Tuesday, February 2

tuju selipar

Tadi kelas belajar menghafal sifir. Berpeluh budak-budak menghafal sifir dua ratus tiga belas. Zaman sekolah, budak-budak sekolah rendah hafal sampai sifir dua belas. Peringkat pengajian tinggi sampai dua ratus tiga belas. Memang penderaan jenis seskonomatik.

Lebih kurang dua jam, 3 orang pengsan, 6 stress, 1 nyaris-nyaris bunuh diri, kelas pun tamat.

Tengah aku kemas-kemas jangka lukis dan sesiku L, Arip dari belah sisi tangan kiri aku, menyapa..

Arip: Weyh, jom boling petang ni?

Aku: Mmm.... tak per la.

Arip muka gembira. Oh damm!...

Dulu masa aku kecik-kecik boling pun aku tak taw. Duk kampung, mana datang boling. Astro time tu pun ada kat bandar-bandar jer. Kampung aku still guna arial atas bumbung, itu pun kedai makan je ada TV. Line telepon Time Cell ada kat jambatan kampung. Dalam rumah semua tak de line. Kat jambatan tu la Pak Aji, Mak Aji, Mat Rempit, Minah Rempit, Pegawai Kerajaan dan budak-budak sekolah duduk bergayut.

Dulu kecik-kecik faveret aku selain ayam masak kicap adalah main tuju selipar. Budak-budak sekarang main boling, tak main dah tuju selipar. Tak Malaysia la macam ni.

Lu orang taw tak main tuju selipar? Masa kecik-kecik dulu, aku main tuju selipar guna terompah merah curi kat surau belakang rumah. Pak-Pak Aji memang marah dengan budak-budak kampung. Curi bukan satu dua, tapi sekali package ada 5 pasang.

Nak main tuju selipar, mesti kena guna banyak selipar. Kalau curi satu, tak bolehla main. Nak main guna selipar getah yang pakai hari-hari memang tak best. Selipar getah jepun tu, kurang sentimen keganasannya, sebab tu budak-budak guna terompah merah.

Setakat sorang dua pengsan kena terompah memang biasa. Jahit sembilan hingga lapan belas kat dahi pun biasa. Terompah pecah kena kepala pun biasa.

Dah lama aku tinggalkan permainan ni. Tapi tadi pas balik kelas, aku main. Best giler main tuju selipar dalam kereta. Setakat ni aku champion lagi la.... Ada sapa-sapa tak nak cabar aku maen tuju selipar dalam kereta?

10 x 5 = ??:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

sekolah mana la tu ye...
teringin gak mahu belajar...

main tuju2 selipar murah sikit kos nya

PeQ GaRaGe said...

pergh..x abis men time PJ.. sempat lg men dlm kete.. ko mmg hardcore lah.. hahaha

balqissy said...

gile? hahaha

RoSe_violeTe said...

tuju selipar??
mcm ak pggl baling selipar...

tapi...

nape leh main dlm kete???
haiihhhh...pening2

saiful mohamed said...

dah pegi tido dulu..

Noor Fatin said...

pergh..dlm kete? hahaha

Farihah Ahmad said...

maen tuju keta plak jom.

avataraang said...

aku dah ajak..ko tolak..aku xksh..sekarang ko nak challange..aku tolak ko jgn ckp ko hebat..hahahaha

iyllienaz said...

wey, ko hentam sape dlm kete guna selipar??

Anonymous said...

sial main tuju selipar gune terompah merah tuu!!
keras la bongok!
hahahahahh