Wednesday, January 5

Nasi Lemak



Pagi ni aku idam nasi lemak lain macam. Jenis idam macam ni dipanggil orthodox.

"kalau tak kasi badan nasi lemak memang aku malas pegi kelas", kata aku dalam hati masa layan mandi pagi.

Nasi lemak kalau tak kena dalam seminggu memang badan tak lancar sangat.Bagi aku siapa-siapa yang layan pagi dengan McDonald memang taste kuda. Aku dengar cerita David Beckham pun pagi-pagi kasi badan nasi lemak. Tak hadap dia dengan McDonald.

Lepas aku siap. Aku gerak kedai nasi lemak Kak Leha. Ini salah satu gerai yang aku percaya hasil buatan nasi lemaknya,memang rare. Rasa tak macam nasi lemak kat Paparich, hampeh.

"Assalamualaikum", aku sapa Kak Leha yang sibuk bungkus nasi lemak.

" Waalaikumsalam, ang nak nasi apa?",

"Kak, bagi nasi lemak ayam goreng", aku introduce.

"Ayam goreng takde", Leha balas cepat.

"Camtu nasi lemak telur goreng la", aku tuka order.

"Telur goreng pun takde", sambung Leha.

"Sotong goreng?", aku ......... "Takde", Leha

"Udang goreng?",...... "Takde"

***

"Semua takde abes apa yang ada?", aku mula panas.

"Ayam rebus, telur rebus, sotong rebus, udang rebus, kerang rebus!", Leha jawab.

Cilakak buat potong mood. Aku start motor, pergi cari siapa yang main-main sorok minyak ni. Tak patriotik langsung!.

10 x 5 = ??:

NOOR FATIN said...

hahahaha cian weh. kat tganu byk. meh la sini. keh3..err. minyak xde mmg susah. adess

Amna.Qadeeja said...

ahahha melampau giler ! mesti ang wt citer nih kah3 memang potong moodlah :D

Fatin Athirah Amani said...

hahaha. ni cite real ke weyh? mcmmane seyh rupa ayam rebus tu. x menarik sungguh nak mkn ngn nasi lemak.

plus, bila masa plak beckham kate dia mkn nasi lemak? kah3.

Amirrah Zawani said...

erkk.. nasi lemak ayam rebus?? mcm takda selera je.. telur rebus ok lagi.. ayam goreng tetap terbaikkk :)

fara said...

kak leha ni potong stim org nk mkn nasik lemak je.
hahaha :D

ANATI SOKI said...

wakaka. ko mmg giler nasik lemak ekh? wakakak.. anat tkleyh kot makan nasik lemak. kalo mkn je.. confirm tido je dlm kelas.. bahaya2

Azi Huhu said...

Faiq ko jgn nak demand sangat rebus2 bagus apa ;)

aleen aiden said...

ini realiti ke hape nih?ko tanya kak leha tu die nak kene rebus skali ke?xpnah aku dengar nasik lemak makan dgn ayam rebus.keh3

Ain Zulaikha said...

makanan feveret sy pun nasi lemak gak, tapi tak de lah sampai cmni...

liyana said...

weh biar betul beckham bekfes nasik lemak pagi2? haha