Thursday, May 23

Hadiah Hari Guru Part 2

Masa aku tingkatan satu dan dua aku duduk Asrama. Aku menjalani hari-hari asrama dengan perasaan mahu tumbuk senior. Perasaan itu datang hari-hari di asrama. Telah menjadi lumrah turun temurun asrama dulu, budak-budak tingkatan satu dan dua di buli oleh budak senior.

Antara bulian yang feymes diamalkan dikalangan senior sekitar tahun dua ribu satu ke dua ribu dua adalah seperti basuh pakaian sekolah, ambil makanan di dewan dan kemas bilik. Bulian-bulian berbentuk fizikal pula seperti lempang dan berdiri scrambler pula di amalkan jika berlaku kesalahan dilakukan oleh budak-budak junior.

Pada suatu hari waktu balik sekolah.  Aku turun dari bas dan jalan menuju dewan makan. Sambil jalan aku berborak dengan Capang pasal Cikgu Perempuan Matematik baru. Kami berbual rancak pasal kejelitaan cikgu baru.

"Lepas ni aku nak fokus Matematik betul-betul. 

"Aku agak kalau fokus, Cikgu Ayu boleh jatuh cinta kat aku", sambung Capang tadi dengan penuh semangat.

Aku tepuk-tepuk bahu Capang tanda menyokong perubahan positif dia. Susah-sudah nak tengok budak malas berubah ke arah kemajuan.

Sedang berborak rancak pasal Cikgu Ayu, seorang senior badan gemuk-gemuk lalu sebelah. Aku dengan Capang, pandang muka senior tadi sambil senyum tanda ramah mesra. Dengan senyuman tadi, aku terus jalan melepasi senior.

Selang dua tiga saat, suara garau yang kuat kedengaran dari arah belakang.

"Woi, kau berdua tu mari sini!"

Aku dengan Capang toleh ke belakang. Senior tadi buat muka bengis pandang kami berdua. Aku dengan Capang mula panik dalam hati. Tapi muka kekal tenang. Kami berdua jalan menuju arah senior. Aku dengan Capang berdiri betul-betul depan senior.

"Korang tau ape korang dah buat?", suara senior garang maki kami berdua

Aku dan Capang mula blurr, lalu menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Paaanggg", bunyi lempang hinggap muka Capang.

"Paannnggg", bunyi lempang hinggap muka aku.


"Korang apehal jalan sebelah senior tak bagi salam!", ulas senior pendek lalu jalan meninggalkan kami.

8 x 5 = ??:

my name is ivana said...

Kah kah kaahhhhh...
Aku suka last part tu

Aku dulu sanggup lalu jalan jauh sbb xmau terserempak dgn senior...

Cerita asrama dulu buat aku x suka senior.. Ok, ia lebih kepada fobia dgn senior..suka sangat buat perjumpaan kat Hall 3 malam2 buta..

hana hadi said...

hana xpernah plak kena buli2 macam ni..

Shazwani Ramly said...

hahaha. mmg mmg. dulu dok asrama bnde paling tk suka terserempak dgn senior. kena bagi salam lepas tu pggl akak abg. ngeee. rindu zaman tu. rindu aysk.

Unknown said...

asrama husna dulu budak laki jaa ada kes buli pon..

iAmCekbolat said...

senior takut dengan gua .


kehkeh

Chipsmore said...

hahaha.. agak biadap senior tu yaa... next part plish...

SI MILLY'S said...

Haha berbirat tak cekgu? Ciann

Unknown said...

tak pernah pulak dibuli maybe sebab tak duk asrama atau tak da orang berani nak buli. haha!

bagus jugak senior tu. hee