Wednesday, January 30

FAQ - 1

Ada orang tanya aku.

"Cikgu... Kenapa sikit-sikit tulis damm. Ape-ape pun damm. Kan cikgu tak boleh mencarut" 

Aku tenang, lalu senyum sambil jawab,


"Barulah international!".

Tuesday, January 29

Adakah anda menggunakan elektrik secara berkhemah?

Gambar hasil catuan elektrik tahun lepas

Di Kuala Lumpur hari itu geng-geng rumah pangsa kecoh kat kerajaan sebab kena catuan air. Tempat aku tak ada sejarah lagi kes-kes catuan air. Tempat aku straight pakai sumber air terjun dari bukit belakang rumah.  Syarikat swasta pun macam tak oleh cari makan kalau bukak syarikat air kat tempat aku.

Masalah yang selalu-selalu berlaku kat sekolah pendalaman yang ceruk-ceruk macam sekolah aku adalah catuan elektrik.Minggu ini sekolah aku kena catu elektrik lagi sebab kekurangan minyak diesel. Tukang jaga enjin sekolah buat catuan 5 jam sahaja untuk merasai elektrik sehari.

Aku kalau tiada elektrik memang lemah sikit. Aku tak kisah sangat sebab tak boleh masak nasi pakai rice cooker. Aku juga tak berapa kisah sangat tidur petang-petang tak ada kipas.

Yang aku kisah sangat adalah pasal game bola aku.

"Tertangguh la ni layanan season game bola FIFA 13 aku. Dah lah sekarang saingan semakin sengit".

huh. damm!

Saturday, January 26

Bahasa

Dah setahun aku berada di Long Tungan. Jadi aku sudah tahu sikit-sikit Bahasa Kenyah. Kaum Kenyah terbahagi kepada beberapa sub kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai Bahasa yang berbeza. Kaum Kenyah di Long Tungan adalah dari golongan Jamuk. Jadi hari ini aku nak ajar korang sedikit Bahasa Kenyah yang diguna pakai disini.

Aku ajar korang Bahasa Kenyah versi ringan. Korang boleh aplikasikan dalam sms seharian.

Bahasa Kenyah = Bahasa Melayu

Laki : yu iko' ti = apa kamu buat

Leto : ntah ti yu  = tiada buat apa

Laki : ake' kelok tuyang ngan iko'... iko' gap alek = saya mahu berkawan dengan kamu. Kamu sangat cantik.

Leto : ntah sokat = tidak boleh!

Laki : Obeniyu? = kenapa?

Leto : Akek lepa on kadep = Saya sudah ada kekasih

Laki : damm = damm




Glosari:
Laki : Lelaki dalam Bahasa Kenyah
Leto: Perempuan dalam Bahasa Kenyah

Friday, January 25

Pembasmian Kutu



Khamis lepas budak-budak kat semenanjung sibuk berarak Maulidur Rasul. Dulu masa aku kecik-kecik, aku juga join berarak pakai baju Melayu dan bawa sepanduk buatan sendiri. Lepas habis berarak, ramai-ramai pekena nasi ayam free disediakan masjid.

Di sini, budak-budak tempat aku semua bukan beragama Islam. Jadi program sambutan Maulidur Rasul tiada dijalankan. Untuk mengisi masa cuti, aku buat program penghapusan kutu. Kutu-kutu ini telah lama bermain di kepala budak-budak. Jadi aku rasa perkara ini harus dihentikan segera.

Aku dengan beberapa staf lain, menggunakan syampu khas untuk membunuh kutu di kepala budak-budak. Sambil syampu aku tabur atas kepala budak-budak, aku ramas-ramas kepala mereka. Kutu-kutu mula terasa seksa hidup di dunia. Aku jalankan benda ini kepada semua budak-budak.

Sambil-sambil ramas kepala budak, aku bagi pesanan satu per satu kepada pelajar,

"cikgu dah tolong kamu syampu rambut, esok kamu gilir-gilir urut cikgu dalam kelas"

Budak-budak faham bahawa cikgunya seorang yang mengamalkan konsep keadilan. Hehe

Monday, January 21

Gigi dan biskut



Hari Sabtu lepas ada pelawat dari jauh datang ke Kampung Long Tungan. Mereka datang secara beramai-ramai. Ada geng-geng doktor, geng-geng perpustakaan dan geng-geng pencinta sungai. Mereka menjalankan beberapa aktiviti amal di kampung dan disekolah. Salah satu aktiviti a,al yang dilakukan adalah klinik gigi percuma.

