Monday, January 21
Gigi dan biskut
Hari Sabtu lepas ada pelawat dari jauh datang ke Kampung Long Tungan. Mereka datang secara beramai-ramai. Ada geng-geng doktor, geng-geng perpustakaan dan geng-geng pencinta sungai. Mereka menjalankan beberapa aktiviti amal di kampung dan disekolah. Salah satu aktiviti a,al yang dilakukan adalah klinik gigi percuma.
Tahun ini aku warden asrama. Jadi guru besar suruh aku bawa budak-budak pergi baik-pulih gigi mereka. Aku bawa semua pelajar asrama pergi jumkpa doktor gigi. Doktor-doktor gigi nampak seronok apabila budak-budak sekolah yang comel datang. Lepas hantar budak sekolah aku duduk di klinik sambil menikmati biskut dan air kotak doktor gigi punya.
Sambil layan air kotak dan biskut doktor punya, aku perhati kerja-kerja doktor gigi. Dengan lembut doktor gigi layan budak-budak sekolah. Standard zaman budak-budak, banyak gigi budak-budak asrama ini yang rosak. Jadi ada budak-budak yang kena tampal dan yang cabut gigi.
Sedang aku layan air kotak yang kedua, ada seorang pelajar aku menangis kuat kerana takut kena injection untuk cabut gigi. Dari jauh, aku perhati doktor berusaha memujuk budak tersebut. Pelbagai cara doktor lakukan, termasuklah rasuah dengan air kotak dan epal. Rasuah doktor tidak berjaya.
Doktor gigi habis idea pujuk budak, jadi dia panggil aku untuk menyelesaikan masalah mereka. Aku tinggalkan air kotak dan jalan menuju kearah budak tersebut. Dengan lembut aku usap rambut budak tadi dan berkata,
" sesungguhnya pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa..Jadi bersabarlah menghadapi pengalaman ini".
Lepas aku bagi nasihat, budak tadi menangis tambah kuat.
"Hehehe", aku senyum kepada doktor.
Labels:
budak-budak,
marah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 x 5 = ??:
nasihat tu langsung xmemberi kesan.. hahaha
Haha langsung x boleh pakai.!
hahaha,tak de kesan.cikgu kena pakai psikologi ni.haha
pedagogi weyyy..
itu bukan memujuk lah cikgu. alahai. mcm ckp dgn student u pulak ckguu.
cikgu sekola ke lecture kat U ni? hehe
Hahaha! Budak tu nanges lagi kuat tu kompom sebab dea tak paham pun apa benda yg cekgu dea mencarut. Hakhakhak!
Arghhh cikgu tak ada sifat memujuk kanak kanak. Hahha. Patut kau cakap, sabarlah dik jangan nangis alahh tak sakit pun macam kena gigit dengan lintah je. Haaaa
bila jadi cikgu, bab2 psikologi pon kita kena pakar jugak kan?
hahahaha!!giler sengal punye nasihat..kalau nia jd budak tu..dah ckp.."baek xpyh.."haha
alamak, nasihat tak menjadi nampaknya.. huhu
Faiq, mcm mana nak pakai layout blog yang lama?
tipu...tipu...tak caya...hehehe
**cuti 4 hari esok...turun Kl...jom!! la~la~la~
hahahahahha
"sesungguhnya rasuah itu musuh negara"
kekekekekekkeke
adehaiii . gagal mngawal emosi . acaneee cikgu niii
ko mmg sadist kan? :p
haha!
nmpak sgt nasihat tu x dpt di serap oleh budak tuh..=D
cis, nsihatkah itu?
sesuai sangat nasihat tu. hahahha
sesuai sangat nasihat tu. hahahha
hahaha...nasihat dah betol da..tak kena ngn tahap umur jer.hehe..
supreme t shirt
nike max
yeezy shoes
louboutin shoes uk
Kanye West shoes
moncler
off white
christian louboutin outlet
nike air max
supreme clothing
Post a Comment