Friday, June 28


Thursday, June 27

Help me


Aku ada keinginan nak sampai sini. tapi tabung aku masih belum cukup. Ada sapa-sapa mahu sponsor ka?

Monday, June 24

Kebersihan repost



Semalam lepas rehat aku  masuk kelas darjah enam. Aku masuk kelas mereka untuk ajar Sains. Sebelum aku memulakan pelajaran aku suruh budak-budak letak tangan atas meja. Bagi aku ilmu Sains merangkumi ilmu kehidupan, maka kebersihan juga termasuk dalam Sains.

Jadi sebelum mula pelajaran aku check kuku mereka. Aku jalan satu meja ke satu meja. Sambil jalan aku bawa pemadam papan hitam sekali. Pelajar pertama, aku lihat kuku dia ada kotor sikit-sikit walau tak panjang, aku pukul juga.

"Apa ini sudah tahun 6 pun kuku panjang", alasan aku lepas pukul. 

Pelajar kedua hingga ke empat semua kena pukul dengan aku sebab kuku panjang atau kotor. Lepas-lepas selesai aku pun memberi nasihat kepada mereka agar menjaga kebersihan. Murid nampak faham pesanan aku.

Jadi lepas selesai, aku pun berjalan duduk di meja guru. Sambil duduk aku hulur tangan bawah meja. Aku check kuku sendiri.

"Panjang juga aku punya ni", ujar aku dalam hati.

Lepas tengok kuku sendiri, aku senyum.

Thursday, June 20

Kisah Percintaan Lalu (repost)

Dulu aku pernah ada awek Cina. Dia memang cun ala-ala Megan Fox dan cutting badan serupa model. Jadi suatu hari pada hujung minggu aku bawa dia pergi tengok wayang. Sambil tengok wayang kami pekena popcorn dan air coke secara kongsi. Pada masa itu terasa dunia seperti dicipta untuk kami berdua.

"Sungguh indah dunia".

Selesai tengok wayang aku pun bawa dia keluar dari shopping mall dan mula pakat cari makanan untuk tengah hari. Aku pandu kereta sedang dia duduk sebelah kiri. Pandu-pandu akhirnya aku singgah sebuah kedai yang terletak ditepi jalan. Bumbungnya diperbuat daripada rumbia dan kerusinya diperbuat dari kayu-kayuan. "Romantik ni restoran", ujar aku kepada awek. Kedai ini jual makanan tengah hari secara pilih lauk.

Untuk menunjukkan rasa kasih sayang, aku suruh awek aku duduk di meja dan aku ambilkan lauk untuk dia. Aku minta nasi dua pinggan dan aku isi ikan keli bakar dan ulam petai untuk pinggan dia dan pinggan aku. Selepas itu aku ambil semangkuk kecil sambal belacan untuk cicah ikan bakar dan petai.

"Nikmat giler ni", ujar aku dalam hati sambil tengok ikan bakar dan sambal belacan.

Aku pun bawa makanan tadi ke meja awek aku. Kami pun mula makan. Aku layan gabungan ikan bakar, petai dan belacan dengan penuh nafsu. Nafsu makan aku meningkat dengan kehadiran sambal belacan. Awek aku pula makan seperti gadis-gadis lain iaitu dengan rentak perlahan. Dia cuit sikit ikan bakar dan cicah dalam sambil belacan. Dengan dicampurkan nasi dan ikan dicicah tadi dia suap masuk mulut dengan lemah lembut.

"khoook, khoook, khoook, khoook" , awek aku terbatuk tiba-tiba.

"Sayang, I cannot lah eating sambal belacan", jelas awek kepada aku.

Aku pandang dia dengan buat muka bengis.

Sejak dari peristiwa itu, aku dan awek Cina mula putus. Bagi aku susah nak ada pasangan tak makan sambal belacan ni.

Wednesday, June 19

Malaysia Tahun 2036 (repost)

Malaysia Tahun 2036

"Bang bangun, jom pekena sarapan",  jerit isteri dari tingkat bawah mengejutkan aku.