Tahun ini aku  warden asrama. Jadi guru besar suruh aku bawa budak-budak pergi baik-pulih gigi mereka. Aku bawa semua pelajar asrama pergi jumkpa doktor gigi. Doktor-doktor gigi nampak seronok apabila budak-budak sekolah yang comel datang. Lepas hantar budak sekolah aku duduk di klinik sambil menikmati biskut dan air kotak doktor gigi punya.
Sambil layan air kotak dan biskut doktor punya, aku perhati kerja-kerja doktor gigi. Dengan lembut doktor gigi layan budak-budak sekolah. Standard zaman budak-budak, banyak gigi budak-budak asrama ini yang rosak. Jadi ada budak-budak yang kena tampal dan yang cabut gigi.

Sedang aku layan air kotak yang kedua, ada seorang pelajar aku menangis kuat kerana takut kena injection untuk cabut gigi. Dari jauh, aku perhati doktor berusaha memujuk budak tersebut. Pelbagai cara doktor lakukan, termasuklah rasuah dengan air kotak dan epal. Rasuah doktor tidak berjaya.

Doktor gigi habis idea pujuk budak, jadi dia panggil aku untuk menyelesaikan masalah mereka. Aku tinggalkan air kotak dan jalan menuju kearah budak tersebut. Dengan lembut aku usap rambut budak tadi dan berkata,

" sesungguhnya pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa..Jadi bersabarlah menghadapi pengalaman ini".

Lepas aku bagi nasihat, budak tadi menangis tambah kuat.
"Hehehe", aku senyum kepada doktor.

Friday, January 18

SPBT

Tahun ini, lepas bos tengok kerja aku dengan buku tahun lepas, dia kekalkan jawatan guru SPBT kat aku. Jadi 2 hari lepas buku teks Tahun 3 yang baru telah sampai ke sekolah. Lepas aku menyelesaikan beberapa kerja pasal buku teks tu, aku pun panggil pelajar tahun 3 berkumpul. Aku ajak mereka berkumpul dalam perpustakaan.

Empat-empat orang murid tahun 3 jalan semangat naik perpustakaan. Sambil jalan diorang mula tertanya-tanya sama sendiri pasal kepoweran buku yang akan mereka terima.  Sampai perpustakaan aku suruh mereka duduk. Jadi aku pun bagi sorang-sorang buku teks.  Murid-murid tampak gembira, sambil belek-belek buku dari kulit depan hingga kulit belakang.

Lepas selesai bagi buku, aku pun memberi sedikit kata-kata tentang buku. Dengan nada lembut aku kata

" Sesungguhnya kegembiraan itu bersifat seketika. Ia akan bertukar kesengsaraan jika kamu tidak balutnya dalam masa seminggu".

Budak-budak mula insaf mendengar tazkirah ringkas cikgunya. Aku senyum nipis.
"Hehehe" 

Tuesday, January 15

One night in the middle of the jungle

Hari cuti Sabtu dan Ahad lepas aku turun Miri. Aku dengan kawan serumah pergi Miri untuk update stok makanan kami yang hampir pupus. Jadi lepas beli barang dan lepak-lepak makan mee di Miri kitorang balik sekolah pada Ahad pagi. Kami gerak awal dalam pukul 10 pagi.

Dalam perjalanan, Apin drive kereta aku pula duduk sebelah layan tidur. Sepanjang perjalanan cuaca hujan renyai-renyai, maka aku tidur dengan lena. Perjalanan untuk ke Long Tungan dari Miri akan melalui jalan Balak. Oleh kerana hujan, jalan agak licin dan Apin terpaksa memandu perlahan.

Setelah 6 jam, kami sampai di simpang kampung Long Tungan. Aku tengok jam di tangan sudah pukul 7 malam. Keadaan semasa sudah gelap dibantu dengan bunyi-bunyi serangga.

