Friday, November 30

Amalan kurang sihat

Tadi lepas makan tengah hari aku keluar rumah. Aku duduk atas kerusi kayu lama dan keluarkan sebatang rokok dari dalam kocek. Lepas-lepas makan memang sedap hisap rokok. Tidak jauh dari tempat aku mahu menghisap rokok terdapat tiga orang budak sekolah rendah tengah main pasir. Nampak riang mereka bermain pasir.

"tidak elok ni hisap rokok depan budak-budak", ujar aku dalam hati.

Aku pun berjalan ke arah budak-budak tersebut. Mereka masih tekun bermain pasir tanpa menghiraukan aku. Dari jarak dekat aku nampak bentuk macam istana mereka bina.

"adik kenapa main pasir tak elok, boleh tumbuh kudis. Cuba adik tengok tv dalam rumah ada kartun sekarang ini", ujar aku niat menghalau budak-budak.

Selepas budak-budak masuk rumah, aku keluarkan balik barang dari dalam kocek. Aku layan sambil duduk atas kerusi kayu lama. Hehehe.

Thursday, November 29

Message Pedas

Remaja-remaja macam aku memang bangun lewat. Sedang aku masih tidur tengahari tadi tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, tanda message masuk. Dalam keadaan mata buka sebelah sahaja aku baca message dari nombor yang tak dikenali. 

"Kita boleh kenal 25 pemain Manchester United, tetapi kita belum tentu kenal 25 nabi yang wajib dikenali"

Mata aku terus terbeliak lalu bangkit dari tilam. Sambil duduk dan tangan masih memegang telefon aku berfikir.

"pedas juga message ini untuk aku telan"

Tuesday, November 27

Maghrib

Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 7. Suasana di luar sudah gelap. "awal juga mangrib kat selangor sekarang ini", kata aku dalam hati. Aku keluar dari bilik ambil tuala cadang hendak mandi. Sambil-sambil tukar pakaian nak mandi, aku menyanyi,

"bawahlah aku pergi, kemana saja...

"aiq maghribkan sekarang ini, hormat-hormatlah waktu mangrib", jerit mak aku dari bawah dapur.

"tahulah kat sarawak jarang-jarang dengar azan tapi ilmu agama jangan diendahkan. mesti kuat ilmu agama barulah hidup diberkati", sambung mak bebel dari bawah dapur.

Aku senyum tanpa membalas apa-apa dan terus jalan masuk bilik mandi. Aku buka paip dan berdiri bawah pemancut air. Sambil-sambil mandi aku sambung menyanyi  tapi dalam hati.

"bawahlah aku pergi, kemana saja".....la la la la la la

Monday, November 26

Jiwa Berani (repost)


repost.


Masa aku sekolah rendah, menjadi askar  merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".

Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.

Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...

"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku


Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa  kecik.

Sunday, November 25

Seruan


Aku berharap anda semua lepas pekena makan malam bersama keluarga, ajak semua duduk depan tv. Pakat dengan keluarga sokong Malaysia sambil pegang bendera. Kepada muda-mudi yang nak berdua-duaan tengok wayang malam ini, teks pasangan sekarang, batalkan wayang dan berdua-duaanlah di mamak tengok bola. Sekian.

 Majulah sukan untuk muda-mudi.

Saturday, November 24

Malaysia Tahun 2036

Malaysia Tahun 2036

"Bang bangun, jom pekena sarapan",  jerit isteri dari tingkat bawah mengejutkan aku.

Aku tengok jam di dinding pukul 4 pagi. Aku bangun-bangun terasa panas Malaysia. Semua ini berpunca dari kesan global warming. Kat taman aku yang ada pokok-pokok plastik, pokok-pokok organik jarang-jarang nak jumpa. Aku bangun dan terus mandi guna ais. Lepas bersiap, aku dan isteri masuk dalam kereta. Aku seluk kunci dalam kocek dan menghidupkan enjin kereta.

