Monday, December 31
Sikap tolong-menolong
Sebab aku duduk jauh kat pendalaman aku ada beli sebuah motor. Semalam, aku tunggang motor pergi rumah kawan di Miri. Singgah rumah kawan aku tidak bawa karipap macam trend makcik-makcik sebagai buah tangan tetapi aku bawa satu set body stickers untuk motor. Lagipun sebagai remaja aku rasa amalan bawa karipap-karipap masih belum sampai masa. Hehe.
Jadi, aku bawa sticker suruh kawan tolong pasang kat motor. Kawan-kawan setuju dan kami pun memulakan kerja. Kerja-kerja pasang sticker ini agak rumit dan memerlukan fokus tinggi. Selang seminit dua, aku dengar kawan aku maki keluar binatang semasa tangan dia ralit ejas sticker.
"hehehe", aku senyum dengar kawan mencarut sendiri-sendiri.
Kerja pasang sticker siap hampir 2 jam. Setelah berpuas hati dengan susun atur sticker di motor, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan. Tanda penghargaan ikhlas aku.
"Ai,takkan terima kasih je... Belanja KFC la sekarang", balas kawan dengan segera.
Aku senyap seketika....
* * *
Selang beberapa ketika, aku balas.
" Kemanakah hilangnya sikap tolong-menolong secara ikhlas di dalam masyarakat Melayu kita sekarang?"
Seorang kawan ambil spanar, seorang lagi ambil helmet.
Labels:
Budaya,
kawan. motor,
miri,
sarawak
Saturday, December 29
.
Aku tengah packing-packing barang. Sedang aku angkat baju masuk dalam beg, terasa berat lain macam baju. Payah juga aku nak settle kerja-kerja mengemas.
"damm, cuti dah habis", caci aku dalam hati masa sedang mengemas.

Wednesday, December 26
Alasan tak munasabah
Aku minta maaf kalau aku lama tak buat "berjalan blog" kat korang semua. Hujung-hujung tahun cuti nak habis, so aku habiskan cuti dengan tak duduk rumah. Sekian pesanan ikhlas. :)
Glosari:
Berjalan blog : Blog walking
Glosari:
Berjalan blog : Blog walking
Labels:
amalan x sihat
Saturday, December 22
Sekolah pendalaman
Pagi tadi sedang aku menonton televisyen, mak aku tetiba menyapa,
"kau nak ke pindah ke sekolah bandar, mak ada kabel yang boleh tolong",
Dengan mata masih layan televisyen cerita Maharajalawak rewind aku menjawab,
"taknaklah.. duduk bandar tak sihat, dalam hutan banyak oksigen".
Lepas-lepas aku menjawab, mak aku terus rancak sapu rumah, tanpa menanyakan soalan-soalan lain lagi.

sekolah
Friday, December 21
Dilemma remaja
Aku sedang bercuti. Kadang-kadang waktu petang aku keluar rumah untuk tengok hal-hal sekeliling yang berlaku di taman. Sambil tengok-tengok maka aku selalulah berjumpa dengan orang-orang tua taman. Kadang-kadang aku berjumpa mereka sedang siram pokok bunga mahupun siram kereta. Ramai antara mereka sudah berpencen secara tetap dan sibuk layan bunga mahupun kereta.
"relak juga orang-orang pencen ini", ujar aku dalam hati.
Untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang-orang tua aku selalu menegur mereka. Jadi selepas proses tegur menegur selesai kami mula berborak secara rancak. Tajuk cerita yang aku pasti adalah mengenai kahwin. Mana-mana aku tegur orang tua mesti borak pasal kahwin. Mereka selalu tanya aku,
"Kau bila nak kahwin ni. Kalau takda calon pakcik boleh carikan sekali",
Gara-gara asik soalan sama diulang setiap hari, aku tekad mulai esok petang aku malas keluar rumah.
Aku plan petang-petang main facebook. Barulah bujang.

kampung,
remaja,
rukun tetangga,
Rumah
Thursday, December 20
Kisah percintaan lalu
Dulu aku pernah ada awek Cina. Dia memang cun ala-ala Megan Fox. Jadi suatu hari pada hujung minggu aku bawa dia pergi tengok wayang. Sambil tengok wayang kami pekena popcorn dan air coke secara kongsi. Pada masa itu terasa dunia seperti dicipta untuk kami berdua. Sungguh indah.
Selesai tengok wayang aku pun bawa dia keluar dari shopping mall dan cari makanan untuk tengah hari. Aku pandu kereta sedang dia duduk sebelah kiri. Aku singgah kedai ditepi jalan yang jual makanan tengah hari secara pilih lauk.
Untuk menunjukkan rasa kasih sayang, aku suruh awek aku duduk di meja dan aku ambilkan lauk untuk dia. Aku minta nasi dua pinggan dan aku isi ikan keli bakar dan ulam petai untuk pinggan dia dan pinggan aku. Selepas itu aku ambil semangkuk kecil sambal belacan untuk cicah ikan bakar dan petai.
"Nikmat giler ni", ujar aku dalam hati sambil tengok ikan bakar dan sambal belacan.
Aku pun bawa makanan tadi ke meja awek aku. Kami pun mula makan. Dia cuit sikit ikan bakar dan cicah dalam sambil belacan. Dengan dicampurkan nasi dan ikan dicicah tadi dia suap masuk mulut.
"khoook, khoook, khoook, khoook" , bunyi awek aku terbatuk tiba-tiba.
"Sayang, I tak retilah makan sambal belacan", kata awek aku kepada ak.
Sejak-sejak peristiwa itu, aku dan awek Cina mula putus. Bagi aku susah nak ada pasangan tak makan sambal belacan ni.

Monday, December 17
Deto dan rock
"aku nak tinggalkan dunia rock"................
Kata Deto kepada aku semasa sedang lepak semeja di mamak.
Aku terkejut dengan kata-kata Deto. Aku terdiam dan tak lalu minum teh. Kata-kata itu ibarat ayat terakhir sebelum dia menemui penciptanya. Deto yang aku kenal sejak dari bangku sekolah rendah memang hidup dan membesar dengan rock. Dia dan rock tidak boleh dipisahkan. "Takkan dia kacang lupakan kulit", ujar aku dalam hati.
Setelah tamat sekolah menengah kerajaan, Deto dan rock semakin sebati. Dia mula mengenakan rambut panjang sampai atas punggung dan seluar jeans ketat. Setiap hari telinganya dialun dengan muzik-muzik rock keras berasal dari dalam negara mahupun luar negara. Tidak silap rock Thailand pun menjadi pilihan kadang-kala.
Sumber pendapatannya juga dari rock. Dia bermain gitar secara basking di uptown-uptown sekitar kota dan lorong-lorong dipenuhi anak muda. Walau pendapatannya tidak seberapa tapi dia puas kerana dapat melayani rock. Itulah rock dalam jiwa Deto.
* * *
"ini tidak boleh jadi", kata aku dalam hati tanda tidak puas hati.
Setelah tenang dan tangan masih memegang teh, aku mengajukan soalan kepada Deto untuk merungkai persoalan aku.
"Deto, giler apa kau nak tinggalkan rock yang kau dah pegang selama 24 tahun ini?".
* * *
Masa berlalu seketika. Deto memandang mata aku tajam-tajam. Tanpa senyum dia menjawab,
"aku sekarang tengah syok dengan awek parti Pas la".
"Hahahahaha", aku tergelak terbahak-bahak seorang diri di mamak.

