Wednesday, June 19

Malaysia Tahun 2036 (repost)

Malaysia Tahun 2036

"Bang bangun, jom pekena sarapan",  jerit isteri dari tingkat bawah mengejutkan aku.

Aku tengok jam di dinding pukul 4 pagi. Aku bangun-bangun terasa panas Malaysia. Semua ini berpunca dari kesan global warming. Kat taman aku yang ada pokok-pokok plastik, pokok-pokok organik jarang-jarang nak jumpa. Aku bangun dan terus mandi guna ais. Lepas bersiap, aku dan isteri masuk dalam kereta. Aku seluk kunci dalam kocek dan menghidupkan enjin kereta.

"damm, minyak habis lagi", ujar aku . "takpa bang, kita isi dulu kat Petronas", balas isteri menyejukkan hati suami.

Aku angguk tanda setuju. Malah Petronas barang buatan Malaysia. Jadi aku memandu menghala ke Petronas. Sebelum aku keluar dari taman, aku bayar tol RM 10.50. Sesampai aku di Petronas aku berjalan ke arah kaunter. Aku hulur not RM 50 dua puluh keping.

"Kak, isi seribu ringgit", kata aku kepada juru kaunter di Petronas. Pada 2036 minyak mahal, harga seliter pun dalam RM90. Harga minyak bergantung kepada harga minyak sedunia. Jarang-jarang harga minyak nak turun ikut statistik memang naik setiap tahun. Pada tahun ini kerajaan tak tanggung sangat subsidi minyak.

Selesai isi minyak aku terus memandu menghala ke kedai nasi lemak yang jaraknya lapan kilometer dari stesen Petronas . Untuk sampai ke kedai nasi lemak aku melalui 7 buah tol yang setiap satunya perlu membayar sebanyak RM 14.20.

Sampai-sampai kedai nasi lemak aku dan isteri duduk di meja tengah-tengah gerai. Seorang pelayan datang.

"dik, bagi nasi lemak sotong dan teh'o ais dua", ujar aku kepada pelayan tersebut.

Jadi pada pagi itu aku makan nasi lemak sotong dan teh'o ais bersama isteri tersayang. Kami makan sambil berbual pasal tempat kerja. Sebelum pulang, aku ke kaunter untuk bayar harga makanan kami.

"Nasi lemak sotong dua dan teh'o ais semuanya RM 694.50", kata cashier kepada aku.

* * *

Maka dengan ini aku merancang untuk menjadi remaja yang lebih bijak mengurus kewangan. Diharap aku mampu menghadapi tahun 2036 dengan jayanya.

10 x 5 = ??:

missShila Nget said...

moga ko smpai ke tahun2036 dgn jayanya weyh..!

dan dpt isteri yg hot..kah3

my name is ivana said...

Dasyat gila hang punya imaginasi...
Scary T_T

iAmCekbolat said...

694 ringgit malaysiaa harga nasi leomak ! perghhh . terpikir acane dengan hantaran kahwin nanti ye tahun 2036 ?

miranadia said...

tahun 2036 eh? masa tu umur dah 46 tahun! hahaha

mana la tahu kan. sebab zaman dulu, 20 sen pon boleh dapat air dengan nasi sepinggan.

Shazwani Ramly said...

bagus cikgu fikir masa depan. hahaha

Ca Ezah said...

phew~ kalau betol2 perkara ni terjadi..pitam! botak kepala...

Miss Lexus said...

kahkah..dia punya cerita tu,,scary makkkkk..... peluh menitis tatkala membaca cerpen awk nih.. hiks... :P

Rusa said...

*nangis*

inche hlovate said...

harap2 2036 nanti waa dah kawin,..haha gila seram

Ain Norainsyah said...

hebak demo. hahaha... nampak masa depan. bagus... bagus! :P

kalau la semahal tu Nasi lemak sotong dan teh'o ais, aku agak aku makan rumput depan rumah jelah. hehe