Monday, December 31

Sikap tolong-menolong




Sebab aku duduk jauh kat pendalaman aku ada beli sebuah motor. Semalam, aku tunggang motor pergi rumah kawan di Miri. Singgah rumah kawan aku tidak bawa karipap macam trend makcik-makcik sebagai buah tangan tetapi aku bawa satu set body stickers untuk motor. Lagipun sebagai remaja aku rasa amalan bawa karipap-karipap masih belum sampai masa. Hehe.

Jadi, aku bawa sticker suruh kawan tolong pasang kat motor. Kawan-kawan setuju dan kami pun memulakan kerja. Kerja-kerja pasang sticker ini agak rumit dan memerlukan fokus tinggi. Selang seminit dua, aku dengar kawan aku maki keluar binatang semasa tangan dia ralit ejas sticker.

"hehehe", aku senyum dengar kawan mencarut sendiri-sendiri.

Kerja pasang sticker siap hampir 2 jam. Setelah berpuas hati dengan susun atur sticker di motor, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan. Tanda penghargaan ikhlas aku.

"Ai,takkan terima kasih je... Belanja KFC la sekarang", balas kawan dengan segera.

Aku senyap seketika....

* * *

Selang beberapa ketika, aku balas.

" Kemanakah hilangnya sikap tolong-menolong secara ikhlas di dalam masyarakat Melayu kita sekarang?"

Seorang kawan ambil spanar, seorang lagi ambil helmet. 

Saturday, December 29

.

Aku tengah packing-packing barang. Sedang aku angkat baju masuk dalam beg, terasa berat lain macam baju. Payah juga aku nak settle kerja-kerja mengemas.

"damm, cuti dah habis", caci aku dalam hati masa sedang mengemas.

Wednesday, December 26

Alasan tak munasabah

Aku minta maaf kalau aku lama tak buat "berjalan blog" kat korang semua. Hujung-hujung tahun cuti nak habis, so aku habiskan cuti dengan tak duduk rumah. Sekian pesanan ikhlas. :)



Glosari:

Berjalan blog : Blog walking

Saturday, December 22

Sekolah pendalaman

Pagi tadi sedang aku menonton televisyen, mak aku tetiba menyapa,

"kau nak ke pindah ke sekolah bandar, mak ada kabel yang boleh tolong",

Dengan mata masih layan televisyen cerita Maharajalawak rewind aku menjawab,

"taknaklah.. duduk bandar tak sihat, dalam hutan banyak oksigen".

Lepas-lepas aku menjawab, mak aku terus rancak sapu rumah, tanpa menanyakan soalan-soalan lain lagi.

Friday, December 21

Dilemma remaja

Aku sedang bercuti. Kadang-kadang waktu petang aku keluar rumah untuk tengok hal-hal sekeliling yang berlaku di taman. Sambil tengok-tengok maka aku selalulah berjumpa dengan orang-orang tua taman. Kadang-kadang aku berjumpa mereka sedang siram pokok bunga mahupun siram kereta. Ramai antara mereka sudah berpencen secara tetap dan sibuk layan bunga mahupun kereta.

"relak juga orang-orang pencen ini", ujar aku dalam hati.

Untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang-orang tua aku selalu menegur mereka. Jadi selepas proses tegur menegur selesai kami mula berborak secara rancak. Tajuk cerita yang aku pasti adalah mengenai kahwin. Mana-mana aku tegur orang tua mesti borak pasal kahwin. Mereka selalu tanya aku,

"Kau bila nak kahwin ni. Kalau takda calon pakcik boleh carikan sekali",

Gara-gara asik soalan sama diulang setiap hari, aku tekad mulai esok petang aku malas keluar rumah.

Aku plan petang-petang main facebook. Barulah bujang.


Thursday, December 20

Kisah percintaan lalu

Dulu aku pernah ada awek Cina. Dia memang cun ala-ala Megan Fox. Jadi suatu hari pada hujung minggu aku bawa dia pergi tengok wayang. Sambil tengok wayang kami pekena popcorn dan air coke secara kongsi. Pada masa itu terasa dunia seperti dicipta untuk kami berdua. Sungguh indah.

Selesai tengok wayang aku pun bawa dia keluar dari shopping mall dan cari makanan untuk tengah hari. Aku pandu kereta sedang dia duduk sebelah kiri. Aku singgah kedai ditepi jalan yang jual makanan tengah hari secara pilih lauk.

Untuk menunjukkan rasa kasih sayang, aku suruh awek aku duduk di meja dan aku ambilkan lauk untuk dia. Aku minta nasi dua pinggan dan aku isi ikan keli bakar dan ulam petai untuk pinggan dia dan pinggan aku. Selepas itu aku ambil semangkuk kecil sambal belacan untuk cicah ikan bakar dan petai.