Thursday, December 13
Sunday, December 9
Malaysia vs Thailand
Malam ini Malaysia akan berentap dengan Thailand untuk penentuan separuh akhir. Selalu kalau match-match penting macam ini memang aku message Wan Jack untuk bagi kata sokongan dan semangat. Tapi untuk match malam ini, Wan Jack mungkin tidak diturunkan ura-ura katanya dia sakit kaki.
Jadi dari Wan Jack, aku beralih ke S. Kunanlan. Petang tadi dengan guna henfon bukan touch screen aku message S. Kunanlan untuk bagi kata-kata semangat.
"Kalei vanakkam Kunanlan... nan unnei khadalikiren thangechi nan kaliparaikke", aku taip.
Selepas setengah jam, telefon aku berdering tanda message masuk. Aku tekan button handphone buka message.
" f##k... what do you said. I dont understand", Kunanlan reply.
"btw...who are you?", selang beberapa minit message kedua sampai dari Kunanlan.
Hehehe, aku senyum sikit sorang-sorang.
Rujukan lalu:
Post berkaitan
Labels:
bola sepak
Saturday, December 8
Rukun Tetangga 2
Pagi tadi, awal-awal selepas Subuh mak aku kejut bangun tidur. Mak aku kejut guna gaya kasar setelah berkali-kali gagal dengan cara halus. Jeritan kuat sedas ditambah dengan tangan.
"Faiq, bangun... rumah depan ada buat kenduri, pergi rewang sekarang".
Rupa-rupanya Ketua Taman aku semalam cabut rumput yang buat kenduri. Tak hairanlah mengapa tiba-tiba semalam dia cabut rumput selalunya petang-petang basuh kereta. Tanpa mandi tapi gosok gigi aku terus pergi ke rumah Ketua Taman.
" Assalamualaikum pakcik. apa yang boleh saya bantu", tanya aku yakin.
Terkejut Ketua Taman tengok aku datang rumah awal pagi. Jarang-jarang remaja sebaya macam aku bangun awal. Aku hanya senyum tipis simpan perasaan bangga dalam-dalam. Hehehe.
Glosari :
Rewang : Dari bahasa Jawa yang bermaksud tolong-menolong dalam persiapan untuk majlis kenduri

Friday, December 7
Rukun Tetangga
Aku keluar rumah untuk sidai pakaian. "Payah betul tidak ada adik beradik perempuan, kerja sidai pakaian pun lelaki kena buat", rungut dalam hati selepas mak aku suruh.
Aku bawa satu baldi kecil dan satu raga pergi sidai pakaian luar rumah. Sambil sidai aku nampak Ketua Taman yang rumah berhadapan dengan rumah aku sedang sibuk cabut rumput. Jadi selepas aku habis sidai pakaian aku tegur Ketua Taman yang umur dipertengahan usia itu.
"Pakcik, tengah cabut rumput ke??", jerit aku dari rumah aku ke rumah Ketua Taman.
"Eh taklah, saya tengah basuh kereta ini,", balas ketua Taman Lembut

Wednesday, December 5
Amanah Saham Bumiputera
Masa aku pergi Maybank untuk keluarkan duit ada seorang pekerja bank tegur aku. Jarang-jarang orang bank nak tegur orang berpakaian biasa-biasa macam aku. "Mungkin hari ini aku nampak segak sikit", ujar aku dalam hati. Abang bank tadi bagi aku satu kertas A4. Dalam itu tertulis mengenai jumlah-jumlah bayaran pinjaman ASB. Dia ajak aku masuk pinjaman ASB.
Aku teliti jumlah-jumlah duit buat aku tertarik. Untuk menambahkan rasa keinginan aku brader bank tadi mula membuat pengiraan untuk menunjukkan kadar keuntungan yang kita akan dapat apabila melabur ASB. Brader tadi pun memulakan pengiraan menggunakan pen dan tangan. "Hebat matematik mamat ni", ujar aku dalam hati sebab dia kira tidak guna kalkulator.
Lepas-lepas kira dia tunjuk kat aku. Cecah ratus ribu pun boleh pergi melalui pinjaman ini. Mata aku mula gelap dan hati semakin tertarik. Tapi aku tetap tenang simpan perasaan dalam-dalam kat hati.
"Macam inilah bro, saya bawa borang ini balik, nanti saya fikir dekat rumah", kata aku kepada pekerja bank tadi.
"Ini kad saya, nanti contact abang untuk urusan pinjaman ini", balas pekerja bank, nada semangat dapat seorang pelanggan baru.
Aku pun keluar dari bank dan turunkan engkol motor. Aku start motor dan pandu motor perlahan tuju rumah. Sampai-sampai rumah aku tinggal borang kat meja dan jalan masuk bilik. Aku buka internet layan facebook.
"Barulah remaja layan Facebook, ini nak pikir pasal duit", hehe

remaja
Tuesday, December 4
Life Of Pi
Semalam memang aku teringin nak tengok wayang. Jadi pukul 8 malam aku pandu kereta menuju Sunway Piramid dengan abang. Kereta aku memacu perlahan menuju Sunway Piramid. Sambil pandu takut juga kalau-kalau kena jerangkap samar AES.
Sampai-sampai aku terus tuju tingkat paling atas cari tiket wayang. Aku beli tiket wayang paling lewat malam dan 3D. Filem aku pilih "Life Of Pi". Lepas itu aku pilih seat tengah-tengah.
" RM 40 encik", kata juru kaunter.
"bapak mahal tiket 3D sekarang, tahun lepas aku tengok baru RM 15", ujar aku dalam hati sambil muka relak keluarkan not RM 50 untuk bayar.
Sebelum beredar dia bagi aku spek mata masih dalam plastik. Rupa-rupanya sekarang diorang bagi spekmata sekali terus boleh bawak balik. Kira harga spek dimasukkan sekali dalam tiket. Ini mesti kes spek mata yang diorang bagi pinjam dulu asyik hilang kena rembat dengan rakyat Malaysia.
"kampung juga aku baru tahu", hehe, ujar aku
Pukul 11.50 malam aku masuk wayang, Keadaan wayang agak padat dipenuhi penonton-penonton lain. Top juga filem ini ramai peminat. Jadi malam itu aku tengoklah wayang cerita "Life Of Pi". Cerita berlansung dalam 2 jam.
Selepas wayang habis, aku keluar ikut pintu depan. Lepas keluar aku nak masuk wayang semula, nak tengok cerita tadi sekali lagi. Bapak best!
Labels:
filem
Saturday, December 1
Gay
Malam ini malam penentuan bagi budak-budak Rajagopal. Untuk tanda sokongan aku kepada pasukan Malaysia, tadi aku message Wan Zack Haikal.
" Malam ini main baik-baik sayang. Hati-hati taw, jangan sampai tercedera"
Message aku ringkas.
Labels:
bola sepak
Friday, November 30
Amalan kurang sihat
Tadi lepas makan tengah hari aku keluar rumah. Aku duduk atas kerusi kayu lama dan keluarkan sebatang rokok dari dalam kocek. Lepas-lepas makan memang sedap hisap rokok. Tidak jauh dari tempat aku mahu menghisap rokok terdapat tiga orang budak sekolah rendah tengah main pasir. Nampak riang mereka bermain pasir.
"tidak elok ni hisap rokok depan budak-budak", ujar aku dalam hati.
Aku pun berjalan ke arah budak-budak tersebut. Mereka masih tekun bermain pasir tanpa menghiraukan aku. Dari jarak dekat aku nampak bentuk macam istana mereka bina.
"adik kenapa main pasir tak elok, boleh tumbuh kudis. Cuba adik tengok tv dalam rumah ada kartun sekarang ini", ujar aku niat menghalau budak-budak.
Selepas budak-budak masuk rumah, aku keluarkan balik barang dari dalam kocek. Aku layan sambil duduk atas kerusi kayu lama. Hehehe.

