Thursday, December 31

Aktiviti terakhir untuk 2009

trutt..trutt

One message received.

dari Jamil.
" weyh kuar, layan new year"

Aku reply.
"malas"

Jamil reply balik.
"apesal pulak?"

Aku reply balik.
"aku kemas rumah"

Jamil reply lagi.
"fuck!..mcm perempuan"

Wednesday, December 30

Baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok

Petang esok aku ingat nak pergi dating kat kedai mamak. Asik-asik pergi Time Square n Mid Valley bosan juga. Bukan ada roti telur pun kat sana. Aku ingat nak pakai baju "merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok, untuk dating esok.

Aku pun cari baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok kat dalam bilik aku. Aku cari-cari dalam almari tak jumpa. Dalam laci, dalam bakul, dalam kotak pensil, dalam fail pun tak de.

"Sape curi baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok aku?"..jerit aku dengan penuh ketidakpuashatian.

Aku cari lagi, dalam sarung bantal, dalam selimut, dalam seluar bola,dalam kasut bola,...tak jumpa juga. Last sekali aku sujud dan pandang bawah katil.

"Yeah! Itu dia baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok aku".. jerit aku penuh kepuashatian sambil masih dalam keadaan bersujud.

Aku ambil baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu dan lihat keadaan semasa beliau. Aku belek-belek belakang, depan, luar dan dalam baju. Banyak daki! Mesti ada budak lain pakai curi-curi baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok aku. Kalau aku yang pakai takkan ada banyak daki. Aku tekad nak guna baju ni untuk dating esok. Jadi kene basuh dulu r baju tu hari ni.

Mula-mula aku ingat nak guna mesin basuh Pensonic. Tapi aku taw, mesin basuh pun tak nak basuh kalau satu baju jer. Nanti mesin basuh sound aku sebab bazir masa dia saja. Huh! mesin basuh pun ada perangai malas. Jadi aku batalkan niat nak basuh guna mesin basuh Pensonic.

Aku ambil keputusan basuh guna tangan. Aku pancut air selaju 160 km/j ke arah baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu. Dan guna sabun buku Daia buat baju berbuih. Dengan tangan kanan aku yang penuh otot, aku gosok guna berus sabut.

Zup...zapp...zup...zaappp (bunyi gosokkan).

First aku gosok selama 30 saat. Pastu aku bilas sikit guna air. Ah....Daki tak ilang lagi...Aku tambah lagi Daia dan tambah lagi tenaga gosok, tapi tak berjaya lagi. Aku tambah lagi, tak berjaya juga. Tambah tambah, tak berjaya juga. Mungkin berus sabut aku ada masalah. Aku tukar kepada berus yang lebih terkini iaitu berus plastik. Aku try 4-5 kali. Tak berjaya juga.

"Degil betul daki ni"... Marah aku sambil campak baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu ke lantai.

Aku teringat kata Mamaku. Kalo kesan degil boleh dihilangkan dengan guna clorox. Tanpa fikir panjang aku terus cari clorox. Aku tuang clorox dalam baldi. Dengan sukatan 2-10 aku tambah air dalam baldi. Aku kacau-kacau sikit kasi sebati. Agak 10 saat aku rasa ion-ion clorox dan air sudah bercampur dengan sebati. Aku pun rendam baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok kat dalam baldi tu. Aku biar semalam.

petang tamat...
malam tamat...
pagi esoknya pun menjelma...

Petang ni aku nak pergi dating. Aku bangun awal sikit sebab nak jemur baju merah yang ada berlubang sikit kene abu rokok tu dulu. Kalo tak bangun awal, tak keringla baju aku nanti.

Aku pergi ke baldi angkat baju paras muka.

"Cilaka sape curi baju merah aku dan tukar dengan baju putih ni?".......jerit aku dengan nada marah yang tak mampu aku gambarkan.

Jiran-jiran sebelah rumah semua keluar........

Tuesday, December 29

Budak-budak MU ngan Arsenal ilang tah kemana!

Semalam,aku balik kolumpo naik bas Park May. Driver bas dah macam bawak motor. Aku cari port tepi tingkap,layan gula-gula hack,duduk senyap-senyap. Naik bas takde aircond ni buat aku terkenang zaman sekolah.

