayan rentak aslinya. Aku jeling ke Judi, dia memang nampak sudah lemah. Terketar-ketar tangan kirinya mengangkat gayung yang berisi air untuk dibuang ke sungai.
Dalam hati aku berkata, " Kalau asik main Winning Eleven, memang lemah".

Hatta setelah sekian laluan Sungai Kombunkolo sundah diredahi akhirnya sampai juga aku dan Judi ke Jeti Kampung Tempoyangan.

"Judi-Judi, itu dia jetinya!", jerit aku gembira.

Judi hanya senyum, kerana keletihan dia tidak berkata sepatah pun.

Perahu semakin menghampiri jeti. Kini kerja-kerja mengayuh dijalankan sendiri oleh arus. Aku sedia memegang kayu pendayung untuk menahan daya tujahan air. Perahu terdrif sedikit parking betul-betul depan jeti.

"Wah, hebat anda mengawal perahu, siapakah gerangan tuan hamba?", tanya seorang pakcik tua yang sedang menjahit jalanya di atas perahunya.

"Saya Faiq, dan ini Judi. Kami datang dari Negeri Digerhana Layu", balas aku.

"Apakah hajat kalian berdua datang kemari?", soal si tua lagi.

"Kami mahu berjumpa dengan Pawang, ada urusan sedikit bersama dia"..

"Oh, begitu. Rumahnya selang 6 rumah dari jeti ini", ujar si tua sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.

Setelah diangkat barang-barangnya beserta kotak bersalut kain kuning, kami berjalanan menuju ke rumah Pawang Ali. Suasana kampung agak sunyi sepi, jarang sekali berjumpa orang tempatan berkeliaran diluar kawasan rumah. Hiruk pikuk budak-budak kecil pun tiada kedengaran.

Aku dan Judi berjalanan terus tanpa menyoalkan persoalannya yang banyak terbuku di minda kami. Setelah 6 rumah kami melepasi, akhirnya kami berjumpa sebuah rumah yang masih steady dari segi strukturnya dan berlangsirkan kain cotton biru.

"Ini agaknya rumah Pawang Ali", bisik Judi kepadaku.

Aku hanya mengganguk setuju.

"Assalamualaikum......................... Assalamualaikum, tak jawab dosa", jerit Judi dihalakan ke pintu rumah yang disangkakan milik Pawang Ali tadi..

"Waalaikumsalam................................"

Lunak suara lembut sampai kepada kami berdua. Gegendang telinga kami gembira berlompatkan. Sesaat kemudian keluar seorang gadis cantik molek dihadapan pintu rumah. Matanya biru bersinar-sinar, rambutnya hitam lurus, seperti baru lepas rawatan rebounding dan berkain batik Tesco.

"Yeeehaaaa!", jerit Judi.

tu bi kontiniyu

Sunday, May 2

Survey

Survey by Kesatuan Fan Bola Live Kedai Mamak (KFBL KeMak)

Berapakah jaringan agakan anda?..

Liverpool (0) vs Chelsea (3)

Fulham (1) vs West Ham United (2)

Sunderland (14) vs Manchester United (0)

Friday, April 30

baju merah

Petang esok aku ingat nak pergi dating dekat-dekat je. Kedai mamak pun dah cukup terbaik. Esok aku pelan nak pakai baju "merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok, untuk esok. Brulah bergaya, sambil terbayang esok sikat gaya remos.

Aku pun cari baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok kat dalam bilik aku. Aku cari-cari dalam almari tak jumpa. Dalam laci, dalam bakul, dalam kotak pensil, semua tak jumpa.

"Sape curi baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok aku?"..fikiran aku melayang-layang memikirkan nasib baju merah itu.

Aku cari lagi, dalam sarung bantal, dalam selimut, dalam seluar bola,dalam kasut bola,...tak jumpa juga. Hampir semua sudut dibilik aku dah khatam survey.

"Yeah! Itu dia baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok aku".. jerit aku penuh kepuashatian sambil tangan tunjuk kat celah lubang tikus dinding. Dah dekat 6 bulan jugak aku guna baju tu buat halang tikus masuk bilik aku lalu lobang kat dinding.

Aku ambil baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu dan lihat keadaan semasa dia. Aku belek belakang, depan, luar dan dalam baju. "Masih baik, boleh lagi pakai 2-3 tahun", ujar aku dalam hati sambil tersengeh-sengeh.

Aku ingat kalau basuh baju ni boleh pergi jauh ni baju ni. Lagi-lagi kalau pakai serbuk Breeze baru, nampak cam new born baju ni. Mula-mula aku ingat nak guna mesin basuh Pensonic. Tapi mesin basuh zaman sekarang malas nak basuh kalau satu baju jer. Membazir jugak, sekarang air susah nak dapat .

Aku tekad basuh guna tangan. Aku pancut air selaju 160 km/j ke arah baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu. Dan guna sabun buku Daia buat baju berbuih. Breeze baru, aku simpan tepi. Dengan tangan kanan aku yang penuh otot, aku gosok guna berus sabut.

Zup...zapp...zup...zaappp, sambil peluh mercik-mercik.

First aku gosok selama 30 saat. Pastu aku bilas sikit guna air. Ah....kotoran tak ilang lagi...Aku tambah lagi Daia dan tambah lagi tenaga gosok, tapi tak berjaya lagi. Aku tambah lagi, tak berjaya juga. Tambah tambah, tak berjaya juga. Mungkin berus sabut aku ada masalah. Aku tukar kepada berus yang lebih terkini iaitu berus plastik. Aku try 4-5 kali. Tak berjaya juga.

"Degil betul kotorab ni"... Marah aku sambil campak baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu ke lantai.

Aku teringat kata-kata otai dulu-dulu. Guna clorox semua boleh settle. Aku terus cari clorox tepi mesin basuh. Kucar-kacir gak clorox nak menyorok dari aku, tapi tak dapat. Aku tuang clorox dalam baldi. Clorox dah macam sedih-sedih. Dengan sukatan 2-10 aku tambah air dalam baldi. Aku kacau-kacau sikit kasi sebati. Agak 10 saat aku rasa ion-ion clorox dan air sudah bercampur sebati, aku pun rendam baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok kat dalam baldi tu. Aku biar semalam.

petang tamat...
malam tamat...
pagi esoknya pun menjelma...