Thursday, November 29
Message Pedas
Remaja-remaja macam aku memang bangun lewat. Sedang aku masih tidur tengahari tadi tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, tanda message masuk. Dalam keadaan mata buka sebelah sahaja aku baca message dari nombor yang tak dikenali.
"Kita boleh kenal 25 pemain Manchester United, tetapi kita belum tentu kenal 25 nabi yang wajib dikenali"
Mata aku terus terbeliak lalu bangkit dari tilam. Sambil duduk dan tangan masih memegang telefon aku berfikir.
"pedas juga message ini untuk aku telan"

bola sepak,
ilmu,
Islam
Tuesday, November 27
Maghrib
Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 7. Suasana di luar sudah gelap. "awal juga mangrib kat selangor sekarang ini", kata aku dalam hati. Aku keluar dari bilik ambil tuala cadang hendak mandi. Sambil-sambil tukar pakaian nak mandi, aku menyanyi,
"bawahlah aku pergi, kemana saja...
"aiq maghribkan sekarang ini, hormat-hormatlah waktu mangrib", jerit mak aku dari bawah dapur.
"tahulah kat sarawak jarang-jarang dengar azan tapi ilmu agama jangan diendahkan. mesti kuat ilmu agama barulah hidup diberkati", sambung mak bebel dari bawah dapur.
Aku senyum tanpa membalas apa-apa dan terus jalan masuk bilik mandi. Aku buka paip dan berdiri bawah pemancut air. Sambil-sambil mandi aku sambung menyanyi tapi dalam hati.
"bawahlah aku pergi, kemana saja".....la la la la la la
"bawahlah aku pergi, kemana saja".....la la la la la la
Labels:
Islam
Monday, November 26
Jiwa Berani (repost)
repost.
Masa aku sekolah rendah, menjadi askar merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".
Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.
Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...
"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku
Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa kecik.
Sunday, November 25
Seruan
Aku berharap anda semua lepas pekena makan malam bersama keluarga, ajak semua duduk depan tv. Pakat dengan keluarga sokong Malaysia sambil pegang bendera. Kepada muda-mudi yang nak berdua-duaan tengok wayang malam ini, teks pasangan sekarang, batalkan wayang dan berdua-duaanlah di mamak tengok bola. Sekian.
Majulah sukan untuk muda-mudi.
Saturday, November 24
Malaysia Tahun 2036
Malaysia Tahun 2036
"Bang bangun, jom pekena sarapan", jerit isteri dari tingkat bawah mengejutkan aku.
Aku tengok jam di dinding pukul 4 pagi. Aku bangun-bangun terasa panas Malaysia. Semua ini berpunca dari kesan global warming. Kat taman aku yang ada pokok-pokok plastik, pokok-pokok organik jarang-jarang nak jumpa. Aku bangun dan terus mandi guna ais. Lepas bersiap, aku dan isteri masuk dalam kereta. Aku seluk kunci dalam kocek dan menghidupkan enjin kereta.
"damm, minyak habis lagi", ujar aku . "takpa bang, kita isi dulu kat Petronas", balas isteri menyejukkan hati suami.
Aku angguk tanda setuju. Malah Petronas barang buatan Malaysia. Jadi aku memandu menghala ke Petronas. Sebelum aku keluar dari taman, aku bayar tol RM 10.50. Sesampai aku di Petronas aku berjalan ke arah kaunter. Aku hulur not RM 50 dua puluh keping.
"Kak, isi seribu ringgit", kata aku kepada juru kaunter di Petronas. Pada 2036 minyak mahal, harga seliter pun dalam RM90. Harga minyak bergantung kepada harga minyak sedunia. Jarang-jarang harga minyak nak turun ikut statistik memang naik setiap tahun. Pada tahun ini kerajaan tak tanggung sangat subsidi minyak.
Selesai isi minyak aku terus memandu menghala ke kedai nasi lemak yang jaraknya lapan kilometer dari stesen Petronas . Untuk sampai ke kedai nasi lemak aku melalui 7 buah tol yang setiap satunya perlu membayar sebanyak RM 14.20.
Sampai-sampai kedai nasi lemak aku dan isteri duduk di meja tengah-tengah gerai. Seorang pelayan datang.
"dik, bagi nasi lemak sotong dan teh'o ais dua", ujar aku kepada pelayan tersebut.
Jadi pada pagi itu aku makan nasi lemak sotong dan teh'o ais bersama isteri tersayang. Kami makan sambil berbual pasal tempat kerja. Sebelum pulang, aku ke kaunter untuk bayar harga makanan kami.
"Nasi lemak sotong dua dan teh'o ais semuanya RM 694.50", kata cashier kepada aku.
* * *
24/11/2012
Maka dengan ini aku merancang untuk menjadi remaja yang bijak mengurus kewangan pada masa sekarang. Diharap aku mampu menghadapi tahun 2036 dengan jayanya.

Friday, November 23
Blue is the calour
Aku tak sokong betul Roman Abramovich pergi pecat Di Matteo. Lagi satu gile ape dia ambik mamat ni jadi pengurus Chelsea.
Wednesday, November 21
Petronas dan Pekerja Petronas
Aku pergi Petronas depan taman cari sarapan. Aku masuk dalam kedai Petronas belek-belek roti Gardenia pilih perisa digemari. Sambil aku belek-belek roti, aku ternampak kelibat Ali dari jauh. Aku terus pergi ke Ali dan menepuk bahunya.
"assalamualaikum, lama betul tak jumpa ang ni. Anak dehaka ka ang tak blik kampung ni." tegur aku kepada Ali.
Ali melihat aku terkejut tanda tidak sangka berjumpa aku. Ali merupakan kawan main guli masa sekolah rendah dulu. Oleh kerana lama tidak jumpa kami berbual panjang. Kami berbual pasal kerja, tempat tinggal, awek, duit dan mafia. Kami berborak rancak didalam kedai Petronas. Lebih kurang sejam juga kami disana. Kami mengakhiri bualan dengan kedua-duanya menukar no telepon.
* * *
Sepanjang-panjang aku duduk kat Petronas ini, aku tak nampak pun rakyat Malaysia isi minyak.
"ini mesti kes malu jumpa pekerja bangla Petronas. Yelah Malaysia sekadar seri je malam tadi", ramal aku dalam hati.