Dulu masa awal tahun 2000-an, ramai budak-budak sekolah naik bas pergi sekolah masing-masing. Budak-budak sekolah dari Klang dan Sungai Buluh berebut-rebut nak duduk kat bahagian belakang. Kerusi yang dicantumkan panjang tu. Duduk terkangkang memekak macam kat dalam party liar. Muke sekor-sekor buat-buat ketat.

Masa aku form 1, aku takut jugak dengan budak-budak tu. Tapi bila aku form 2, aku dapat taw, budak-budak tu bile balik rumah, kuar rumah pun tak berani takut kene pukul dengan ayah. Tak samseng la macamtu. Sejak tu aku tak takut dengan diorang. Aku pulak buat muke poyo kat diorang. Diorang senyap jer..

Sampai kolumpo malam. Aku tahan LRT,suruh anta aku ke rumah. Sampai rumah, aku campak beg terus tuka pakai singlet dengan suar bola. Dengan singlet pagoda dan seluar bola, aku gerak gi mamak. Yeah! Chelsea lawan Fulham. Aku cari port terbaik.

Dengan teh"o" aku layan Chelsea main. Petang tadi time dalam bas aku message Ancelloti. Aku suruh Ancelottu jangan bagi Obi Mikel main malam ni. Ancelloti reply "ok". Tapi bile aku tengok malam ni, si budak Mikel tu main. Panas jer aku dengan Ancelloti. Aku call-call dia tak angkat.

Masa tengah call Ancelloti.
Tup...tup..tup
Fulham dah golkan 1. Budak Gera golkan. Cilakak, baru 4 minit main. Aku dengar brader belakang dah hentak meja guna kaki sambil maki-hamun dalam bahasa Jawa. Aku dah panas dengan Ancelloti. Aku call-call tak dapat gak.

Lepas sahaja Fulham golkan. Henpon nokia lama aku tak benti-benti berdering. Bunyi Sinchan membelah suasana maki-hamun brader belakang. Membe aku yang budak-budak Manchester ngan Arsenal call, semata-mata nak kutuk aku. Letih jugak aku mahu layan sorang-sorang. Time ni aku tahan saja maki hamun budak-budak Manchester dan Arsenal.

1st half tamat..
2nd half bermula..

Aku tengok Chelsea dah start main dengan baik. 4-5 kali juga hampir menggegar gawang. Nasib baik Swazenger tu jumpa bomoh sebelum main, kasi kebal. Kalo tak memang 5 biji dah masuk. Pastu minit keberapa tah Obi Mikel dikeluarkan. Aku senyum sinis, sebab aku taw ancelotti mesti ikut cakap aku punyer.

Permainan Chelsea terus berubah macam Malaysia lawan Vietnam. Minit 72, Drogba tanduk bola masuk ke gol. Aku melompat. Teh "o" aku tumpah sikit kene brader kat sebelah, tapi aku buat bodoh. Brader yang belakang aku tadi, ketuk-ketuk meja sambil jerit "yes","yes",yes!!"

Aku dah siap sedia nak maki hamun budak-budak Manchester ngan Arsenal kat kampung aku. Sedang aku taip message, tetibe brader belakang aku tu ketuk meja lagi sambil jerit "yes",yes"yes!!"... Chelsea gol lagi. Tak sampai 2minit pun..

Aku tekan button cancel utk anta message.

Aku cari kat phonebook henpon, no budak-budak Manchester ngan Arsenal kampung aku. aku dah sedia nak maki hamun diorang balik.

Aku call sorang-sorang tak angkat.... huh!

Monday, December 28

Kalau anda macam mana?

Aku ada meja study. Diperbuat dari kayu yang aku tak tahu ape jenisnya. Tapi yang aku pasti ia bukan "Jati". Masa time aku sekolah, memang meja ni saja jadi alas buku-buku aku. Dari sekolah rendah sampai abis sekolah menengah meja ni saja aku guna. Agak-agak reput, aku kasi paku tampal dengan kayu lain. Sebab tu sampai umur aku 21 meja ni masih boleh berdiri. Sekarang kaki meja ni dah ada 12. Dulu masa beli ada 4 jer.