Petang ni aku nak pergi dating. Aku bangun awal sikit sebab nak jemur baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu dulu. Kalo tak bangun awal, tak keringla baju aku nanti.

Aku pergi ke baldi angkat baju paras muka.

"Cilaka sape curi baju merah aku dan tukar dengan baju putih ni?".......jerit aku dengan nada marah yang tak mampu aku gambarkan.

Jiran-jiran sebelah rumah semua keluar........

Wednesday, April 28

Elektrik TNB

repost....


Giler ape bil elektrik rumah aku bulan lepas adalah Ringgit Malaysia 318.75 sen. Baru duduk empat orang. semua lelaki. Rumah takde pun aircond, mesin basuh, peti ais dan pembakar roti. Mesin jahit lagilah. Yang cuma ada papan carom sebijik. Jadah ape sampai
Ringgit Malaysia 318.75 sen.

Memang tak puas hati.
Aku dengar rumah sebelah bini uncle mamat membebel memanjang gara-gara bil elektrik rumah diorang bulan lepas sekitar RM1200. Semalam aku nampak Uncle Mamat keluar rumah beli sayur dengar satu kuali tercacak kat kepala. Badan tangan calar balar dan tompok-tompok lebam.

Rumah dia aku tak heran. Sebab Uncle Mamat memang 24 jam main Winning Eleven. No wonder lah bil elektrik sampai sibu dua. No wonder la jugak , bini dia juga mengamuk. Uncle Mamat lawan aku kalah jugak. Apa citer training lame-lame? Huh!

Dua-tiga hari ni kalo aku hilang, maknanya aku dengan budak-budak rumah aku tengah sibuk-sibuk cari wayar-wayar yang bocor la.

Solitape dah beli 6 gulung.
Harap-harap takde sape-sape masuk ICU kene rembatan elektrik.

Sunday, April 25

Piala Thomas



Ketagih-ketagih training tuk Piala Thomas, aku lupa yang aku ni ada blog.

Monday, April 19

Faiq aja PJ siri 3

Lepas aku motivasikan budak-budak perempuan, aku pun bahagi-bahagikan budak-budak laki 4 Murni kepada 2 kumpulan. Ada jugak budak perempuan yang nak men bola, tapi aku hold dulu, biar stay jadi budak milo.

Pepatah Greece ada menyatakan bahawa setiap kejayaan itu bermulanya dari langkah yang paling bawah.

Satu kumpulan aku namakan Manchester United,yang satu lagi aku namakan Arsenal. Manchester United dan Arsenal main live kat padang S.K Pandan Indah. 1 coach merangkap refree, 17 budak milo dan 0 penonton.

"woi! mula..", aku jerit dari bawah pokok.
Perlawanan pun bermula....

Manchester mula menang undian. Oliver dan Fahmi dari Manchester buat sepak mula. Bola terus di hantar kebahagian Defence kemudian ke Ghani di bahagian sayap.

Aku tengok Manchester banyak main dari belah sayap kiri, Arsenal kucar-kacir bahagian sayap. Nasib defence kiri Arsenal masih boleh makan Ghani si sayap Manchester, Aku tengok Arsenal cam tak boleh blah dengan serangan Manchester dari sayap. Aku pun jerit kat budak-budak Arsenal tukar strategi main bola tinggi. Sorang dua yang ada otak ikut. Impaknya dah mula nampak, Arsenal mula dapat pegang bola lama. Arsenal passing bola ke kiri, ke kanan dan masuk ke tengah. Control makin lama, makin baik, hampir-hampir juga menghasilkan gol. Aku tengok budak-budak Manchester cungap-cungap letih kejar bola. 2 orang terbaring, hilang energy. 2 laki sibuk-sibuk tolong 2 budak terbaring.

Manchester tak boleh tahan lama dengan gaya Arsenal main macam ni.. firasat aku dalam hati.

Aku jerit kat budak-budak Manchester supaya main pass-pass pendek dan counter attack selalu. Budak-budak Manchester dapat menyerang 1-2 dalam kotak penalti Arsenal, tapi semua tembak gagak. Aku hampa sambil gigit jari..

Peerit-peerit....... jerit aku menandakan waktu rehat.

"Woi cepatla sini"..... Jerit aku dari bawah pokok.

Sesak-sesak nafas budak-budak Manchester dengan Arsenal berlari datang kat aku. 2 orang mintak CPR tapi aku tolak atas faktor tatasusila. Aku kumpul budak-budak Arsenal belah kanan, Manchester kiri. Sorang-sorang aku maki hamun. Main macam perempuan, tak dengar cakap coach, tak de otak, takde skill dan macam-macam lagi. Ada yang dah down, ada yang dengar penuh motivas dan ada yang tidur.

Sambil berdiri aku nampak jelas wajah-wajah kaki bangku yang sepak bola tak kene tadi. Ada 8 orang. Yang kaki pengkor tembak gagak ada 4 orang. Yang berbakat ada masa depan cerah nak ganti tempat aku tak de sorang.



Adengan kurang profesional pemain Manchester dengan Arsenal bergaduh pada separuh masa pertama.

Friday, April 16

Faiq aja PJ siri 2

Tunggu aku bancuh neskepe susu cap teko dulu, baru ada energy nk tulis...

bersambung.....................

Thursday, April 15

Faiq aja PJ siri 1

Langkah aku perlahan gerak ke kelas 4 Murni. Sampai kat pintu, budak-budak 4M kelang kelibut nak duduk tempat masing-masing sambil aku dengar dua tiga suara menyebut;
"woi cikgu datang."

Aku langkah masuk ketua kelas huru-hara bagi salam satu nafas, yang lain ikut macam robot. Aku balas salam. Pas selesai urusan agama memberi salam dan menjawab salam. Aku rasa kelas macam baru dirasuk dengan setan jantan. Aku tengok budak-budak excited dah macam Cina baru kene Sport Toto.

