Wednesday, October 17

Pembangunan sukan lompat tinggi (Part 2)

Ilmu lompat tinggi dari buku didalam perpustakaan habis aku menelaah. Aku baca dari ruangan kulit buku depan hingga kulit buku belakang. Selesai menelaah, aku berkeyakinan tinggi untuk ajar budak-budak sekolah dalam sukan lompat tinggi.

Petang itu aku mengenakan baju kain jersi jenama Adidas siam berserta seluar track dan berkasut. Wisel merah tergantung kemas di leher. Aku berjalan laju menuju ke padang. Dari jauh aku nampak budak-budak sudah menunggu aku.

"Ok semua duduk, ", teriak aku dari jauh sambil berjalan menghampiri mereka.

 Aku berdiri berhadapan budak-budak yang terpilih. Sebelum memulakan latihan aku briefing budak-budak mengenai lompat tinggi. Hal ini bertujuan agar budak-budak ini tahu serba sedikit asas sukan lompat tinggi. Bagi aku, ilmu adalah penting dalam sukan.Tanpa ilmu, maka gelaplah masa hadapan sukan kita.
 
Dalam sesi briefing, aku menekankan  adat-adat yang perlu dipatuhi dalam sukan lompat tinggi. Sambil tangan bubuh dalam kocek, aku menerangkan satu persatu adat-adat lompat tinggi. Bermula dari adat-adat pemakaian atlit, adat melompat hinggalah adat bangun selepas lompat jatuh atas katil.

"Pantang Melayu, membelakangkan adat", ucap aku dengan tegas kepada pelajar mengakhiri sesi briefing.

Aku tengok jam dah pukul 6 petang.

"Ok,latihan tamat. Semua boleh pulang", kata aku sambil meninggalkan padang sedang tangan masih dalam kocek.

5 x 5 = ??:

Chic Na said...

ohh.. cikgu rupanya. ;)

dya bunga said...

dya dulu masa sklh dpt cikgu pj asyik ajar lompat tinggi je..haha..

Arina Shamsul said...

dari mula sampai habis asyik buh tangan dalam kocek je..latihannya mana?hahaha.

Indah Mulya said...

pergh..susunan ayat mcm bc cerita cerpen lak..heehe..awk course ape faiq? kat baram tuh..mmg gle

O'gosh Iskandar said...

ahahah..nasib baik la budak2 x pandai nak sound cikgu....