"damm, minyak habis lagi", ujar aku . "takpa bang, kita isi dulu kat Petronas", balas isteri menyejukkan hati suami.

Aku angguk tanda setuju. Malah Petronas barang buatan Malaysia. Jadi aku memandu menghala ke Petronas. Sebelum aku keluar dari taman, aku bayar tol RM 10.50. Sesampai aku di Petronas aku berjalan ke arah kaunter. Aku hulur not RM 50 dua puluh keping.

"Kak, isi seribu ringgit", kata aku kepada juru kaunter di Petronas. Pada 2036 minyak mahal, harga seliter pun dalam RM90. Harga minyak bergantung kepada harga minyak sedunia. Jarang-jarang harga minyak nak turun ikut statistik memang naik setiap tahun. Pada tahun ini kerajaan tak tanggung sangat subsidi minyak.

Selesai isi minyak aku terus memandu menghala ke kedai nasi lemak yang jaraknya lapan kilometer dari stesen Petronas . Untuk sampai ke kedai nasi lemak aku melalui 7 buah tol yang setiap satunya perlu membayar sebanyak RM 14.20.

Sampai-sampai kedai nasi lemak aku dan isteri duduk di meja tengah-tengah gerai. Seorang pelayan datang.

"dik, bagi nasi lemak sotong dan teh'o ais dua", ujar aku kepada pelayan tersebut.

Jadi pada pagi itu aku makan nasi lemak sotong dan teh'o ais bersama isteri tersayang. Kami makan sambil berbual pasal tempat kerja. Sebelum pulang, aku ke kaunter untuk bayar harga makanan kami.

"Nasi lemak sotong dua dan teh'o ais semuanya RM 694.50", kata cashier kepada aku.

* * *

24/11/2012

Maka dengan ini aku merancang untuk menjadi remaja yang bijak mengurus kewangan pada masa sekarang. Diharap aku mampu menghadapi tahun 2036 dengan jayanya.

Friday, November 23

Blue is the calour



Aku tak sokong betul Roman Abramovich pergi pecat Di Matteo. Lagi satu gile ape dia ambik mamat ni jadi pengurus Chelsea.

Wednesday, November 21

Petronas dan Pekerja Petronas

Aku pergi Petronas depan taman cari sarapan. Aku masuk dalam kedai Petronas belek-belek roti Gardenia pilih perisa digemari. Sambil aku belek-belek roti, aku ternampak kelibat Ali dari jauh. Aku terus pergi ke Ali dan menepuk bahunya.

"assalamualaikum, lama betul tak jumpa ang ni. Anak dehaka ka ang tak blik kampung ni." tegur aku kepada Ali.

Ali melihat aku terkejut tanda tidak sangka berjumpa aku. Ali merupakan kawan main guli masa sekolah rendah dulu. Oleh kerana lama tidak jumpa kami berbual panjang. Kami berbual pasal kerja, tempat tinggal, awek, duit dan mafia. Kami berborak rancak didalam kedai Petronas. Lebih kurang sejam juga kami disana. Kami mengakhiri bualan dengan kedua-duanya menukar no telepon.

*  *  *

Sepanjang-panjang aku duduk kat Petronas ini, aku tak nampak pun rakyat Malaysia isi minyak.

"ini mesti kes malu jumpa pekerja bangla Petronas. Yelah Malaysia sekadar seri je malam tadi", ramal aku dalam hati.

Tuesday, November 20

Harga Rumah

Dua tiga hari ini aku sibuk bukak Mudah.my dan Iproperty Malaysia cari rumah. Setelah melihat post-post rumah di dalam Mudah dan Iproperty aku berharap Malaysia binalah satu lagi kilang Nuklear di Selangor. Boleh turun jugak harga rumah kalau ada kilang Nuklear bersebelahan padang permainan.