"Ok, semua turun ke padang"
"Turun beratur...tak beratur, sorang-sorang cikgu penerajang"... sambung aku dengan muke paling abis bengis.

Sampai kat padang aku bahagi-bahagi budak jadi dua pasukan bola. Yang badan agak kembong, aku bagi jadi penjaga gawang. Dulu aku ada menelaah satu buku lama tulisan zaman-zaman Hung Hei Kun. Ia tentang teori sains Charles Awi. Orang putih darah melayu ni cakap jika kita meletakkan sesuatu yang besar di suatu ruang. Ruang itu akan menjadi kecil. Aku anggap teori ni memang padat dan ada ummnya tersendiri.

Aku aplikasikan konsep ni dalam permainan bola sepak. Yang perempuan aku suruh kutip bola. Bagi aku atleast diorang bersenam jugak mase sibuk-sibuk kejar bola yang budak kaki bangku sepak keluar padang.

Mula-mula budak-budak perempuan ni merayu berguling-guling mintak nak main kawin-kawin,.

"Cikgu bolela main kawin-kawin"...

Aku bantah.

"Korang darjah 4 mane boleh mengandung, dah gatal nak kawin" , balas aku dengan penuh motivasi sambil kaki pijak bola kempis.

Wednesday, April 14

cemerlangsuir

Perjalanan ke sekolah aku memang mencabar. Siapa-siapa yang kurang ilmu dalaman memang akan banyak mencarut semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Cikgu yang cemerlangsuir macam aku, pas 5 minit loceng masuk kelas berbunyi baru sampai. Aku park kasut luar dari rak kasut. Aku langkah masuk pejabat dengan muka tenang, guru besar, penolong kanan, kerani-kerani dan cikgu-cikgu yang ada kat pejabat semua aku kasi senyuman terbaik. Aku ambik pen dari kocek baju dan tulis waktu kedatangan ke sekolah 20 minit lebih awal dari waktu sebenar loceng masuk kelas berbunyi.

Lepas urusan kedatangan selesai. Aku gerak pergi kantin. Oren ais, roti gardenia 2 bijik. Borak-borak dengan cikgu-cikgu, sambil telan oren dan roti memang cerita-cerita jadi lancar. 4-5 kali cikgu lain masuk dalam kantin.

Loceng berbunyi lagi.

"Oh,balik rupenye"
Aku packing barang-barang, terus gerak balik rumah.

Campak beg, campak baju, tidur keletihan.

Thursday, April 8

Jawapan kepada teka-teki


Lu orang kalau tak dapat jawab teka-teki ni memang lu orang kaki-kaki yang suka minum coke. Dulu time aku kat semester 3,lecturer jambang panjang ada kasi assignment tentang perniagaan kat budak-budak Matematik. Menyahut seruan assignment,aku buat lah interview kat pengasas Mc Donald, Datuk Mc Donald bin Haji Darman.

Time tu baru aku tahu, anak Malaysia pun boleh bukak perniagaan ke serata dunia.

"Kalau korang pergi kedai-kedai saya (Mc Donald), jangan minum banyak sangat coke, nanti terkikis urat-urat kat otak"

Begitu mendalam ayat Datuk Mc Donald bin Haji Darman semasa aku berempat sedang khusyuk mendengar kata-kata beliau.

Tahniah kepada Chik dan penyokongnya sharamli yang berjaya menjawab dengan betul.

Jawapannya : Samad tu pusing-pusing kat hotel tu 126 kali, pastu die cakap, "oh!, pening"...

Glosari: oh! pening = opening

Wednesday, April 7

Conpenhegen



Sekarang aku hidup ikut waktu budak-budak kat Conpenhegen.. Memang susah nak sesuai diri mula-mula ni.. Aku nak tulis blog pun tak pasti nak tulis time bile lagi.. Tunggu aku dah macam serasi sikit dengan perubahan mendadak ni, akn aku tulis panjang-panjang dan selalu.. Kecuali kalau ada orang nak belanja aku "steambot"..Terus aku tulis panjang-panjang dan selalu... Harap-harap ada... :)

Friday, April 2

Teka teki



Yang warna itam itu orang. Yang warna biru itu hotel. Yang lain-lain itu perhiasan semata-mata.

Nak dijadikan teka-teki beginila.

Alkisah tersebutlah orang tu namanya Samad. Datangnya dari negeri belah utara. Dia nak masuk ke hotel menempah bilik. Ditakdirkan pintu hotel tu ala-ala citer ali baba dan 40 orang pencuri. Ia hanya akan terbuka jika orang yang hendak masuk itu menggunakan bahasa English. Telah menjadi darah daging Samad bahasa sepatah haram jadah pun tiadanya tahu bahasa English. Bagaimanakah Samad ini hendak masuk ke dalam? Hari semakin kilat menyabung yabung diluar.

Boleh anda bantu?

Thursday, April 1

kata-kata falsafah jalanan


ni gamba aku ambek masa aku tumpang ni beca nak gi beli bakso.

alang-alang korang sambung la ni..

(dikopi and pes dari entri lepas)


aku bukak mate je, tgk jam kt dinding dh pukul 8.15pagi... ah..aku dh lewat..waktu opis sepatutnya masuk kol 8pagi, ni aku 8.15 mandi pun tak lagi...aku terus lari masuk bilik mandi, pas 30 saat aku kuar balik...wangi sudah...mudah saja mandi..aku siap-siap terus start enjin moto bergegas ke tempat keje..

moto honda c70 tu aku rembat sampai 125km/j..bergegar body-body moto tu, tp ia tetap maintain kerana moto tu buatan jepun,yang berkualiti..sumer kete-kete mahal aku potong saja, cilok kanan cilok kiri dah mcm mike doohan..

sesampainya di satu simpang empat di Jalan Tunku Budin, aku tengok lampu isyarat dah nak merah..aku pun ambik keputusan untuk memberhentikan tahap kelajuan aku dari 125km/j menjadi 0 km/j.. aku pun nak tekan la break kaki..skali aku nak tekan, aku tgk2 break kaki aku dah takde..ni mst tercabut sebb aku bawak menggile tadi..biase la moto lame, sumer barang dh reput..nak tekan break tangan, mmg dh lamer takde..aku ni jenis kedekut sket nak repair fair lady capuk aku ni..

aku pun ape lagi..memilih lah kerete buatan malaysia untuk dicium..

pppaaaaaaaaannnnngggggg...bunyi ciuman antara tayar motor dan bumper kete..

aku masih berada di atas moto..kerana kaki aku sempat capai ke tanah dengan kadar segere untuk mengimbangi moto dari rebah ke bumi..aku dh tahap redha untuk kene maki hamun dengan tuan kete..