Dari jalan balak untuk ke kampung Long Tungan akan melalui satu jalan angker. Jarak jalan hanya 8 KM tetapi banyak melalui jalan yang berbukit dan bergaung. Apin drive macam biasa. Dia cuba menaiki bukit yang pertama tapi tidak berjaya. Dia berusaha berkali-kali dan masih tidak berjaya. Oleh kerana cuaca sudah gelap dan jalan licin kami sepakat untuk tidak mencuba lagi.

Jadi malam itu, kami stay dalam kereta. Aku dan Apin setting kerusi kasi rendah. Sambil lepak dalam kereta kami berborak isi kebosanan malam. Dalam kegelapan malam sambil ditemani bunyi cengkerik kami berborak pasal awek.

Apin memulakan penceritaan. Dia bercerita pasal pengalaman dia bersama awek. Kisah-kisah manis dia bersama awek dia kongsi dengan aku. Lepas Apin aku kongsi pula cerita aku. Kami berborak panjang dalam gelap. Kami mengakhiri sesi borak dengan ucapan good night.

Sambil pejam mata untuk tidur, aku fikir semula cerita kami pasal awek tadi.

"gay juga kami ini, kongsi-kongsi perasaan".



Glosari:

Jalan Balak : Jalan offroad yang dibuat oleh syarikat balak untuk lori balak bawak balak.
Jalan Angker : Term aku guna untuk menunjukkan jalan yang bahaya.

Thursday, January 10

Buah Esotik


 Buah bambangan(panggilan orang Sabah) / Buah Alim (Panggilan orang Kenyah).


foto ihsan dari google sebab aku malas nak tranfer dari telefon

Sekarang rakan serumah dengan aku adalah dua orang putih dari Malaysia. Pertama, Azam seorang opsyen Bahasa Inggeris dan Apin pula sedang mengambil Master Bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka orang yang mengamalkan Bahasa Inggeris, jadi mereka selalu berkomunikasi menggunakan bahasa itu ketika di sekolah mahupun di rumah.

Petang semalam, sedang aku duduk depan TV layan cerita Melayu, aku terdengar perborakkan mereka dari arah dapur. Mereka guna bahasa Inggeris dan sedang bersembang pasal perempuan pilihan hati masing. Walau aku lemah bahasa Inggeris aku cuba memahami penceritaan mereka sedaya upaya. Fokus aku terhadap cerita melayu mula hilang.

Sedang mereka rancak berborak pasal perempuan aku jalan masuk dapur. Aku nampak Apin sedang mengupas buah bambangan. Buah ini merupakan buah esotik dan tiada di semenanjung Malaysia. Pada musim buah di Long Tungan, buah ini berlambak sehingga terbiar busuk saja di bawah pokok.

Apin mula potong buah bambangan ini ke hirisan-hirisan kecil. Sambil mereka masih rancak berborak pasal perempuan dalam bahasa Inggeris aku pun mengambil sepotong buah bambangan.

Aku masuk mulut buah bambangan tadi, kunyah perlahan-lahan.

"Wah...its fucking delicious"

Azam dan Apin terkejut, aku mula berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Wednesday, January 9

Kebersihan


Semalam lepas rehat aku  masuk kelas darjah enam. Aku masuk kelas mereka untuk ajar Sains. Sebelum aku memulakan pelajaran aku suruh budak-budak letak tangan atas meja. Bagi aku ilmu Sains merangkumi ilmu kehidupan, maka kebersihan juga termasuk dalam Sains.

Jadi sebelum mula pelajaran aku check kuku mereka. Aku jalan satu meja ke satu meja. Sambil jalan aku bawa pemadam papan hitam sekali. Pelajar pertama, aku lihat kuku dia ada kotor sikit-sikit walau tak panjang, aku pukul juga.

"Apa ini sudah tahun 6 pun kuku panjang", alasan aku lepas pukul. 

Pelajar kedua hingga ke empat semua kena pukul dengan aku sebab kuku panjang atau kotor. Lepas-lepas selesai aku pun memberi nasihat kepada mereka agar menjaga kebersihan. Murid nampak faham pesanan aku.

Jadi lepas selesai, aku pun berjalan duduk di meja guru. Sambil duduk aku hulur tangan bawah meja. Aku check kuku sendiri.

"Panjang juga aku punya ni", ujar aku dalam hati.

Lepas tengok kuku sendiri, aku senyum.