Monday, November 19

Ambil berkat

Mak aku pergi kursus untuk 2 hari. Jadi sebagai lelaki aku mestilah makan di luar dan bukannya masak di rumah. Aku start motor pergi kedai makan. Sampai kedai, aku duduk di meja paling hujung dekat dengan kipas.

Menunggu pelayan kedai sampai ambil order, mata aku tertumpu kepada beberapa buah meja yang di penuhi oleh pelajar sekolah. Mereka lengkap berpakaian sekolah dan semuanya mengenakan songkok.

Secara tidak sengaja ada seorang budak sekolah bersongkok lalu sebelah meja aku. Dia mungkin pergi basuh tangan sebelum pekena nasi ayam. Masa dia berjalan, dengan pantas aku menegurnya.

" Dik, semua bersongkok tu ada ceramah Maal-Hijrah ke kat sekolah... Abang teringin gak nak join?".

"Tidak bang, hari ini exam SPM kertas agama Islam. Ambil berkat", jawab pelajar itu dengan tenang.

debaran

Hari ini aku bangun awal lebih dari biasa. Bangun-bangun aku tak kemas katil terus jalan masuk dapur. Aku cari pek milo segera bancuh dengan air panas. Aku kacau air tadi guna sudu teh. Masa aku kacau, air tertumpah-tumpah keluar dari cawan. "Apahal ini", ujar aku dalam hati. Aku check tangan, sedang mengigil-gigil.

"damm, kuat betul penangan UPSR ni"

Saturday, November 17

Beban

Dalam cuti ini memang aku plan nak beli rumah sebiji. Aku pegang prinsip beli rumah biarlah masa muda. Orang tua aku pun setuju dengan pendapat aku.

Jadi tadi aku check-check harga rumah di sekitar Selangor.

"Bapak mahal!", maki aku sambil hentak tetikus komputer.


Aku kira statistik agak-agak dalam 2018 rakyat Malaysia dah amal benda ini. 
(sumber : plagiat dari google)

Friday, November 16

Penampilan Badminton

Aku sedang menonton Buletin Utama TV 3. Banyak juga perkembangan-perkembangan dunia yang baru aku tidak tahu. Sedang khusyuk menonton berita seorang kawan message aku.

"weyh, malam ni badminton kat dewan Cina"

"Aku dah setahun tak bersukan, badan berat. Malaslah aku" , balas aku pantas sambil mata ralit tengok berita sukan.

"Ah, kau ni sejak2 duduk Sarawak tak masyarakat betullah", balas kawan dengan nada kasar.

"Yela2", taip aku ringkas.

Aku masuk bilik terus sarung pakaian sukan dari atas hingga bawah luar dan dalam. Aku pergi dewan Cina naik motor. Sampai-sampai dewan Cina aku tengok kawan-kawan sedang main badminton secara beregu.

Sebelum masuk gelanggang, aku lari-lari anak dan buat lenturan biasa-biasa kasi badan panas. Lepas terasa badan panas aku jalan masuk gelanggang.

* * *

Aku bersedia dengan raket dipegang erat. Cukek hantar servis rendah kepada aku. Dengan raket ditangan aku tenang kuis bulu tangkis masuk gelanggan lawan. Kawan-kawan kagum. Dari riak muka kawan-kawan, aku syak mereka mula goyah dengan permainan aku. Aku senyum sendiri.

"Cukek cuba kau bagi bola lambung sikit, aku nak tunjuk smash padu", kata aku kepada Cukek.

Tanpa berkata Cukek ambil bulu tangkis, pukul lambung kearah aku. Bulu tangkis terbang tinggi melambung atas aku.

" sudut faveret ni" , kata aku dalam hati.

Aku pandang bulu tangkis tepat-tepat agar sudut yang dikehendaki deperolehi. Agak-agak bulu tangkis sudah ngam-ngam diatas kepala, aku melompat dengan tinggi sambil hayun raket guna tangan kanan.

