Wednesday, January 9
Kebersihan
Semalam lepas rehat aku masuk kelas darjah enam. Aku masuk kelas mereka untuk ajar Sains. Sebelum aku memulakan pelajaran aku suruh budak-budak letak tangan atas meja. Bagi aku ilmu Sains merangkumi ilmu kehidupan, maka kebersihan juga termasuk dalam Sains.
Jadi sebelum mula pelajaran aku check kuku mereka. Aku jalan satu meja ke satu meja. Sambil jalan aku bawa pemadam papan hitam sekali. Pelajar pertama, aku lihat kuku dia ada kotor sikit-sikit walau tak panjang, aku pukul juga.
"Apa ini sudah tahun 6 pun kuku panjang", alasan aku lepas pukul.
Pelajar kedua hingga ke empat semua kena pukul dengan aku sebab kuku panjang atau kotor. Lepas-lepas selesai aku pun memberi nasihat kepada mereka agar menjaga kebersihan. Murid nampak faham pesanan aku.
Jadi lepas selesai, aku pun berjalan duduk di meja guru. Sambil duduk aku hulur tangan bawah meja. Aku check kuku sendiri.
"Panjang juga aku punya ni", ujar aku dalam hati.
Lepas tengok kuku sendiri, aku senyum.
Labels:
budak-budak,
Budaya,
sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 x 5 = ??:
eleh...kuku kaki x tau lagi tuu.
tu kalau student tau tu,mau pulang paku buah keras.hehe
hehe nasib ank murid u tak suruh cikgu plk letak tgn atas meja.. kalau tak nayaaa kene ketuk. kalau cikgu kene X2 bilangan ank murid yang kene ketuk. 4x2 haha
hahaha. ckgu pun sama je. make sure ckgu pn jaga kebersihan jugak ye :D hewhew.
hadoooooi cikgu.
nasib la xde ank mrd tanya
nk tgk kuku cikgu....
cikgu macam ni laaa yang perangai macam ni dulu dulu denda aku
sila pukul diri sndiri sbb kuku kau pon pnjg gak! sengal lah kau ni..
weyh, xnmpk kg sgt pon kau punye skolah. bangunan skolah ko lbih kurang mcm klinik kat pulau perhentian kecil, ganu. damai je nengok.
kerenotheshore: kuku kaki mst kilat.hehe
Alfi: hehe..students mne bole lwn ckp cikgu
iima: hehehe...mne bole ank murid chechk kuku cikgu..mereka taw kuku cikgunye mst pendek..
shazwani: hehe..pembersih la aku ni..dun worry
Lyaa: hehe...ank murid mne ley check cikgu
last puppet: hehe...mst ko rindu nk ad cikgu perangai cm aku kn..
lah: tmpt aku ni da kire pling dlm la..skrg setiap skola mmg mcm ni la..sumer skola ad bangku n kerusi..
aku slalu check kuku aku dulu, klu dijamin bersih baru aku berani wt spotchck kat kls, klu x, aku ckp je esok ckgu nk chck kuku kamu smua.he.he.he.
hampagas sungguh la wey!!! haha.
CIS!! tak guna nye cikguu HAHAHAHAHAHAH
kalau sekolah menengah lain pulak . kuku warna warni -_-'
mehh nak pukul kuku kaki hang sekali bulu kaki . grrr
tudiaa..kes naya nih..=D
kalau diorang tau, mmg naye la cikgunya..hehe
Post a Comment