Tetibe aku rindu zaman aku dengan meja ni. Jadi aku ambil jangka lukis sambil condongkan 45 darjah. Dengan "Bismillah" aku toreh nama "The Killer" dekat meja study. Kat atas nama tu, aku buat efek api-api. Barulah alive!.

Sebelum-sebelum ni masa zaman sekolah, dah banyak nama-nama lain aku toreh. "Pistol & Ros", "Herman Tino", "HariHijau" dan ramai lagi. Kalo nama Fadilah Lamsah tu memang belambak la,siap muke die aku lakar gune hujung jangka lukis. Masa study matematik, aku buat jalan kira-kira toreh kat meja jer. Jimat dan boleh rujuk serta merta.

Selepas proses toreh. Aku hembus habuk-habuk kayu hasil pernyahtinjaan dari proses menoreh. Tulisan "The Killer" dan efek api-apinya pun jelas terpampang. Aku senyum sinis.

Menoreh, buat perut aku rasa lapar punca tenaga dalaman yang habis aku guna. Aku start moto tuju ke 7eleven. Angin malam, diselangi dengan menghisap gula-gula Hack. Budjet 2010 menaikkan lagi harga tembakau, jadi aku mahu bertukar ke gula-gula Hack. Lebih jimat!

Ting tong...Bunyi pintu 7eleven,.
"Huyo bestla bunyi tu", kata aku dalam hati.

Aku pun buat 3-4kali keluar masuk 7eleven sebab nak dengar bunyi ting tong tu. Yeah! Ia menyeronokkan. Anda dah cuba? cubalah...Ia free.. Budak-budak keje 7eleven pandang aku dengam senyum sinis. Atleast aku dah buat diorang gembira pukul 3 pagi ni.

Selesai aku main, aku masuk cari barang untuk makan. Tempat pertama, aku check kat bahagian roti. Roti cokelat gardenia yang 60sen tu dah abis. Aku hilang mood nak makan roti. Roti-roti lain, aku tak minat nak beli. Kecuali aku beli guna duit Asmah Kasdi. Nak makan meggi cup kat 7eleven pun dah bosan. Pagi ngan tengah hari dah makan maggi.

Aku gerak ke bahagian cokelat. Aku mahu berbueno. Tapi tak nak, sebab Kinder Bueno banyak susu. Pastu aku ternampak iklan. "Hungry?.... Grab a snickers!..".... Yeah, aku memang lapa. Aku ambek snickers 2 biji gerak g kaunter. RM 3.20 satu. Mahal sial, Snickers kat 7eleven. Mini market depan rumah aku,baru dua ringgit enam posen. Nasib baik tak bukak malam-malam ni.

Aku kasi dua biji Snickers kat cashier. Budak laki-laki, tinggi, muke macho.

"Muke macho-macho jadi cashier...nape tak jadi artis?", aku saja buat-buat ramah, mana taw dapat diskaun.
Budak tu tak cakap ape-ape, cuma senyum sinis. Aku buat muke poyo.

"Enam ringgit empat, bang", budak cahier cakap.
Aku pun keluarkan duit kertas lima ringgit dua keping kasi kat dia. Pastu dia kasi aku plastik 7eleven dengan ada 2biji Snickers dalam tu. Sebelum blah dia pulang baki.

"Ni bakinya, RM 43. 60"..

Aku dengan pantas terus ambik duit tu. Sambil baca "Alhamdulillah" aku terus masukkan duit dalam kocek.

Sebelum blah. Aku keluarkan empat puluh ringgit dari dalam dompet adidas uptown. Dengan muke poyo aku letak atas meja cashier. Budak laki-laki tu, terpinga-pinga tengok aku.

Aku pun start moto gerak balik rumah...

Kat atas motor, aku senyum sinis sorang-sorang. Kini baru aku sedar, aku ni kaya hati!

Friday, December 25

yeah!

Aku keje kat ladang cili milik Haji Deraman. Keje aku cabut rumput dan petik cili yang dah masak. Sambil petik aku curi-curi makan 10-20 biji cili milik Haji Deraman. Mana boleh tahan nafsu, cili merah-merah, mesti korang teringin punya. Tapi rasanya takdelah sedap sangat, lagi sedap epal kat kebun Tok Sidang Saad.

