Thursday, July 30

IQ setanding Einstein

lokasi: 4 Amanah
waktu peristiwa: 9.36a.m

Vashini, Nan Yuan, Atiqah dan Shasha secara serentak menanyakan soalan....

"Teacher....what is the meaning of ' My Very Excellence Mother Julie Serves Us Nine Pizzas?"

The teacher: piece of cake la...ur mum baked for u pizzas for breakfast before go to school.

The students: wrong!

The teacher: then?

The students: Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune and Pluto..

The teacher: eeerrrrrrrrrr ( rase geram dengan jawapan teka-teki itu.)

ni la formula yg budak darjah empat gune untuk hafal name2 planet..
ni 2009..

aku dulu skola time 1999 formula lain..jadi mane la aku reti jawab..


dari kiri: shasha,nan yuan, vashini, atiqah


dari tengah-tengah: faez al-ayubbi

Tuesday, July 28

WAR-berjuang hingga ke titisan darah terakhir (part 2)..

sebelum membaca entry ini..aku mengesyorkan sekeras-kerasnya utk menbaca enty ini utk kefahaman cerita yang lebih tinggi..

kini genap 4hari pekan Venissa di takluki oleh si penjajah bangsat..setelah pekan ini jatuh dibawah kekuasaan askar-askar babi, perkara pertama yang dilakukan oleh mereka adalah memonopoli aktiviti-aktiviti ekonomi di pekan Venissa ini......Dalam 4 hari ini, pak kordi tidak lagi turun ke lombong utk mencari emas, Samad Sontono tidak lagi turun ke dusun mengutip durian, Acong pula kunci solex pintu kedai kainnya dan mat rempit tidak beracing lagi..

ah....tidak dilupakan..tiada lagi suara Salmah dan Joyah di pagi Ahad..maka tiada jugalah surat khabar fresh bergerak..

aku berasa sungguh tertekan dan terhina apabila tempat aku membesar ditawan oleh babi-babi ini.. sebagai anak jati pekan Venissa ini, aku berasa bertanggung-jawab untuk membebaskan pekan ini dari ancaman penjajah..

aku dail no 03-65228799,tut...tut...
Ali Sakai menjawab..

aku pun menyampaikan la hajatku kepada Ali Sakai tentang keinginan aku untuk berperang dengan tentera-tentera babi ini..

Ali Sakai on saja...dia ini juga merupakan anak jati Venissa, sbb itu mudah saja dia on walau dia tahu nyawanya mungkin akan lesap ditelan c4..keberaniannya jelas terpancar melalui suara dalam telefonnya..

Aku pilih Ali Sakai sebagai bala tentera aku sebab dia ni bekerja di sebuah kedai basikal..jadi dia ni memang biasa mengepam tayar-tayar basikal..
aku pikir, tangan Ali Sakai ni mesti biasa menekan pam tayar tu, jadi aku ingin letakkan dier sebagai squad bom yang kejenya menekan starter bom apabila semua bom sudah disetkan dan ready untuk meletup..

Boooooooooommmmm! - jagalah kau babi..rasakan bom dari Ali Sakai..

Selain Ali Sakai, aku juga mengambil 2 orang lagi sebagai pelengkap bala tentera aku..seorang namanya Jasnul dan seorang lagi Khuldun..mereka ini bukanlah dari Venissa tetapi aku import dari kampung sebelah bernama "kampung sebelah venissa"...mereka berdua memang terkenal di kampung mereka sehinggalah ke Venissa ini.. semua orang tahu yang mereka berdua ini memang kaki rembat buah-buah didusun orang kampung.. semua rambutan, manggis, langsat diorang tibai..

aku tak respect diorang sebab sikap merembat diorang..tp aku respect tahap kehebatan koordinasi mata dan tangan diorang... Jasnul ngan Khuldun ni tak merembat buah dengan panjat pokok atau guna galah bai.. diorang cakap, kalo panjat pokok banyak kerengge..kalo gune galah pulak, berat susah nak bawak sampai ke dusun kat venissa..

diorang ni rembat buah-buah dengan baling batu saje.. asal baling seketul batu je mesti jatuh 3 tangkai buah rambutan.. hebat tu.. aritu aku tengok si Jasnul sambil bakar rokok die boleh baling batu jatuh 14 tangkai rambutan..cuba korg bayangkan, tangan kiri dah pegang ligther, mata dah pandang kat api nak cucuh rokok, tapi dia masih bole tepat..tidak magikkah itu?

oleh kerana kemahiran mereka ini agak unik..aku letakkan mereka di squad sniper..jagalah babi-babi, berlubang la kepala-kepala korang kene peluru dari diorg berdua ni..konfem tepat la..

aku dah ade squad bom dan squad sniper...dan squad terakhir yg diperlukan adalah squad ambush atau lebih dikenali sebagai squad pengempur..

tak lain dan tidak bukan..aku sendiri yang menjadi squad pengempur ni...dari segi tubuh badan, memang badan aku paling sesuai, agak taf dan berotot..mudah bagi aku bergerak pantas mengempur kem musuh..yeah...akan aku gempur kubu-kubu korang..mampos korang semua tertelan peluru aku nnt...