Tuesday, November 20
Harga Rumah
Dua tiga hari ini aku sibuk bukak Mudah.my dan Iproperty Malaysia cari rumah. Setelah melihat post-post rumah di dalam Mudah dan Iproperty aku berharap Malaysia binalah satu lagi kilang Nuklear di Selangor. Boleh turun jugak harga rumah kalau ada kilang Nuklear bersebelahan padang permainan.
Monday, November 19
Ambil berkat
Mak aku pergi kursus untuk 2 hari. Jadi sebagai lelaki aku mestilah makan di luar dan bukannya masak di rumah. Aku start motor pergi kedai makan. Sampai kedai, aku duduk di meja paling hujung dekat dengan kipas.
Menunggu pelayan kedai sampai ambil order, mata aku tertumpu kepada beberapa buah meja yang di penuhi oleh pelajar sekolah. Mereka lengkap berpakaian sekolah dan semuanya mengenakan songkok.
Secara tidak sengaja ada seorang budak sekolah bersongkok lalu sebelah meja aku. Dia mungkin pergi basuh tangan sebelum pekena nasi ayam. Masa dia berjalan, dengan pantas aku menegurnya.
" Dik, semua bersongkok tu ada ceramah Maal-Hijrah ke kat sekolah... Abang teringin gak nak join?".
"Tidak bang, hari ini exam SPM kertas agama Islam. Ambil berkat", jawab pelajar itu dengan tenang.

budak-budak,
sekolah
debaran
Hari ini aku bangun awal lebih dari biasa. Bangun-bangun aku tak kemas katil terus jalan masuk dapur. Aku cari pek milo segera bancuh dengan air panas. Aku kacau air tadi guna sudu teh. Masa aku kacau, air tertumpah-tumpah keluar dari cawan. "Apahal ini", ujar aku dalam hati. Aku check tangan, sedang mengigil-gigil.
"damm, kuat betul penangan UPSR ni"
"damm, kuat betul penangan UPSR ni"
Labels:
budak-budak,
minuman,
Pekerjaan,
sekolah
Saturday, November 17
Beban
Dalam cuti ini memang aku plan nak beli rumah sebiji. Aku pegang prinsip beli rumah biarlah masa muda. Orang tua aku pun setuju dengan pendapat aku.
Jadi tadi aku check-check harga rumah di sekitar Selangor.
"Bapak mahal!", maki aku sambil hentak tetikus komputer.

Aku kira statistik agak-agak dalam 2018 rakyat Malaysia dah amal benda ini.
(sumber : plagiat dari google)
Friday, November 16
Penampilan Badminton
Aku sedang menonton Buletin Utama TV 3. Banyak juga perkembangan-perkembangan dunia yang baru aku tidak tahu. Sedang khusyuk menonton berita seorang kawan message aku.
"weyh, malam ni badminton kat dewan Cina"
"Aku dah setahun tak bersukan, badan berat. Malaslah aku" , balas aku pantas sambil mata ralit tengok berita sukan.
"Ah, kau ni sejak2 duduk Sarawak tak masyarakat betullah", balas kawan dengan nada kasar.
"Yela2", taip aku ringkas.
Aku masuk bilik terus sarung pakaian sukan dari atas hingga bawah luar dan dalam. Aku pergi dewan Cina naik motor. Sampai-sampai dewan Cina aku tengok kawan-kawan sedang main badminton secara beregu.
Sebelum masuk gelanggang, aku lari-lari anak dan buat lenturan biasa-biasa kasi badan panas. Lepas terasa badan panas aku jalan masuk gelanggang.
* * *
Aku bersedia dengan raket dipegang erat. Cukek hantar servis rendah kepada aku. Dengan raket ditangan aku tenang kuis bulu tangkis masuk gelanggan lawan. Kawan-kawan kagum. Dari riak muka kawan-kawan, aku syak mereka mula goyah dengan permainan aku. Aku senyum sendiri.
"Cukek cuba kau bagi bola lambung sikit, aku nak tunjuk smash padu", kata aku kepada Cukek.
Tanpa berkata Cukek ambil bulu tangkis, pukul lambung kearah aku. Bulu tangkis terbang tinggi melambung atas aku.
" sudut faveret ni" , kata aku dalam hati.
Aku pandang bulu tangkis tepat-tepat agar sudut yang dikehendaki deperolehi. Agak-agak bulu tangkis sudah ngam-ngam diatas kepala, aku melompat dengan tinggi sambil hayun raket guna tangan kanan.
"paaaannnng", bunyi tali raket bertembung dengan bulu tangkis. Bulu tangkis tadi terbang dengan amat laju dan jatuh kedalam gelanggang sendiri.
Kawan-kawan gelak besar.

