Thursday, June 20

Kisah Percintaan Lalu (repost)

Dulu aku pernah ada awek Cina. Dia memang cun ala-ala Megan Fox dan cutting badan serupa model. Jadi suatu hari pada hujung minggu aku bawa dia pergi tengok wayang. Sambil tengok wayang kami pekena popcorn dan air coke secara kongsi. Pada masa itu terasa dunia seperti dicipta untuk kami berdua.

"Sungguh indah dunia".

Selesai tengok wayang aku pun bawa dia keluar dari shopping mall dan mula pakat cari makanan untuk tengah hari. Aku pandu kereta sedang dia duduk sebelah kiri. Pandu-pandu akhirnya aku singgah sebuah kedai yang terletak ditepi jalan. Bumbungnya diperbuat daripada rumbia dan kerusinya diperbuat dari kayu-kayuan. "Romantik ni restoran", ujar aku kepada awek. Kedai ini jual makanan tengah hari secara pilih lauk.

Untuk menunjukkan rasa kasih sayang, aku suruh awek aku duduk di meja dan aku ambilkan lauk untuk dia. Aku minta nasi dua pinggan dan aku isi ikan keli bakar dan ulam petai untuk pinggan dia dan pinggan aku. Selepas itu aku ambil semangkuk kecil sambal belacan untuk cicah ikan bakar dan petai.

"Nikmat giler ni", ujar aku dalam hati sambil tengok ikan bakar dan sambal belacan.

Aku pun bawa makanan tadi ke meja awek aku. Kami pun mula makan. Aku layan gabungan ikan bakar, petai dan belacan dengan penuh nafsu. Nafsu makan aku meningkat dengan kehadiran sambal belacan. Awek aku pula makan seperti gadis-gadis lain iaitu dengan rentak perlahan. Dia cuit sikit ikan bakar dan cicah dalam sambil belacan. Dengan dicampurkan nasi dan ikan dicicah tadi dia suap masuk mulut dengan lemah lembut.

"khoook, khoook, khoook, khoook" , awek aku terbatuk tiba-tiba.

"Sayang, I cannot lah eating sambal belacan", jelas awek kepada aku.

Aku pandang dia dengan buat muka bengis.

Sejak dari peristiwa itu, aku dan awek Cina mula putus. Bagi aku susah nak ada pasangan tak makan sambal belacan ni.

10 x 5 = ??:

missShila Nget said...

kiranya ko merejek org x makan sambal belacan secara terang2an ah ni..??

fine faiq..fine..!

Ca Ezah said...

hahaha..emo betol..lawak la..

*"kuewey iki wong jowo ni.." ape mknenyer?? ca fhm jowo = jawa je..hehe

Shazwani Ramly said...

haha. cikgu faiq memilih jugak le ni.

the malay male said...

alasan putus yg boleh diterima :-)

iAmCekbolat said...

hahaha baguih la pilihan hang wei !


;D

Umie Artoqiemie said...

ade ke cina makan belacan. btw, aku makan belacan.

apakah? haha

hana hadi said...

ish2.. ajar la dia..
antara awek dan belacan. belacan yang dipilihnya :)

LaLa mhdnor said...

sambal belacan sedap =D

inche hlovate said...

smbal belacan dapt makn dengan nasi pnas and lauk lemak putih plus ikan masin goreng..perhh terbaikk

Ain Norainsyah said...

Boleh percaya ke citer ni? ke sama macam citer iron man tu? hahaha