Sunday, February 17

Ini bukan penyeksaan haiwan


Semalam aku balik sekolah naik motor lagi. Sebab perjalanan jauh, aku bangun pagi-pagi pekena mandi dan sembahyang. Lepas selesai, aku pack barang style lelaki dan terus hidupkan enjin. Aku biar motor hidup kasi enjin panas.

Sambil motor masih hidup, aku layan kopi panas dan empat batang biskut rokok. "Sedap layan biskut rokok pagi-pagi", ujar aku kepada kawan yang sedang main facebook. Kawan aku fokus main facebook tanpa hirau biskut rokok.

Aku tengok jam di pergelangan tangan sudah pukul 7.30 pagi. Aku pun memulakan perjalanan. Aku bawak motor sedang-sedang laju. Faktor jalan yang hura-hara potong jiwa aku untuk memecut. Sepanjang perjalanan speedometer main sekitar 50 ke 70 km/j sahaja. Sambil bawak motor, aku makan gula-gula hack dan diselangi dengan menyanyi sorang-sorang. Semua lagu yang aku hafal aku nyanyi ulang-ulang.Termasuklah Negaraku dan lagu Negeri Selangor.

Jam pukul 2.00 petang. Jauh sudah perjalanan aku masuk dalam hutan. Badan aku mula terasa letih. Aku fikir pantas buat keputusan untuk rehat sebentar. Aku parking motor tepi jalan. Aku cabut beg lalu duduk betulkan urat-urat. Sambil rehat aku buka setin air 100plus.

Sambil-sambil layan air 100 plus, seekor anjing datang mendekati aku. Sebab takut dia main jilat-jilat kaki, aku baling batu kecil ke arah anjing agar tak datang dekat. Dari jauh aku tenung mata anjing dalam-dalam. Anjing tadi pun tenung mata aku dalam-dalam.

"mungkin lapar anjing ini", fikir aku dalam hati.

Jadi aku seluk poket, ambil sebiji gula-gula hack. Aku bukakan plastik dan bagi ke arah anjing itu. Anjing tadi jilat-jilat gula hack. Dia jilat gula-gula hack sekali dua.

 Lepas-lepas jilat, anjing tadi jelir lidah lama-lama.

"Tahan pedas le tu", fikir aku sorang-sorang

hehe.

20 x 5 = ??:

Alfi Kasran said...

takpe,cukup baik dah tu nak bagi gula2 hacks.

the malay male said...

tak bawak bekal biskut rokok ke? klu tak boleh gak anjing tu rasa skit

karenontheshore said...

kau berbuat baik..tpi in the end mcm kau nk kenakan je anjing tu.. heh ;}

iAmCekbolat said...

hahahaha , tak tahan pedas . aku pun same tak tahan pedas -__-

mizahhazel said...

perghhhh aku nk ckp ko baik hati pn ye, aku nk kesian kt anjing tu pn ye, aku nak tergelak sikit pn ye. hi.hi.hi.

Indah Mulya said...

sengal la ko weh..leh lak la bg hacks kat anjing..adoi..wey mende ape yg ko hafal utk spp? ak cuak gleeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

::BudakaCamaTa:: said...

ini betul2 karangan gaya cikgu ni...syabas...ahha..
weh selangor menang 2-0 weh.....(xade kene mengene)....:P

misz aisya said...

hahahhaha baru puas ati kan! tp klu aku kat tmpt ko, ak xde nye nak duk lme2 situ. boleh menangis dibuatnye.

Chipsmore said...

ekk.. bg hacks kat anjing? hahaha... kesian lah kat anjing tuu.. ni mmbuli dh ni.. hee

MizzTina said...

lenkali bg la popcorn ke.. cikedis ke.. kepsi ke.. gegula hacks aku pun xnk..

Ca Ezah said...

haha..nampak ada niat baik disitu...tapi ending nampak macam niat tu "baik" laa sangat~ hahahaha

iima ❥ said...

hahaha kesian anjing tuhhhh mesti 'pedau" lidah dia

krole said...

hiihihi~ kalo akula kan bro...kompom start motor pecut laju2...hahaha! trauma ngan anjing2 ni...hhhhrrrrr~

faiq said...

alfi: hehe..aku mmg baik:)

malaymale: hehe..besa sgt bekas rokok biskut tu..mls bwk

karen: hehe..aku baik weyh..ikhlas

cekbolat: ko xley la mkn gule2 hack cenggini

mizah: ko pilih tergelak la..:)

indah: kecuakan anda itu akn mmbuatkn anda lebih dewasa :)_

budakacamata: aku org kelntan weyh :)

aisya: adoi ko nanges knpenye?

chipsmore: hehe...len kali aku bg chipsmore la:)

tina: adoi..ko ni memilih tol..aku ade gule2 je

ezah: niat tu yg utama:)

iima: pedau tu ayat negeri mane?

krole: hehe..aku da xtakut da ngan anjing..bnyk sgt sni

Ain Riz said...

yg taa menahan , bole plakk anjing tuee pun sami'na . haha . jilat jaa ape yg dcampakk . haha

NIA SI DRUMSTICK said...

4 batang???hebat..rokok sangat baik untuk kesihatan.. ;P

faiq said...

ain: hehe..die lapa sgt le tu..

nia: weyh..bkn 4 batang rokok la..tp 4 batang biskut rokok :)

iima ❥ said...

entah aku tak pasti ayat ngeri mana hehe

✿ Milly Molly ✿ said...

HAHA pembuli! Tp dapat pahala dah bila terdetik nak bg mkn kt anjing tu. Cume tak kena dgn bnde yg dibagi :p

Razfira said...

KALAU AKU TERUS PECUT MOTOR.. TAKUT ANJUNG!