Showing posts with label long tungan. Show all posts
Showing posts with label long tungan. Show all posts

Friday, January 25

Pembasmian Kutu



Khamis lepas budak-budak kat semenanjung sibuk berarak Maulidur Rasul. Dulu masa aku kecik-kecik, aku juga join berarak pakai baju Melayu dan bawa sepanduk buatan sendiri. Lepas habis berarak, ramai-ramai pekena nasi ayam free disediakan masjid.

Di sini, budak-budak tempat aku semua bukan beragama Islam. Jadi program sambutan Maulidur Rasul tiada dijalankan. Untuk mengisi masa cuti, aku buat program penghapusan kutu. Kutu-kutu ini telah lama bermain di kepala budak-budak. Jadi aku rasa perkara ini harus dihentikan segera.

Aku dengan beberapa staf lain, menggunakan syampu khas untuk membunuh kutu di kepala budak-budak. Sambil syampu aku tabur atas kepala budak-budak, aku ramas-ramas kepala mereka. Kutu-kutu mula terasa seksa hidup di dunia. Aku jalankan benda ini kepada semua budak-budak.

Sambil-sambil ramas kepala budak, aku bagi pesanan satu per satu kepada pelajar,

"cikgu dah tolong kamu syampu rambut, esok kamu gilir-gilir urut cikgu dalam kelas"

Budak-budak faham bahawa cikgunya seorang yang mengamalkan konsep keadilan. Hehe

Tuesday, January 15

One night in the middle of the jungle

Hari cuti Sabtu dan Ahad lepas aku turun Miri. Aku dengan kawan serumah pergi Miri untuk update stok makanan kami yang hampir pupus. Jadi lepas beli barang dan lepak-lepak makan mee di Miri kitorang balik sekolah pada Ahad pagi. Kami gerak awal dalam pukul 10 pagi.

Dalam perjalanan, Apin drive kereta aku pula duduk sebelah layan tidur. Sepanjang perjalanan cuaca hujan renyai-renyai, maka aku tidur dengan lena. Perjalanan untuk ke Long Tungan dari Miri akan melalui jalan Balak. Oleh kerana hujan, jalan agak licin dan Apin terpaksa memandu perlahan.

Setelah 6 jam, kami sampai di simpang kampung Long Tungan. Aku tengok jam di tangan sudah pukul 7 malam. Keadaan semasa sudah gelap dibantu dengan bunyi-bunyi serangga.

Dari jalan balak untuk ke kampung Long Tungan akan melalui satu jalan angker. Jarak jalan hanya 8 KM tetapi banyak melalui jalan yang berbukit dan bergaung. Apin drive macam biasa. Dia cuba menaiki bukit yang pertama tapi tidak berjaya. Dia berusaha berkali-kali dan masih tidak berjaya. Oleh kerana cuaca sudah gelap dan jalan licin kami sepakat untuk tidak mencuba lagi.

Jadi malam itu, kami stay dalam kereta. Aku dan Apin setting kerusi kasi rendah. Sambil lepak dalam kereta kami berborak isi kebosanan malam. Dalam kegelapan malam sambil ditemani bunyi cengkerik kami berborak pasal awek.

Apin memulakan penceritaan. Dia bercerita pasal pengalaman dia bersama awek. Kisah-kisah manis dia bersama awek dia kongsi dengan aku. Lepas Apin aku kongsi pula cerita aku. Kami berborak panjang dalam gelap. Kami mengakhiri sesi borak dengan ucapan good night.

Sambil pejam mata untuk tidur, aku fikir semula cerita kami pasal awek tadi.

"gay juga kami ini, kongsi-kongsi perasaan".



Glosari:

Jalan Balak : Jalan offroad yang dibuat oleh syarikat balak untuk lori balak bawak balak.
Jalan Angker : Term aku guna untuk menunjukkan jalan yang bahaya.

Thursday, January 10

Buah Esotik


 Buah bambangan(panggilan orang Sabah) / Buah Alim (Panggilan orang Kenyah).


foto ihsan dari google sebab aku malas nak tranfer dari telefon

Sekarang rakan serumah dengan aku adalah dua orang putih dari Malaysia. Pertama, Azam seorang opsyen Bahasa Inggeris dan Apin pula sedang mengambil Master Bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka orang yang mengamalkan Bahasa Inggeris, jadi mereka selalu berkomunikasi menggunakan bahasa itu ketika di sekolah mahupun di rumah.

Petang semalam, sedang aku duduk depan TV layan cerita Melayu, aku terdengar perborakkan mereka dari arah dapur. Mereka guna bahasa Inggeris dan sedang bersembang pasal perempuan pilihan hati masing. Walau aku lemah bahasa Inggeris aku cuba memahami penceritaan mereka sedaya upaya. Fokus aku terhadap cerita melayu mula hilang.

Sedang mereka rancak berborak pasal perempuan aku jalan masuk dapur. Aku nampak Apin sedang mengupas buah bambangan. Buah ini merupakan buah esotik dan tiada di semenanjung Malaysia. Pada musim buah di Long Tungan, buah ini berlambak sehingga terbiar busuk saja di bawah pokok.

Apin mula potong buah bambangan ini ke hirisan-hirisan kecil. Sambil mereka masih rancak berborak pasal perempuan dalam bahasa Inggeris aku pun mengambil sepotong buah bambangan.

Aku masuk mulut buah bambangan tadi, kunyah perlahan-lahan.

"Wah...its fucking delicious"

Azam dan Apin terkejut, aku mula berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Wednesday, January 2

Miri ke Long Tungan


Masa cuti raya tahun lepas aku beli motor. Jadi sejak-sejak dah ada motor, bila cuti panjang aku balik sekolah naik motor. Perjalanan dari Bandar Miri untuk ke SK Long Tungan mengambil masa selama 8 jam. Perjalanan merupakan 10% on road dan 90% off road. Setakat ini aku balik sekolah seorang-seorang sebab aku masih belum berjaya meracun cikgu-cikgu sekolah yang lain untuk beli motor.

Sebab aku buat kerja gila seorang cikgu satu sekolah tanya aku.

"Apehal ko buat kerja gile, balik sekolah naik motor..Jauh gile tu.. Cer citer", tanya cikgu Azam

Aku terdiam seketika.

Tanpa senyum dan dengan pandang mata Cikgu Azam tepat-tepat, aku menjawab dengan nada yang bersemangat.

"Demi mendidik anak bangsa tercinta",

"Fuck", balas Azam.


Hehe.. Aku senyum sorang-sorang lalu jalan masuk perpustakaan.