"paaaannnng", bunyi tali raket bertembung dengan bulu tangkis. Bulu tangkis tadi terbang dengan amat laju dan jatuh kedalam gelanggang sendiri.

Kawan-kawan gelak besar.

Thursday, November 15

Tahun baru


Pada masa sekarang ini banyak keluar blog-blog atau fesbuk yang orang mengata kat kerja guru. Dari segi skop kerja, gaji, waktu bertugas, cuti dan macam-macamlah mereka mengata. Sebagai seorang guru aku hanya senyum baca cerita mereka. Yang tersurat memang semua orang nampak, tapi yang tersirat mana boleh nampak. Tapi mungkin juga ada juga guru yang tidak buat kerja guru. Mungkin aku juga tergolong dalam itu tetapi tidak sedar. Maka tak salah la masyarakat mengata.

Sempena tahun baru ini jika aku ada berkata kasar kepada sesiapa aku ingin memohon maaf.
Selamat tahun baru Islam diucapkan kepada rakan-rakan yang beragama Islam.

Ok. Aku nak start kereta, pergi pekena cendol. Cendol memang serasi untuk meraikan hari cuti. 

Wednesday, November 14

Perpisahan tahun 6


Dah setahun aku bersama dengan mereka ini. Aku merupakan guru kelas dan guru Sains mereka untuk UPSR. Walau kami berbeza warna kulit dan agama, tapi aku sayang mereka ketat. Cikgu harap korang semua pada suatu hari nanti akan berjaya lebih dari cikgu.

"Cita-citalah yang tinggi-tinggi wahai kamu semua.".....

Tag :

Alexander Ling Dao Wei
Nelson Tinggag
Phayes Pulo
Rebecca Ubong
Diana Asong
Ivy Celina Mujan

"Aku saja tag budak-budak tahun 6 aku, manalah tahu nanti mereka dah besar, boleh beli laptop sendiri. Dia orang taip nama sendiri kat google, keluar ke page ini. Ada juga kenangan diorang dengan aku..hehe"

Superhumans


Sekarang ini aku suka layan Astro siaran lima lima lima. Asal buka Astro aku buka siaran  lima lima lima. Antara salah satu rancangan kesukaan aku di siaran lima lima lima adalah " Stan Lee Superhumans".

Tadi aku tengok cerita pasal seorang lelaki  boleh minum banyak gila air dengan pantas. Tiga botol besar jenis mineral selumber dia tuang dalam badan dan telan. Lepas telan, dia jalan-jalan dan semburkan keluar balik macam hos bomba.

Dalam cerita itu cakap, jejaka itu amat berkebolehan dan unik. Tapi aku tak percaya. Aku syak dia guna bomoh. Biasalah aku kan Melayu.

Monday, November 12

Banjir dan Kinabalu

Banjir menyebabkan suhu sekeliling menjadi sejuk, maka otak juga sejuk. Dalam keadaan otak sejuk aku berusaha menggerakkan otak untuk berfikir. Sejak dua menjak ini, aku lebih ke arah makanan.Hari itu pizza tetapi pizza dah hilang mood tukar kepada makanan lain.

"alang-alang balik semenanjung lewat, baik pekena seefood sedas dua".

* * *

Jadi selepas urusan aku dengan banjir selesai, aku bye-bye tiga kali kat sekolah dan turun Miri. Aku turun Miri dari sekolah naik kereta Apin. Dalam kereta pacuan empat roda ada 3 orang lagi iaitu Fadrick, David dan Bale. Kami turun Miri dengan gembira meninggalkan sekolah. Apin memecut laju kenderaan pancuan empat rodanya. Perjalanan dari sekolah ke Miri iaitu bandar terdekat mengambil masa 8 jam.

Sesampainya di Miri, aku terus pergi airport. Aku beli tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu. Orang-orang cakap situ ada syurga seefood.

