Friday, January 24

Melancong ke Brunei

 
Sebelum cuti sekolah 2012, aku memang dah tekad dalam hati untuk sekurang-kurangnya melawat 2 negara sepanjang sebulan kerajaan bagi cuti. Negara Brunei tak termasuk dalam senarai destinasi untuk dilawat.

Aku  termelawat Brunei sebab melalui negara ini semasa perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu Dari  Sarawak ke Sabah melalui jalan darat akan melalui Brunei. Secara kasar perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu mengambil masa 8 jam dengan melalui banyak imegresen dan feri untuk merentasi sungai.

Semasa otw perjalanan pulang kami berlima singgah sebentar di Bandar Seri Begawan. Bagi aku Brunei bukanlah destenasi yang menarik sangat untuk dilawati. Tetapi tak salah untuk kita pergi. Atleast boleh cakap dah sampai Brunei. :)

Berikut merupakan tempat yang aku lawat:

1- Muzium Sultan Brunei
- Kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali Sultan Brunei. Semua terdapat di Muzium ini. Yang penting muzium ni free.

2- Kampung Air
- Ini tempat yang aku rasa menarik di Brunei. Kami naik Bot mengelilingi Kampung yang dibina di atas air. Kampung ini lengkap dengan sekolah, stesen minyak, balai polis dan bermacam-macam lagi. Kami berlima bayar 10 Brunei Dollar. Nak murah cari pemandu bot-bot kat jeti yang bukan official.

3- Masjid Omar 'Ali Saifuddien
- Bolehlah korang menunaikan solat. Sambil-sambil doakan aku kaya.

4- Istana
- Bergambar di depan pagar sahaja. Tak boleh masuk dalam.

So kalau korang nak pergi Brunei, bagi aku tak yah pergi lama. Pergi 3 hari dah cukup, sebab Brunei ni kecik, sekejap je dah abes pusing. Selamat ke Brunei.


7 x 5 = ??:

ma ❥ said...

nak gi ig la... mesti ada lebih lagi gambar hehe

mizahhazel said...

Acece berjalan sakan,jeles :(

misz aisya said...

tau la gaji basic tggi, campur elaun p3 lgi..boleh r jenjalan jauh2. hahahha. xtrlintas nak melawat brunei. ak nak ke india. tlg support please!

ewanthology said...

10 brunei dollar tu bersamaan RM20 la ye

husna zahidi said...

untung la dapat jenjalan di brunei.. :)

iAmCekbolat said...

pergi weh main kat taman tema tuu . ape name tah . free kan masuk situ . huhu

Anonymous said...

best juga lihat brunei...ada ternampak page melancong brunei di FB: Jom Melancong Brunei