Jamil kerja kat Tesco yang baru bukak hujung pekan Tanjong Karang. Dia kerja kat sana sebab Jamilah ada. Jamil memang dah lame nak mengorat Jamilah, tapi tak dapat-dapat. Jamilah sebenarnya suka aku, tapi aku saja jual mahal. Jamilah pernah kasi surat cinta kat aku time kitorang darjah 6. Aku tak reply, sebab time darjah 6 aku lagi suka kat bola sepak daripada perempuan.

Dah lama aku tak lepak dengan Jamil. Sejak kitorang keje memang dah tak lepak. Aku taw esok Jamil cuti Krismas. Aku pun call Jamil ajak lepak kat Restoran Harun. Satu-satunya restoran mamak yang ada kat pekan Tanjong Karang. Sambil pekena teh tarik, kitorang sembang pasal kerja. Aku citer pasal curi-curi makan cili. Jamil nampak jeles jer. Jamil citer kat aku pasal Jamilah. Aku dengar macam nak tak nak jer pasal citer Jamilah.

Dah pukul 3pagi. 4 jam jugak kitorang lepak sini. Restoran Harun pun dah mula lenggang sikit demi sikit. Aku panggil macha kerja, suruh kira. "semuanya RM6.50", kata macha. Aku keluarkan duit kertas seringgit. Aku minum teh tarik, Rm 1 jer. Lagi RM5.50 Jamil punya teh tarik dengan Maggi goreng. Lepas aku bayar, Jamil senyum-senyum kat aku. Jamil senyum kasi lebih sikit. Aku dah paham taktik Jamil. Aku mula panas.

"Ah...cilaka kau"..
"hutang dulu pun tak bayar lagi, dah masuk 6 bulan", aku herdik Jamil.
Jamil senyum lagi lebih sambil cakap, "masukkanla dulu dalam hutang lama, gaji ni aku bayar".

Aku makin panas.. Tapi aku bayar jugak baki RM 5.50. Aku pelik la kat Jamil, keje Tesco dah 7bulan, duit takde gak. Hutang dia yang terkumpul dah RM 154.60. Ni belum masuk bunga 2.5%. Kalo dah masuk, aku agak ade jugakla Rm 200 lebih.

Aku balik rumah, Jamil pun balik. Aku dah mengantuk nak tidur. Aku pekena dulu solat Isyak sebelum tidur. Aku dah setting-setting bantal nak tidur. Sebelum pejam mata, aku baca doa tidur. Halau hantu supaya jangan ganggu. Belum habis lagi baca doa, tetibe henpon Nokia 3310 aku berbunyi. Dalam hati aku, mungkin message dari Diana Danielle, mahu wish gud nite. Aku bace message tu.

dari Jamil...
"woi tolong aku..Datang belakang lorong kedai Atak, aku kene pukul"

Aku dengan tak pakai baju dan berkain pelekat terus gerak. Aku start moto c70 tuju belakang lorong kedai Atak. Dalam hati aku, "gengster mana berani pukul Jamil ni", "bagi aku patahkan kaki diorang sekor-sekor".

Aku dah sampai lorong belakang kedai Atak. Aku tengok Jamil dah terduduk, ada darah sikit-sikit kat mulut dia. Aku dengan muke poyo, jerit "Woi!".. Lebih kurang 20 orang yang pukul Jamil, pandang aku. Aku buat muke lagi ganas, bikin diorang gerun.

Sorang dari 20 budak tadi datang ke arah aku. Berbaju merah tua, sambil ada terselit pistol kat celah seluar. Aku rasa ketua diorang. Takdela taf sangat budak baju merah tua ni, taf sikit je dari aku. Budak ni tegur aku.

"Lu sapa, buat hal sini?, Lu mau mati ka?"
"Cilaka lu, lu pukul kawan gua, lu ingat gua mau senyap ka?", balas aku dengan marah

"lu taw, budak Jamil tu hutang gua RM4000. Ni dah masuk setahun dia tak bayar", "Gua puk................." Budak tu nak sambung lagi, tapi aku blah ke arah Jamil.

