Monday, April 22

Nafsu nasi lemak

Pada suatu petang di mana awan mendung gelap-gelap sikit dan angin bertiup separa kencang,aku duduk depan tangga rumah. Aku duduk sambil termenung jauh pasal makanan. Aku membayangi nasi lemak sambal sotong.

"Lama betul tak pekena nasi lemak sambal sotong ni", kata aku dalam hati seorang-seorang.

Sedang aku syok membayangi nasi lemak, seorang kawan datang dari mana entah tiba-tiba menepuk bahu aku dari belakang. Lantas bayang-bayang nafsu nasi lemak tadi terus hilang.

"Potong betul la kau ni, rosak bayang nafsu aku", maki aku kepada kawan.

Kawan tadi terus duduk sebelah aku, lalu meletakkan tangannya memeluk bahu aku. Dengan penuh perasaan, kawan tadi meluahkan rasa ambil berat dia kepada aku. Dia bertanya,

"bro, kau kenapa lama tidak tulis blog. Kau ada masalah apa-apa kah. Sharelah segalanya, aku sudi mendengarnya?", pertayaan kawan aku serius diselit dengan penuh perasaan.

Lantas selepas pertayaan, aku toleh muka pandang tepat kawan aku. Dengan tangan masih erat di bahu kawan aku pandang mata dia tepat-tepat. Ketika itu suasana sungguh sunyi, hanya diseliti bunyi angin bertiup separa kencang. Dengan penuh hati aku meluahkan perasaan aku,

" bro, kau ni gay ke apa. Pegang-pegang sambil nak kongsi-kongsi perasaan ini?", maki aku straight.


9 x 5 = ??:

Cikgu Ma said...

amboi..bayang nasi lemak macam bayang bini depan mata..hehe

mai gambaq nak lukis...:P

Razf said...

alhamdulillah dah update

Shazwani Ramly said...

hahahaha. kelakar.
at last update jugakk. lama menanti ckgu faiq.

karenontheshore said...

alahhh...pegang bahu je..hahaha.

misz aisya said...

aku baca pon geli jugakkkkk. kalau lah BF or laki aku pegang2 cenggitu, mau aku tampaq muaka dia. huh! :P

Unknown said...

haha..apa la kau ni..penuh perasaan dya bertnya..spoil!! =D

bukankosong said...

kah kah, ingat ada adegan kiss td

hoho

inche hlovate said...

haha okay la tu..kawan take care

Ain Norainsyah said...

Haha...aku ingat citer apa yang ko nak share...huu..tetiba teringat kat nasik lemak jugak.