Wednesday, December 5

Amanah Saham Bumiputera

Masa aku pergi Maybank untuk keluarkan duit ada seorang pekerja bank tegur aku. Jarang-jarang orang bank nak tegur orang berpakaian biasa-biasa macam aku. "Mungkin hari ini aku nampak segak sikit", ujar aku dalam hati.  Abang bank tadi bagi aku satu kertas A4. Dalam itu tertulis mengenai jumlah-jumlah bayaran pinjaman ASB. Dia ajak aku masuk pinjaman ASB.

Aku teliti jumlah-jumlah duit buat aku tertarik. Untuk menambahkan rasa keinginan aku brader bank tadi mula membuat pengiraan untuk  menunjukkan kadar keuntungan yang kita akan dapat apabila melabur ASB. Brader tadi pun memulakan pengiraan menggunakan pen dan tangan. "Hebat matematik mamat ni", ujar aku dalam hati sebab dia kira tidak guna kalkulator.

Lepas-lepas kira dia tunjuk kat aku. Cecah ratus ribu pun boleh pergi melalui pinjaman ini. Mata aku mula gelap dan hati semakin tertarik. Tapi aku tetap tenang simpan perasaan dalam-dalam kat hati.

"Macam inilah bro, saya bawa borang ini balik, nanti saya fikir dekat rumah", kata aku kepada pekerja bank tadi.

"Ini kad saya, nanti contact abang untuk urusan pinjaman ini", balas pekerja bank, nada semangat dapat seorang pelanggan baru.

Aku pun keluar dari bank dan turunkan engkol motor. Aku start motor dan pandu motor perlahan tuju rumah. Sampai-sampai rumah aku tinggal borang kat meja dan jalan masuk bilik. Aku buka internet layan facebook.

"Barulah remaja layan Facebook, ini nak pikir pasal duit", hehe


20 x 5 = ??:

Yaya said...

Layan twitter ah berooo!

fatin amalina husna said...

muahahaha..bersungguh-sungguh abang tu cita..=P

husna remaja layan twitter lah..
fb bosang..haha..

Niswatus Solikah Samik said...

nampak segak sikit je! hihi..

facebook dah remaja purba.. ngeh3..

محمد رازيق said...

haha. layan blog pun cara. haha

misz aisya said...

kawan aku buat. dy xpenah gune dividen. skunk dlm usia 22 taun, duit puluh riban.

aku penah kena kejar ngan staf cimb. pujuk aku buat loan 100k. sesak napas haku!

MizahHazeL said...

hahahaha :D

comeliness_zaty said...

hahaha...lawak lah

chemay said...

mohon sedar diri dah tak berapa nak remaja.
lalalallala~
*bukak plastik aiskrim*

Payeh Kuced said...

actually aku nak komen lain dari orang lain tapi takk tatau nak komen psl apa.. so aku biar je la komen aku mcm ni.. laen dari yg laen.. weew! :D

Shalee Abdul said...

wakakaka!

eh tapi kan xslh kn remaja fkr psl duit ^^ utk simpanan masa dpn ^^

nak tny long tungan dekat x dgn long pasia?

MizzTina said...

muahaha..trus layan FB..

Indah Mulya said...

mmg remaja sgt lah ko layan fb..kalau tak remaja layan pe lak wey? haha

Ain Norainsyah said...

Fikir duit memang stress. Bukak fb borink cam takde life, tambah2 lagi forever alone cam ain ni. Jadi, keje bilang cicak kat bilik je. he :P

Jojo Merah said...

salut u bro.
kamu sgt tenang dan cakap balik tgk.

kalau saya, sudah takot dan ckp ye ye atau elak.

kamu orang yang tenang.
saya belejar satu anugerah dan kelebihan daripada kamu.

terima kasih

whoa,perkataan baru untuk anugerah. Terima kasih, saya belajar perkataan baru:)

http://inijojomerah.blogspot.com/

CekbOlat-bOlat said...

dah nama pun kerja dekat bank . haruslah pandai metmatik . aiyakk cikguuuu

Miss Zahirah said...

hahaha.. style la bro!

hananhadila said...

hanan tag beramai ramai ;) http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/special-year-end-ga-fy-nad.html

Liyaa Mf said...

Aku pun penah tertarik ngan mende tuu. Tapi aku pun taktau pro & cons nya. Betul ke betul2 beri keuntungan? Mana tahu ada je agenda tersembunyi. Nama pun bank kannn. Ntah lah. Lagipun masa tu aku remaja lagi kut. So, tak perlu la aku fikir psl duet kan? :P

Ri said...

tahniah kerana berjaya mengelakkan diri daripada hutang :)

Jna marcello said...

Faiq nak no acc na x? Hahahhaha