Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, February 5

Sains Kehidupan



Masa dekat hujung-hujung waktu balik tadi, aku ada kelas dengan tahun 5 selama 3 masa. Aku ajar Sains tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Tajuk ini tentang cara-cara tumbuhan mencampakkan benihnya merata-rata supaya ia tidak pupus.

 Pada 30 minit pertama aku ajar teori-teori mengenai cara-cara biji benih dipencarkan. Sambil duduk depan budak-budak aku cerita pasal cara biji benih tumbuhan dipencarkan. Cara-caranya adalah dari air, angin, haiwan dan meletupkan diri. Satu-satu aku kupas dalam-dalam. Budak-budak tampak faham.

Selesai reka cerita kat budak-budak, perut aku berbunyi tanda lapar. Fokus mengajar aku mula hilang apabila perut lapar. Sambil-sambil perut berbunyi aku fikir tentang masalah lapar aku. Jadi aku ambil keputusan untuk makan. Aku pun ajak budak-budak balik rumah. Aku cakap kat diorang.

"Kamu semua lepas ini pergi rumah saya, saya mahu ajar kamu tentang ilmu sains kehidupan".

Budak-budak angguk tanda faham. 

 Sampai di rumah aku suruh budak-budak kupas cempedak lalu buat cempedak goreng. Mereka berebut-berebut mahu buat kerja memasak. Aku yakin dengan budak-budak, jadi aku hanya perhati dari jauh sambil layan air tin teh bunga.

Selesai memasak kami pun makan sama-sama. Sambil-sambil makan aku pun tanya budak-budak.

"Jadi bagaimanakah cara buah cempedak dipencarkan?"

Sambil mulut masih ada cempedak di dalam, budak-budak jawab serentak.

"oleh haiwan cikgu"

"Oyeah" jawab aku ringkas. Tanda gembira pelajar faham Sains kehidupan aku.

Saturday, January 26

Bahasa

Dah setahun aku berada di Long Tungan. Jadi aku sudah tahu sikit-sikit Bahasa Kenyah. Kaum Kenyah terbahagi kepada beberapa sub kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai Bahasa yang berbeza. Kaum Kenyah di Long Tungan adalah dari golongan Jamuk. Jadi hari ini aku nak ajar korang sedikit Bahasa Kenyah yang diguna pakai disini.

Aku ajar korang Bahasa Kenyah versi ringan. Korang boleh aplikasikan dalam sms seharian.

Bahasa Kenyah = Bahasa Melayu

Laki : yu iko' ti = apa kamu buat

Leto : ntah ti yu  = tiada buat apa

Laki : ake' kelok tuyang ngan iko'... iko' gap alek = saya mahu berkawan dengan kamu. Kamu sangat cantik.

Leto : ntah sokat = tidak boleh!

Laki : Obeniyu? = kenapa?

Leto : Akek lepa on kadep = Saya sudah ada kekasih

Laki : damm = damm




Glosari:
Laki : Lelaki dalam Bahasa Kenyah
Leto: Perempuan dalam Bahasa Kenyah

Thursday, November 29

Message Pedas

Remaja-remaja macam aku memang bangun lewat. Sedang aku masih tidur tengahari tadi tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, tanda message masuk. Dalam keadaan mata buka sebelah sahaja aku baca message dari nombor yang tak dikenali. 

"Kita boleh kenal 25 pemain Manchester United, tetapi kita belum tentu kenal 25 nabi yang wajib dikenali"

Mata aku terus terbeliak lalu bangkit dari tilam. Sambil duduk dan tangan masih memegang telefon aku berfikir.

"pedas juga message ini untuk aku telan"

Wednesday, November 7

Sudoku


Hari ini aku banyak habiskan masa terluang main sudoku. Sejak-sejak beli buku sudoku dekat kedai buku, aku mula ralit dengan sudoku. Mengikut "Wikipedia Haluan Kiri", sudoku mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa di zaman pemerintahan Yap Ah Loi di Kuala Lumpur.

Mengikut cerita orang dulu-dulu, Yap Ah Loi lebih banyak menghabiskan masa dengan sudoku berbanding melepak di mamak pekena teh dan sembang kosong. 

Saturday, November 3

Lelaki Kenyah dan sumpit

                                                              foto ihsan dari Google.
                                
Adakah anda orang semenanjung Malaysia? Apakah persepsi anda cara Orang Ulu di Sarawak berburu binatang?

* * *

 Ya, menggunakan sumpit bukan.

Apabila aku ditempatkan di pendalaman Sarawak, pelbagai persepsi timbul di fikiran. Aku membayangkan mereka ini masih tinggal di dalam hutan dan berburu dengan cara menggunakan sumpit. Aku cadan nak belajar juga cara menyumpit. Nanti balik semenanjung boleh jugak menyumpit dari jauh kat mamat-mamat yang suka mencuri selipar kat masjid.

Tetapi hakikatnya semua sangkalan aku itu melesit belaka. Malaysia maju lah.

Kaum kenyah di Long Tungan atau di kebanyakkan tempat lain hanya menggunakan sumpit dalam aktiviti kebudayaan sahaja. Kebiasaannya sumpit pada 2012 ini digunakan dalam pertandingan sukan. Cara permainannya tidak jauh berbeza dengan sukan memanah atau air rifle di sukan Olimpik.