Thursday, February 4

Lesen

Lepas SPM tamat, aku terus gerak pergi kedai Ang Pow. Sampai kedai, tanpa bagi salam, aku gerak ke bahagian tersembunyi kat belakang-belakang. Aku tuju kat rak last sekali bahagian bawah yang atasnya tersusun tin-tin susu Fernleaf. Kat situ port Ang Pow longgok selipar-selipar jepun buatan Malaysia. Aku cari yang terbaik dari ladang dan angkat satu saiz 8 setengah. Zaman aku lepas SPM harganya sekitar 3ringgit setengah ke 4ringgit. Saing-saing harga Dunhill jer masa tu.

Sampai rumah, aku hadiahkan selipar jepun buatan Malaysia tadi kat abah aku. Hampir-hampir menangis abah aku menahan keterharuan. Tapi dia kaver, tetiba dia capai eye mo kat laci dapur titik 2-3 titis kat mata kiri dan kanan . Konon-konon air mata yang keluar tu adalah eye mo tadi. 2-3 minit abah aku menahan sebak, dia kembali normal.

Abah aku mula menyusun kata-kata...

Lepas 47saat dia mengekpresskan rasa terima kasihnya, dia pun bertanya kepada aku.

"Ang nak apa sebagai balasan?"

Tanpa rasa ragu-ragu dan segan silu, aku seteret tu de poin.

"Nak lesen kereta!"

Lepas peristiwa tu, abah terus daftarkan aku kat tempat ambek lesen. Apa nama syarikat memandu tu pun aku tak taw tapi yang pasti bukan Metro Driving Academy.

Bermulalah kisah aku mengambil lesen-lesen B2 dan D. Dulu masa sekolah aku jenis pelajar yang ulat buku. Budak-budak rempit time aku berumur mengambil SPM dah ramai dah. Budak-budak rempit ni cakap, budak-budak ulat buku macam aku mesti fail punyalah ambek lesen kereta. Tapi aku berjaya menjadi pemandu berlesen dengan satu percubaan sahaja, tanpa rasuah karipap 2 biji kat budak-budak JPJ yang keje time test aritu.

3 hari lepas, mamaku ada cakap yang adik aku dalam bulan Februari ni ada test lesen kete. Aku harap dia gagal. Barulah dia sedar yang menjadi mat rempit sejak dibangku tingkatan satu tak menjana peluang mendapat lesen dengan hanya satu percubaan.

14 x 5 = ??:

Nazatul shima said...

adiahkan selipar jepun je???haha..

Shahrul Tanaka Safeai said...

eleh..

PeQ GaRaGe said...

eksyen gile.. hahaha

yaziith su anaz said...

huh,,


sesie je yek.

saypOOL rafhtello said...

klu pki taktik ni sekarang boleh menjadi ke??

Wanie-san said...

Cis!kesian bapak ko!hadiah kan selipar jepun je??

*masih meragui nak percaya o x..*

rizputra7 said...

haha..power ko...anak sapa ler nie..

Kyuubi_85 said...

hebat la ko ni... hadiahkan selipar jepun je dah cairkan org... hahaha

ajar skit..

kambeng said...

abg yg comel,

iyllienaz said...

hm..tau xpe..kat area umh aku tu, budak darjah 6 pon dah bawak motor..pastu xpakai helmet, mmg bercita2 nk jadi mat rempit kot..

enyheartsdiamond said...

selipar jepun pon x apa..janji ikhlas :)

avataraang said...

aku ulat buku tapi amik lesen awal mcm mat-mat rempit..sebab nak jadi drifter..aku kne mengulang amik lesen D sebab JPJ xpuas hati kalah lawan drift dgn aku..cis..dah kalah buat la cara kalah..

shakinah said...

pak cik aladin memang seorang yang sabar ada anak kedekut macam kau.
haha

i'msosupernotcool said...

tak guna punya abang.. haha