Banjir menyebabkan suhu sekeliling menjadi sejuk, maka otak juga sejuk. Dalam keadaan otak sejuk aku berusaha menggerakkan otak untuk berfikir. Sejak dua menjak ini, aku lebih ke arah makanan.Hari itu pizza tetapi pizza dah hilang mood tukar kepada makanan lain.
"alang-alang balik semenanjung lewat, baik pekena seefood sedas dua".
* * *
Jadi selepas urusan aku dengan banjir selesai, aku bye-bye tiga kali kat sekolah dan turun Miri. Aku turun Miri dari sekolah naik kereta Apin. Dalam kereta pacuan empat roda ada 3 orang lagi iaitu Fadrick, David dan Bale. Kami turun Miri dengan gembira meninggalkan sekolah. Apin memecut laju kenderaan pancuan empat rodanya. Perjalanan dari sekolah ke Miri iaitu bandar terdekat mengambil masa 8 jam.
Sesampainya di Miri, aku terus pergi airport. Aku beli tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu. Orang-orang cakap situ ada syurga seefood.
"yeah. Pekena seefood dulu!"
Sorry aku tidak boleh sambung tulis, tengah sibuk korek isi ketam ngan bukak kulit udang ni. Love n bye.
Monday, November 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 x 5 = ??:
Gilossssss. 8 jam ke bandar terdekat, dan terpaksa naik fligh untuk makan ? Tak dapat terima akalllll.
8 jam?perh..kalau lapar terus kenyang
8 jam? cam johor nak g perlis... waaaa
sesungguhnya Sarawakk mmg besarr . pheww~
Pergghhh 8 jam..?? seriously..?? Memang Xhengat..!! makanan tu nampak sedap..^^
8 jam.mcm kl ke kelantan la. mmg lama giler tu.
Post a Comment