Tuan kete tu pun keluar dari keretenye..dari riak wajahnya,aku kenal beliau seperti seorang yang bengis...die pun menghampiri ku..lalu mengeluarkan kata-kata..

"adik, adik ok x?"
"adik sehat x?"
"kalo sakit saya anta ke ospital"

aku terpegun sebentar..
kini baru la aku taw yang rakyat Malaysia memang berbudi bahasa...

Wednesday, March 31

morphinolity

aku ada rasa banner blog baru ni kasi aku lebih energy nak pukul orang la

Saturday, March 27

faiq support earth hour

Friday, March 26

Pendidikan Malaysia semakin maju

"Cikgu, cikgu ada fesbuk tak?"

budak darjah 4 pun dah pandai main fesbuk..

Tuesday, March 23

Pengalaman pertama masuk kelas 6C



Aku tengok jam... Jarum panjang lagi 5 minit nak terpacak kat nombor 10, jarum pendek stay kat 11. Pasni 11.50 aku ada kelas ganti kat 6C. Aku telan kuih lopes laju-laju, sambil clearkan tekak dengan sekali nafas jirusan teh ais. Berebut-rebut ketulan-ketulan kuih lopes yang ditolak teh ais meluncur masuk dalam ruang perut. Aku capai beg Adidas siam ada kat sebelah kerusi Zharif yang kyusuk makan apam. Selepas tu, aku terus gerak keluar dari kantin. Zharif yang tengok tingkah laku drastik aku, gegas seperti mahu menanyakan sesuatu kepada aku, tapi yang hanya keluar dari mulutnya hanya serpihan-serpihan apam yang bergelumat dalam mulut tadi. Aku senyum pandang Zharif sambil naik tangga menuju ke kelas.

Dua aras tangga aku lalu, pastu belok kiri dan jalan lebih kurang 25meter. Aku dah berada kat depan kelas 6C. Aku tengok butang baju aku kat bahgian dada gerak sikit-sikit, tu menunjukkan jantung aku tengah mengepam darah 5632 kali lebih laju dari F1. Dengan langkah kanan, aku masuk menuju dalam kelas.

"Bangun!, Assalamulaikum cikgu " - Budak yang duduk kat bahagian kiri tepi tingkap tetibe jerit dengan nada sederhana.

"Assalamualaikum Cikgu" - Seluruh kelas menyahut.

" Waalaikumsalam...mmmm, duduk" - Aku reply dengan jantung masih mengepam laju.

"Terima kasih cikgu"- sambil semua budak duduk.

Aku ambek kapur sebiji terus patahkan kepada 3 bahagian. Ni ajaran tok guru aku yang bertapa dalam gua niah konon-konon bertujuan nak dapat feng shui dalam kelas.

Aku pun memulakan kelas dengan sesi pengenalan diri dan kemudian bercerita dengan murid-murid. Murid-murid layan jer, tapi kelas agak huru hara juga. Aku kadang-kadang terasa nak shoot jugak budak-budak ni.

Sejam masa berlalu, loceng berbunyi... Kringgggggggg.......

Budak-budak ni dengar bunyi loceng terus kelang kelibut pack buku-buku masuk dalam beg. Aku tengok ada budak sorang kat belakang yang pakai tie merah, hampir-hampir jugak nak masukkan meja dalam beg gara-gara banyak sangat buku atas meja.

12.50 sekarang merupakan waktu balik.

Budak yang duduk tepi tingkap tadi sekali lagi jerit ngan nada tergesa-gesa.
"Terima kasih cikgu!"

"Terima kasih cikgu", follower-follower budak tepi tingkap tadi jerit sama.

"Terima kasih semua", aku reply....

Aku sambung lagi:

"Ok semua, sebelum balik baca doa dulu!"

"Cikgu!, itu sekolah agama je la, pagi takde!", budak perempuan yang duduk depan sekali bersemangat menjerit. Budak-budak lain menyokong budak perempuan ni dengan buat nada sorakan.

"Takpe, baca jer, semoga ilmu belaja hari ni diberkati dan selamat pulang kerumah", aku reply dengan gaya-gaya macam Ustaz kat program Al- Hidayah.

Allahumma..........amin...

Monday, March 22

saya nak jadi cikgu



Esok aku jadi cikgu sekolah kat SK Pandan Indah. Apa macam gaya aku, ada ciri-ciri dinamik dan dedikasi tak?

Esok aku ingat nak approach cikgu-cikgu sekolah situ bace blog aku sambil tekan nuff banyak-banyak. Ada harapan tahun depan aku pergi sekolah naik kereta.

Friday, March 19

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Aku layan jer keje budak-budak nuffnang ni...mana taw bole dapat 50hengget. Bole aku pekena nasi lemak 16 pinggan.

Here are some pointers you MUST include in the blog entry:

1) Blog title must be "I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"
- dah letak beb!

2) Include the date, time and location of the event (see details above).

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Otai-otai Nuffnang, buat kat Tanjong Karang tak bole ke?
senang sket aku nak dtg.

3) There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!

aku nak PSP, henpon bru, kamera bru, video cam baru, laptop bru....

4) Among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!

badan cam aku mmg sesuai!

