Wednesday, September 12

Kurang kesyukuran


Sekarang budak-budak Tahun 6 sekolah aku sibuk layan  UPSR. Mengikut ramalan otai-otai keberangkalian lulus pada tahun ini adalah rendah berdasarkan prestasi mereka 6 tahun. Aku sebagai guru mereka tetap relak dan tidak terpengaruh dengan dakyah otai-otai.

"Sebagai guru berdedekasi kita perlulah percaya kepada pelajar kita", kata hati aku sambil melayan hembusan rokok terakhir.

Aku campak puntung rokok lalu berjalan terus menuju ke kelas.
Budak-budak lintang-pukang cari tempat duduk bukak buku sambil berteriak "cikgu datang...cikgu datang"...

* * *

Memandangkan esok Paper Sains, aku cuba tune budak-budak ini supaya tidak gagal. Beberapa ilmu aku perturunkan kepada mereka antaranya ilmu menghafal planet, ilmu mengenal haiwan, ilmu meniru, ilmu elak ditiru, ilmu menembak malah ilmu berinteraksi dengan alam ghaib. Selesai menurunkan ilmu-ilmu berikut, aku berasa puas dan yakin akan prestasi budak-budak aku esok.

1 jam kemudian......

Aku packing-packing barang bersiap untuk pulang. Budak-budak turut sertas berpacking.

"Saya harap kamu semua lulus lah esok", kata aku sebagai penutup kelas.

Budak : "Cikgu... Nak tanya boleh?"...

Aku    :  "Yer..apa?"...

Budak : "Cikgu, kalau kami semua lulus...cikgu nak bagi kami apa?"...
 

"Cikgu akan bagi kamu pisang, ia baik untuk kesihatan"...jawab aku konfiden sambil senyum kuat.

Budak-budak : Ceyt......


6 x 5 = ??:

fifie said...

Pisang jek ? Sekali sekali KFC ke MCD ke cikgu apa salahnya. hahaha

Azee Hana said...

haha,,,demand jugak budak2 tu nak hadiah kalau lulus.haha...dugaan jadi cikgu tu..nanti sediakan pisang selori..hii

comeliness_zaty said...

senyum kuat tu mcm mne ye cikgu? :D

NIA SI DRUMSTICK said...

hahahaha..cish!! sy nak pisang emas ye cikgu..boleh jual..hahaha :P

Nur Hafizah Hussain said...

baikk punya hadiah

Everything's Everythings said...

Hahaha... duit raya la baru semangat dorg nk lulus xD