Aku tengok jam di dinding pukul 4 pagi. Aku bangun-bangun terasa panas Malaysia. Semua ini berpunca dari kesan global warming. Kat taman aku yang ada pokok-pokok plastik, pokok-pokok organik jarang-jarang nak jumpa. Aku bangun dan terus mandi guna ais. Lepas bersiap, aku dan isteri masuk dalam kereta. Aku seluk kunci dalam kocek dan menghidupkan enjin kereta.

"damm, minyak habis lagi", ujar aku . "takpa bang, kita isi dulu kat Petronas", balas isteri menyejukkan hati suami.

Aku angguk tanda setuju. Malah Petronas barang buatan Malaysia. Jadi aku memandu menghala ke Petronas. Sebelum aku keluar dari taman, aku bayar tol RM 10.50. Sesampai aku di Petronas aku berjalan ke arah kaunter. Aku hulur not RM 50 dua puluh keping.

"Kak, isi seribu ringgit", kata aku kepada juru kaunter di Petronas. Pada 2036 minyak mahal, harga seliter pun dalam RM90. Harga minyak bergantung kepada harga minyak sedunia. Jarang-jarang harga minyak nak turun ikut statistik memang naik setiap tahun. Pada tahun ini kerajaan tak tanggung sangat subsidi minyak.

Selesai isi minyak aku terus memandu menghala ke kedai nasi lemak yang jaraknya lapan kilometer dari stesen Petronas . Untuk sampai ke kedai nasi lemak aku melalui 7 buah tol yang setiap satunya perlu membayar sebanyak RM 14.20.

Sampai-sampai kedai nasi lemak aku dan isteri duduk di meja tengah-tengah gerai. Seorang pelayan datang.

"dik, bagi nasi lemak sotong dan teh'o ais dua", ujar aku kepada pelayan tersebut.

Jadi pada pagi itu aku makan nasi lemak sotong dan teh'o ais bersama isteri tersayang. Kami makan sambil berbual pasal tempat kerja. Sebelum pulang, aku ke kaunter untuk bayar harga makanan kami.

"Nasi lemak sotong dua dan teh'o ais semuanya RM 694.50", kata cashier kepada aku.

* * *

Maka dengan ini aku merancang untuk menjadi remaja yang lebih bijak mengurus kewangan. Diharap aku mampu menghadapi tahun 2036 dengan jayanya.

Tuesday, June 18

Jenin


Aku ingat nak berjinak-jinak dalam alam pertanian. Sebulan dua lagi aku agak dah boleh jual sayur secara online. Aku nasihat  korang kumpulkan duit dari sekarang, nanti dah launch mai beli sayur aku.

Wednesday, June 5

Maki kepada paip part 2

Gara-gara makcik jiran sebelah, semalam aku maki kepada paip. Kerja-kerja membaiki tayar motor aku pun tertangguh. Jadi hari ini niat sambung semula kerja-kerja membaiki tayar motor.

Aku keluar rumah tengok hasil kerja aku tinggalkan semalam. Tayar masih ditempat yang sama. Aku ambil batang besi yang berterabur di lantai lalu cungkil tayar keluarkan dari nat. Selepas itu aku keluarkan tiub dari dalam tayar. Sedang aku belek-belek tiub untuk memerhati tempat bocor, makcik jiran sebelah pun keluar rumah. Aku nampak dia bawa satu raga penuh baju baru basuh.

"Asik-asik makcik ni. Tak bujang langsung, basuh baju hari-hari", ujar aku dalam hati sambil terus sambung kerja.

Makcik tadi jalan kearah penyidai baju. Sambil dia menyidai baju, dia perasaan kelibat aku yang sedang sibuk membaiki tayar. Makcik jiran sebelah mula membuat ramah.

"Hye Faiq, tak jawab pun lagi. Bila nak kahwinnye?. Jangan lambat-lamabat".

Masih soalan yang sama yang keluar dari mulut makcik jiran sebelah. Kali ini aku lebih tenang tak macam semalam. Aku letak tiub di lantai lalu pandang muka makcik tersebut. Aku senyum luas, makcik tadi balas senyuman aku. Dengan lemah-lembut aku memulakan biacara,

"Cik, anak acik yang no 3 tu dah berpunya belum?, comel juga saya tengok dia. Sesuai dengan saya"

Hehe..aku terus senyum luas kepada makcik tadi.