Thursday, November 15
Tahun baru
Pada masa sekarang ini banyak keluar blog-blog atau fesbuk yang orang mengata kat kerja guru. Dari segi skop kerja, gaji, waktu bertugas, cuti dan macam-macamlah mereka mengata. Sebagai seorang guru aku hanya senyum baca cerita mereka. Yang tersurat memang semua orang nampak, tapi yang tersirat mana boleh nampak. Tapi mungkin juga ada juga guru yang tidak buat kerja guru. Mungkin aku juga tergolong dalam itu tetapi tidak sedar. Maka tak salah la masyarakat mengata.
Sempena tahun baru ini jika aku ada berkata kasar kepada sesiapa aku ingin memohon maaf.
Selamat tahun baru Islam diucapkan kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
Ok. Aku nak start kereta, pergi pekena cendol. Cendol memang serasi untuk meraikan hari cuti.
Labels:
Pekerjaan
Wednesday, November 14
Perpisahan tahun 6
Dah setahun aku bersama dengan mereka ini. Aku merupakan guru kelas dan guru Sains mereka untuk UPSR. Walau kami berbeza warna kulit dan agama, tapi aku sayang mereka ketat. Cikgu harap korang semua pada suatu hari nanti akan berjaya lebih dari cikgu.
"Cita-citalah yang tinggi-tinggi wahai kamu semua.".....
Tag :
Alexander Ling Dao Wei
Nelson Tinggag
Phayes Pulo
Rebecca Ubong
Diana Asong
Ivy Celina Mujan
"Aku saja tag budak-budak tahun 6 aku, manalah tahu nanti mereka dah besar, boleh beli laptop sendiri. Dia orang taip nama sendiri kat google, keluar ke page ini. Ada juga kenangan diorang dengan aku..hehe"
Superhumans
Sekarang ini aku suka layan Astro siaran lima lima lima. Asal buka Astro aku buka siaran lima lima lima. Antara salah satu rancangan kesukaan aku di siaran lima lima lima adalah " Stan Lee Superhumans".
Tadi aku tengok cerita pasal seorang lelaki boleh minum banyak gila air dengan pantas. Tiga botol besar jenis mineral selumber dia tuang dalam badan dan telan. Lepas telan, dia jalan-jalan dan semburkan keluar balik macam hos bomba.
Dalam cerita itu cakap, jejaka itu amat berkebolehan dan unik. Tapi aku tak percaya. Aku syak dia guna bomoh. Biasalah aku kan Melayu.
Monday, November 12
Banjir dan Kinabalu
Banjir menyebabkan suhu sekeliling menjadi sejuk, maka otak juga sejuk. Dalam keadaan otak sejuk aku berusaha menggerakkan otak untuk berfikir. Sejak dua menjak ini, aku lebih ke arah makanan.Hari itu pizza tetapi pizza dah hilang mood tukar kepada makanan lain.
"alang-alang balik semenanjung lewat, baik pekena seefood sedas dua".
* * *
Jadi selepas urusan aku dengan banjir selesai, aku bye-bye tiga kali kat sekolah dan turun Miri. Aku turun Miri dari sekolah naik kereta Apin. Dalam kereta pacuan empat roda ada 3 orang lagi iaitu Fadrick, David dan Bale. Kami turun Miri dengan gembira meninggalkan sekolah. Apin memecut laju kenderaan pancuan empat rodanya. Perjalanan dari sekolah ke Miri iaitu bandar terdekat mengambil masa 8 jam.
Sesampainya di Miri, aku terus pergi airport. Aku beli tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu. Orang-orang cakap situ ada syurga seefood.
"yeah. Pekena seefood dulu!"
Sorry aku tidak boleh sambung tulis, tengah sibuk korek isi ketam ngan bukak kulit udang ni. Love n bye.

Sunday, November 11
banjir & kuih
Masa-masa banjir ini aku rasa masa macam berlalu agak siput. Aku berasa bosan kerana tidak tahu mahu buat apa. Oleh kerana terlalu bosan, aku asik-asik tengok jam sama ada di tangan, dinding atau dalam telefon.
Petang itu, aku tengok jam di dinding menunjukkan pukul 2. Aku main game catur yang microsoft bagi dalam laptop. Aku main tiga round. Kalah ketiga-tiganya. Bosan dengan kekalahan, aku tengok jam lagi. Kali ini aku tengok di dalam telefon. Masih pukul 2.
"Ah, lambatnya masa berlalu",
Aku keluar bilik aku masuk dapur. Aku keluarkan tepung gandum dan beberapa bahan rahsia. Aku buka pek tepung gandum dan campur dengan bahan-bahan rahsia. Aku adun bahan-bahan rahsia dan tepung tadi dengan kuantiti air yang dirahsiakan.
Aku uli-uli guna tangan dan kaki pula ikut hentak mengikut alunan irama uli... siap uli aku goreng kuih tadi hingga kekuningan. Maka siaplah donut goreng aku.
Aku bawa donut tadi dengan kopi duduk depan tv. sambil makan-makan aku terfikir.
"aku ini lelaki ke perempuan, isi masa lapang buat kuih"

Friday, November 9
Terperangkap dalam cuti
Memandangkan mahu cuti, aku tidur lebih awal dari biasa. Aku berharap dengan tidur awal dapat memendekkan masa agar hari cuti akan cepat datang.
Aku tutup lampu, bilik jadi gelap. Sebelum terlelap aku buat otak aku terbayang-bayang dahulu. Dalam otak aku plan, esok sampai saja Miri nak pekena Pizza.
"Dah lama jugak tak pekena makanan ruji Melayu ni". Ujar aku dalam hati sambil fikiran terbayang-bayang beberapa jenis pizza dengan extra cheese.
"perrgggh!", tambah aku dalam hati
Sambil bayang pizza tangan aku set alarm untuk kejut aku bangun pagi.
Aku tidur dengan pizza
* * *
"ketok, ketok,, ketok", bunyi alarm pintu diketuk dari luar
"ketok, ketok, ketok", bunyi ulang 2 kali.
Orang kejut aku bangun tidur sebelum alarm. Aku bangun dengan konfius, sebab malam tadi aku hanya set alarm dan bukannya set manusia. Aku bangun keluar rumah.
"cikgu-cikgu sekolah kita banjir", kata sipengetuk pintu tadi dari atas perahunya
"D!", kata aku dalam hati

Aku masih disekolah. Cadang nak macam ni je pulang rumah kat semenanjung.
Wednesday, November 7
Sudoku
Hari ini aku banyak habiskan masa terluang main sudoku. Sejak-sejak beli buku sudoku dekat kedai buku, aku mula ralit dengan sudoku. Mengikut "Wikipedia Haluan Kiri", sudoku mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa di zaman pemerintahan Yap Ah Loi di Kuala Lumpur.
Mengikut cerita orang dulu-dulu, Yap Ah Loi lebih banyak menghabiskan masa dengan sudoku berbanding melepak di mamak pekena teh dan sembang kosong.
Monday, November 5
Letto Kenyah dan muka
foto ihsan dari google
Letto Kenyah (Bahasa Kenyah) pada zaman sekarang memang dah tidak ada yang telinga panjang. Pada zaman sekarang amat susah nak lihat letto yang telinga panjang kecuali golongan Oko-oko.
Bagi aku letto Kenyah tergolong dalam golongan yang cun-cun. Tahniah kepada guru-guru lelaki semenanjung yang masih belum berkahwin dan bakal dipostingkan dalam sini, anda mungkin bertemu jodoh anda disini. Jadi jangan kecewa kalau posting pendalaman...Hehehe,..
Glosari (bahasa Kenyah) :
Letto : Perempuan
Oko : Atuk / nenek
Sunday, November 4
Saturday, November 3
Lelaki Kenyah dan sumpit
foto ihsan dari Google.
Adakah anda orang semenanjung Malaysia? Apakah persepsi anda cara Orang Ulu di Sarawak berburu binatang?
* * *
Ya, menggunakan sumpit bukan.
Apabila aku ditempatkan di pendalaman Sarawak, pelbagai persepsi timbul di fikiran. Aku membayangkan mereka ini masih tinggal di dalam hutan dan berburu dengan cara menggunakan sumpit. Aku cadan nak belajar juga cara menyumpit. Nanti balik semenanjung boleh jugak menyumpit dari jauh kat mamat-mamat yang suka mencuri selipar kat masjid.
Tetapi hakikatnya semua sangkalan aku itu melesit belaka. Malaysia maju lah.
Kaum kenyah di Long Tungan atau di kebanyakkan tempat lain hanya menggunakan sumpit dalam aktiviti kebudayaan sahaja. Kebiasaannya sumpit pada 2012 ini digunakan dalam pertandingan sukan. Cara permainannya tidak jauh berbeza dengan sukan memanah atau air rifle di sukan Olimpik.

