Wednesday, November 25

Melepak dengan Farid Kamil dan Remi Ishak


Remi Ishak dan Farid Kamil sebelum-sebelum feymes.

Masa ni sekitar hujung-hujung tahun 2009, time ni Farid Kamil tak berlakon lagi cerita Rempit dan Anak Halal. Dia macam aku jugak, melepak tak tentu hala. Malam jaga,siang tidur. Remi Ishak pun sama, dia belum jadi lagi Adam dalam drama fenomena Nur Kasih. Cuma Remi Ishak maju sikit dari aku dan Farid Kamil. Remi dia aja keje kat Kilang Silky Girl jadi operator pengeluaran. Aku dengan Farid selalu dapat minyak wangi free si Remi kasi. Dia cakap itu bonus harian, kalo kerja cekap, memang boleh dapat minyak wangi free.

Malam kedai mamak jadi port borak. Topik utama setiap hari berbincang pasal masa hadapan masing-masing. Kitorang dah tak lalu hidup macam ni, macam takde masa depan jer. Motor Farid Kamil tu dah 14 bulan tak bayar, memang nak kene tarik tapi bonzer yang nak tarik motor tu tak jumpa-jumpa motor EX5 Farid tu. Si Farid sorok dalam selimut buat peluk masa tidur, memang susah nak jumpa.

Aku takdela hutang sape-sape, cuma aku dah lama tak makan nasi lauk ayam. Ngidam sangat aku nak makan nasi lauk ayam. Ni hari-hari aku makan nasi lauk telur ayam ngan kicap, memang tak feel. Remi Ishak pun ada masalah hutang jugak. Dia ada hutang dengan Along Sungai Long. 70Ribu jugakla. Ni kes masa dia buat loan nak kawen ngan Jenifer Aniston kat Thailand. Last-last lagi 3 hari nak kawen dia kene reject. ish.

setiap hari bincang-bincang pasal masa depan memang makan 4 jam jugakla. Nasib baik kedai mamak bukak 24jam. Memahami keperluan masa perbincangan kami. Takde kedai mamak memang gelap hidup kami, tanpa arah tujuan dan perbincangan yang rapi.

Aku dengar cerita start malam ni mamak-mamak kat Bandar Tasik Permaisuri dah tak bukak 24 Jam. Semua nak tutup kedai pukul 12. Budak-budak mamak ni takut bukak kedai sampai pagi sebab baru-baru ni ada cerita pocong mengganas kat kawasan tu.

Ahhh...gelap lagi masa depan aku....

12 x 5 = ??:

die-art said...

bab merepek ko nombo satu

Appleartwork said...

wei x keje ke

et said...

daya imaginasi tertinggi..da smpi petale ke lapan da..hebat~ thumbs up!

sharamli said...

nak pinjam t0chlite x?bg cerah sket msa depan..

Shahrul Azry said...

lu memang gelap.

cik EPAL said...

mana farid kamil?? mana remy ishak???

meo said...

eh... mamak kat tasik permaisuri xsedaplah bro....

Siti Fatimah Nabihah said...

huh?? farid kamil??? oh tidak... kem slm kat dier ka?? cet.. prsan la ko ni.. bajet leh.. hahaha...

piqaiqapiqa . said...

aha
apndai kau bercerita ekh.

tp faridkamil asal rmbut pnjg skang ? xkacak dah

arfahadnan said...

giler arr kau merepek geng..



beli spotlight kuasa tinggi yg mcm kat stadium tuh..
pasti hidup kau tak gelap lagi..

die-art said...

wei..ko hari2 lepak ngn aku kira ko lepak ngn artis gak..adui..tak nak tulis...

faiq said...

dayat: best, hahaha,ko nk gak ke..nnt2 la aku citer psl ko...tggu idea dtg

amer: nak keje la...tggu pas blik raye

et: tq..hehe

sharamli: nk pinjam sejuta bole?

azry: lu memainkan perkauman ni..hahaha

cikepal: nape, nk ngorat ke

meo: sedapla

fatimah: farid kamil kem salam balik..

piqa: tu la psl..dh feymes2 die bikin rmbut pnjg lak

arfah: xde duit nk bel spotlite