Tuesday, February 26

Adakah anda mempunyai caller ringtone?

 Hari Rabu ini aku ada kursus di PPD. Kursus itu mengenai tempahan buku teks untuk kegunaan pada 2014. Kursus itu bakal dijalankan di PPD. Standard perjalanan yang diberi dari sekolah untuk ke PPD adalah dua hari.

 Jadi hari Isnin lepas aku turun Miri. Aku naik kenderaan pacuan empat roda untuk ke Miri. Tambang dari sekolah ke Miri adalah RM 130. Pada hari Selasa pula aku pergi ke Marudi iaitu tempat terletaknya PPD Baram. Tambang Pacuan empat roda dari Miri ke Marudi adalah RM 40.

Aku sampai di Marudi pada pukul 4.30 petang. Sampai-sampai aku terus check-in hotel dan buat perkara-perkara wajib. Lepas selesai, aku ambil telefon bimbit yang aku simpan dalam beg. Aku kol member aku yang bersekolah di Marudi.

Tutt, tuttt.. tutt, ttuuutt..

"Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
"
(bunyi caller ringtone).

Lepas dengar satu rangkap, aku tekan button merah untuk matikan telefon. Lepas tekan, aku maki sorang-sorang.

"padia, lelaki letak lagu jiwang-jiwang. Tak lelaki betul la!"

16 x 5 = ??:

Ain Riz said...

haha , harap kwan hng bertabah kol hng balik .

Razfira said...

hehehe ade jgk org pakai crt lg ek.. klasik

Shazwani Ramly said...

pehhh terbaik ah pkai lagu shae nk syg syg. haha

iAmCekbolat said...

hahaha . hak caller-ringtone hak dia . jeles ke wei ? hahaks

jatohmasoklongkang said...

sakai. hahahaha.

::BudakaCamaTa:: said...

entah2 dia pon tak tahu dia ade CRT...kot celcom ke maxis ke dg ke bg free....hehe...pk positif....:P

si Milly's! said...

Kasi can la kawan hang up-to-date sket. HAHA

miranadia said...


perghhhh, ingatkan gadis2 je layan caller ringtone!

MizzTina said...

xde dh, dh delete.. kakaka

Ain Norainsyah said...

huh..kadang-kadang stress dengar caller ringtone. aku memang tak suka bunyi kuat2.. harap orang tu angkat jelah callnye. :P

NIA SI DRUMSTICK said...

malas la k gna mende2 gitu..hoho.. dlm hati ade tman kot dia tu.hahah

hana hadi said...

hahaha buat halwa telinga

fifie said...

Hahaha gila kawan kau. mungkin dia terpedaya dengan fenomena lagu tu sekarang nie

misz aisya said...

weyhh biar lah dia nak pakai lagu ape pon. dia yg bayar kannnn..haha

Lyaa Suriany said...

dlm hati ada taman la kwn ko tu
ntah ntah ko nye caller ringtone lbh krg je
hahah

husna zahidi said...

haha..x feeling betul la kau nih..lgu tuh tuju utk awek dya lar tuh..=P