-------------------------------------------------------------------------

doakan kejayaan kami!

(iringan muzik - inilah barisan kita)

(dari kiri) Ali Sakai, Aku, Jasnul, Khuldun

Sunday, July 26

WAR- we lost to the pig army (Part 1)

Pekan Venissa agak sunyi pada pagi ahad ini..kekecohan makcik-makcik semasa proses tawar menawar dalam pembelian kain tidak lagi kedengaran pada pagi ahad ini.

suara-suara makcik inilah yang akan memotong segala mimpi-mimpi aku pada pagi ahad.. adakah suara-suara makcik ini bertindak seperti FINAS yg sentiasa memotong segala adegan-adegan yg agak menjengkilkan didalam filem-filem Melayu kini?...

rumah usang kayuku berdiri agak tempang bersebelahan dengan pasar pagi Ahad di Pekan Venissa ini..sudh 21 tahun aku tinggal disini.. aku dh boleh cam suara-suara makcik yg mengiurkan pada pagi Ahad itu.. jika agak garau, ku tahu itu semestinya si Salmah yg hebat mendendangkan lagu Inul Drasista smbil melayan lenggoknya.. jika suara itu agak deras pengeluaran susunan ayat-ayatnya, ku tahu itu semestinya si Joyah.. atau lebih dikenali sbgai "surat khabar bergerak" di Pekan Venissa ini.. berita-berita gosip di Pekan Venissa ini sentiasa up-to-date,warga Venissa tidak perlu susah-susah kekedai membeli Harian Metro mahupun URTV magazine, tunggu sahaja ditangga rumah,nanti akan datanglah si Joyah ini dengan berita-berita hangatnya..

"ah... aku keliru, mengapa pagi ini sungguh sunyi..
xkan Acong dan An Hui tiada berniaga kain di pasar pagi dinihari." ..desas desusku di dalam hati..

kekonfiusan aku membuatkan aku gagahkan diri...aku campakkan selimut merahku jauh-jauh, lalu sambil merangkak aku menuju ke tingkap..pabila aku membuka tingkap vitamin-vitamin D dari sinaran uv matahari terus masuk kedalam tubuhku melalui liang-liang rongga kulitku..anak mataku terasa silau tetapi aku berusaha membukanya..

ah..kosong!..
tiada lagi pasar pada pagi dinihari..
kemanakah perginya warga-warga Venissa ini?

tiada lagi acong, an hui, salmah dan joyah pada pagi ini.. kemanakah semua orang pergi? aku menjadi keliru dan buntu melihat Pekan Venissa ini sepi tanpa kekecohan pagi Ahad..

anak mata aku berliar-liar di sekeliling tapak pasar..manekan tahu, mungkin aku akan terjumpa seseorang...

mataku terberhenti dari liaran pabila terlihat satu poster yang agak jelas terpampang.. poster itu berlatar belakangkan putih dan berfont merah.. mataku statik dan aku memulakan pembacaan notis-notis di poster itu..

berbunyi seperti begini...

" DUKACITA DIMAKLUMKAN PEKAN VENISSA INI TELAH DISERANGANI H1N1 SECARA KESELURUHANNYA.. PEKAN INI TELAH DILETAKKAN DIBAWAH ZON DARURAT..KEPADA SEMUA WARGA VENISSA INI, ANDA DILARANG UNTUK KELUAR DARI RUMAH MASING-MASING... TIADA LAGI AKTIVITI SOSIAL SEHINGGA DIBERITAHU PADA MASA AKAN DATANG.. SEKIAN TERIMA KASIH"

ah...cilaka!!!!!!!!!!!!!!!!......
jerit aku sekuat hati..
kita kalah kepada tentera-tentera babi..

Sunday, July 19

opis boy naik minyak

agak setahun aku menjadi penggangur..
tetapi sejarah aku berubah, apabila lebih kurang 2 minggu lepas aku mendapat kerja sebagai opis boy di sebuah syarikat swasta di kota metropolitan ini..

kerja opis boy agak simple dan kne dgn citer raser aku..
dtg je opis pagi2,mst dpt selai atau 2 lai kertas penuh order utk breakfast org2 berkolar dan bertie di opis aku,,,

mcm biase..tempahan order tu mst berkisar di kedai mamak 24hours Sri Kusam Bistro..
smbil tggu order2 ni siap..
aku pekene lu roti sardin ngan teh tarik segelas..

kerja rasmi sbgai opis boy, adlh sbgai penghantar surat,,
surat2 ini perlu diantar dgn kadar segere..

sbb kate bos.."ini surat semua urusan berjuta-juta"..

