Monday, June 24

Kebersihan repost



Semalam lepas rehat aku  masuk kelas darjah enam. Aku masuk kelas mereka untuk ajar Sains. Sebelum aku memulakan pelajaran aku suruh budak-budak letak tangan atas meja. Bagi aku ilmu Sains merangkumi ilmu kehidupan, maka kebersihan juga termasuk dalam Sains.

Jadi sebelum mula pelajaran aku check kuku mereka. Aku jalan satu meja ke satu meja. Sambil jalan aku bawa pemadam papan hitam sekali. Pelajar pertama, aku lihat kuku dia ada kotor sikit-sikit walau tak panjang, aku pukul juga.

"Apa ini sudah tahun 6 pun kuku panjang", alasan aku lepas pukul. 

Pelajar kedua hingga ke empat semua kena pukul dengan aku sebab kuku panjang atau kotor. Lepas-lepas selesai aku pun memberi nasihat kepada mereka agar menjaga kebersihan. Murid nampak faham pesanan aku.

Jadi lepas selesai, aku pun berjalan duduk di meja guru. Sambil duduk aku hulur tangan bawah meja. Aku check kuku sendiri.

"Panjang juga aku punya ni", ujar aku dalam hati.

Lepas tengok kuku sendiri, aku senyum.

9 x 5 = ??:

the malay male said...

meh sini aku ketuk jari ko pulak.... huhuhu

Nastyna said...

hahhaa nasib baik murid tak jeling belek kuku cikgu. hehhee

iAmCekbolat said...

cikgu pun sama naik !

my name is ivana said...

Harap esok boleh sekolah lepas 2hari bercuti,
Mesti ramai kuku anak murid yg tak melepaai piawaian..

Kuikuiii
Bagus idea kau.

ma ❥ said...

macam pernah baca topic ni ?? haha

Razfira said...

ha.. apesal repost? nak bg anak2 murid ingat ye? hehe

hana hadi said...

hana ke sarawak :) tunggu hana haa...

hana yang baca ni pun tersenyum.. hehe kantoi sudah

Ain Norainsyah said...

Ape la cikgu. hahaha.. best jugak denda budak ni kan. hehe

Nur Hidayah Isa said...

hahaha sengal. oo rupanya ko cikgu. kalo aku jadik anak murid ko, aku dah tanye dah suruh dah cikgu tunjuk kuku. hahah :p