Monday, July 15

Benda Paling Ringan


"tet, tet, tet............

Dalam mamai-mamai, jari aku cuba tekan button stop alarm dengan tepat. Beberapa kali cubaan akhirnya alarm dari hp berhenti berbunyi. Aku bangun untuk menjalani sahur dengan nada berat.

Aku tuju dapur buat milo. Jadi pada pagi yang sejuk dan tenang itu, aku bersahur air milo dengan beberapa keping biskut. Selesai bersahur aku buka laptop untuk cubaan menunggu subuh.

Aku tengok jam tinggal 15 minit lagi untuk subuh. Aku buka facebook baca status orang lain. Status kawan-kawan kebanyakkan pasal kesyukuran dapai menunaikan sahur.

"Boring", ujar aku dalam hati.

Secara spontan aku biar facebook terus update status baru dan aku pekena tidur.

Selang beberapa masa, aku pun bangun. Aku tengok jam. Akhirnya aku sedar kata-kata Imam Ghazali.

"Benda paling ringan adalah meninggalkan solat"

:)

9 x 5 = ??:

ma ❥ said...

haha kes tertido ke apa tuh?????

the malay male said...

betul la tuu

Razfira said...

btol :)

trima kasih atas reminder

drzirakudo said...

yup. sme2 elakkan

dear xila said...

ingatkan hang plg ringan geee

Tetamu Istimewa said...

Huhu, ingatkan nak cerita tentang ikan bakar tu. Ikan apa ni?

Shazwani Ramly said...

cikgu, gambar dgn tulisan tak kenaaa. hahaha kelakar cikgu faiq.

iAmCekbolat said...

nice :)

ingat cerita apa tadi .

Aida Ismail said...

Sokong! Hehe~ Tetibe je.