"bos lu kencing la..xkan la kertas selai ader sejuta"...jwb aku dlm hati stiap kali bos aku ckp sprti dialog di ats..

selalunye kerja aku mmg tip top..
no wonderlah bos syg aku..
aku mst boleh anta surat2 ni setengah jam lebih awl dri waktu yg dihadkn oleh bos aku,,

sbgai opis boy yg bermotor kapcai ini,,
kemahiran sbgai mat rempit, perlu ader serba sedikit,,
bagi menjalankan misi2 khas bos aku..
setiap hari penuh ranjau aku perlu lalui..
kesesakkan lalu lintas, aku sudh lali..
langgar side mirror org..aku sudh biase..
langgar awek sdg melintas..aku belum lg..

walau kadang2 suparman ats moto aku buat..
aku tetap bkn mat rempit..
waktu keje je aku bwk laju,,,
bile balek ke umah n pergi keje aku maintain je bwk moto c70 aku tu 50-60 km/j..
smbil pulas throttle moto..smbil pekene asap putih..
lampu merah pun aku x langgar..
patuh dgn arahan2 di jalan raya..

kalo time keje lampu merah langgar xpe..
sbb saman nnt bos yg byr,,
yela..kene saman sbb atas urusan kerja..
berbaloi la bos tolong byr..
sbb dier keje nk cpt jer..

aku slalu mndpt pujian dri bos..
bos slalu ckp aku ni..bgs, rajin buat kerja, amanah,jujur dan beristiqamah..
giler kembang sumer anggota bdn aku setiap kali bos puji aku,,

dh 2 mggu aku keje..skrg ni dh 19 july..
lebih kurg seminggu lg, aku akan dpt gaji...

esk pagi2, aku nk msuk bilik bos aku..
aku nk ckp mcm ni..

"bos, bos sehat?, bos nk mkn pe, sya belanja"..
"bos, gaji bulan ni saya nk ambek 20% jer"...
"yg lain bos ambek la"..
"yg baki 80% tu bos ambek, buat belikan saya motor ducatti 1"
"nk yg kaler merah"..
"sya nk yg cc nyer lebih 500cc bos"
"barula pergi dgn lancar nnt"



Friday, July 17

bila medula oblogata frozen

assalamualaikum semua..buat mase ni medula oblogata aku tgh frozen kot..aku ssh nk dpt idea2 kretip utk menulis cerite.. sape2 bole kasi cdgn suh aku menulis tntg ape, bole la kasi pndpt..

ni aku sertakan antara cover yg aku pernah buat dr filem2 yg box opis..


cover dri filem Syurga Cinta (2009)

cover dri filem The Day The Earth Stood Still (2008)

Cover dri filem Hati Malaya 1957 (2007)


aku juga agak sibuk utk masa ni..
x sempat nk lwt blog2 korg..
jap lg aku free..
aku lawat ..
sorry
tq

Monday, July 13

untuk budak yg bewarna merah..

aku terbace satu entri yg menarik dri seorg blogger yg agak cun dan hot iaitu " I AM STRADUST" yg bertajuk "CROWN OF LOVE" ... aku ckup tertarik dgn artikel berbaur bunga-bungaan manusia ini dan aku sokong 100% kebenarannya..

pernah kamu ditanye soalan2 seperti begini:

"knp awk suke saya?"
"knp awk rindu saya?"

semestinya soalan2 begini, akan ditanya oleh kaum hawa kpd golongan adam..

solan begini begitu sukar untuk dijawab dan ia terlalu abstrak untuk diluahkan melalui penulisan mahupun percakapan... bagi aku, hanya trdpt 2 golongan kaum adam saja yg mudah menjawab persolan begitu yg ditujukan oleh kaum hawa kpd beliau..

yg pertama adalah seorang golongan kaum adam yg begitu jujur dan tulus kpd pasangannya..masih adakah golongan begini didalam dunia yg tanpa sempadan ini? jika ada, maka mereka adlh insan terbaik utk kaum hawa..

golongan kedua adlh glgn kaum adam yg master.. term master itu bermksd, semua jwpn bg persolan2 diatas itu telah di setkan di otaknya sejak lama lg.. dan golongan ini hanya perlu mengeluarkan jawapan itu dri kotak sereblum mereka apabila pasangannya menanyakan kpdnya, dan kemudian jawapan yg sama juga akan digunakan utk pasangannya yg seterusnya..dan begitula seterusnya..ulang dan ulang dan ulang..