5) Lastly, share this link with your readers : www.gatsby.com.my/streetfair
sape nk tekan, tekan la

Edisi Khas (Entri ke-100)


hasil dari plagiat google

Oleh kerana edisi khas, aku takde benda nak tulis. Aku pasni nak persiap g sambut edisi khas ni dengan bakar 100 biji mercun bola depan rumah Uncle Chia. Bye!

Oit-oit jap...
Aku jugak ada jual mercun bola kepada yang berminat.

Sebijik 50sen.
Beli 10bijik percuma 3bijik.
Beli 100bijik percuma sarung kaki nike sebelah.

100% buatan Malaysia.
Berkualiti dan berpatutan.
Gua-renti selama 39 tahun dari tarikh beli.

Wednesday, March 17

senyap seminggu

Yang menang sorak, yang kalah senyap.
Aku kene bersenyap seminggu,
Henpon dah cabut bateri,
fesbuk buat-buat lupe password,
YM dah delete,
Blog minggu depan baru aku tulis entry baru..

Aku ingat nak sokong Stuttgart la pulak. Macam ada chance nak kucar-kacirkan benteng Barcelona je esok.

Tuesday, March 16

Penampilan kembali




Masa-masa umur aku dalam sekitar-sekitar 8-12 tahun, rambut aku sentiasa ala-ala botak Ronaldo. Mak bapak aku pantang nampak panjang 1,2 cm sikit, memang terus dia anta aku pergi Kedai Gunting Ngandimun yang betul-betul bersebelahan kedai runcit Ali.

"Wak, biasa!"

"mm..bole.."

(dialong bapak aku dengan wak Ngandimun)

Guna mesin warna kuning dengan karat kat tempat pemegang wak sodok kepala aku. Dari tepi keatas, kemudian dari depan kebelakang. Aku tengok aksi-aksi wak menyahlupuskan rambut aku dari cermin besar kat depan aku. Rambut aku jatuh berguguran macam daun ketika musim luruh di Tanjong Karang.

Dalam 10 minit, proses mengunting pun tamat.

Berpeluh-peluh wak mengunting rambut aku. Dengan kain putih wak lap peluh. Kain yang sama wak libas-libas sekitar tengkuk aku buang rambut-rambut yang melekat. Time tu memang aku geli sikit dengan wak, peluh-peluh dia melekat kat aku. Kalau time tu umur aku 27 tahun, memang aku dah shoot wak tu.

Aktiviti petang budak-budak macam aku memang meriah. Macam biasa ia mengikut musim. Kalau musim bola, semua pakat main bola, kalau musim gasing semua pakat beli gasing, begitula jugak dengan musim rounders, guli, senapang kayu dan lain-lain lagi.

Time ni musim badminton, baru jer seminggu lepas musim tepuk batang ais krim. Budak-budak semua pakat bodek mak bapak masing-masing suruh beli raket sebiji.Port main badminton kat sebelah rumah Lotfi. Angin kat situ memang sepoi-sepoi peribahasa, sesuai nak main badminton jenis outdoor. Net guna basikal 2 biji. Shuttlecock sampai tercabut semua bulu baru tukar.

Petang-petang memang tinggi jugak permintaan permainan badminton ni. Setakat 10 basikal tersusun nak wat 5 court memang biasa. Kadang-kadang ada jugak sorang dua makcik pertengahan umur datang join sekali pertunjuk aksi smash.

Kalau badminton, aku boleh dikira top jugak berbanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Umur-umur 9 tahun, aku dah boleh buat jumping smash padu dari hujung line out belakang. Kalau budak yang hebat sikit dia bole ambek jumping smash aku, tapi berterabur la sikit lepas berjaya ambek. Kalau yang tahap-tahap ayam, time-time kene jumping smash tu memang diorang berzikir panjang sebab terkejut dengan kelajuan angin shuttlecock penangan aku. Time-time ni skill ni kira antara paling top la selain smash backhand dengan sambut bola celah-celah kangkang.

Sejak-sejak berita Lee Chong Wei menang All England ni, aku ingat nak gantung kasut but pastu buat penampilan kembali ke arah sukan badminton. Kalau aku start hari ni, aku kira-kira chance nak jadi pemain Malaysia masih ada lagi.

Monday, March 15

kuiz pagi isnin

1+ 78956445 = ?

da lame aku tak update blog..untuk tak mengejutkan korang semua, aku keluar dengan entry ringan-ringan dulu.

Tuesday, March 9

Bicara



Aku dah semakin risau dengan budak-budak zaman sekarang. Sifat patriotik memang dah lusuh-lusuh kain. Budak-budak lari lintang pukang masa Negaraku dimainkan memang biasa zaman sekarang. Tak kire lagi budak-budak kat Mamak sibuk telan roti canai telur member sebelah masa lagu Negaraku dimainkan pagi-pagi kat Radio Kelasik FM. Aku harap jugak budak-budak ni kene panah petir. Atleast lepas kene panah petir, kalau tak ke tempat 7 kaki dalam sempat jugak budak-budak ni bertaubat nak berdiri tegak semasa lagu negaraku dimainkan.

Selain patriotik, aku tengok kempen beli barang buatan Malaysia pun macam jalan tak jalan dah. Sekarang kalau aku turun bandar sikit nak beli apam balik Haji Darman, aku tengok kat bahagian bawah budak-budak semua tersarung Crocs. Mana pergi jenama-jenama Asadi dengan Bata. Aku ingat Asadi UltraLight dah cukup baik, tapi kalah jugak dengan Crocs buatan negara mana tah. Yang musykil lagi, atuk-atuk umur dah dekat 96 tahun pun pakai Crocs pergi sawah padi, ternak keli, bela lintah dan lain-lain lagi.

Banyak-banyak ni, aku respect kat korang satu. Korang boleh bawak lagi atuk korang dah umur 96 tahun pergi jalan-jalan kat Uptown beli Crocs. Sayang menyayang memang sifat mulia.

Sunday, March 7

89 orang Kedah menukar warga kenegerian

Sari Berita Negeri

Ahad, 7 March 2010




Peminat yang tidak mahu pulang walau masa 90minit telah tamat untuk 30 minit.