Dengan angguk-angguk aku jalan ke arah Jamil. Budak-budak yang 20 orang ni tengok saja. Aku berdiri depan Jamil. Jamil dah merayu-rayu kat aku, mintak tolong.

Aku tengok muka Jamil tepat-tepat..Sambil tarik nafas dalam-dalamm aku melepaskan satu penerajang kat muka Jamil. pang!!!!..Darah menyembur sana-sini. Aku kira ada 2 batang gigi Jamil tercabut. Gigi geraham 1, dan lagi satu gigi susu dia.
Nasib baik aku pakai selipar, kalau aku pakai but bola Adidas , paling kurang 7 batang gigi mesti tercabut.

Budak-budak yang 20 tadi terkejut tengok reaksi aku. Budak-budak tu dah gerun. Aku blah ke arah moto sambil angkat satu jari ke udara. Suasana menjadi sunyi sepi.

Sunyi dipecahkan dengan bunyi kaki aku, nak start moto.
Aku start-start moto tak hidup..
"Ah cilaka...ni mesti plug kong lagi"..

Thursday, December 24

Hanya tahun ini sahaja berlaku

Petang tadi aku ada training bola. Coach kate minggu depan kitorang akan lawan dengan Manchester City (Kelab dari Indonisia). Coach kate kelab tu power, tak penah lagi kalah sejak dari tahun 1978 (tahun ditubuhkan). Jadi coach kate, dia nak buat Tanjong Karang FC pecahkan sejarah mereka dengan kalah pertama kali dengan kitorang.

Coach kasi training lebih sikit hari ni. Dia suruh lari turun naik bukit 42kali sambil bawak tong gas. Kesian kat mak-mak kitorang. Hari ni tak boleh memasak, tong gas semua budak-budak ni bawak gi training. Setakat turun naik bukit 42kali bawak tong gas, tak jadi masalah langsung kat aku. Macam rasa gi pasar jer. Tapi aku tadi mendapat no kedua terpantas menyelesaikan 42pusingan. Yang first tu aku kasi chance jer, saje malas potong die. Training tamat.

Ni malam aku nak tido awal. Tetibe dah malam badan rasa letih, mungkin aku dirasuk hantu. Hantu ni sikit-sikit makan tenaga lelaki aku. aahh.. Selepas baca doa tido, aku pejam mata..

Sejam berlalu,...
Dua jam berlalu..

Cilaka..aku tak boleh tidur.. Anjing jiran aku memekak malam-malam. Mungkin anjing-anjing ni jumpa hantu juga. Tapi cilaka, takkan jumpa hantu pun nak menyalak. Anjing takut hantu jugak ke? Tak anjing betulah kalo takut hantu.

Aku mula panas. Aku ingat nak sembelih jer satu-satu. Siva Manan cakap, anjing sedap dibuat tomyam. Aku pergi dapur ambil parang panjang. Aku asah kasi tajam. Aku tahu kalo tak tajam itu satu penyiksaan terhadap binatang. Sambil bakar kemenyan, aku limaukan sikit parang aku. Mulut aku kumat-kamit buat-buat gaya macam baca mentera. Harap roh-roh ghaib faham kemahuanku..

Aku melangkah penuh gagah. Ala-ala hang tuah di zaman Melaka. Tidak lupa, ya..aku dengan muka poyo...

Hah!

Kawasan rumahku sudah jadi padang jarak, padang terkukur? Bila masa Mahsuri menyumpah Tanjong Karang jadi padang jarak padang terkukur.. Aku campak parang, aku cari tali..

Aku mahu ikat anjing-anjing tadi, buat kereta luncur...Ayuh bawaku meluncur di salji ini! Yeah Tanjong Karang sudah turun salji...

Saturday, December 19

p*****a*****k betul lah (part 4)

siri cerita sebelumnya.
part 1
part 2
part 3

Sebab aku tumbuk Tongchai hari itu, aku kene masuk penjara kat Violoso Laos...Makamah memutuskan aku dikenakan penjara selama 6bulan..3 bulan di Penjara Violoso dan 3 bulan lagi di Penjara Pudu dekat dengan Time Square Kuala Lumpur,..Hukumannya lama betul, macam p*****a*****k jer....

