Sunday, April 28

Fikir masa depan





 Petang tadi angin bertiup tenang, burung pula terbang bebas sambil bersiul lagu putih-putih melati. Jiwa dan fikiran aku tenang. Ketika itu aku duduk depan rumah sorang-sorang.

Dengan fikiran yang tenang tadi aku cuba memikirkan kedudukan aku 5 tahun akan datang. Antara yang aku terbayang:

1 - Menjadi tokey kedai makan char kuey teow di Tanjong Karang.
2 - Membuka sebuah kedai pakaian berjenama di MidValley.

"Ah giler ape aku pikir benda-benda ini".

Aku bangun dari lamanun dan jalan masuk rumah. Aku bukak komputer terus main game bola.

"Yeah, this is my life!", ujar aku puas sambil mengemudi pasukan Norwich City berlawan dengan Barcelona.

Thursday, April 25

Kisah sepetang Manggo shake

Pada cuti bulan 3 lepas. Aku banyak menghabiskan masa di rumah nenek. Jarak rumah nenek dengan rumah aku adalah 3 kali ulangan lagu Shae nyanyian bobo.

Suatu petang Jumaat, aku melepak di rumah nenek. Aku duduk pada bahagian beranda rumah. Angin ketika itu meniup sedap-sedap untuk tidur. Aku duduk di beranda sambil ditemani secawan kopi dengan beberapa biji karipap buatan tangan nenek sendiri.

"indahnya hidup ini, bagai aku yang punya", ujar aku dalam hati ketika sedap mengigit karipap yang ke 5.

Sedang aku melayan karipap sorang-sorang, nenek aku datang dari arah belakang untuk duduk menemani aku. Nenek aku yang lebih pertengahan umur itu membawa secawan Manggo Shake gelas besar bersama. Aku melayan kopi dan karipap manakala nenek aku dengan Manggo Shakenya.

Selepas hirupan ke tiga Manggo Shake, nenek aku membuka satu cerita. Dia ingin menurunkan cerita dari temurun ke temurun kepada aku. Dia telah menyimpan cerita ini dalam satu jangka masa yang lama. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk diperturunkan kepada aku. Mungkin kini giliran aku telah tiba. Inilah masa aku untuk menyimpan  cerita keluarga aku ini untuk generasi akan datang.

Sebelum memulakan bicara, nenek aku pandang muka aku dengan tepat. Dengan Manggo Shake masih di tangan dia memulakan bicara.

"Sebenarnya orang pertama yang mencipta Iron Man adalah orang Malaysia. Bukan Industri Stark macam dalam filem tu. Orang yang menciptanya adalah moyang kepada moyang kamu"

Aku terkejut tanpa berkata apa-apa. Lalu nenek aku menghulurkan sekeping gamba moyang aku dulu-dulu.

"Sejak itu aku percaya, moyang aku adalah Iron Man"




Tuesday, April 23

Variety of Foods

Tadi sebelum rehat pukul 10 aku masuk kelas Tahun 3. Aku ajar mereka English. Ilmu yang aku ketengahkan adalah mengenai "Variety of Foods". Mula-mula kelas aku berborak dengan mereka pasal makanan. Kami berborak pasal karipap. Selepas selesai borak pasal karipap kami berborak pula pasal pisang goreng. Selepas selesai borak, aku mula masuk ke dalam tajuk yang aku ingin ajar hari ini. "Variety of Foods".

Aku ambil nafas panjang untuk mula fokus. Setelah fokus aku pilih-pilih kapur dalam bekas. Aku pilih kapur yang telah patah dua. Dengan kapur yang patah dua, aku tulis dekat papan hitam nama-nama pelbagai jenis makanan dalam bahasa Inggeris. Aku tulis 12 nama-nama makanan. Setelah selesai, aku suruh mereka salin dalam buku. Sedang-sedang mereka senyap menyalin aku melukis beberapa jenis makanan itu di papan hitam.

"cantik giler aku lukis", puji aku sendiri dalam hati.

Pelajar semua nampak teruja dengan lukisan aku. Setelah pelajar selesai menyalin, aku mengajar mereka cara menyebut setiap nama-nama makanan tersebut. Aku mula menyebut dan pelajar ikut baca. Kemudian aku terangkan setiap makanan tersebut dalam bahasa Melayu. Penerangan selesai.

Sedang jam menghampiri hujung-hujung waktu, aku menyuruh mereka menghafal semua nama-nama makanan tersebut.

"siapa yang tidak hafal tidak boleh rehat!", aku sambung.

Pelajar mula duduk tidak tenteram. Nafsu makan mereka mungkin terpotong. Kerana susah hendak menghafal, mereka meluahkan perasaan.

"Aduh banyak sangat cikgu, susah nak hafal ini"

Aku tenang dan senyum kepada pelajar. Lalu aku memberikan kata-kata motivasi kepada mereka.

