Thursday, December 20

Kisah percintaan lalu

Dulu aku pernah ada awek Cina. Dia memang cun ala-ala Megan Fox. Jadi suatu hari pada hujung minggu aku bawa dia pergi tengok wayang. Sambil tengok wayang kami pekena popcorn dan air coke secara kongsi. Pada masa itu terasa dunia seperti dicipta untuk kami berdua. Sungguh indah.

Selesai tengok wayang aku pun bawa dia keluar dari shopping mall dan cari makanan untuk tengah hari. Aku pandu kereta sedang dia duduk sebelah kiri. Aku singgah kedai ditepi jalan yang jual makanan tengah hari secara pilih lauk.

Untuk menunjukkan rasa kasih sayang, aku suruh awek aku duduk di meja dan aku ambilkan lauk untuk dia. Aku minta nasi dua pinggan dan aku isi ikan keli bakar dan ulam petai untuk pinggan dia dan pinggan aku. Selepas itu aku ambil semangkuk kecil sambal belacan untuk cicah ikan bakar dan petai.

"Nikmat giler ni", ujar aku dalam hati sambil tengok ikan bakar dan sambal belacan.

Aku pun bawa makanan tadi ke meja awek aku. Kami pun mula makan. Dia cuit sikit ikan bakar dan cicah dalam sambil belacan. Dengan dicampurkan nasi dan ikan dicicah tadi dia suap masuk mulut.

"khoook, khoook, khoook, khoook" , bunyi awek aku terbatuk tiba-tiba.

"Sayang, I tak retilah makan sambal belacan", kata awek aku kepada ak.

Sejak-sejak peristiwa itu, aku dan awek Cina mula putus. Bagi aku susah nak ada pasangan tak makan sambal belacan ni.


11 x 5 = ??:

karenontheshore said...

awek cina ni kena bawa dia mkn bak kut teh baru reti dan kekal. haha.

Payeh Kuced said...

pergh.. sambal belacan.. lapar pulak.. membe2 aku sume jenis lahap je sambal belacan ke sambal apa ke.. meh la berpasangan ngan membe2 aku.. kahkahkah...

Anis Samik said...

hahaha! gara-gara sambal belacan korang putus... tp memang jenoh jugak kalau dpt psgn yg x reti makan laok kampong.. rugi! laok kmpg lah terbaik!

Y said...

awek cina nak suruh sama lidah dgn ko, memang tak ah. berpijaklah di bumi nyata. melayu kan ada.


kakaka!

Erma Nazillah said...

kawan saya cina tp pandai makan belacan..hehe

miranadia said...


haha. nasib tak menyebelahi.

mana tahu lepas ni jumpa awek makan sambal belacan. good luck!

misz aisya said...

kenapa aku mcm xcaye ko ade awek cina ek?? hahaa

bile nak kawen weyh? dayat nak kawen dah bulan 1 nnti..dia kawen ngan junior korg which is my schoolmate.

fifie said...

Bf aku sekarang tak makan budu walaupun dia pure kelantan. Nanti kahwin tak tahu lah macam mana. Akan aku paksa jugak dia. Wey id instag pleaseeee

NIA SI DRUMSTICK said...

yeszz!!betol2..susah..i cant live without samabal belacan.kohkoh!!

mocha caramel said...

hihihi awek dan sambal belacan :B

Unknown said...

haha..selera diorang bukan sama dgn tekak org melayu..=P