Friday, November 2
Half robot
Sekarang main bola pakai komputer, main dam
ular pakai komputer, jawap exam pakai komputer, beli baju pakai komputer,
sembang pakai komputer, jumpa pasangan pakai komputer... kadang-kadang
rasa jadi manusia pun tak berapa nak 'manusia'.
Thursday, November 1
Jogging petang
Petang-petang bosan, aku cari baju dan seluar sukan dalam almari. Tanpa berlengah aku terus sarung baju dan seluar kemudian berjalan ke luar rumah. Aku capai kasut sukan, ikat ketat-ketat di kaki.
Tanpa streching aku tarik nafas dalam-dalam pergi jogging di kampung.
1 round aku pusing.
2 round aku pusing....
3 round aku......
4 round ..........
5...........
6.........
7.........
8.........
9.
Lepas 9 round aku berhenti jogging, terus cari tempat teduh untuk parking badan. Aku buat streching down. Mula dengan kaki kemudian lutut sampailah kepala. Dalam kiraan 8.
Masa-masa aku streching down, ada pakcik or makcik yang tua sikit lalu sebelah, aku sapa "selamat petang"..kalau perempuan muda lalu, aku sapa "hye"...... Lelaki yang agak-agak sebaya lalu, aku tak pandang pun mereka.

amalan x sihat,
awek
kantin sekolah
Sekolah aku terdiri daripada 34 orang murid keseluruhan dan 10 orang guru. Waktu persekolahan sama seperti sekolah-sekolah lain. Oleh yang demikian sekolah kami juga mempunyai waktu rehat pada pukul 10.00 pagi.
* * *
Sekarang tengah kelas Matematik tahun 5. Aku tengok jam yang terlilit kat tangan kiri dah menunjukkan sudah pukul 9.52 pagi. "ok, semua boleh pergi rehat", ucap aku mengakhiri kelas.
Sekolah aku memang tidak ada kantin. Mengikut pengiraan matematik, nak bukak kantin hanya untuk 10 orang guru memang tak boleh menguntungkan. Oleh itu setiap waktu rehat aku balik rumah untuk pekena biskut oreo putar jilat lalu celup dalam kopi. Nyaman.
Labels:
sekolah
Tuesday, October 30
Budaya Melayu
Malam tadi sekolah aku bergelap awal. Jadi aku pergi katil lebih awal dari waktu-waktu biasa. Sebelum sampai atas tilam, aku masuk tandas dulu. Aku bukak paip lalu basuh kaki 3 kali.
Orang-orang lama cakap, kalau kita basuh kaki sebelum tidur, kita akan mimpi basah-basah saja, yang mimpi buruk tak datang. Aku cuba amalkan perkara ini setiap malam.

Budaya
Monday, October 29
Romantik
Elektrik sekolah buat hal. Minggu ini bermula elektrik 12 jam sehari. Jadi sebelum elektrik nak padam sekejap lagi, aku pergi dapur cari maggi. Aku periksa setiap bungkusan maggi yang aku ada. Dari pelbagai jenis perisa, aku pilih tomyam.
Aku koyak bungkusan maggi guna gigi belah depan. Lepas terkoyak aku puhkan cebisan koyakan tadi ke dalam tong sampah. Aku masak maggi guna resepi 2 minit yang tertulis dekat belakang bungkusan.
Maggi dah siap.
Aku nak tunggu lampu terpadam.
"Romantik giler makan maggi dalam gelap-gelap".

Chelsea vs Manchester United
Lepas game saja, aku terus jenguk bawah katil cari buku Yellow Pages. Habuk buku aku tepis-tepis. Agak-agak dah bersih aku bukak buku lalu cari nama Mark Clattenburg, referee yang jaga perlawanan tadi. Aku memang panas dengan dia. Ingat nak kol dia maki sepatah dua.
Pada halaman 103 bahagian bawah-bawah, ada nama dan nombor telefon Mark Clattenburg. Aku ambik henpon terus dail nombor Mark Clattenburg.
tutt, tutt.....
tutt, tutt..... bunyi line telepon
"Hello, who there?", angkat Mark Clattenburg di hujung talian
"Ni aku nak cakap kat kau sikit, dengar betul-betul. Apesal tadi kau jadi referee buta tuli, keputusan semua keputusan lembu. Mana ang letak mata ang, tak boleh bezakah mana betul mana tidak. Ang makan rasuah ka? ang ni memang tak boleh pakaila..ang jangan main-main dengan aku", maki aku puas-puas kat Mark Clattenburg
"Sorry..I dont understand what u said", jawab Mark ringkas sambil memutuskan talian.

Wednesday, October 24
Penangan
Sekarang aku baru lepas tengok berita pukul 8. Lepas abis berita aku tutup tv jalan pergi dapur. Aku koyak kopi power root 3 in 1 tuang dalam cawan. Lepas itu, aku capai tin milo, tambah sikit milo dalam serbuk kopi tadi. Aku bancuh kopi dan milo sampai sebati. Aku bawa kopi yang dibancuh duduk depan tv yang masih tertutup.
Aku angkat cawan perlahan-lahan menuju ke mulut, lalu aku hirup dalam-dalam aroma kopi.
"peeehhhh...nikmat"
Fikiran terbang, hasil khayalan penangan kopi.

minuman
Tuesday, October 23
Niat kental
Untuk pengetahuan umum, seorang cikgu pangkat rendah macam aku mempunyai 7 hari cuti rehat khas yang diperuntukkan dalam setahun. Maka dah hujung tahun, aku ingat nak perhabiskan saja cuti yang ada.
* * *
Sekarang aku tengah mengajar Sains tahun 4. Aku mengajar kurang fokus. Fikiran, jiwa dan jasad aku tak berjalan dengan sempurna. Dalam kelas aku terbayang-bayang macam-macam pasal semenanjung. Sambil tulis latihan Sains bertajuk planet dipapan hitam aku terfikir,
"Kalau aku mintak cuti balik raya haji ni ngam jugak. Boleh pekena sup tulang."
Jadi sambil aku sambung menulis latihan pasal planet, aku tekadkan jiwa nak minta cuti balik raya haji.
"Guru besar bagi atau tak, aku mesti paksa dia untuk bagi...Ah lantaklah!", tekad aku dalam hati dengan kental sambil tangan masih menulis pasal latihan planet.
Lepas kelas Sains Tahun 4 adalah waktu rehat. Aku keluar kelas terus jalan laju menuju bilik guru besar. Luar bilik guru besar ada kerani tengah menyusun fail, aku senyum kepada dia, dia senyum balik. Aku meneruskan niat kental dengan berjalan ke depan bilik guru besar.
"Tuk, tuk, tuk", aku ketuk bilik guru besar 3 kali.
"Masuk!",bunyi kuat suara garau dari dalam bilik.
Aku pelahan-pelahan jalan lalu duduk depan guru besar.
"Kamu mahu apa, saya tengah sibuk sekarang ni!", guru besar aku memulakan bicara dengan suara garau yang keras.
Jantung aku terus berdegup kencang, jari-jari semacam menggigil lalu aku seluk dalam kocek.
"Takde apa cikgu, saya cuma nak tanya cikgu dah makan ke belum, sekarang kan dah rehat", tanya aku kepada guru besar sekali gus membatalkan niat kental tadi.

