aku faiq..aku 8 tahun..setiap petang aku duduk depan television biru 16 inchi..
saluran 3 drama Melayu berjudul "Nurcinta"..
tidak pernah lepas walau sesaat..
plotnya kekadang sungguh membahagiakan..sebagai lawanya ia kekadang amat menyedihkan..
suatu hari sedang aku menonton..aku berlari turun ke dapur..aku dengan tercungap-cungap menanyakan kepada ibuku dengan suara terputus-putus..
"ma, apa itu cinta?"
ibuku dengan muke yang agak ganjal menjawab.
"cinta itu adalah sesuatu perasaan yang masih tidak tercapai oleh akalmu"
Malam itu, aku kesurau untuk berjemaah bersama tua-tua kampung..
si perjalanan pulang aku mengajukan soalan yang sama kepada Pak Imam Manan.
"Pakcik apa itu cinta?"
"cinta adalah perasaan suci yang lahir dari rohaniah, dan cinta yg terpaling agong adalah kepada Allah?" lemah lembut dari seorang imam.
esok paginya aku kesokolah seperti pelajar-pelajar lain yg sebayaku..
aku menanyakan soalan yg sama kepada guru Bahasa Melayuku, cikgu Supiah Makdong.
"cikgu apa itu cinta?"
"cinta itu suci dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta itu akan cacat.Itulah cinta yang sebenar"..balas cikgu supiah
Petang itu aku kepadang untuk berbola.. diperjalan aku berjumpa abang Z..seorang rockerz yg masih bujang..tempatnya sentiasa di persimpangan antara jalan utama dengan jalan mawar.
"abg,apa itu cinta?"
"oh,cinta itu diibarat seperti gitar gua ini,bila ia dipetik dan dibelai,ia merdua.bila ditinggalkan ia berkarat serta menangis tanpa lagu"..padat dari brother z.
aku pulang ke rumah selepas berbola..
sebelum aku mandi..aku capai sehelai kertas putih..dengan marker pen bewarna hitam gelap, aku tulis besar-besar kesemua difinisi cinta itu..
lalu aku lekatkan ia di dinding sudut berdekatan dengan lampu kuning..
1 Tahun..
2 Tahun..
10 Tahun..
13 Tahun Berlalu.......
kini aku 21tahun..
kertas putih itu masih terlekat disudut itu seperti asal.
cuma dulunya ia putih, sekarang ia sudah kekuningan dengan beberapa bahagian dimakan anai-anai..
aku membaca kembali apa yang aku tulis 13tahun dahulu..
aku hanya tersenyum..
"aku tahu sejak dari kecil lagi aku memang pandai menipu"
Thursday, September 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 x 5 = ??:
dah agak dah kau tipu.
sebab entry ni pelik.
masa kecik kau mana tau cinta!
yang kau tau eskem.eskem.eskem.
- dah lama aku nak tanya. ape beza gadis simpanan ngn jejaka simpanan tepi tu?
batal p0sa tw kal0 tipu...
haha..ko ni pelik la faiq,huhu pning aku bca karangan berpandu ko ni,haha..
it all 'bout luv...
entri nko leh buat lagu hip hop gitu2..
-___-! moga kamu diampunkan! (ayat pedas) ahaha
nasib baik gua tak mudah terpedaya dengan dakyah2 lu :P
nk campak ko masuk lombong
haha
cilaka
hohoho..
kecik2 lg da pandai tipu ye..
siap la ko..
sial..ko dah pandai berjiwang dah skrg...ooo..
menyampah AKU
bengong
tp gempak aa..
konye intro..
aku kasi -45...
ngehehehe..
*sambel tepok2 pala ko*
aku ske entry ni..
cinta itu buta.
wa tanye ameng spring die jawap gitu.
sbb tu smpi skarg ak xcaye en3 ko pasal wak kutimin tu..
huh~
dah la...sebenarnye anda mmg jiwang kan kan kan
bro, IPIK ker...
cinta??
dr lagu XPDC
kau jiwang sebenarnyer...
ayat last tu cuma nak cover balik kan...
tah2 kau ni mat bunge x. jiwang habis..saje je coverline kan.
haha
Post a Comment