SELANGOR terus unggul di gelanggang sendiri apabila mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Shah Alam dengan membaham bekas juara, Kedah 4-0 buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super, malam tadi.

Safee Sali membuka jaringan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti minit ke-17 untuk gol ketujuhnya musim ini disusuli Amirulhadi Zainal Noordin yang bertukar hantaran dengan Hardi Jaafar pada minit ke-39. Kapten, Mohd Amri Yahyah melebarkan jurang minit ke-60 dengan sepakan separa voli sebelum Amirulhadi melengkapkan pesta gol minit ke-76.

---------------
Aku percaya kalau Malaysia ada 10 lagi orang pemain yang boleh buat gol macam Amri Yahya malam tadi, konfem 2014 Malaysia masuk World Cup

Tuesday, March 2

Kanibal



Ada sape-sape nak sedekah kepala lagi tak?

Saturday, February 27

Har am Jad

Kalau ade sape-sape nak ajak aku cerita pasal bola sekarang ni.. Aku malas kawan!

Romper Stomper

Banyak benda buat aku sakit hati dalam minggu ni. Skrin komputer dah retak pastu keyboard dah terbelah dua jadi mangsa layan aku punya sakit hati. Salah komputer jugak. Aku taip kat Microsoft Word perkataan "insan" automatik ditukar kepada "insane" lepas aku tekan button "space". Aku dah sakit hati, komputer menambahkan lagi. Memang terbelah dua la keyboard. Ni budak-budak Bill Gates punya pasal, dah tak tahu Bahasa Melayu jangan memandai-mandai nak ubah. Insane betul lah diorang!.

Button "Shift","Delete","F","P","6" dengan "tab" pun dah hilang entah kemana masa aku hentak keyboad guna kepala. Aku cari-cari kat bawah meja komputer tak jumpa semua. Yang ade button "shift" dengan "6" jer. Aku jumpa gak kacang tanah 2-3 ketul entah tahun bila punya terselit kat kaki meja. Nak makan, tapi macam dah expired.

Bukan setakat komputer yang jadi mangsa, banyak lagi barang lain. Baju "The Stroke" aku tarik-tarik terberai-berai, penyapu dah tinggal batang saja, kasut futsal dah melekat kat kipas, mesin basuh dah kemek-kemek, maggi tomyam 8 bungkus dah tinggal plastik saja.

Masa makan tengah hari, sedang aku layan-layan makan pisang goreng, aku terdengar bunyi motor Posmen.

"Ah,ni mesti bil air dengan bil elektrik", ujar hati kecilku.

Aku terus ambek penyapu yang dah tak de batang kejar posmen yang sedang masukkan surat dalam peti surat. Kelang kelibut Posmen tu masuk gear pecut tinggalkan aku. Aku angkat satu jari masa brader posmen tu toleh belakang check-check aku masih mengejar dia ke tidak. Berterabur surat terbang masa posmen tu kelang kelibut menyelamatkan diri.

Aku ambek surat dalam peti surat tadi nak koyak sebab malas bayar.

"Ini bukan surat bil air, mahupun bil eletrik, apakah ia?", dialog di mindaku.

Aku koyakkan nak tengok isi surat. Cd "Romper Stomper". Aku senyum. Lepas semayang jumaat aku layan.

Thursday, February 25

Salmin

Dengan moto kriss 110cc 4 tahun lepas membe aku beli, aku membelah angin melangkah masuk ke pintu pagar kolej. Kelajuan kat speedometer 20km/j. Budak-budak genius memang bawak motor sekitar-kitar 10-20km/j jer. Pak Guard angkat tangan, aku balas angkat tangan. Aku park moto sebelah moto ketua kelas.

Beg sandang Adidas siam sangkut kat badan, aku gerak pergi kelas. Lecturer dah ade kat dalam tengah mengajar. Aku ketuk pintu dua kali pastu terus melangkah masuk cari tempat duduk. Sambil jalan sku senyum kat lecturer perempuan separa umur yang berdiri mengajar kat depan. Dengan tangan toyoh-toyoh maker pen kat tapak tangan kiri,Lecturer tu pandang aku dengan muka gangster. Aku tak heran, sebab bapak aku pun gangster. Dah doplas ekor monyet nak curi buah durian kene tembak dengan senapang patah bapak aku.

Aku tengok-tengok tempat kosong. Sebelah Mustapa budak ketua kelas penuh. Sebelah Daud ngan Aiman pun penuh. Mata aku liar pula cari kerusi-kerusi kosong sebelah gadis-gadis. Semua dah penuh. Last-last skali aku dengar suara-suara garau dilontar lembut memangil nama aku. Aku toleh, sebelah budak saiz xl. Asik-asik aku dapat duduk dengan budak separuh laki ngan separuh perempuan ni jer. Dah 2 bulan aku kelas dengan die, tapi aku tetap tak pasti jantina sebenar budak ni. Laki ke perempuan. Dari segi badan ada bahagian macam perempuan, ada bahagian macam lelaki. Dengar-dengar suara macam Ramlee Sarip, tapi muke makeup macam sharifah Aini. Dia suruh aku panggil dia Sally, tapi aku panggil nama betul, Salmin. Salmin bin Kardi.

Lecturer kat depan terus mengajar. Sekali sekala dia bukak buku rujukan Mc Graw Hill guna hujung pembaris check-check pengajarannya. Budak-budak yang duduk depan sibuk-sibuk menanya soalan. Budak-budak yang duk kat belakang sekali sekali ade jugak tanya. Budak kat belakang lebih bersembang antara group=group kecil diorang. Aku khusyuk main calculator,pengiraan untung rugi jual burger minggu lepas.

2jam berlalu kelas pun tamat.

