Thursday, December 13
Sunday, December 9
Malaysia vs Thailand
Malam ini Malaysia akan berentap dengan Thailand untuk penentuan separuh akhir. Selalu kalau match-match penting macam ini memang aku message Wan Jack untuk bagi kata sokongan dan semangat. Tapi untuk match malam ini, Wan Jack mungkin tidak diturunkan ura-ura katanya dia sakit kaki.
Jadi dari Wan Jack, aku beralih ke S. Kunanlan. Petang tadi dengan guna henfon bukan touch screen aku message S. Kunanlan untuk bagi kata-kata semangat.
"Kalei vanakkam Kunanlan... nan unnei khadalikiren thangechi nan kaliparaikke", aku taip.
Selepas setengah jam, telefon aku berdering tanda message masuk. Aku tekan button handphone buka message.
" f##k... what do you said. I dont understand", Kunanlan reply.
"btw...who are you?", selang beberapa minit message kedua sampai dari Kunanlan.
Hehehe, aku senyum sikit sorang-sorang.
Rujukan lalu:
Post berkaitan
Labels:
bola sepak
Saturday, December 8
Rukun Tetangga 2
Pagi tadi, awal-awal selepas Subuh mak aku kejut bangun tidur. Mak aku kejut guna gaya kasar setelah berkali-kali gagal dengan cara halus. Jeritan kuat sedas ditambah dengan tangan.
"Faiq, bangun... rumah depan ada buat kenduri, pergi rewang sekarang".
Rupa-rupanya Ketua Taman aku semalam cabut rumput yang buat kenduri. Tak hairanlah mengapa tiba-tiba semalam dia cabut rumput selalunya petang-petang basuh kereta. Tanpa mandi tapi gosok gigi aku terus pergi ke rumah Ketua Taman.
" Assalamualaikum pakcik. apa yang boleh saya bantu", tanya aku yakin.
Terkejut Ketua Taman tengok aku datang rumah awal pagi. Jarang-jarang remaja sebaya macam aku bangun awal. Aku hanya senyum tipis simpan perasaan bangga dalam-dalam. Hehehe.
Glosari :
Rewang : Dari bahasa Jawa yang bermaksud tolong-menolong dalam persiapan untuk majlis kenduri

rukun tetangga,
Rumah
Friday, December 7
Rukun Tetangga
Aku keluar rumah untuk sidai pakaian. "Payah betul tidak ada adik beradik perempuan, kerja sidai pakaian pun lelaki kena buat", rungut dalam hati selepas mak aku suruh.
Aku bawa satu baldi kecil dan satu raga pergi sidai pakaian luar rumah. Sambil sidai aku nampak Ketua Taman yang rumah berhadapan dengan rumah aku sedang sibuk cabut rumput. Jadi selepas aku habis sidai pakaian aku tegur Ketua Taman yang umur dipertengahan usia itu.
"Pakcik, tengah cabut rumput ke??", jerit aku dari rumah aku ke rumah Ketua Taman.
"Eh taklah, saya tengah basuh kereta ini,", balas ketua Taman Lembut

Wednesday, December 5
Amanah Saham Bumiputera
Masa aku pergi Maybank untuk keluarkan duit ada seorang pekerja bank tegur aku. Jarang-jarang orang bank nak tegur orang berpakaian biasa-biasa macam aku. "Mungkin hari ini aku nampak segak sikit", ujar aku dalam hati. Abang bank tadi bagi aku satu kertas A4. Dalam itu tertulis mengenai jumlah-jumlah bayaran pinjaman ASB. Dia ajak aku masuk pinjaman ASB.
Aku teliti jumlah-jumlah duit buat aku tertarik. Untuk menambahkan rasa keinginan aku brader bank tadi mula membuat pengiraan untuk menunjukkan kadar keuntungan yang kita akan dapat apabila melabur ASB. Brader tadi pun memulakan pengiraan menggunakan pen dan tangan. "Hebat matematik mamat ni", ujar aku dalam hati sebab dia kira tidak guna kalkulator.
Lepas-lepas kira dia tunjuk kat aku. Cecah ratus ribu pun boleh pergi melalui pinjaman ini. Mata aku mula gelap dan hati semakin tertarik. Tapi aku tetap tenang simpan perasaan dalam-dalam kat hati.
"Macam inilah bro, saya bawa borang ini balik, nanti saya fikir dekat rumah", kata aku kepada pekerja bank tadi.
"Ini kad saya, nanti contact abang untuk urusan pinjaman ini", balas pekerja bank, nada semangat dapat seorang pelanggan baru.
Aku pun keluar dari bank dan turunkan engkol motor. Aku start motor dan pandu motor perlahan tuju rumah. Sampai-sampai rumah aku tinggal borang kat meja dan jalan masuk bilik. Aku buka internet layan facebook.
"Barulah remaja layan Facebook, ini nak pikir pasal duit", hehe

remaja
Tuesday, December 4
Life Of Pi
Semalam memang aku teringin nak tengok wayang. Jadi pukul 8 malam aku pandu kereta menuju Sunway Piramid dengan abang. Kereta aku memacu perlahan menuju Sunway Piramid. Sambil pandu takut juga kalau-kalau kena jerangkap samar AES.
Sampai-sampai aku terus tuju tingkat paling atas cari tiket wayang. Aku beli tiket wayang paling lewat malam dan 3D. Filem aku pilih "Life Of Pi". Lepas itu aku pilih seat tengah-tengah.
" RM 40 encik", kata juru kaunter.
"bapak mahal tiket 3D sekarang, tahun lepas aku tengok baru RM 15", ujar aku dalam hati sambil muka relak keluarkan not RM 50 untuk bayar.
Sebelum beredar dia bagi aku spek mata masih dalam plastik. Rupa-rupanya sekarang diorang bagi spekmata sekali terus boleh bawak balik. Kira harga spek dimasukkan sekali dalam tiket. Ini mesti kes spek mata yang diorang bagi pinjam dulu asyik hilang kena rembat dengan rakyat Malaysia.
"kampung juga aku baru tahu", hehe, ujar aku
Pukul 11.50 malam aku masuk wayang, Keadaan wayang agak padat dipenuhi penonton-penonton lain. Top juga filem ini ramai peminat. Jadi malam itu aku tengoklah wayang cerita "Life Of Pi". Cerita berlansung dalam 2 jam.
Selepas wayang habis, aku keluar ikut pintu depan. Lepas keluar aku nak masuk wayang semula, nak tengok cerita tadi sekali lagi. Bapak best!
Labels:
filem
Saturday, December 1
Gay
Malam ini malam penentuan bagi budak-budak Rajagopal. Untuk tanda sokongan aku kepada pasukan Malaysia, tadi aku message Wan Zack Haikal.
" Malam ini main baik-baik sayang. Hati-hati taw, jangan sampai tercedera"
Message aku ringkas.
Labels:
bola sepak
Subscribe to:
Posts (Atom)