Tuesday, January 8

Suasana Makan



Di Long Tungan memang tidak ada kedai-kedai makan jalanan atau yang jenis restoran. Jadi untuk aktiviti makan seperti sarapan, lunch, minum petang, dinner dan late nigth supper semua kena buat sendiri. Bahasa mudahnya kena masak sendiri.

Jadi tengah hari tadi lepas balik dari mengajar, aku dengan Cikgu Azam pulang ke rumah. Lepas tukar baju kami bergegas pergi dapur. Dengan perut sudah lapar kami memulakan proses masak makanan tengah hari.

Azam buka peti ais keluarkan ayam dan rendam dalam mangkuk kasi ais cair. Lepas ais cair dia potong ayam jenis potong dua belas. Sambil Azam potong ayam, aku kupas bawang putih dan bawang merah. Lepas kupas bawang aku potong bawang jenis bentuk sukahati.

Sambil-sambil aku potong bawang, aku perhati Azam dari jauh. Dia fokus potong ayam, sambil parang tergengam erat di tangan. "Pang,pung, pang", bunyi parang tetak tulang ayam.

Sedang Azam fokus, aku menegur Azam untuk memulakan perbualan.

"Azam"...
"Kan bagus kau perempuan.. Sedang kau masak boleh aku main game bola"..

Azam mula pegang parang lain macam.

18 x 5 = ??:

ma ❥ said...

haha kalau dah start berangan azam tuh pmpn rasanya dah kene cepat2 kawen tuh. hehehe nty boleh tgk bola bini masak :)

tak de kedai mkn? mesti dah teror msk ni kan kalau dah hari2 kene mask...

MizzTina said...

dh elok kawen dh tu bila berangankan azam tu pempuan..

Shazwani Ramly said...

hahaha. terbaik lah kalau kawan tu blh tukar jd perempuan kann. ahaks. well, sgt berdikari korang nih.

miranadia said...


duduk jauh dengan mak memang tiba2 pandai masak.

Unknown said...

amboii..ada niat dah tu nak buli perempuan..haa..=P

ewanthology said...

lelaki memasak adalah seksi

Erma Nazillah said...

tahun depan baru nak berpraktikum.entah macam mana nasib bila dah posting nanti. *kesat peluh*

misz aisya said...

hahhahah jgn nnti dy jd pompuan btul2 sudah!

aku kne isi e-posting. sabah sarawak xde dlm list aku. tak mboh!!

Cikgu Ma said...

kat sini ada gak kedai makan..tp bila balik skolah semua kedai dh tutup..hehe..so, moralnya...balik rumah makan megi dulu...mlm baru masak..hoho

Cikgu Ma said...

skolah kt sarawak...bahagian sri aman...

Indah Mulya said...

haha..tah ape la bntuk yg ko wat ngn bawang2 tu wey! eh sk ko ade ckgu pmpuan tak?

Raz said...

comelnye korang main masak2. haha!

Anonymous said...

haha..boleh tahan kau kan..main game bola..mintak kena tetak sangat

Ri said...

well.. at least ko rasa bagus klu azam tu pompuan sbb dpt ko rilek2 smbl tunggu dia siapkan mknan utk ko.

drpd ko rasa bagus klu azam tu pompuan sbb ke lain..?
uish! parah tu, baiii!!! haha!

karenontheshore said...

hurm..lelaki dan bola

Unknown said...

main bola jenis tak sihat .

ct kektus said...

haha. makan nak, masak tak nak. main game je. wajarlah azam tu pegang parang lain macam. :D

Miss Volvo said...

hahahaha betul tu bagus klu azam tu perempuan boleh korang kawin.