Tuesday, January 12

Mamak tu panggil suruh bayar, aku buat muke poyo

Tangan aku dah merah-merah layan gunting mounting board. Macam-macam bentuk kene gunting, bulat la, segi empat, segitiga dan lain-lain. Nasib baik tak kene gunting bentuk katak ke, arnab ke, menyumpah jugak aku nanti. Sambil gunting-gunting aku layan lagu Air Supply. Tenang jugak aku layan lagu Air Supply, kalo tak dah lama aku potong bentuk-bentuk tu dengan koyak-koyak jer.

Duduk belajar kat maktab memang biasa buat alat bantu mengajar (ABM). Macam-macam benda aku dah buat, kad warna warni la, bentuk-bentuk binatang la, buku dari sekecil kotak rokok sehingga sebesar-besar kotak mesin basuh pun aku dah buat.

Korang time sekolah penah tak dapat kad cinta dari budak perempuan yang hand made tu?

Alah, kan budak-budak perempuan suka buat kad cinta sendiri, tampal-tampal kertas warna-warni sikit, pastu lukis la bunga-bunga ada daun 2-3 ketul. Lebih kurang macam tu gak la kerja aku malam ni. Aku dah rasa bila aku buat benda-benda ni, aku dah jadi makin lembut. Oh, damm, aku nak angkat satu jari tengah pun dah macam serba salah sekarang.

Dah 2 jam fokus buat kerja macam pompuan, tenaga aku dah turn to zero! Mencabar jugak kerja pompuan ni, banyak jugak makan tenaga. Lebih kurang main bola jer. No wonderla pompuan tak suke main bola, diorang buat kad cinta selalu pun dah bole exercise cam main bola.

Aku campak gunting, tutup kipas, lampu pasang lagi lima, pastu gerak gi mamak berdekatan. Aku cari kerusi yang paling tepi-tepi sebab kene kipas yang ada air tu, peh nyaman. Aku ingat ada duit sikit aku nak pasang kat bilik. Aku order teh "o".

Sambil tunggu teh "o", aku belek-belek botol sos. Tutup botolnya dah kemek sikit ngan ada lebih sos-sos kat keliling penutup. Aku tengok tarikh luputnya, memang dah expired minggu lepas. Tapi aku tengok budak-budak yang melepak kat mamak ni relak jer layan sos cili. Siap aku ada tengok mamat sekor yang rambut dreadlock makan roti tisu cicah sos cili. Budak lelaki belakang dia lak, curi sos cili masuk dalam beg. Sedap kot sos cili expired seminggu. Tapi aku memang ada dengar, sos cili expired seminggu lagi sedap. Rasanya lagi sesuai dengan cita rasa lidah budak-budak belah Asia.

Teh "o" aku sampai. Sudu teh aku letak tepi. Aku kacau teh guna jari telunjuk. Dah sebati aku try hirup air.

"mak ai..pahit!"

Aku bangun dan terus belah!

Cashier mamak tu, jerit-jerit panggil.... Aku dengan muke poyo terus start moto balik rumah....

---------------------------------------------------------

Aku bukan tak nak bayar. Tapi aku memang tak puas hati. Mamak ni dah kedai ke 8 aku pergi dari semalam. Semuanya air tak sedap. Mintak teh o, rasa pahit, mintak nescafe lagi la pahit.. Mintak limau ais, rasa masam jer, air mangga pun sama.

Aku agak sejak-sejak gula naik, budak-budak yang bukak restoran ni buat air dah tak pakai gula kot!

16 x 5 = ??:

misz benida said...

jgn la ko dtg kdai aku.
k0npem bnkrap aku.
apsal ko xbncuh air sdrik??xsdap ke??haha

iyllienaz said...

haha..bagus la ko jd pompuan kejap..mesti ramai suka kan..

cik lizi said...

slamber kan~haha ;p

eza roslan said...

setuju! setuju!
air kat kedai semua dah takbest.
aih!
coke cakt mekdi je tak berubah rasa ;p

RoSe_ViOleTE said...

aigoo...macha
baik ko bancuh air sendri..kan senang..haha

sharamli said...

aku xpenah wat kad cinta..
tp ku selalu dpt kad cinta cmtu..

plik gak ku..tgk muka mach0..hati jambu..cis..

PeQ GaRaGe said...

ko bancuh pakai jari tu kompem ke cecah gule kat bawah tu.. siot tol..

shima said...

haha..die berjimat ngn ko je 2 kot..pasal tu tea o jadi pahit..eh,kegemaran aku tu dulu buat2 kad...haha..

Cik Cookie said...

diabetis manis2 nih

et said...

gula dah mahal kot..haha~
pastu suuplier gula kat area ctu sorok gula yg ade..uuu..sbb tu x cukup manis air2 tu..

rizputra7 said...

entah buat selamba jer ler

enyheartsdiamond said...

minum la air suam..baik utk kesihatan :)

yaziith su anaz said...

ahha.


bawak air masak weyy.
taksaket hati kamu.

ikin said...

lepasni takde alasan aa ko xnak belanja aku.
next time pegi seafood depan umah aku tu buat macam ni jugak weh
haha

meo pak choi said...

bulu ketiak mamak panjang sampai bercantum dengan bulu dada die...

NOOR FATIN said...

jimat gula beb