Sunday, November 11

banjir & kuih

Masa-masa banjir ini aku rasa masa macam berlalu agak siput. Aku berasa bosan kerana tidak tahu mahu buat apa. Oleh kerana terlalu bosan,  aku asik-asik tengok jam sama ada di tangan, dinding atau dalam telefon.

Petang itu, aku tengok jam di dinding menunjukkan pukul 2. Aku main game catur yang microsoft bagi dalam laptop. Aku main tiga round. Kalah ketiga-tiganya. Bosan dengan kekalahan, aku tengok jam lagi. Kali ini aku tengok di dalam telefon. Masih pukul 2.

"Ah, lambatnya masa berlalu",

Aku keluar bilik aku masuk dapur. Aku keluarkan tepung gandum dan beberapa bahan rahsia. Aku buka pek tepung gandum dan campur dengan bahan-bahan rahsia. Aku adun bahan-bahan rahsia dan tepung tadi dengan kuantiti air yang dirahsiakan.

Aku uli-uli guna tangan dan kaki pula ikut hentak mengikut alunan irama uli... siap uli aku goreng kuih tadi hingga kekuningan. Maka siaplah donut goreng aku.

Aku bawa donut tadi dengan kopi duduk depan tv. sambil makan-makan aku terfikir.

"aku ini lelaki ke perempuan, isi masa lapang buat kuih"

10 x 5 = ??:

Perempuan Kool said...

Kakaka. Sedap ke tak dol?

teha said...

tp kau lelaki kan.. hahahha !

Indah Mulya said...

abeh ble lah ko blk rumah ni weh? huhu..bertabahlahhhh..

Jna marcello said...

elokk laa tu sape kate laki xbole buat kuih

MEH RASA SIKIT ;)

Alfi Kasran said...

rasa tercabar ni.den yang perempuan ni pun tak reti buat donut -.-

faiq said...

perempuan kool : haha..aku bole kate kuih aku hnya 30% donut


teha: tak la...aku terminator..hehe

indah mulya: hehe..tu aku suh ko posting skola aku...

jna: nk rasa kene beli...2 singgit..hehe

alfi: hehe..g google search resepi udah..jadi x jd len cite..hehe

::cik asha:: said...

amboi siap buat donut..rajin nye..hahaha

fifie said...

Asal kau tahu kau lelaki cukup lah. hahaha

faiq said...

asha: haha..donut xjdi pun...die jd karipap... :)


fifie: aku masih was2, aku laki ke pompuan...hahaha

RazFiRa said...

hahahahhahaha!

ok la tu.. pasni leh masuk masterchef :P