"Eleh baru 12 pun susah. Dulu masa cikgu belajar, cikgu kena hafal 30 nama-nama makanan. Selumber 5 minit saja cikgu hafal", jawab aku tenang.

Pelajar teruja dengan kehebatan cikgunya.
Hehehe.


Monday, April 22

Nafsu nasi lemak

Pada suatu petang di mana awan mendung gelap-gelap sikit dan angin bertiup separa kencang,aku duduk depan tangga rumah. Aku duduk sambil termenung jauh pasal makanan. Aku membayangi nasi lemak sambal sotong.

"Lama betul tak pekena nasi lemak sambal sotong ni", kata aku dalam hati seorang-seorang.

Sedang aku syok membayangi nasi lemak, seorang kawan datang dari mana entah tiba-tiba menepuk bahu aku dari belakang. Lantas bayang-bayang nafsu nasi lemak tadi terus hilang.

"Potong betul la kau ni, rosak bayang nafsu aku", maki aku kepada kawan.

Kawan tadi terus duduk sebelah aku, lalu meletakkan tangannya memeluk bahu aku. Dengan penuh perasaan, kawan tadi meluahkan rasa ambil berat dia kepada aku. Dia bertanya,

"bro, kau kenapa lama tidak tulis blog. Kau ada masalah apa-apa kah. Sharelah segalanya, aku sudi mendengarnya?", pertayaan kawan aku serius diselit dengan penuh perasaan.

Lantas selepas pertayaan, aku toleh muka pandang tepat kawan aku. Dengan tangan masih erat di bahu kawan aku pandang mata dia tepat-tepat. Ketika itu suasana sungguh sunyi, hanya diseliti bunyi angin bertiup separa kencang. Dengan penuh hati aku meluahkan perasaan aku,

" bro, kau ni gay ke apa. Pegang-pegang sambil nak kongsi-kongsi perasaan ini?", maki aku straight.


Sunday, April 7

Sedikit ulasan perlawanan bola sepak semalam

Malam tadi aku tengok perlawanan bola sepak tempatan. Perlawanan adalah diantara pasukan negeri aku, Selangor dengan pasukan dari mana entah datangnya. Pasukan yang berlawanan dengan Selangor menggelar dirinya sebagai Harimau Selatan. Dengar cerita pasukan ini dibarisi dengan pemain-pemain yang berkualiti dan mempunyai corak permainan yang international.

"Brangkali ini mungkin pasukan yang boleh kasi saingan sikit kepada Selangor", ujar aku dalam hati.

Jadi tepat 8.45 malam, aku buka Astro 801. Aku duduk depan tv dengan berteman secawan kopi dan beberapa biskut rokok. Jiwa aku berkobar-kobar untuk menyaksikan perlawanan. Harimau Selatan ini diharap bakal memberikan saingan sengit kepada Selangor setelah pasukan-pasukan tempatan lain gagal lalu menjadi lauk Selangor.

Tapi sangkaan aku meleset. Pasukan Harimau Selatan ini sama seperti pasukan-pasukan lain. Ayam sahaja apabila bertemu Selangor. Dari awal Selangor sahaja yang mengawal permainan. Pemain-pemain Selangor mudah menghantar bola, seperti macam dalam latihan sahaja.

Jaringan Selangor memang aku jangka akan hadir dengan awal. Jadi seawal minit ke 14 gawang Harimau Selatan dibolosi. Pada jaringan ini Selangor hanya menggunakan khidmat permainan pertahan untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan. Pemain pertahan Selangor dengan selumber mengelecek beberapa pemain Harimau Selatan sehingga pemain lawan bertaburan jatuh. Setelah ruang yang kosong diperolehi, pemain pertahan Selangor tadi merembat bola dengan bersahaja ke arah gawang gol. Bola terus menuju tenang kedalam gawang Harimau Selatan. Penjaga gol lawan terbang sedaya upaya untuk menyelamatkan, tetapi tindakannya tak ubah seperti menuang air ke daun keladi.

"Gooolllllllllll"

"keh, keh, keh, Ayam Selatan".

Wednesday, April 3

Taktik baru

Sejak-sejak cuti sekolah minggu lepas, aku tinggal dulu aktiviti tulis blog. Manakan dapat lawan penangan nikmat tidur di rumah Selangor berbanding tulis blog. Sedang sedap aku layan tidur, cuti sudah sampai penghujung.

"Huh, cuti jalan macam air!", maki aku.


Jadi lepas cuti habis, aku masuk sekolah semula. Ini masa waktu sekolah ada free sikit-sikit aku cuba menghidupkan mood menulis aku. Susah jugak nak tulis blog kalau tinggal lama-lama.

Jadi aku tulis separuh sampai sini terus tekan button publish.

Hehe,
mudah sikit kerja.