Thursday, April 25

Kisah sepetang Manggo shake

Pada cuti bulan 3 lepas. Aku banyak menghabiskan masa di rumah nenek. Jarak rumah nenek dengan rumah aku adalah 3 kali ulangan lagu Shae nyanyian bobo.

Suatu petang Jumaat, aku melepak di rumah nenek. Aku duduk pada bahagian beranda rumah. Angin ketika itu meniup sedap-sedap untuk tidur. Aku duduk di beranda sambil ditemani secawan kopi dengan beberapa biji karipap buatan tangan nenek sendiri.

"indahnya hidup ini, bagai aku yang punya", ujar aku dalam hati ketika sedap mengigit karipap yang ke 5.

Sedang aku melayan karipap sorang-sorang, nenek aku datang dari arah belakang untuk duduk menemani aku. Nenek aku yang lebih pertengahan umur itu membawa secawan Manggo Shake gelas besar bersama. Aku melayan kopi dan karipap manakala nenek aku dengan Manggo Shakenya.

Selepas hirupan ke tiga Manggo Shake, nenek aku membuka satu cerita. Dia ingin menurunkan cerita dari temurun ke temurun kepada aku. Dia telah menyimpan cerita ini dalam satu jangka masa yang lama. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk diperturunkan kepada aku. Mungkin kini giliran aku telah tiba. Inilah masa aku untuk menyimpan  cerita keluarga aku ini untuk generasi akan datang.

Sebelum memulakan bicara, nenek aku pandang muka aku dengan tepat. Dengan Manggo Shake masih di tangan dia memulakan bicara.

"Sebenarnya orang pertama yang mencipta Iron Man adalah orang Malaysia. Bukan Industri Stark macam dalam filem tu. Orang yang menciptanya adalah moyang kepada moyang kamu"

Aku terkejut tanpa berkata apa-apa. Lalu nenek aku menghulurkan sekeping gamba moyang aku dulu-dulu.

"Sejak itu aku percaya, moyang aku adalah Iron Man"




10 x 5 = ??:

ewanthology said...

pandai nenek hang kelepet hang :-)

Shazwani Ramly said...

hakhak memang pandai nenek ckgu bercerita kisah turun temurun. hebak hebak. ironman pulak tu. kehkeh

Razf said...

MOYANG pakai kasut Adidas ke ape tu

Ain Norainsyah said...

Haha...ko mgkn jadi ironman seterusnya weh...:p

mocha caramel said...

hahaha cam nak lempang je ko faiq, aku bca dengan serius kot...

Unknown said...

ahaha..bertuah laa..

Chipsmore said...

Hahaha.. ko patut berbangga faiq, ko generasi iron man yg sebenar! haha

inche hlovate said...

wow!! hebat gila nak sign boleh? lepas ni boleh la aku plak nak cite kat anak cucu aku nanti hahaha

iAmCekbolat said...

hahaha . dekat dada tu jantung apa ?

SI MILLY'S said...

Haha nenek nenek. Sama kelakarnya.