Friday, September 14

Jiwa Berani


Masa aku sekolah rendah, menjadi askar  merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".

Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.

Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...

"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku

Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa  kecik.

13 x 5 = ??:

Lyaa Suriany said...

haha
masa kecik
smua jadiiii

haz said...

heheh. comel je.. so skrg jd askar x? haha

Remy hazza said...

sekarang mesti tak mau jadi askar kan.... he3
agak2 nya nak jadi apa ye.....

Arina Shamsul said...

Hahahahha..aku terbayang situasi itu..hihihi.

Arina Shamsul said...

Aku follow sini ok :)

Everything's Everythings said...

Hahaha, aku pun suka main askar dulu-dulu.. lps tu bila dah ad half life ktorg tak suka dh main in real lol

comeliness_zaty said...

hahah..nama pun masa kecik.takde lah banggang sgt. lain lah kalo dah besar panjang pun nak main cmtu jgk. hehe

syafiqakarim said...

hai abam askauuu

Romeo Laut said...

Tahan lagi aku pakai getah jadi peluru. Ni sampai genggam kayu saja. Heheh.

Masz Sidek said...

hahaha... dah terbayang kenangan masa kecik2 dulu...

Nurulee said...

Dulu abg Ee suka sgt nak jd askar. Tetiap hari ajak main perang2, asal main perang mesti kena marah dgn mak sbb rumah bersepah. hahahaha =D

combi said...

oke wut. kecik2 da ad matlamat n cita2.tye budak2 skrg stil bengap xtaw nk jadi ape..sibuk men ipad ad lah

Pan. said...

the good old times