Monday, December 17

Deto dan rock

"aku nak tinggalkan dunia rock"................ 

Kata Deto kepada aku semasa sedang lepak semeja di mamak.

Aku terkejut dengan kata-kata Deto. Aku terdiam dan tak lalu minum teh. Kata-kata itu ibarat ayat terakhir sebelum dia menemui penciptanya. Deto yang aku kenal sejak dari bangku sekolah rendah memang hidup dan membesar dengan rock. Dia dan rock tidak boleh dipisahkan. "Takkan dia kacang lupakan kulit", ujar aku dalam hati.

Setelah tamat sekolah menengah kerajaan, Deto dan rock semakin sebati. Dia mula mengenakan rambut panjang sampai atas punggung dan seluar jeans ketat. Setiap hari telinganya dialun dengan muzik-muzik rock keras berasal dari dalam negara mahupun luar negara. Tidak silap rock Thailand pun menjadi pilihan kadang-kala.

Sumber pendapatannya juga dari rock. Dia bermain gitar secara basking di uptown-uptown sekitar kota dan lorong-lorong dipenuhi anak muda. Walau pendapatannya tidak seberapa tapi dia puas kerana dapat melayani rock. Itulah rock dalam jiwa Deto.

* * *

"ini tidak boleh jadi", kata aku dalam hati tanda tidak puas hati.

Setelah tenang dan tangan masih memegang teh, aku mengajukan soalan kepada Deto untuk merungkai persoalan aku.

"Deto, giler apa kau nak tinggalkan rock yang kau dah pegang selama 24 tahun ini?".

* * *

Masa berlalu seketika. Deto memandang mata aku tajam-tajam. Tanpa senyum dia menjawab,

"aku sekarang tengah syok dengan awek parti Pas la".

"Hahahahaha", aku tergelak terbahak-bahak seorang diri di mamak.

15 x 5 = ??:

iAmCekbolat said...

berubah demi kebaikan ! baguslahhh .

jahat la cikguu ni gelakkan deto .

Payeh Kuced said...

dea serius nak berubah ke? hee.. kalau mcm tu , good.. tapi ak tgh imagine ni image dea bila dah berubah.. hahahaha.. mesti lucu..

err, susah nak imagine sbb tak penah tgok muka dia acano..

fifie said...

Walaweiiii lepas nie putus cinta Deto beralih arah lagi. haha

mocha caramel said...

laaaaaa.... hi hi hi

Y said...

Sanggup. Kakakakaa!

Liyaa Mf said...

Pasni mesti Deto dengar lagu2 nasyid je. Kan kan kan? :P

Unknown said...

err ? hidup rock ;)

Unknown said...

berubah kerana seoarang perempuan atau kesedaran ? >_<

misz aisya said...

kemain deto tu dgn dunia rock.

ilek lah, kalau rock tp still jage diri, xde hal lah. jgn kapak sgt smpai buat org nyampah sudah lah.. :)

Ri said...

tunggu es bandung. dr td order tak smpi smpi :p hehe

hnahdy said...

patutla...hehe

محمد رازيق said...

wah. deto bertukar citarasa. hehe

Pwincess said...

Dah berubah arahhhh ke? Hahaha.

Anis Samik said...

oh deto... ! tahniah sbb brubah! :)

Unknown said...

nah!! igt sebab apa nk tinggal..=D