Friday, July 16

Demontrasi Din deraman

Malam tadi lepas dengar berita Tv 3, aku terus pakai seluar jeans koyak lutut dengan sarung singlet pagoda. Satu-satu rumah aku gegar. Mula-mula aku gegar rumah Judi. Nak roboh jugak pintu rumah Judi aku ketuk. Selang 30 saat, Judi keluar rumah separa bogel.

"Judi ikut aku"...

Tak cakap banyak, Judi cari kain pelikat follow aku ke rumah Din Deraman. Aku ngan Judi gegar rumah Din Deraman. Tangan masih ade ikan keli dan nasi kat mulut, Din Deraman keluar. Din Deraman pun aku ajak dia follow. Lepas rumah Din Deraman, aku gegar rumah Dollah.

Lepas rumah Dollah, aku terus kasi isyarat kat bebudak gerak kumpul kat warung Kak Leha. Orang-orang kampung yang sibuk pekena kopi kaw kapal api dengan main dam haji, semua tersentak dengan kedatangan kitorang. Orang-orang kampung tahu, kalo kitorang semua duduk semeja memang ada hal besar nak dibincangkan. Dulu curi pasir kat kampung ni, kitorang yang setelkan.

"Apa kes minyak naik lagi!", tegas Judi memulakan perbicaraan.

Aku, Din Deraman dan Dollah berbincang mengenai isu ni. Semua semangat mengutarakan pendapat masing-masing. Siaran tv bertukar dari satu cerita ke satu cerita. Orang kampung dari ramai makin ansur-ansur pulang. Sudah 4-5 jam juga kitorang bincang.

Akhir sekali kitorang semua tekad nak kol Najib malam tu jugak. Memang tak kira dah. Din Deraman berlari balik rumah ambik buku Yellow Pages cari nombor Najib.

"018-5546745", kata Judi sambil tangan menunjuk di suatu ruang di Yellow Pages itu.

Aku taip nombor dalam henpon Din.

Aku kol-kol tak dapat.......

12 x 5 = ??:

.::WaNiE::. said...

hah ye sangatlah

hahaha mampuih mmg xdpt

qishie said...

korang call num sapa weh?

meo pak choi said...

hantar santau je kat die... tak yah tepon2 dh

syahira ariff said...

hahahahahaha
namun aku lebih tertarik pd nama karekter
ko mmg suka nama klasik an

Cik Akma said...

kem salam kat judiiiii ahahah

piqaiqapiqa . said...

ikan keli xbest !

piqaiqapiqa . said...

ikan keli xbest !

redballerina said...

hampir2 aku nak tekan no tu kol najib, nasib pandang dua kali

Wanie-san said...

tipu la lu!
wa xcaya!
haha

sharamli said...

awak..sy k0l dpt je ni ha

Farihah Ahmad said...

dia da jarang guna nber tu. ada nmber lain. aku ada nmber dia yg baru weh.

aleen adela akoo ^_* said...

mula2 aku gegar rumah judi

cis!aku hengat rumah perjudian.ape ke name kwn ko 2 xkomersial lgsung?hu3

sok jom open table dgn aku bincang psl gula plak. :P