"Nikmat giler ni", ujar aku dalam hati sambil tengok ikan bakar dan sambal belacan.

Aku pun bawa makanan tadi ke meja awek aku. Kami pun mula makan. Dia cuit sikit ikan bakar dan cicah dalam sambil belacan. Dengan dicampurkan nasi dan ikan dicicah tadi dia suap masuk mulut.

"khoook, khoook, khoook, khoook" , bunyi awek aku terbatuk tiba-tiba.

"Sayang, I tak retilah makan sambal belacan", kata awek aku kepada ak.

Sejak-sejak peristiwa itu, aku dan awek Cina mula putus. Bagi aku susah nak ada pasangan tak makan sambal belacan ni.


Monday, December 17

Deto dan rock

"aku nak tinggalkan dunia rock"................ 

Kata Deto kepada aku semasa sedang lepak semeja di mamak.

Aku terkejut dengan kata-kata Deto. Aku terdiam dan tak lalu minum teh. Kata-kata itu ibarat ayat terakhir sebelum dia menemui penciptanya. Deto yang aku kenal sejak dari bangku sekolah rendah memang hidup dan membesar dengan rock. Dia dan rock tidak boleh dipisahkan. "Takkan dia kacang lupakan kulit", ujar aku dalam hati.

Setelah tamat sekolah menengah kerajaan, Deto dan rock semakin sebati. Dia mula mengenakan rambut panjang sampai atas punggung dan seluar jeans ketat. Setiap hari telinganya dialun dengan muzik-muzik rock keras berasal dari dalam negara mahupun luar negara. Tidak silap rock Thailand pun menjadi pilihan kadang-kala.

Sumber pendapatannya juga dari rock. Dia bermain gitar secara basking di uptown-uptown sekitar kota dan lorong-lorong dipenuhi anak muda. Walau pendapatannya tidak seberapa tapi dia puas kerana dapat melayani rock. Itulah rock dalam jiwa Deto.

* * *

"ini tidak boleh jadi", kata aku dalam hati tanda tidak puas hati.

Setelah tenang dan tangan masih memegang teh, aku mengajukan soalan kepada Deto untuk merungkai persoalan aku.

"Deto, giler apa kau nak tinggalkan rock yang kau dah pegang selama 24 tahun ini?".

* * *

Masa berlalu seketika. Deto memandang mata aku tajam-tajam. Tanpa senyum dia menjawab,

"aku sekarang tengah syok dengan awek parti Pas la".

"Hahahahaha", aku tergelak terbahak-bahak seorang diri di mamak.

Thursday, December 13

es Bandung

Aku pergi bandung. Balik nanti aku update. hehe

Sunday, December 9

Malaysia vs Thailand


Malam ini Malaysia akan berentap dengan Thailand untuk penentuan separuh akhir. Selalu kalau  match-match penting macam ini memang aku message Wan Jack untuk bagi kata sokongan dan semangat. Tapi untuk match malam ini, Wan Jack mungkin tidak diturunkan ura-ura katanya dia sakit kaki. 

Jadi dari Wan Jack, aku beralih ke S. Kunanlan. Petang tadi dengan guna henfon bukan touch screen aku message S. Kunanlan untuk bagi kata-kata semangat.

"Kalei vanakkam Kunanlan... nan unnei khadalikiren thangechi nan kaliparaikke", aku taip.

Selepas setengah jam, telefon aku berdering tanda message masuk. Aku tekan button handphone buka message.

" f##k... what do you said. I dont understand", Kunanlan reply.

"btw...who are you?", selang beberapa minit message kedua sampai dari Kunanlan.

Hehehe, aku senyum sikit sorang-sorang.



Rujukan lalu:

Post berkaitan

Saturday, December 8

Rukun Tetangga 2

Pagi tadi, awal-awal selepas Subuh mak aku kejut bangun tidur. Mak aku kejut guna gaya kasar setelah berkali-kali gagal dengan cara halus. Jeritan kuat sedas ditambah dengan tangan.

"Faiq, bangun... rumah depan ada buat kenduri, pergi rewang sekarang".

Rupa-rupanya Ketua Taman aku semalam cabut rumput yang buat kenduri. Tak hairanlah mengapa tiba-tiba semalam dia cabut rumput selalunya petang-petang basuh kereta. Tanpa mandi tapi gosok gigi aku terus pergi ke rumah Ketua Taman.

" Assalamualaikum pakcik. apa yang boleh saya bantu", tanya aku yakin.

Terkejut Ketua Taman tengok aku datang rumah awal pagi. Jarang-jarang remaja sebaya macam aku bangun awal. Aku hanya senyum tipis simpan perasaan bangga dalam-dalam. Hehehe.

