Thursday, January 10

Buah Esotik


 Buah bambangan(panggilan orang Sabah) / Buah Alim (Panggilan orang Kenyah).


foto ihsan dari google sebab aku malas nak tranfer dari telefon

Sekarang rakan serumah dengan aku adalah dua orang putih dari Malaysia. Pertama, Azam seorang opsyen Bahasa Inggeris dan Apin pula sedang mengambil Master Bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka orang yang mengamalkan Bahasa Inggeris, jadi mereka selalu berkomunikasi menggunakan bahasa itu ketika di sekolah mahupun di rumah.

Petang semalam, sedang aku duduk depan TV layan cerita Melayu, aku terdengar perborakkan mereka dari arah dapur. Mereka guna bahasa Inggeris dan sedang bersembang pasal perempuan pilihan hati masing. Walau aku lemah bahasa Inggeris aku cuba memahami penceritaan mereka sedaya upaya. Fokus aku terhadap cerita melayu mula hilang.

Sedang mereka rancak berborak pasal perempuan aku jalan masuk dapur. Aku nampak Apin sedang mengupas buah bambangan. Buah ini merupakan buah esotik dan tiada di semenanjung Malaysia. Pada musim buah di Long Tungan, buah ini berlambak sehingga terbiar busuk saja di bawah pokok.

Apin mula potong buah bambangan ini ke hirisan-hirisan kecil. Sambil mereka masih rancak berborak pasal perempuan dalam bahasa Inggeris aku pun mengambil sepotong buah bambangan.

Aku masuk mulut buah bambangan tadi, kunyah perlahan-lahan.

"Wah...its fucking delicious"

Azam dan Apin terkejut, aku mula berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

33 x 5 = ??:

Unknown said...

cikgu ajar bahasa apa ?

Unknown said...

buat tu ada iras dengan buah kelapa lah .

Raz said...

haha

bahasa Inggeris anda sangat membanggakan!

ma ❥ said...

Haha msty bunyi janggal jerrrr! Buah tuh rasa cm ne? Isi cm dragon fruit jer tgkk

Ain Norainsyah said...

Kat luar nampak cam buah kelapa. Kat luar nampak cam buah macang.

Gulp. Telan air liur. :D

Tak penah jejak kaki pun kat sana. Cane nak try? =,='

fifie said...

Tak pernah makan pun buah nie, nak alamat aku tak? Boleh pos buah nie kat aku. hahaha.

faiq said...

cik pensil: sekarang aja Sains..hehe.buah kelapa besar sgt, die kecik sket..

razfira: hehe..besa2

iima: hehe..jauh la dgn dragon fruit..rasa lebih mcm buah kuini

Ain: tggu aku jd bisnes man bwk buah ni pegi semanjung..sebiji 10ringgt..hehe

fifie: haha..ko duk semenanjung...pos2 je dah busuk nnt..tggu aku jd peniaga buah la.hehe

MizzTina said...

tgk memula mcm ciku..tgk lg mcm kelapa.. bila kupas jd mcm kuini.. mejik btl

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm kuini plak isinya..

J.Syazwana said...

aah la macam kuini. huhuhu.

lawak gile tergelak-gelak baca kat opis ni ha. wakakaka

A said...

subjek science bukan dalam bahasa inggeris ke?apa-apa pun,english anda sangat awesome cikgu.hahaha

SN said...

terliur menengok nya!

mcm buah ape ek, haaa...buah kuini...wangiiii

Fatimah Ali said...

ok, buah ni sugguh eksotik. macam mangga belah isi dia tu pon ada. rasa ada macam mangga tak?

ct kektus said...

ingat ciku. rupenya bukan. haha

nampak besar jugak buah bambangan ni.

Miss Lexus said...

rasa apa buah ni sampai terkeluar omputeh tu? huhu

iAmCekbolat said...

hahaha . makan la banyak sikit wei nnt transfer 100% mat salleh

@saifulmohamed said...

hahaha. kau menyampuk la lagi dengan loghat mana2 negeri ke. haha

mocha caramel said...

kau memang pandai faiq! hihihi

Shazwani Ramly said...

ok nampak pelik lah jugak buah tu sbb tak penah nampak pn. heeee.

macyhumaira said...

buah tu macam.. takleh makan. hehe

hey hey tak updet umur!

Unknown said...

etuza sah follow jadi artis awak...tq

Nadratul Syazwana said...

oww? :o takpernah tahu pun kewujudan buah ni

laskar pelangi said...

first time tgk buah ni..makan pun mesti tak pernah lagi. tolong poskan boleh? haha =D

محمد رازيق said...

terkejut aku dengarnya faiq. haha

Liyaa Mf said...

Aku syak kau terlalu teruja ngan rasa buah bambangan tu. Tu yg terus kuwa bahasa london tu. Hahaha! Aku jeles org yg boleh berbahasa london ngan sgt perfek. Tp kalau untuk menunjuk2, aku kecualikan :D

NIA SI DRUMSTICK said...

eh??bukan ke buah ni masam?kat swk org pggil "asam mbang"..

faiq said...

Macy: hahaha..mls nk update..terasa msih muda

Liyaa: hehe..aku taw sikit2 je BI..xpndai mne pun...

Nia: hehe..xtaw pun name asam mbang, mungkin bahasa Melayu sarwak. Tapi buah ni xdela masam sgt..rasa lebih kurang mangga, manis2 ada masam

Miss Volvo said...

eh takde kat semenanjung eh? patut la aku nmpk buah ni masa kat sabah je haha.

apa kata kau cuba jeruk bambangan pulak? sedap tau.

Cikgu Ma said...

kt sini rajin dorang buat mcm cecah garam belacan tu...dorang panggil sambal...tp saya x leh makan...x sesuai dgn tekak..

Jna marcello said...

faiqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq nak buah tuuu nak nak nak nak!
puhleassssssssssss!

Unknown said...

mcm buah pelam ka??
sedap je nmpak..huhu..

Ca Ezah said...

kuini kacuk ciku ke? hehe.... nampak sedap..memang sedap la kan sampai terer 'speaking' tu ha...haish~

yanmaneee said...

balenciaga triple s
nike jordans
yeezy boost
valentino
air max 97
cheap jordans
balenciaga
nike air max 90
kyrie shoes
kd shoes