"yeah. Pekena seefood dulu!"

Sorry aku tidak boleh sambung tulis, tengah sibuk korek isi ketam ngan bukak kulit udang ni. Love n bye.

Sunday, November 11

banjir & kuih

Masa-masa banjir ini aku rasa masa macam berlalu agak siput. Aku berasa bosan kerana tidak tahu mahu buat apa. Oleh kerana terlalu bosan,  aku asik-asik tengok jam sama ada di tangan, dinding atau dalam telefon.

Petang itu, aku tengok jam di dinding menunjukkan pukul 2. Aku main game catur yang microsoft bagi dalam laptop. Aku main tiga round. Kalah ketiga-tiganya. Bosan dengan kekalahan, aku tengok jam lagi. Kali ini aku tengok di dalam telefon. Masih pukul 2.

"Ah, lambatnya masa berlalu",

Aku keluar bilik aku masuk dapur. Aku keluarkan tepung gandum dan beberapa bahan rahsia. Aku buka pek tepung gandum dan campur dengan bahan-bahan rahsia. Aku adun bahan-bahan rahsia dan tepung tadi dengan kuantiti air yang dirahsiakan.

Aku uli-uli guna tangan dan kaki pula ikut hentak mengikut alunan irama uli... siap uli aku goreng kuih tadi hingga kekuningan. Maka siaplah donut goreng aku.

Aku bawa donut tadi dengan kopi duduk depan tv. sambil makan-makan aku terfikir.

"aku ini lelaki ke perempuan, isi masa lapang buat kuih"

Friday, November 9

Terperangkap dalam cuti

Memandangkan mahu cuti, aku tidur lebih awal dari biasa. Aku berharap dengan tidur awal dapat memendekkan masa agar hari cuti akan cepat datang.

Aku tutup lampu, bilik jadi gelap. Sebelum terlelap aku buat otak aku terbayang-bayang dahulu. Dalam otak aku plan, esok sampai saja Miri nak pekena Pizza.

"Dah lama jugak tak pekena makanan ruji Melayu ni". Ujar aku dalam hati sambil fikiran terbayang-bayang beberapa jenis pizza dengan extra cheese.

"perrgggh!", tambah aku dalam hati

Sambil bayang pizza tangan aku set alarm untuk kejut aku bangun pagi.

Aku tidur dengan pizza

* * *
 
"ketok, ketok,, ketok",  bunyi alarm pintu diketuk dari luar

"ketok, ketok, ketok", bunyi ulang 2 kali.

Orang kejut aku bangun tidur sebelum alarm. Aku bangun dengan konfius, sebab malam tadi aku hanya set alarm dan bukannya set manusia. Aku bangun keluar rumah.

"cikgu-cikgu sekolah kita banjir", kata sipengetuk pintu tadi dari atas perahunya



"D!",  kata aku dalam hati



Aku masih disekolah. Cadang nak macam ni je pulang rumah kat semenanjung.

cuti

Hari ini sekolah. Esok akan cuti. Hahahaha

Wednesday, November 7

Sudoku


Hari ini aku banyak habiskan masa terluang main sudoku. Sejak-sejak beli buku sudoku dekat kedai buku, aku mula ralit dengan sudoku. Mengikut "Wikipedia Haluan Kiri", sudoku mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa di zaman pemerintahan Yap Ah Loi di Kuala Lumpur.

Mengikut cerita orang dulu-dulu, Yap Ah Loi lebih banyak menghabiskan masa dengan sudoku berbanding melepak di mamak pekena teh dan sembang kosong. 

Monday, November 5

Letto Kenyah dan muka



foto ihsan dari google

 Letto Kenyah (Bahasa Kenyah) pada zaman sekarang memang dah tidak ada yang telinga panjang. Pada zaman sekarang amat susah nak lihat letto yang telinga panjang kecuali golongan Oko-oko.