Wednesday, October 17
Pembangunan sukan lompat tinggi (Part 2)
Ilmu lompat tinggi dari buku didalam perpustakaan habis aku menelaah. Aku baca dari ruangan kulit buku depan hingga kulit buku belakang. Selesai menelaah, aku berkeyakinan tinggi untuk ajar budak-budak sekolah dalam sukan lompat tinggi.
Petang itu aku mengenakan baju kain jersi jenama Adidas siam berserta seluar track dan berkasut. Wisel merah tergantung kemas di leher. Aku berjalan laju menuju ke padang. Dari jauh aku nampak budak-budak sudah menunggu aku.
"Ok semua duduk, ", teriak aku dari jauh sambil berjalan menghampiri mereka.
Aku berdiri berhadapan budak-budak yang terpilih. Sebelum memulakan latihan aku briefing budak-budak mengenai lompat tinggi. Hal ini bertujuan agar budak-budak ini tahu serba sedikit asas sukan lompat tinggi. Bagi aku, ilmu adalah penting dalam sukan.Tanpa ilmu, maka gelaplah masa hadapan sukan kita.
Dalam sesi briefing, aku menekankan adat-adat yang perlu dipatuhi dalam sukan lompat tinggi. Sambil tangan bubuh dalam kocek, aku menerangkan satu persatu adat-adat lompat tinggi. Bermula dari adat-adat pemakaian atlit, adat melompat hinggalah adat bangun selepas lompat jatuh atas katil.
"Pantang Melayu, membelakangkan adat", ucap aku dengan tegas kepada pelajar mengakhiri sesi briefing.
Aku tengok jam dah pukul 6 petang.
"Ok,latihan tamat. Semua boleh pulang", kata aku sambil meninggalkan padang sedang tangan masih dalam kocek.

sukan
Tuesday, October 16
Pembangunan Sukan Lompat Tinggi
Minggu lepas sekolah aku join satu sukan peringkat zon. Jadi sebelum sukan bermula aku sibuk tune budak-budak aku supaya boleh bawak balik pingat Emas. Dengar ura-ura Guru Besar ada cakap kalau dapat bawak balik pingat emas, wang pencen gur-guru akan ditambah.
"Peh lumayan ni", bayang aku dalam otak
Dalam masa seminggu aku tune budak-budak. Aku pilih untuk latih budak-budak dalam sukan lompat tinggi. Aku dengan ilmu lompat tinggi memang tak berapa ngam. Aku tidak ada sijil-sijil kejurulatihan dari mana-mana agensi.
Walaubagaimanapun, aku relak. Aku yakin ilmu-ilmu sebegini boleh diperolehi daripada buku-buku percuma dalam perpustakaan. Tambahan pula sukan Olimpik baru lepas, selalu juga aku tengok aksi atlet-atlet eropah wanita lompat tinggi dalam Astro haritu.
Labels:
sukan
Monday, October 15
Pembangunan Sukan
Esok aku cerita pasal pembangunan sukan kat sekolah. Minggu ni elektrik kena catu jadi 12 jam saja. Nak masak nasi pun susah apa lagi nak berblog.
Labels:
sukan
Guru dan kreatif
Sebenarnya aku perasan ilmu reka cipta dalam diri guru pendalaman memang tinggi. Aku percaya proses pengadaptasian ilmu reka cipta dalam diri guru pendalaman adalah kerana faktor alam sekitar dan hidup susah.
Ketiadaan Corntos dan Koka Kola tin yang dijual sewenang-wenangnya di sini memainkan elemen penting dalam proses kereatif. Oleh kekurangan makan makanan tersebut maka proses otak menjadi reput dapat dipanjangkan. Secara asasnya proses penuaan otak menjadi lambat dan otak menjadi semakin kreatif.
Ini adalah gambar dari sekolah SK Long Luteng. Semasa musim kemarau mereka mengangkat mesin basuh pergi ke tepi sungai. Tarik kabel panjang sampai rumah. Setel masalah.
Jadi aku simpulkan:
"Hanya insan-insan yang kreatif jadi guru pendalaman"

Aku dan karier
Hujung tahun ni maka satu tahun aku jadi cikgu.
Mula-mula dulu memang aku benci sangat sebab kena posting pendalaman. Hidup mula-mula memang susah sebab macam-macam benda tak ada kat sini. Elektrik pakai generator kadang-kadang tak 24 jam, orang Islam line telefon kedai makan panggung wayang semua tidak ada. Ayam kampung kena sembelih sendiri masak sendiri.
Sekarang jiwa aku dah kental.