Glosari :

Rewang : Dari bahasa Jawa yang bermaksud tolong-menolong dalam persiapan untuk majlis kenduri

Friday, December 7

Rukun Tetangga

Aku keluar rumah untuk sidai pakaian. "Payah betul tidak ada adik beradik perempuan, kerja sidai pakaian pun lelaki kena buat", rungut dalam hati selepas mak aku suruh.

Aku bawa satu baldi kecil dan satu raga pergi sidai pakaian luar rumah. Sambil sidai aku nampak Ketua Taman yang rumah berhadapan dengan rumah aku sedang sibuk cabut rumput. Jadi selepas aku habis sidai pakaian aku tegur Ketua Taman yang umur dipertengahan usia itu.

"Pakcik, tengah cabut rumput ke??", jerit aku dari rumah aku ke rumah Ketua Taman.

"Eh taklah, saya tengah basuh kereta ini,", balas ketua Taman Lembut

Wednesday, December 5

Amanah Saham Bumiputera

Masa aku pergi Maybank untuk keluarkan duit ada seorang pekerja bank tegur aku. Jarang-jarang orang bank nak tegur orang berpakaian biasa-biasa macam aku. "Mungkin hari ini aku nampak segak sikit", ujar aku dalam hati.  Abang bank tadi bagi aku satu kertas A4. Dalam itu tertulis mengenai jumlah-jumlah bayaran pinjaman ASB. Dia ajak aku masuk pinjaman ASB.

Aku teliti jumlah-jumlah duit buat aku tertarik. Untuk menambahkan rasa keinginan aku brader bank tadi mula membuat pengiraan untuk  menunjukkan kadar keuntungan yang kita akan dapat apabila melabur ASB. Brader tadi pun memulakan pengiraan menggunakan pen dan tangan. "Hebat matematik mamat ni", ujar aku dalam hati sebab dia kira tidak guna kalkulator.

Lepas-lepas kira dia tunjuk kat aku. Cecah ratus ribu pun boleh pergi melalui pinjaman ini. Mata aku mula gelap dan hati semakin tertarik. Tapi aku tetap tenang simpan perasaan dalam-dalam kat hati.

"Macam inilah bro, saya bawa borang ini balik, nanti saya fikir dekat rumah", kata aku kepada pekerja bank tadi.

"Ini kad saya, nanti contact abang untuk urusan pinjaman ini", balas pekerja bank, nada semangat dapat seorang pelanggan baru.

Aku pun keluar dari bank dan turunkan engkol motor. Aku start motor dan pandu motor perlahan tuju rumah. Sampai-sampai rumah aku tinggal borang kat meja dan jalan masuk bilik. Aku buka internet layan facebook.

"Barulah remaja layan Facebook, ini nak pikir pasal duit", hehe


Tuesday, December 4

Life Of Pi



Semalam memang aku teringin nak tengok wayang. Jadi pukul 8 malam aku pandu kereta menuju Sunway Piramid dengan abang. Kereta aku memacu perlahan menuju Sunway Piramid. Sambil pandu takut juga kalau-kalau kena jerangkap samar AES.

Sampai-sampai aku terus tuju tingkat paling atas cari tiket wayang. Aku beli tiket wayang paling lewat malam dan 3D. Filem aku pilih "Life Of Pi". Lepas itu aku pilih seat tengah-tengah.

" RM 40 encik", kata juru kaunter.

"bapak mahal  tiket 3D sekarang, tahun lepas aku tengok baru RM 15", ujar aku dalam hati sambil muka relak keluarkan not RM 50 untuk bayar.

Sebelum beredar dia bagi aku spek mata masih dalam plastik. Rupa-rupanya sekarang diorang bagi spekmata sekali terus boleh bawak balik. Kira harga spek dimasukkan sekali dalam tiket. Ini mesti kes spek mata yang diorang bagi pinjam dulu asyik hilang kena rembat dengan rakyat Malaysia.

"kampung juga aku baru tahu", hehe, ujar aku

Pukul 11.50 malam aku masuk wayang, Keadaan wayang agak padat dipenuhi penonton-penonton lain. Top juga filem ini ramai peminat. Jadi malam itu aku tengoklah wayang cerita "Life Of Pi". Cerita berlansung dalam 2 jam.

Selepas wayang habis, aku keluar ikut pintu depan. Lepas keluar aku nak masuk wayang semula, nak tengok cerita tadi sekali lagi. Bapak best!

Saturday, December 1

Gay


Malam ini malam penentuan bagi budak-budak Rajagopal. Untuk tanda sokongan aku kepada pasukan Malaysia, tadi aku message Wan Zack Haikal.

" Malam ini main baik-baik sayang. Hati-hati taw, jangan sampai tercedera"

Message aku ringkas.