Bagi aku letto Kenyah tergolong dalam golongan yang cun-cun. Tahniah kepada guru-guru lelaki semenanjung yang masih belum berkahwin dan bakal dipostingkan dalam sini, anda mungkin bertemu jodoh anda disini. Jadi jangan kecewa kalau posting pendalaman...Hehehe,..

Glosari (bahasa Kenyah) :

Letto : Perempuan
Oko  : Atuk / nenek


Sunday, November 4

Bangun tidur

Bangun-bangun tengahari tadi. Perut cenderung nak makan Pizza Hut.

Saturday, November 3

Lelaki Kenyah dan sumpit

                                                              foto ihsan dari Google.
                                
Adakah anda orang semenanjung Malaysia? Apakah persepsi anda cara Orang Ulu di Sarawak berburu binatang?

* * *

 Ya, menggunakan sumpit bukan.

Apabila aku ditempatkan di pendalaman Sarawak, pelbagai persepsi timbul di fikiran. Aku membayangkan mereka ini masih tinggal di dalam hutan dan berburu dengan cara menggunakan sumpit. Aku cadan nak belajar juga cara menyumpit. Nanti balik semenanjung boleh jugak menyumpit dari jauh kat mamat-mamat yang suka mencuri selipar kat masjid.

Tetapi hakikatnya semua sangkalan aku itu melesit belaka. Malaysia maju lah.

Kaum kenyah di Long Tungan atau di kebanyakkan tempat lain hanya menggunakan sumpit dalam aktiviti kebudayaan sahaja. Kebiasaannya sumpit pada 2012 ini digunakan dalam pertandingan sukan. Cara permainannya tidak jauh berbeza dengan sukan memanah atau air rifle di sukan Olimpik.
 

Friday, November 2

Half robot

Sekarang main bola pakai komputer, main dam ular pakai komputer, jawap exam pakai komputer,  beli baju pakai komputer, sembang pakai komputer, jumpa pasangan pakai komputer... kadang-kadang rasa jadi manusia pun tak berapa nak 'manusia'.

Thursday, November 1

Jogging petang

Petang-petang bosan, aku cari baju dan seluar sukan dalam almari. Tanpa berlengah aku terus sarung baju dan seluar kemudian berjalan ke luar rumah. Aku capai kasut sukan, ikat ketat-ketat di kaki. Tanpa streching aku tarik nafas dalam-dalam pergi jogging di kampung.

1 round aku pusing.
2 round aku pusing....
3 round aku......
4 round ..........
5...........
6.........
7.........
8.........
9.

Lepas 9 round aku berhenti jogging, terus cari tempat teduh untuk parking badan. Aku buat streching down. Mula dengan kaki kemudian lutut sampailah kepala. Dalam kiraan 8.

Masa-masa aku streching down, ada pakcik or makcik yang tua sikit  lalu sebelah, aku sapa "selamat petang"..kalau perempuan muda lalu, aku sapa "hye"...... Lelaki yang agak-agak sebaya lalu, aku tak pandang pun mereka.

kantin sekolah


Sekolah aku terdiri daripada 34 orang murid keseluruhan dan 10 orang guru. Waktu persekolahan sama seperti sekolah-sekolah lain. Oleh yang demikian sekolah kami juga mempunyai waktu rehat pada pukul 10.00 pagi.
 
* * *

Sekarang tengah kelas Matematik tahun 5. Aku tengok jam yang terlilit kat tangan kiri dah menunjukkan sudah pukul 9.52 pagi. "ok, semua boleh pergi rehat", ucap aku mengakhiri kelas.

Sekolah aku memang tidak ada kantin. Mengikut pengiraan matematik, nak bukak kantin hanya untuk 10 orang guru memang tak boleh menguntungkan. Oleh itu setiap waktu rehat aku balik rumah untuk pekena biskut oreo putar jilat lalu celup dalam kopi. Nyaman.