Friday, January 18

SPBT

Tahun ini, lepas bos tengok kerja aku dengan buku tahun lepas, dia kekalkan jawatan guru SPBT kat aku. Jadi 2 hari lepas buku teks Tahun 3 yang baru telah sampai ke sekolah. Lepas aku menyelesaikan beberapa kerja pasal buku teks tu, aku pun panggil pelajar tahun 3 berkumpul. Aku ajak mereka berkumpul dalam perpustakaan.

Empat-empat orang murid tahun 3 jalan semangat naik perpustakaan. Sambil jalan diorang mula tertanya-tanya sama sendiri pasal kepoweran buku yang akan mereka terima.  Sampai perpustakaan aku suruh mereka duduk. Jadi aku pun bagi sorang-sorang buku teks.  Murid-murid tampak gembira, sambil belek-belek buku dari kulit depan hingga kulit belakang.

Lepas selesai bagi buku, aku pun memberi sedikit kata-kata tentang buku. Dengan nada lembut aku kata

" Sesungguhnya kegembiraan itu bersifat seketika. Ia akan bertukar kesengsaraan jika kamu tidak balutnya dalam masa seminggu".

Budak-budak mula insaf mendengar tazkirah ringkas cikgunya. Aku senyum nipis.
"Hehehe" 

19 x 5 = ??:

MizzTina said...

psiko btl!!!

Shazwani Ramly said...

hahaha. terbaik lah cikguuu.

iima ❥ said...

hahaha cikgu ckp ngn budak tahun 3 mcm ckp dgn bdk U umo23 hehehe

Alfi Kasran said...

berkias-kias. haha

bukankosong said...

kah kah kah

misz aisya said...

untunglah dpt bku teks baru. kalau dpt yg bekas2 senior punye, dah xrupe buku dah. conteng sane sini.

nsb baik mse skolah mngh aku first batch PPSMI. so, buku teks semua baru kalerful agi..huhu :P

iAmCekbolat said...

ayat dah macam tokoh falsafah . hehe

Liyaa Mf said...

Hamboi cekgu. Kemaen pedas bunyinya. Konfem nak benanah telinga bebudak tahun 3 tu dengar. Kehkehkeh!

NIA SI DRUMSTICK said...

wahh..ini lah semangat seorang guru..ehehehe

Razfira said...

Hehe ape akan jadik kalau x balut?

Razfira said...

Hehe ape akan jadik kalau x balut?

faiq said...

tina: hehe...aku kn ustaz skrg

shazwani: hehe..tq

iima: hehe bdk2 skrg da maju

aisya: diorg ni pun buku bru..kan tahun 3 pakai buku kssr br

liyaa: ikhlas la tazkirah tu..

razfira: hehe...aku nasihat udahla..mne ley pukul2 skrg ni

mizahhazel said...

hahahahaha pedas dan pedih

fifie said...

Cikgu aku nie zalim dan menakutkan sungguh. kata budak budak tersebut. Hahaha

Jna marcello said...

cikguu mestii dahh terburai telinga anak murid tu cikguu =D

Pykaa Pdott said...

ksian kat budak2 tahun 3 tuh . haha

Jna marcello said...

kenapa cikgu ni punya ayat makan dalam ye -bagi pihak pelajar ..

=D

fatin amalina husna said...

yup..semangat terima buku baru mestilah di susuli dgn membalutnya..

Ca Ezah said...

mesti murid2 tu wat muka bengkek je kat cikgu.hahaha..