Sunday, September 30
Nokia Rm75
Petang semalam aku tekad nak kol Jabatan Kerja Raya. Aku bersiap pakai baju t-shirt berseluar pendek paras bawah lutut. Sebelum jalan keluar rumah aku ambik telefon bimbit Nokia RM 75.90 masuk dalam kocek belah kiri.
"woi, cepatlah", jerit Apin dari dalam perahu.
Aku lari lompat terus atas perahu. Perahu goyang ke kanan dan kiri tapi masih mantap membelah ombak. Perjalanan menyeberang tak lama mana. Kami sudah sampai.
"klik klok", bunyi Apin menekan alarm keretanya.
Apin memandu dengan fokus maksimum. Kami keluar dari sekolah menuju ke tempat yang ada line telepon. Mengikut ura-ura orang kampung, perjalanan dalam masa 1 jam. Aku menghayati rokok dan lagu-lagu dari cd cetak rompak dalam perjalanan yang penuh berliku. Selang dua tiga minit aku tarik nafas panjang diselangi dengan ucapan Alhamdulillah tanda syukur melepasi jalan-jalan ####.
* * *
Sampai-sampai, aku terus keluarkan telepon Nokia RM 75.90 dari kocek dan dail nombor Jabatan Kerja Raya.
Aku dail-dail takda orang angkat.
"ceyt, takut lah tu", maki aku sendiri-sendiri
Labels:
komplen
Wednesday, September 26
sibuk
Seorang kawan teks aku:
"Apehal dua tiga minggu kau susah nak nampak pekena teh?"
" Aku sibuk pikir masa hal-hal masa depan", reply aku
"Apehal dua tiga minggu kau susah nak nampak pekena teh?"
" Aku sibuk pikir masa hal-hal masa depan", reply aku
Labels:
minuman
Friday, September 14
Jiwa Berani
Masa aku sekolah rendah, menjadi askar merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".
Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.
Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...
"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku
Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa kecik.
Labels:
budak-budak
Wednesday, September 12
Kurang kesyukuran
Sekarang budak-budak Tahun 6 sekolah aku sibuk layan UPSR. Mengikut ramalan otai-otai keberangkalian lulus pada tahun ini adalah rendah berdasarkan prestasi mereka 6 tahun. Aku sebagai guru mereka tetap relak dan tidak terpengaruh dengan dakyah otai-otai.
"Sebagai guru berdedekasi kita perlulah percaya kepada pelajar kita", kata hati aku sambil melayan hembusan rokok terakhir.
Aku campak puntung rokok lalu berjalan terus menuju ke kelas.
Budak-budak lintang-pukang cari tempat duduk bukak buku sambil berteriak "cikgu datang...cikgu datang"...
* * *
Memandangkan esok Paper Sains, aku cuba tune budak-budak ini supaya tidak gagal. Beberapa ilmu aku perturunkan kepada mereka antaranya ilmu menghafal planet, ilmu mengenal haiwan, ilmu meniru, ilmu elak ditiru, ilmu menembak malah ilmu berinteraksi dengan alam ghaib. Selesai menurunkan ilmu-ilmu berikut, aku berasa puas dan yakin akan prestasi budak-budak aku esok.
1 jam kemudian......
Aku packing-packing barang bersiap untuk pulang. Budak-budak turut sertas berpacking.
"Saya harap kamu semua lulus lah esok", kata aku sebagai penutup kelas.
Budak : "Cikgu... Nak tanya boleh?"...
Aku : "Yer..apa?"...
Budak : "Cikgu, kalau kami semua lulus...cikgu nak bagi kami apa?"...
"Cikgu akan bagi kamu pisang, ia baik untuk kesihatan"...jawab aku konfiden sambil senyum kuat.
Budak-budak : Ceyt......
Labels:
budak-budak
Pengalaman mahu berbini 4
Nota Kaki : Post ini adalah backdated untuk 25 Januari 2012. Aku tak boleh post benda ni, sebab sekolah kurang terdedah dengan dunia tanpa wayar lagi. So perasaan dulu dengan sekrang berbeza.
Tahun 2005..
Dulu aku sekolah masa zaman-zaman kebangkitan Punk, Skinhead dan Grunge. Masa itu budak-budak sekolah menengah macam aku memang menggilakan muzik-muzik yang berunsurkan 3 elemen berikut. Waktu itu band-band di Malaysia yang membawa genre Irama Malysia dan Pop memang susah cari makan. Geng-geng jiwa muda lebih menggilakan muzik-muzik Malaysia yang dibawa oleh All Cop Are Bas**** (A.C.A.B), The Officials dan seangkatan dengannya.
Selain muzik, kehidupan juga turut terjebak dengan rentak 3 elemen berikut. Ia termasuklah dari cara pemakaian, cara pemakanan, cara setting rambut,cara bertutur, hinggalah ke perkara-perkara yang kecil seperti cara menghisap rokok. Kehidupan ketika itu memang terikat kuat kepada 3 elemen barat tersebut.
Walau kehidupan aku masa tu tak kurang lebih macam remaja malap masa hadapan. Aku tetap tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Otai-otai kerja kerajaan pernah berkata, "kalau kerja kerajaan senang, boleh apply loan sana-sana sini. Beli semua hutang".
"Fuhhh, kelas gile kerja kerajaan", biacara hati aku
Jadi aku tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Bagi aku kerja kerajaan mesti nampak kemas. Rambut mesti belah tepi, pakai kemeja bertali leher di padankan pula dengan seluar slack hitam kain licin, tali pinggang kulit di pinggang.
"hensem habis"
" Dengan kekemasan orang kerja kerajaan, aku tak syak lagi, gadis-gadis mesti mudah terpikat. Selain itu boleh ada kereta mahal-mahal dan rumah besar-besar. Yang paling penting boleh berbini 4". Aku sambung mengelamun sesorang.
Tahun 2012
Akhirnya aku kerja kerajaan.
"Aku sedar inilah hukuman bagi orang-orang yang bercita-cita berbini 4"

Inilah cara aku nak pergi ke sekolah.
Labels:
Pekerjaan
Pagi yang indah
Aku bangun awal terus pergi mandi. Lepas bersih apa yang patut, aku beralih kepada menggosok baju. Kameja lengan panjang digosok rapi, jika dilihat dari mata kasar memang tiada kedut.
"cun", kata aku dalam hati..
Aku sarung baju kameja masukkan dalam seluar slack Padini baru beli. Kemudian aku capai Brylcreem atas meja sapu atas rambut. Aku setting rambut belah tepi disisir oleh jari-jari tangan kiri. Selepas itu aku berdiri depan cermin yang melekat di dinding.
"hensem sangat ni"....
Aku capai beg galas Nike siam aku, meluru keluar rumah menuju ke sekolah. Perjalanan ke sekolah tidak begitu jauh kerana aku duduk di kuater guru. Sambil berjalan aku bakar rokok buat peneman perjalanan. Asap rokok aku sedut dalam-dalam.. Huh, nyaman.....
Aku rasa hari ini hari yang indah sekali, dengan cuaca angin bertiup sepoi-sepoi sambil membawa angin sejuk sekali sekala. Aku rasa begitu nikmat. Sambil berjalan dan rokok, fikiran aku berterbangan membanyangi gadis-gadis. Aku terus khayal melayan penangan asap rokok.
"Woi kau ingat ini sekolah kau punya ka?",
" sukahati isap rokok dalam sekolah", tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit tidak jauh dari belakang.
Aku terkejut lalu toleh ke belakang.
"damm........guru besar",

Wednesday, January 25
This is life as pendalaman's teacher
in a place with no halal foods and phone line
Labels:
Pekerjaan
Friday, January 20
Karbohidrat
Hari ini aku bangun ikut waktu Scotland. Aku pergi tandas cuci mata puas-puas. Sambil pekena deodorant dan baju, aku jalan turun dari hotel.
Aku parking kat kedai semalam. Mee kolok lagi.. Nikmat!
foto insan dari google

makanan
Thursday, January 19
Taklimat guru baru
Tadi masa Encik Zamhari kumat-kumit bagi taklimat, aku ralit terbayang rumah.. Damm, aku dah rindu semenanjung.
Labels:
Pekerjaan
Wednesday, January 18
sekolah aku tak de dalam google map
Aku harap aku posting ke Spain. Aku memang dah ngidam nak jumpa Juan Mata ajak ngeteh sama-sama. Boleh aku kongsi sikit-sikit strategi untuk game Chelsea minggu depan.
Tapi kerajaan kata aku tak boleh pi Spain sebab kat sana guru Matematik dah cukup kuota. Aku taw sebenarnye kerajaan tak sokong Chelsea, tu diorang jeles tak nak anta aku ke spain. huh.
Tudia.. Ni la penindasan kerajaan terhadap fan-fan Chelsea..
SK Long Tungan...angpa pi cari sendiri la kat mana lokasi Sekolah aku. Chow

Last day at home
sebenarnya aku dah lama tak tulis blog.. Tapi sejak-sejak nak posting jauh, aku nak jinak-jinak balik karier menulis ni..
Labels:
Rumah
Subscribe to:
Posts (Atom)