Duduk kat penjara, memang macam p*****a*****k... Rutin harian macam p*****a*****k, makanan harian macam p*****a*****k, orang sekeliling macam p*****a*****k, warden macam p*****a*****k, ahhhh semuanyalah p*****a*****k. ...

Nasib aku baik, aku tak dapat cellmate macam
p*****a*****k. Korang pernah tengok tak budak bertatu penuh satu badan dan berkepala botak? Budak ni feymes dulu, penah belakon citer Senario Dalam Lang Buana..Dialah Michael Scofield. Ade kenal?

Dia cellmate aku kat penjara Violoso. Aku panggil die Scof, dia panggil aku Pato. Pahal ta, die panggil aku Pato, aku pun tak tau. Scof dengan aku memang kamcing. Kitorang makan sepinggan, tido sekatil. Tak cukup dengan tu, setiap hari kitorang pakai baju same kaler. Tapi aku tengok budak-budak penjara lain pun pakai baju same dengan kitorang.

Aku dengan Scof dah tak boleh tahan duduk dalam penjara yang macam p*****a*****k ni. Esok kitorang nak break off. Lu orang tunggu. Lagi sekejap aku balik Malaysia. Aku nak cari cendol! P*****a*****k betul lah, lame tak makan cendol. Balik-balik dalam penjara air kosong, air suam. P*****a*****k betul lah.

Minggu lepas, seminggu jugak kitorang survey jalan nak break off. Memang dah ada dah,cuma banyak tikus sikit dalam lubang tu. Yang penting takde masalah lah nak break off ni. Aku dah tak saba-saba nak break off ni. Nak juga muka terpampang feymes kat surat khabar tempatan sebab berjaya break off penjara Violoso. Lagi-lagi kat surat khabar Berita Harian, asik-asik Najib jer, aku pun nak gak.

Penjara Violoso konon-konon penjara terketat di Laos la. Budak-budak kerajaan Laos bina penjara ni kat tengah-tengah lautan China Selatan. Budak-budak kerajaan ni ingat, kire terbaiklah penjara ni..blah la..Ayam jer..

Persiapan terakhir kitorang tengah kumpul barang-barang nak break off.

Tali, tukul besi, gergaji, sesiku L, playa, sekeru driver mata bunga semua dah ada. Satu jer lagi takde ni..Esok nak break off dah. Barang ni tak dapat lagi.

Mana nak cari tiub tayar lori?
Aku tak reti berenang..ingat nak guna pelampung tiub tayar lori buat redah lautan China Selatan nanti.
p*****a*****k betul lah.


Wednesday, December 16

Peristiwa Dalam Bilik Persalinan (Part 3)

siri cerita sebelumnya.
part 1
part 2


Bunyi bising kat bilik persalinan Team Laos, macam bunyi kerusi terbang sambil tangan ketuk-ketuk kat meja....Dalam bilik persalinan team Malaysia pula, K. Rajagopal sedang memberi kata-kata terakhir.. Aku jeling kat K.Rajagopal sambil buat muke kerek..Marker pen dah habis 3 batang dia buat lukis susun strategi.

Lagi 10minit perlawanan akan bermula. Semua pemain dah siap-siap pakai baju dan ikat but masing. Aku duduk kat bangku, sambil ikat but kain ketat-ketat.. Malu jugak kalau, sepak-sepak bola,but yang masuk gol..Jadi aku buat ikat mati..Memang ngam-ngam dah kasut aku ni..

Tetibe K.Rajagopal datang kat aku.. Dia bisik kat aku..
"Faiq malam ni ar, kamu kasi sumbat gol ya"...(dlm loghat india)

Aku angkat satu jari....buat muke kerek sambil angguk-angguk..K.Rajagopal pun angkat satu jari ibu sebagai balas, tanda mempercayai aku..

Ni sekarang kitorang satu team tengah beratur nak masuk padang. Debar-debar jugaklah dengar sorakan penonton. Tapi yang aku dengar dari penonton Laos je, Malaysia mana? Aku taw semua rakyat Malaysia sedang tengok dari RTM 2.