Lepas lecturer keluar, budak Salmin duk makin dekat dengan aku. Dia pun bukak cerita. Dia peramah tahap no 13. Aku layan cerita budak setengah laki setengah perempuan ni. Minggu lepas masa dalam kelas Tasawur Islam dia cerita pasal barang-barang makeup dia. Aku dengar, tapi satu pun tak masuk kat kepala otak aku. Apa jadah aku nak taw pasal barang-barang makeup, padahal aku kat rumah pun sikat rambut pinjam membe akunya yang duk kat bilik sebelah bilik master room.

Salmin memulakan perbualan..
"U suke perempuan?"

Soklan mudah macam ni, aku jawab dengan penuh konfiden di dada..
"Yes, of kos"

Salmin menyambung lagi.
"U suke perempuan yang macam mane"

Aku reply..
"aku suke perempuan yang bla,bla,bla...."

Salmin...
"oh i see.. I lebih suke kat laki..I suke laki yang mempun -bla,bla,bla"...
Salmin bercerita penuh lemah lembut mengenai ciri-ciri lelaki kegemarannya sambil tangan kanannya meraba-raba peha aku..

Aku angkat kalkulator 570, hantuk kat kepala Salmin bertubi-tubi. Darah keluar memancut-mancut.

Suasana menjadi amat tegang.

Aku capai beg adidas siam ngan kalkulator yang berlumuran darah terus blah pergi kantin, pekena milo ais.

Sunday, February 21

Mutiara kata

Pesanan dari DR Fadzilah Lamsah:

Kepada fan-fan MU harap bersabar. MU memang main macam tu.

cuti dah abes

Lepas cuti raye cine ni..Ade cuti ape lagi hah? Cakap-cakap, aku nak list kan. Rasa cam sekejap je cuti dah nak kena balik. Aku baru siap tanam 3 baris batang pokok anak-anak durian kunyit. Budak-budak durian yang kecik ni memang kene perjagaan rapi.

Kalau macam tu sape nak tolong jaga anak-anak durian aku di kampung, semasa ketiadaan aku?

Aku tak boleh la runsing-runsing. Kalau tak nanti aku kekuliah, otak memikirkan durian...

Ada sape berminat?

Skop kerja:

a) Trim daun-daun
b) Check akar,pastikan cukup nutrien
c) Cuci batang durian seminggu sekali.
d) Pastikan buah durian tak dimakan tupai.

Kalau tupai tak makan, tapi lu yang makan, memang aku bagi buku lali sampai lu koma.

Friday, February 19

Commandos



Dari pagi tadi sampai malam aku ganja main game "Commandos". Keyboard aku button "R" ngan "A" dah macam nak taknak dah berfunction. Aku agak button-button ni dah panas la tak rehat-rehat.

Dulu time aku duk sekolah rendah Batu 9 lagi aku dah main game ni. Time tu balik-balik sekolah dengan setokin tak tanggal lagi, terus bukak komputer main. Gula-gula getah seposen yang atas hitam bawah putih tu, aku buat-buat alas mulut. Game ni memang dah lama, tapi legend la bagi aku. Ibarat pepatah Melayu berkata-kata "masakkan ubi sedap kalau tak dirasa".

Kalau korang rasa otak-otak korang genius, terai la main game ni. Aku dengar citer dari Apai, ada budak kat Trinidad and Togo bunuh diri sebab seteres main game ni. Lu orang terai tengok, seteres tak seteres.

Ni dah pukul 5 pagi. Aku risau jugak ni tak tidur-tidur lagi. Takut bangun-bangun esok, time-time Pak imam semayang jumaat dah balik rumah pekena ayam bakar makan tengah hari dengan bini no 3.

Thursday, February 18

Projek Raye Cine



Kita orang fikir nak tubuhkan band. Name band dah on the way nak dapat. Kita orang agak nak main jenis-jenis musik kenduri. Jadi sape-sape nak kawin, jemput la kita orang. Sejam RM 20 000. Bolela aku cari duit sikit buat beli mesin rambut baru. Apa macam?

Saturday, February 13

Kalau kasut rosak, jangan tampal guna double tape.

Aku bangun awal sebelum lagi pak bilal pasang kaset mengaji kat radio masjid pagi-pagi. Bangun-bangun dengan selimut terikat kat kaki , aku terus buat pumping 125 kali. Dah abis satu round 125 kali, peluh keluar setitik dua. Aku tak puas hati, tambah lagi 2 round. Dah peluh memancut-mancut, aku gerak pergi mandi.

Pastu aku siap-siap. Selongkar-selongkar locker, aku cari baju sukan, seluar sukan, setokin sukan dengan kasut sukan. Aku pekena semuanya sekali gus, kecuali kasut sukan. Kasut sukan aku pakai selepas aku telan pisang setengah, roti separuh, milo setengah cawan dan 100plus separuh tin.

Selalu-selalu aku gerak pergi kolej naik motor. Hari ni aku lari jer. Penuh bersemangat. Hari ni la merupakan hari kemuncak merentas desa. Siapa tak semangat, hadiah yang ditawarkan lumayan bai. Gara-gara budget kewangan yang rendah staf-staf kolej bagi hadiah lain macam. 3 hari pengecualian kuliah kepada pemenang no 1, no 2, 2 hari dan 3 satu hari. Syurga betul hadiah.

Sampai sini saja la...... Rasa sedih jer nak tulis adengan-adengan aku berlari...aku harap anda semua faham tahap kesedihan aku.

Nasihat aku untuk atlet-atlet macam aku. Kalau kasut tercabut tapak, jangan tampal dengan double tape. Pergi beli gam dunlop ker, tak pun jahit guna benang guni yang tebal tu.

Thursday, February 11

Panggang

Aku ketuk-ketuk kaki sofa. " Kuat lagi sofa ni". Aku pun dengan yakin duduk atas sofa. Ya memang tak roboh time aku duduk. Risau jugak aku, badan-badan macam aku memang kadang-kadang duduk atas sofa, boleh runtuh sofa. Aku pun bukak tv. Pukul 8 malam, semua tv tunjuk berita. Bosan, aku dah taw semua yang wartawan tu cerita. Aku bace 4 surat khabar hari ni. Takde masalah aku nak taw semua. Dari Kosmo, ke Metro, ke Harakah dan last dengan Nan Yang Siang Pow.