Monday, June 3

Maki kepada paip part 1

Hari Sabtu dan Ahad lepas aku pergi kenduri kahwin member-member. Ini semua geng-geng masa zaman belajar nak jadi cikgu dulu. Aku perhati, sejak-sejak gaji makin naik, ramai member-member menuju kearah pembentukkan keluarga. Aku membuat kesimpulan bahawa ini pertanda positif kearah kemajuan negara pada masa akan datang. Ini kerana kawan-kawan lelaki aku memilih untuk berkahwin dengan perempuan dan bukannya dengan kereta. Hal ini sekali gus mencepatkan proses negara untuk memperolehi baka-baka baru pewaris negara.


"weyh faiq..., kau bile nak kahwin ni? jangan lambat-lambat sangat." , terjehan keras kearah aku oleh jiran sebelah rumah yang berumur lebih dari pencen. Aku terkejut dengan suara yang tiba-tiba datang. Kerja aku sedang repair tayar motor tergendala. Jiran sebelah tadi terus menjemur kain sambil memerhatikan aku.

Aku pandang muka makcik jiran sebelah dengan senyuman. Jiran sebelah tadi senyum balas. Muka jiran tadi menunjukkan simtom mahukan jawapan dari aku.

Aku kekalkan diri dengan keadaan tenang. Lalu aku kemas-kemas spanar terus masuk rumah.

"Padia orang-orang tua ni, takdak soalan len", maki aku kepada paip semasa sedang cuci tangan kesan kotoran repair tayar.

Saturday, June 1

Aktiviti Remaja Pada Musim Cuti

Suam-suam terik petang, aku sedang duduk tepi kolam bertemankan dua orang rakan. Aku dongak ke langit pandang sipi-sipi arah matahari. Dari jauh matahari senyum balik kepada aku dan mula bergerak slow ke arah barat.  

"Memang time-time depa makan ini.. Konfem sangkut sat lagi", ujar aku penuh semangat.

Aku tengok jam dah tunjuk pukul 3.30 petang. "Ngam, memang inikalilah", ujar aku lagi. Sudah sejam aku, Macha dan Boboi duduk memancing dekat kolan Wak Leman ini. Masih satu kelibat ikan pun tidak mengena batang pancing kami.

Oleh kerana cuaca makin ngam, aku fokus pandang kearah tali pancing. Mana tahu ada gerak-gerak sikit, boleh aku terus sentap. Macha dan Boboi juga fokus kepada pancing. Tiada perbualan pasal bola sepak Pahang dan Johor keluar diantara mulut kami.

Suasana sunyi sepi.

Masa terus berlalu lama. Fokus aku mula goyah dan terumbang ambing dalam diri. Aku seluk poket seluar jean, keluarkan telefon pintar. Sekarang aku alihkan fokus tadi kepada game Candy Crush. Sedang-sedang aku layan game Candy Crush level 2, aku dengar suara Macha jerit dari jauh.

"woi-woi aku dapat. Aku dapat!...memang champs la aku"

Aku perhati dari jauh adengan Macha melayan perlawanan antara dia dan ikan. Aku perhati dengan jeles. "cilaka..asik-asik pergi kolam, budak tangan bangku ni gak yang dapat.. Memang luck je la", maki aku dalam hati.

* * *

Selang beberapa minit, adengan Boboi pula mengangkat ikan. Kemudian kembali kepada Macha lagi. Adengan berulang antara mereka berdua. Aku masih kemarau tanpa rezeki. Masa berlalu begitu sahaja.

* * *

Sedang kami fokus pada pancing, Pak Leman datang menghampiri kami. "Masa sudah time. Mau tambah ka?". Kami bertiga geleng kepala tanda tidak mahu. Macha dan Boboi pandang aku dengan muka bangga. Aku terus senyap sambil mengemas batang pancing. Sebelum pulang aku jumpa Macha sekejap.

"Cha, bak mai ikan ko jap. Aku nak pinjam"

Dengan bangga Macha menunjukkan ikan dia kepada aku. Sambil dia bagi ikan kepada aku, aku bagi dia telefon pintar. "Cha, bak mai satu gamba"

Aku posing depan ikan. "Klik,klik", bunyi kamera

Selesai itu, aku upload gamba masuk Instagram. Aku tulis caption,  

"hasil tangan gua hari ini".

Selang beberapa minit, orang mula like.


Hehe.