Tuesday, January 8

Suasana Makan



Di Long Tungan memang tidak ada kedai-kedai makan jalanan atau yang jenis restoran. Jadi untuk aktiviti makan seperti sarapan, lunch, minum petang, dinner dan late nigth supper semua kena buat sendiri. Bahasa mudahnya kena masak sendiri.

Jadi tengah hari tadi lepas balik dari mengajar, aku dengan Cikgu Azam pulang ke rumah. Lepas tukar baju kami bergegas pergi dapur. Dengan perut sudah lapar kami memulakan proses masak makanan tengah hari.

Azam buka peti ais keluarkan ayam dan rendam dalam mangkuk kasi ais cair. Lepas ais cair dia potong ayam jenis potong dua belas. Sambil Azam potong ayam, aku kupas bawang putih dan bawang merah. Lepas kupas bawang aku potong bawang jenis bentuk sukahati.

Sambil-sambil aku potong bawang, aku perhati Azam dari jauh. Dia fokus potong ayam, sambil parang tergengam erat di tangan. "Pang,pung, pang", bunyi parang tetak tulang ayam.

Sedang Azam fokus, aku menegur Azam untuk memulakan perbualan.

"Azam"...
"Kan bagus kau perempuan.. Sedang kau masak boleh aku main game bola"..

Azam mula pegang parang lain macam.

Sunday, January 6

Perangai budak

Masuk kelas, duduk tempat sendiri. Nampak sampah bawah meja. Pandang kanan, pandang kiri. Line clear, sepak sampah pergi bawah meja kawan. Lepas berjaya sepak buat muka selumber dan tidak bersalah.

* * *

Tengok perangai budak kelas buat macam ini teringat zaman-zaman sekolah dulu.

Tapi sebagai guru, patut juga aku tarik telinga budak-budak cenggini. Dengan harapan memupuk sikap rajin dan menjaga kebersihan. Hehehe

Thursday, January 3

Cicak

Kelmarin aku selamat sampai ke sekolah, SK Long Tungan. Jadi sampai-sampai sekolah aku tegur staf-staf sekolah yang sudah sampai lagi awal. Selepas proses tegur-menegur dan ucapan selamat tahun baru selesai, aku pun jalan menuju ke rumah.

"Aishh...rindu nak masuk bilik ni", ujar aku dalam hati.

Hati aku memang berkobar-kobar nak masuk bilik atas perasaan rindu setelah sebulan lebih ditinggalkan. Jadi lepas naik rumah aku terus jalan masuk bilik. Aku berdiri dalam bilik tengok keadaan sekeliling. Tak lama lepas itu aku keluar bilik.

Semasa aku keluar bilik mata aku melilau cari cicak. Di tepi sudut atas dinding dekat dengan jam, aku nampak dua ekor cicak. Mereka seakan-akan sedang bercumbuan. Aku cepat-cepat keluar rumah lalu ambil selipar Nike siam, terus baling ke arah dua ekor cicak tadi. Balingan selipar Nike siam tadi tepat kena kepala cicak serentak menyebabkan mereka berdua jatuh ke lantai.

Sambil dua ekor cicak tadi menahan kesakitan balingan selipar, aku seraya memaki,

"Padan muka kau orang, siapa suruh membuang air besar merata-rata di bilik aku!"

Wednesday, January 2

Miri ke Long Tungan


Masa cuti raya tahun lepas aku beli motor. Jadi sejak-sejak dah ada motor, bila cuti panjang aku balik sekolah naik motor. Perjalanan dari Bandar Miri untuk ke SK Long Tungan mengambil masa selama 8 jam. Perjalanan merupakan 10% on road dan 90% off road. Setakat ini aku balik sekolah seorang-seorang sebab aku masih belum berjaya meracun cikgu-cikgu sekolah yang lain untuk beli motor.

Sebab aku buat kerja gila seorang cikgu satu sekolah tanya aku.

"Apehal ko buat kerja gile, balik sekolah naik motor..Jauh gile tu.. Cer citer", tanya cikgu Azam

Aku terdiam seketika.

Tanpa senyum dan dengan pandang mata Cikgu Azam tepat-tepat, aku menjawab dengan nada yang bersemangat.

"Demi mendidik anak bangsa tercinta",

"Fuck", balas Azam.


Hehe.. Aku senyum sorang-sorang lalu jalan masuk perpustakaan.