Tuesday, December 21

Isu eksiden bas

Pasal eksiden bas semalam, aku dengan Ivan Batora duduk discuss kat kedai teh Haji Salleh.

"Bawak bas tak boleh laju-laju.. Tak ballance!".. Ivan Batora membuka bicara..

Helaian surat khabar utusan basah terkena teh panas Ivan Batora yang marah tadi. Aku angguk-angguk tanda setuju.

"Apa sebab eksiden tu Tora?" , aku mencari kepastian.

"Ini mesti sebab bawak laju la.. Takde lain dah", Tora balas dengan jawapan sendiri tanpa merujuk berita dalam Utusan Malaysia.

Aku angguk ulang kali tanda setuju. Jika ilmu-ilmu tentang bas memang Ivan Batora lah orangnya. Dulu lepas SPM, budak-budak lain pakat ambik lesen motor, dia ambik lesen bas. Jadi lepas SPM, dia kerja bawak bas budak-budak sekolah agama. Seingat-ingat aku dia bawak bas belum penah eksiden lagi. Paling kuat pun enjin rosak sebab gasket terbakar.

Tapi penah jugak mak bapak pelajar komplen, dia curi bekal makanan budak-budak sekolah.

Ivan Batora keje bawak bas tak lama. 3 bulan setengah saja. Lepas tu dia sambung form 6, aku sambung Matrikulasi.. Lepas STPM, dia keje kat workshop specialist repair bas. Turun enjin, servis enjin, tuka tayar semua Ivan Batora mahir. Jadi sehingga hari ni, dia yang sedang duduk kat kedai teh Haji Salleh masih bekerja di workshop repair bas.

Aku seluk jari telunjuk ke dalam cangkir teh. Dengan perlahan-lahan aku hirup penangan teh Haji Salleh.

" Jadi apa cerita kita sekarang ni Tora?", aku cuba menyambung perbualan.

"Kita bukak syarikat bas!", kata Ivan Batora penuh semangat dan bervisi.

"Setuju?"

"Setuju!"

Aku dan Ivan Batora, balik rumah pecah tabung kumpul modal..

8 x 5 = ??:

Amirrah Zawani said...

kebanyakkan bas yg exsiden semua bawa laju..

namaku annonymous said...

wah! nak bukak syarikat bas..ajak aku sekali...bawak slow2 sudah la..kan?

FATIN SYAFIQA said...

pergh syarikat bus! terbaik ah kau~ :D

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

wah,, nnti ader sykt bus,, tp jgn buat triple decker yer,, hehe

Fina Fento said...

dh cukup duit modalnya? keh3

NHazirah said...

haha ye ye je nk bukak syarikat bas..bwek! tp bagus, usaha anda murni :D

NuSaNa NoSa 91 said...

ecehhh.. ni dh bukak syarikat bas blom?? cept2 la bukak.. bleh keen jd pelanggan.. ^_^

Myra Arshad (: said...

randomly tengok bulan disember memang banyak musibah. nauzubillah. beringat ingat :)