bagi insan adam yg biasa yg tidak penah perfect dri segala aspek...soalan begitu akn mereka usaha utk mengelakkannya..bukan kerana tidak menyanyangi si dia...tetapi tiada jawapan yg sesuai utk persoalan itu.. bkn mudah merungkai perasaan itu didalam bentuk tulisan mahupun percakapan..walaupun penulisan balas bg soalan itu sebenarnya sudah seindah puisi berlagu, tetapi ia masih tidak menerangkan hal-hal sebenar kpd persolan itu..

kaum hawa, yakinlah pada golangan adam ini..belajar cara mengetahui isi hati mereka melalui perwatakkan mereka dan bukannya dri apa yg diluahkan dri mulut mereka.. persoalan demi persoalan tidak semestinya akan dibalas dgn jwpan yg seindah langit di awan biru...makin bnyk persoalan, makin banyk jwpan palsu yg akan diterima..adakah anda suka ditipu?


---------------------------------------------------------------
ini adalah nota penmbahan..

tajuk: tips2 utk menjadikan si kaum rambut panjang ini boleh menjadi botak..
mood: jenaka

lebih mudah jika kaum2 hawa bertanya begini:

kaum hawa: awk dh mkn belum?
kaum adam: belum..
kaum hawa: jom saya banje..
----------------------------------------------------------

imaginasi: aku dpt idea ni dri ko...untk kesimpulan ko tu.. walau aku senyap dan x berani nk ckp ape2, ko kene taw yg aku syg ko..syg sgt2..masih perlukah aku cakap?

Tuesday, July 7

53tahun lalu di zaman persekolahan.

Isnin 26hb Januari 1956. hari ini merupakan hari ke 15 persekolahan bagi aku yg sedang berada di darjah dua. harini secara tibe-tibe seorang guru baru masuk ke kelas aku..muke ganas tetapi berjiwa pink..itulah dia cikgu symsiah tawi, bernama wanita tetapi sebenarnya lelaki.. sesi pemberian salam dan bacaan doa berjalan seperti biase.. kemudian, untuk memenuhi slot kali pertama guru ini, beliau telah menanyakan soalan feveret guru2 lain, kpd anak muridnya yg baru beliau ketemui ini..

guru: apakah cita-cita kamu semua bila dh besa nnt?

seperti biase,kanak2 yg berumur 8thn apabila mendengar soalan begini mereka akan memberikan respon pantas, seperti respon monyet di zoo di beri pisang,tangkas cergas dan beristiqamah...hampir 90% dari kelas itu mempunyai cita2 untuk menjadi, doktor,guru, askar dan polis. yela..budak2 lg kan..diorang taw pekerjaan yg diorg nmpk kt sekeliling diorg jer..smpai pula ke giliran aku..

guru: faiq, dh besa nnt kamu nk jd apa?

faiq: saya nk jd angkasawan cikgu!

jawab aku penuh konfiden dan dedikasi..

mengikut keadaan semasa dgn keadaan sekolah di pendalaman, pemikiran aku ketika itu sudh dikire terlalu urbanisasi..kerana di tahun 1956 Muzaffar syah xde pun ag utk d jadikan role model..aku dh bole terpikir nk smpai ke bulan..kire urban juga serebelum, serebrum dan medula oblogata aku..

kringgg.......loceng berbunyi...
sesi persekolahan tamat..

aku pulang ke rumah dgn berlari saja..masih x mampu nk beli basika yg mempunyai dua roda itu....smpai2 di umah ayhku sedang mmbace surat khabar warta malaya di beranda luar rumah smbil menyedut asap dri corong cerut dibibirnya...

aku pun menjenguk2 surat khabar itu smbil membuka kasut sekolah buatan malaysia aku..
aku pun terbace berita utamanya yg dibold dgn besar lg menjelaskan..

"Seorang Lelaki Mati Jatuh Dari Tingkat 10 Pangsapuri"

aku terus menjadi takut...dan pakai kasut semula dan berlari ke sekolah semula..
di sekolah aku terus menuju d bilik guru mencari cikgu syamsiah tawi..

smbil menangis2 aku cakap kpd cikgu tu..

"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"

cikgu: knp ni faiq? knp tibe2 xnk? (pujuk cikgu dgn penuh kepinkgan jiwanya)

faiq: yela cikgu, org jatuh dri tgkt 10 pun bole mati..cube cikgu bayang kalo jatuh dri bulan mcm mane? lg la tggi..saya xnk mati mcm tu..sya xnk jd angkasawan..

cikgu: mmmmm...mcm tu yer..abes tu dh besa nnt kamu nk jd ape?

faiq: saya nk jd penggali kubur cikgu, sbb penggali kubur xkn jatuh sbb diorg duduk dalam tanah..

cikgu:................................

cikgu syamsiah hanya membisukan diri..
mungkin beliau sokong dgn cita2 bru aku..

Najib Tun Razak mempunyai pencabar

jadila korang!


sejak sekolah lg aku berpatriotik