Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts
Tuesday, December 4
Life Of Pi
Semalam memang aku teringin nak tengok wayang. Jadi pukul 8 malam aku pandu kereta menuju Sunway Piramid dengan abang. Kereta aku memacu perlahan menuju Sunway Piramid. Sambil pandu takut juga kalau-kalau kena jerangkap samar AES.
Sampai-sampai aku terus tuju tingkat paling atas cari tiket wayang. Aku beli tiket wayang paling lewat malam dan 3D. Filem aku pilih "Life Of Pi". Lepas itu aku pilih seat tengah-tengah.
" RM 40 encik", kata juru kaunter.
"bapak mahal tiket 3D sekarang, tahun lepas aku tengok baru RM 15", ujar aku dalam hati sambil muka relak keluarkan not RM 50 untuk bayar.
Sebelum beredar dia bagi aku spek mata masih dalam plastik. Rupa-rupanya sekarang diorang bagi spekmata sekali terus boleh bawak balik. Kira harga spek dimasukkan sekali dalam tiket. Ini mesti kes spek mata yang diorang bagi pinjam dulu asyik hilang kena rembat dengan rakyat Malaysia.
"kampung juga aku baru tahu", hehe, ujar aku
Pukul 11.50 malam aku masuk wayang, Keadaan wayang agak padat dipenuhi penonton-penonton lain. Top juga filem ini ramai peminat. Jadi malam itu aku tengoklah wayang cerita "Life Of Pi". Cerita berlansung dalam 2 jam.
Selepas wayang habis, aku keluar ikut pintu depan. Lepas keluar aku nak masuk wayang semula, nak tengok cerita tadi sekali lagi. Bapak best!
Labels:
filem
Wednesday, January 12
Sweet Abes!

Tajuk : Fan Chan (My Girl)
Bahasa : Thai
Asal: Thailand
Tahun keluar: 2003
Sejak aku belaja statistik, aku taw buat kira-kira sikit. Ini hasil perkiraan aku:
Rating: 5/5
Kebarangkalian nak tengok 2kali : 100%
Aku boleh cakap filem ni sweet habis dan semestinya lagi sedap dari McDonald.
Labels:
filem
Tuesday, January 4
Mentaliti kelas bawah
Filem yang kotak pejabat!
Tajuk : MENTALITI KELAS BAWAH
Pelakon utama: Melayu-melayu dan Karam Singh Walia
Pelakon tambahan : Pekerja mamak dari India.
Sesuai ditonton oleh golongan : fikiran waras,tak mabuk,tak suka mencarut,tiada perkauman,tahu buat matematik,lulus dalam sejarah dan ingat tuhan.
Selamat menonton...
Tajuk : MENTALITI KELAS BAWAH
Pelakon utama: Melayu-melayu dan Karam Singh Walia
Pelakon tambahan : Pekerja mamak dari India.
Sesuai ditonton oleh golongan : fikiran waras,tak mabuk,tak suka mencarut,tiada perkauman,tahu buat matematik,lulus dalam sejarah dan ingat tuhan.
Selamat menonton...
Labels:
filem
Subscribe to:
Posts (Atom)