Selepas tu, pengadil-pengadil perlawanan pun keluar sorang-sorang dari bilik persalinan mereka. Sorang-sorang muke pengadil aku tengok sambil buat muke kerek..Gerun jugak sorang-sorang pengadil tu tengok muke aku..

Last sekali, pengadil yang ke-4 keluar dengan wisel lilit kat tangan...Gaye die jalan agak kerek..Die ingat die jalan macam tu, aku tak berani marah die dalam padang nanti..huh, kirim salam la..

Aku buat muke kerek lebih sikit kat pengadil no4 tu...Aku tengok tepat-tepat muke dia,...Aku rasa macam biasa jer jumpe mamat ni...Die pandang aku dengan muke takut-takut. Aku tarik-tarik rambut pikir, siapala die ni...

Selang 10saat.. Aku jerit "haaaaaaa kau!,aku ingat" sambil kasi penumbuk kat muke pengadil no 4 tu....

Dia jatuh tersembam ke bumi..Aku sambung pijak-pijak dengan but kain aku..sempat 3 kali pijak pihak polis Laos tangkap aku....

Sambil-sambil kene gari, aku jerit...

"sial kau Tongchai".....

Monday, December 14

Bagi mereka yang tak percaya (Part 2)

siri cerita sebelumnya.
part 1


Ramai sangat yang anta komen tak percaya kat aku pada entry lepas. Aku tak menipu la. Aku memang main bola untuk Malaysia. Aku sekarang dah kat Vientiane,Laos. Ni ade free time lunch, aku nak post la bukti. Ape kes, kat laos pun makan ulam cicah sambal belacan. Macam kat Malaysia jer. Aku takut sakit perut je malam ni..

Petang ni aku ade training lagi. Kemungkinan besar training penalti. Mana la taw malam ni seri 7-7, mesti ade sepakan penalti. So kene training la dulu. Aku malas la orang kat Malaysia nanti marah kitorang sebab sepak penalti macam tembak gagak.

disini aku selit bukti:


Time training pagi tadi. Tu ha aku yang rambut dreadlock


aku yang kat belakang ade nama Faiq, no 69 berambut dreadlock.

Rakyat Malaysia, jangan lupa tonton aksi kami. Dengar citer kat Malaysia boleh tengok live game malam ni. Kalo tak silap kat RTM la. RTM tv bape ar? lame tak bukak tv...

Sunday, December 13

atuk depan 7/11 buat keje cam siput. (Part 1)

Sorang-sorang member aku budak bola Malaysia anta mesage. Sekor-sekor bangge cakap diorang dapat kalahkan Thailand. Si Fakri Saarani lagi la, anta message punya banyak. Hampir habis jugakla ruang memori hp aku simpan message dia. Die saje nak jeleskan aku, die dapatkan gol kemenangan Malaysia. Takpela, aku tak jeles pun Fakri..Aku reply pendek je kat semua. Aku tulis "tahniah dan teruskan usehe" jer. Kat K. Rajagopal jer aku reply lain sikit.

2 minggu sebelum Team Malaysia ke Laos, K. Rajagopal ada message aku. Die suh aku join team ke Laos. K. Rajagopal risau, striker Malaysia tak tajam sangat, jadi die nak ambik akulah jadi striker utama. Aku reply, "taknak" masa tu. Aku tahu tugas negara kene dahulukan. Tapi takpela sekali sekala buat jahat. Macam pepatah Melayu gak, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan selalu. Tahun depan World Cup 2010 aku joinla Malaysia. Lagi-lagi dapat lawan Brazil. Mesti boleh ayam-ayamkan Brazil. Ronaldinho bukannya hebat sangat. Aku tolak tu pun bukan ape sangat, aku baru dapat kerja, lagi satu but bola aku tak siap jahit lagi.

Pahal tah atuk duduk depan 7eleven tu lambat sangat jahit kasut aku. Deposit dah bayar dah..ish...

Kan K. Rajagopal ade message kat aku yang dia bangge dapat kalahkan Thailand, so aku reply la. Kat dia ni sorang jer aku reply lain sikit. Aku cakap kat die, yang aku dah kene benti keje dan free sekarang. Aku agak nak main balik jadi striker. K.Rajagopal kate ok, nanti dia anta kapal terbang askar jemput aku ke Laos.

