Monday, December 31

Sikap tolong-menolong




Sebab aku duduk jauh kat pendalaman aku ada beli sebuah motor. Semalam, aku tunggang motor pergi rumah kawan di Miri. Singgah rumah kawan aku tidak bawa karipap macam trend makcik-makcik sebagai buah tangan tetapi aku bawa satu set body stickers untuk motor. Lagipun sebagai remaja aku rasa amalan bawa karipap-karipap masih belum sampai masa. Hehe.

Jadi, aku bawa sticker suruh kawan tolong pasang kat motor. Kawan-kawan setuju dan kami pun memulakan kerja. Kerja-kerja pasang sticker ini agak rumit dan memerlukan fokus tinggi. Selang seminit dua, aku dengar kawan aku maki keluar binatang semasa tangan dia ralit ejas sticker.

"hehehe", aku senyum dengar kawan mencarut sendiri-sendiri.

Kerja pasang sticker siap hampir 2 jam. Setelah berpuas hati dengan susun atur sticker di motor, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan. Tanda penghargaan ikhlas aku.

"Ai,takkan terima kasih je... Belanja KFC la sekarang", balas kawan dengan segera.

Aku senyap seketika....

* * *

Selang beberapa ketika, aku balas.

" Kemanakah hilangnya sikap tolong-menolong secara ikhlas di dalam masyarakat Melayu kita sekarang?"

Seorang kawan ambil spanar, seorang lagi ambil helmet. 

17 x 5 = ??:

mocha caramel said...

Susah dah nak jumpa yang ikhlas ni. Ikhlas tapi jauh.

Lyaa Suriany said...

HAHAHAA
ambik
ni makan dia ehe

misz aisya said...

sengal je kau ni. ko yg mintak tolong, bukan dia yg ofer diri nak tolong.

elaun P3 kau bnyk kan, bank-in sikit kat aku. tolong-menolong kan amalan mulia..hehe :p

Fatin Diana said...

pasang sticker pun kena teliti ek? kalau FD letak je mana nak :D

Raz said...

laa igt senang je pasang sticker... keh3

SI MILLY'S said...

HAHA. Hambekkk kau!

Ri said...

beb..
org berbudi, kita berbahasa.

bahasa ko ada skit kurennggg la! haha!

iAmCekbolat said...

kanggg kau yg distickerkan dekat moto tu . haha

Jna marcello said...

HAHAHAH Na pun selalu ckp yerima kasih je???
tapi jauh sudut hati Na..Na ikhlas taw mcmne?
hihihi

ewanthology said...

upah rokok sebatang pun ok :-)

hnahdy said...

itu lawak ke betol2.. hehe macam lawak. habis tu jadi ke x belanja?

محمد رازيق said...

hahaha, kompem kawan ko terdiam bro. memang muka merah tutup bantal. hehe

faiq said...

mizah: tu la pasai zmn skrg ni

lyaa: hehe..ckup la terima kasih

asiya: hehe..elaun p3 sikit je..mne ad bnyk

Dianna: sticker ni ssh, sbb die utk sebiji motor

Razfira: susah2..hehe

Milly: hehe..nasib la

Ri: hehe...tgh improve budi bahasa la ni

cekbolat: haha...abes aku kne blsh

Jna: tu la psl..terime kasih udahla..yg pntg ikhlas..hehe

malay male: hehe..rokok kt srwk murah..sekaton br rm16..

hnahdy: hehe..terpkse blnja jugakla

raziq: hehehe...diorg paksa belnja adalh

ma ❥ said...

belanja amek hati lah sket kawan2. bererti kita hargai pertolongan mereka hehe :D esok2 boleh suruh mereka buat bnda alah lain pulak haha

Unknown said...

ambik kau :3

mctunea said...

replica bags toronto try here b7b66i0y94 replica bags in gaffar market replica bags in pakistan go to this web-site e6x04h8l54 replica bags review over here q0b58t4u78 louis vuitton fake replica bags

Anonymous said...

kd 14
bape clothing
golden goose outlet
air jordan travis scott
yeezy 350
off white clothing
steph curry shoes
yeezy 500
yeezy
off white outlet