Tuesday, February 5

Sains Kehidupan



Masa dekat hujung-hujung waktu balik tadi, aku ada kelas dengan tahun 5 selama 3 masa. Aku ajar Sains tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Tajuk ini tentang cara-cara tumbuhan mencampakkan benihnya merata-rata supaya ia tidak pupus.

 Pada 30 minit pertama aku ajar teori-teori mengenai cara-cara biji benih dipencarkan. Sambil duduk depan budak-budak aku cerita pasal cara biji benih tumbuhan dipencarkan. Cara-caranya adalah dari air, angin, haiwan dan meletupkan diri. Satu-satu aku kupas dalam-dalam. Budak-budak tampak faham.

Selesai reka cerita kat budak-budak, perut aku berbunyi tanda lapar. Fokus mengajar aku mula hilang apabila perut lapar. Sambil-sambil perut berbunyi aku fikir tentang masalah lapar aku. Jadi aku ambil keputusan untuk makan. Aku pun ajak budak-budak balik rumah. Aku cakap kat diorang.

"Kamu semua lepas ini pergi rumah saya, saya mahu ajar kamu tentang ilmu sains kehidupan".

Budak-budak angguk tanda faham. 

 Sampai di rumah aku suruh budak-budak kupas cempedak lalu buat cempedak goreng. Mereka berebut-berebut mahu buat kerja memasak. Aku yakin dengan budak-budak, jadi aku hanya perhati dari jauh sambil layan air tin teh bunga.

Selesai memasak kami pun makan sama-sama. Sambil-sambil makan aku pun tanya budak-budak.

"Jadi bagaimanakah cara buah cempedak dipencarkan?"

Sambil mulut masih ada cempedak di dalam, budak-budak jawab serentak.

"oleh haiwan cikgu"

"Oyeah" jawab aku ringkas. Tanda gembira pelajar faham Sains kehidupan aku.

22 x 5 = ??:

Ca Ezah said...

hamboi~ sains jadi kelas masak2 dah ni.hehe..bagus2...sambil mkn sambil refresh balik ape yg diorang blaja... :)

::BudakaCamaTa:: said...

haha....best la kau ajar....ade pakej makan sekali...bagus2...teruskan usaha...:)

Raz said...

terang hati anak2 murid awak.. sekali ajar terus faham :)

faiq said...

ezah:hehe..cikgunye lapar

bdkkacamata: hehe..lapar la..suruh jap bdk msk..

razfira: ish xla..tu tjuk sng mmg la fhm..slalunye sakit hati mengajr

Anis Samik said...

wah wah.. kelas sains+ekonomi rumah tangga ke ni? hihi.. siap memasak.. kesian budak2 kena buli! haha!

fifie said...

Kejam cikgu menyalahgunakan kuasa yang diberi. Hahahhaa

BiskOt said...

hahaha.. nasib baik budak2 dpt mkn, klo tdk, jd bawang merah sorg2..

Chipsmore said...

untg dorg.. dapat ckgu yg ajak makan skali.. wlupn tpksa masak2.. hahaha..

A said...

woo,bagus cikgu ni.nasib bagi budak2 tu makan.haha

Miss Zahirah said...

untung bdak2 tu...
smbl blaja smbl makan..

MizzTina said...

ni amik kesempatan ke ni??

ma ❥ said...

nmpk mcm enjoy cara kau mengajar...kalau aku masih tahun 5 skrg ni mau aku pindah sekolah tempat kau mengajar huhuhu

Miss Volvo said...

wahwah jeles dgn budak2 tu dapat makan cempedak goreng dengan cikgu!

Shazwani Ramly said...

terbaik lah ckguu. blh mkn sesama masak sesama. ihiks.

Indah Mulya said...

cecomel je bebudak ko weh! ko mmg mempergunakan kuasa veto habes habesan wehhh..haha..tp interesting way of learning! :D

Unknown said...

pehhh baguihnya cikgu ni...gila caring..sobs2

NIA SI DRUMSTICK said...

Hamboi cikgu..Mmg bijak..2in 1 la..

misz aisya said...

nak aplikasi konon.haha

tp memey sedap wooo cempedak goreng!

mocha caramel said...

ni dah jd sains rumah tangga nih....

Jna marcello said...

cikgu ni mcm confused jeww..
sains punya pelajaran terus jd kelas memasak acane???

HAHAHAHHAHAHA

iAmCekbolat said...

hahahaha . sambil mengajar sambil makan

Unknown said...

kemain cikgu 2 dlm satuu mngaja ! haha . mohon anak murid poss sikit cempedak tuue kat sinii !