Tuesday, July 28

WAR-berjuang hingga ke titisan darah terakhir (part 2)..

sebelum membaca entry ini..aku mengesyorkan sekeras-kerasnya utk menbaca enty ini utk kefahaman cerita yang lebih tinggi..

kini genap 4hari pekan Venissa di takluki oleh si penjajah bangsat..setelah pekan ini jatuh dibawah kekuasaan askar-askar babi, perkara pertama yang dilakukan oleh mereka adalah memonopoli aktiviti-aktiviti ekonomi di pekan Venissa ini......Dalam 4 hari ini, pak kordi tidak lagi turun ke lombong utk mencari emas, Samad Sontono tidak lagi turun ke dusun mengutip durian, Acong pula kunci solex pintu kedai kainnya dan mat rempit tidak beracing lagi..

ah....tidak dilupakan..tiada lagi suara Salmah dan Joyah di pagi Ahad..maka tiada jugalah surat khabar fresh bergerak..

aku berasa sungguh tertekan dan terhina apabila tempat aku membesar ditawan oleh babi-babi ini.. sebagai anak jati pekan Venissa ini, aku berasa bertanggung-jawab untuk membebaskan pekan ini dari ancaman penjajah..

aku dail no 03-65228799,tut...tut...
Ali Sakai menjawab..

aku pun menyampaikan la hajatku kepada Ali Sakai tentang keinginan aku untuk berperang dengan tentera-tentera babi ini..

Ali Sakai on saja...dia ini juga merupakan anak jati Venissa, sbb itu mudah saja dia on walau dia tahu nyawanya mungkin akan lesap ditelan c4..keberaniannya jelas terpancar melalui suara dalam telefonnya..

Aku pilih Ali Sakai sebagai bala tentera aku sebab dia ni bekerja di sebuah kedai basikal..jadi dia ni memang biasa mengepam tayar-tayar basikal..
aku pikir, tangan Ali Sakai ni mesti biasa menekan pam tayar tu, jadi aku ingin letakkan dier sebagai squad bom yang kejenya menekan starter bom apabila semua bom sudah disetkan dan ready untuk meletup..

Boooooooooommmmm! - jagalah kau babi..rasakan bom dari Ali Sakai..

Selain Ali Sakai, aku juga mengambil 2 orang lagi sebagai pelengkap bala tentera aku..seorang namanya Jasnul dan seorang lagi Khuldun..mereka ini bukanlah dari Venissa tetapi aku import dari kampung sebelah bernama "kampung sebelah venissa"...mereka berdua memang terkenal di kampung mereka sehinggalah ke Venissa ini.. semua orang tahu yang mereka berdua ini memang kaki rembat buah-buah didusun orang kampung.. semua rambutan, manggis, langsat diorang tibai..

aku tak respect diorang sebab sikap merembat diorang..tp aku respect tahap kehebatan koordinasi mata dan tangan diorang... Jasnul ngan Khuldun ni tak merembat buah dengan panjat pokok atau guna galah bai.. diorang cakap, kalo panjat pokok banyak kerengge..kalo gune galah pulak, berat susah nak bawak sampai ke dusun kat venissa..

diorang ni rembat buah-buah dengan baling batu saje.. asal baling seketul batu je mesti jatuh 3 tangkai buah rambutan.. hebat tu.. aritu aku tengok si Jasnul sambil bakar rokok die boleh baling batu jatuh 14 tangkai rambutan..cuba korg bayangkan, tangan kiri dah pegang ligther, mata dah pandang kat api nak cucuh rokok, tapi dia masih bole tepat..tidak magikkah itu?

oleh kerana kemahiran mereka ini agak unik..aku letakkan mereka di squad sniper..jagalah babi-babi, berlubang la kepala-kepala korang kene peluru dari diorg berdua ni..konfem tepat la..

aku dah ade squad bom dan squad sniper...dan squad terakhir yg diperlukan adalah squad ambush atau lebih dikenali sebagai squad pengempur..

tak lain dan tidak bukan..aku sendiri yang menjadi squad pengempur ni...dari segi tubuh badan, memang badan aku paling sesuai, agak taf dan berotot..mudah bagi aku bergerak pantas mengempur kem musuh..yeah...akan aku gempur kubu-kubu korang..mampos korang semua tertelan peluru aku nnt...

-------------------------------------------------------------------------

doakan kejayaan kami!

(iringan muzik - inilah barisan kita)

(dari kiri) Ali Sakai, Aku, Jasnul, Khuldun

14 x 5 = ??:

Anonymous said...

pesal ak rasa cm ko yg kena import??
tahap kerakyatan venissa ko sgt meragukan

haha
aku nak adegan cemas
sila wat sekuel

sharamli said...

aku tgh tunggu bila u aku nak ikut jejak langkah u laen ni..

die-art said...

what de xxxx ko nye citer..hahah..aku rasa sebenarnya ko nak citer yg ko gidap h1n1..hahah.tp masalahnye ko lahir tahun babi..takkan la ko nak serangn babi kot...ni sambungan citer aku..

die-art said...

kawan2..jgn perdaya ngn risalah komunis faiq..sebenarnya dia lah yg membawa chen peng masuk...hahah

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Askar pe nieh?!!

hani ali said...

hahaha.ni la ketua sgale mengarot.

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

entri C4 pun ade gaks ni

arfahadnan said...

weh...
aku mcm kurang kefahaman nih..

kau kene H1N1 ke?
yg nak berjuang sehingga ke titisan darah terakhir nih..

shakinah said...

gambar kau tu.
muka baru lepas kena tembak dengan asid ke?
beguk.

meo188 said...

perangai yahudi mcm babi..

eh?

huhuhuhu :p

faiq said...

donut: adegan cemas ko tggu aku karang yer..yg pasti jgn kau mengandung semasa membaca..nnt kang kau akn terbesalin bace citer aku..

sharamli: aku tggu bile la kolej aku nk kasi aku 40ribu..

dayat: aku bebas h1n1..dan aku masih gagah..

si pekak: askar x bernama..

hani: aku ketua kongsi gelap la.

arfahadnan: aku nk perang h1n1 dengan berperang seperti org2 nazi memerangi yahudi..hehe

ikin: gmba tu aku jmpe kt tenet..mirip2 aku..tp bkn aku..

meo: hahaha..sukeati ko

PeQ GaRaGe said...

adeyh..
mmg ko kreatip wat citer lawak ni..

ape kate ko sambung citer ni panjang2.. pastu wat buku.. xpon novel..

hehehe...

Farihah Ahmad said...

ape sbb vavi-vavi tu kcw pkan nko? nko ade kcaw anak dara dorang ke??

arif said...

selamat berjuang sahabat..jangan tersungkur dahulu di depan babi..