Aku ingat nak tengok movie kat Tv tapi takde. Kat laptop pun semua aku dah khatam. Malam tadi aku marathon tengok movie kat laptop sekali 8. Berasap-rasap laptop aku, nasib baik tak meletup. Kalo meletup memang aku dah buat loan kat along-along buat beli laptop baru.

Aku cari seluar pendek kotak-kotak kat celah-celah baju kuliah. Aku sarung seluar kotak-kotak pastu gerak pergi cari makanan. 28 minit aku ronda-ronda keliling kolumpo. Aku jumpa satu kedai baik punya. Dari jauh lagi aku tengok kedai tu bapak sesak. Penuh orang dalam kedai. Yang budak-budak takde kerusi, duduk atas meja. Yang budak-budak dah ketagih sangat tapi takde meja duduk atas lantai. Yang beratur menunggu giliran nak masuk pun bapak ramai, semua muke ketagih.

Aku rasa kedai ni ada guna bomoh sikit-sikit tarik pelanggan. Aku pun teruja nak try. Aku park moto sebelah kereta Maycidis. Aku pun beratur. Dah 15 minit aku beratur, sikit lagi nak dapat tempat duduk. Tiba-tiba aku pandang tempat memotong daging, aku ucap cilaka dalam hati dan terus belah dari kedai tu.


"aku blah sebab aku tak makan benda ni"

gamba ni aku ambek esok paginya!

Wednesday, February 10

sorry

mintak maaf sebab aku tak sambung entry yang sebelum ni...setelah 3 hari..ni aku bru bangun tido...ish!

Monday, February 8

Merentas desa dah nak dekat. Perasaan aku nak mengekalkan kejuaraan membuak-buak. Tahun ni aku mesti menang lagi macam tahun-tahun sebelumnya. So aku dah planning dengan satu jadual latihan intensif untuk meningkatkan lagi prestasi.

Pagi-pagi sebelum aku gosok gigi, aku buat tekan tubi 237 kali. Berketul-ketul otot kat bahu aku naik. Lepas tekan tubi, aku tekan ubi sampai leyek. Dah leyek, aku letak tepung sikit dan panaskan minyak. Sambil gosok gigi, aku goreng cekodok ubi.

Lepas pekena cekodok ubi 34 biji, aku ...............................

bersambung....

aku nak tidur dulu....ngantuk gile!

Friday, February 5

merentas desa

Aku tengok kat seluruh pelusuk kolej, kat tempat-tempat yang ada ruang besar dan panjang sikit macam alur gajah ke asrama, ramai budak-budak bersenam. Ada yang meregangkan badan, ada jugak yang buat "Sit Up" ngan "Push Up". Yang lompat bintang ngan jalan itik jarang-jarang nampak. Tapi yang berlari anak dari ujung jalan ke ujung satu lagi secara ulang-alik paling ramai.

Budak-budak yang ulat beluncas buku, berlari sambil baca buku. Yang anti buku, berlari sambil lap peluh guna buku. Yang tak baca buku, berlari sambil takde buku kat tangan.

Bersenam tak semestinya pakai seluar track dengan baju sukan. Yang pakai seluar slack, kemeja ngan tie pun ramai yang berlari. Yang berbaju kurung dengan kebaya pun bantai berlari. Yang pakai seluar tidur, tak jumpa lagi.

Nampaknya kehangatan merentas desa minggu depan dah tersemat kat jiwa budak-budak kolej. Masing-masing nak berusaha kalahkan aku yang memegang rekod no 1 sejak 3 tahun lepas.

Sampai disini sahaja. Aku nak angkat dumble guna peha jap, agar otot peha aku naik.

Thursday, February 4

Lesen

Lepas SPM tamat, aku terus gerak pergi kedai Ang Pow. Sampai kedai, tanpa bagi salam, aku gerak ke bahagian tersembunyi kat belakang-belakang. Aku tuju kat rak last sekali bahagian bawah yang atasnya tersusun tin-tin susu Fernleaf. Kat situ port Ang Pow longgok selipar-selipar jepun buatan Malaysia. Aku cari yang terbaik dari ladang dan angkat satu saiz 8 setengah. Zaman aku lepas SPM harganya sekitar 3ringgit setengah ke 4ringgit. Saing-saing harga Dunhill jer masa tu.

Sampai rumah, aku hadiahkan selipar jepun buatan Malaysia tadi kat abah aku. Hampir-hampir menangis abah aku menahan keterharuan. Tapi dia kaver, tetiba dia capai eye mo kat laci dapur titik 2-3 titis kat mata kiri dan kanan . Konon-konon air mata yang keluar tu adalah eye mo tadi. 2-3 minit abah aku menahan sebak, dia kembali normal.

Abah aku mula menyusun kata-kata...

Lepas 47saat dia mengekpresskan rasa terima kasihnya, dia pun bertanya kepada aku.

"Ang nak apa sebagai balasan?"

Tanpa rasa ragu-ragu dan segan silu, aku seteret tu de poin.

"Nak lesen kereta!"

Lepas peristiwa tu, abah terus daftarkan aku kat tempat ambek lesen. Apa nama syarikat memandu tu pun aku tak taw tapi yang pasti bukan Metro Driving Academy.

Bermulalah kisah aku mengambil lesen-lesen B2 dan D. Dulu masa sekolah aku jenis pelajar yang ulat buku. Budak-budak rempit time aku berumur mengambil SPM dah ramai dah. Budak-budak rempit ni cakap, budak-budak ulat buku macam aku mesti fail punyalah ambek lesen kereta. Tapi aku berjaya menjadi pemandu berlesen dengan satu percubaan sahaja, tanpa rasuah karipap 2 biji kat budak-budak JPJ yang keje time test aritu.

3 hari lepas, mamaku ada cakap yang adik aku dalam bulan Februari ni ada test lesen kete. Aku harap dia gagal. Barulah dia sedar yang menjadi mat rempit sejak dibangku tingkatan satu tak menjana peluang mendapat lesen dengan hanya satu percubaan.