So, esok aku akan ke Laos. Tak sabar aku nak tengok muke-muke penuh harapan budak-budak Malaysia bila jumpa aku nanti. Ni aku tengah berkemas. Aku pinjam but kain jiran aku. Nasib baik saiz kaki dia 7setengah jugak.

Tak puas hati tol aku ngan atuk tu.. Dah 3 minggu jahit kasut tak siap-siap gak..

Nanti semi final kitorang akan lawan tuan rumah Laos. Kemungkinan besar aku jadi striker utama. Jadi korang tengok la aku main nanti k. Kasi sokongan sikit kat skuad harimau ni. Kalau korang tak kenal muke aku macam mana, tengok kat belakang baju. Aku yang ada nama Faiq, nombor 69. Mungkin aku buat rambut Dreadlock time main nanti.

Ok, aku pergi dulu..
Gementar jugak nak lawan Laos ni..hush

Friday, December 11

survey

Apa perasaan korang kalo minggu lepas korang dapat keje. Cukup seminggu keje, kene berhenti keje?

Aku taw takde istilah berhenti keje gune SMS. Sebab takde hitam putih maka tak formal dan tak sah disisi undang-undang. Aku dah check buku hukum kanun pekerjaan Malaysia, memang tak boleh.

Aku saje je malas upah lawyer ajak bos aku bincang kat court.

Wednesday, December 9

"Lu esok, luse dan hari-hari lain lu cuti la"

Pagi ni aku tak kerja lagi. Jam loceng bentuk strawberi aku tak berbunyi. Abes bateri agaknya. Tak boleh salahkan diri aku la bangun lewat. Salah jam!. Aku tengok skrin hanpon Nokia aku. Ade message, tah bile masuk pun aku tak sedar.

"Lu esok, luse dan hari lain-lainnya lu cuti la.. X yah susah dah datang kerja!"

Message tu dari supervisor aku, Dia Cina dengan rambut ungu. Gaye dia macam marah. Tapi aku tak reply, mahal!.....5sen bole beli gule2 getah buat ilang bau rokok.

Dalam pukul 6 aku cuci tangan pastu bancuh milo buat-buat basah tekak.. "Peh kaw,!"aku test rasa guna hujung jari kelingking.. Kalah Mamak-mamak kat sekeliling buat milo. Kalau diorang ambek aku jadi pembuat air, dah lama dah kedai mamak kat kawasan sekitar rumah aku dah jadi hotel. Time tu bole aku charge gaji aku RM 15K bancuh milo.

Sambil layan cerita " Cinta Balqis", aku minum milo guna sudu teh. Kalo gune sudu teh buat minum milo lebih jimat . Boleh minum lebih lama dari kenekan cawan terus ke mulut.

Minum milo otak jadi sehat dan kuat. Aku fikir-fikir. Lebih baik aku balik kampung. Biar la mak ayah nak cakap apa. Asalkan aku makan tak kene keluar duit. Paling kuat 2 hari bebel, pastu diorng pasrah..

Duit aku ada 15 ringgit. Buat tambang bas RM7.50. Baki lagi tujuh setengah buat beli winston 14 ngan gula-gula getah. Yeah!, mission akan berjalan esok....

Sunday, December 6

Nak Tahu 1- ( Adakah anda dirasuk syaitan)

Aku rasa hari ni aku nak kasi pembelajaran kat korang la. Asik-asik Dr fazilah Kamsah jer, aku pun nak try. Apa kau ingat aku tak boleh. Aku tulis dalam bentuk "puilu".

Hari ni hari Sabtu,
Kau cuti,
Kemudian kau bosan,
Kau bukak tv,
Tv 3 keluar,
Sebab,
malam tadi kau tengok Nur Kasih.

Tv 3,
Telenovela dari Venezuela masa tu.
Kau tak suke,
Sebab bila dialih bahasa,
Bunyinya macam gampang,
Kau tuka siaran,
Kau tekan 2 kat button remote.

RTM 2 yang keluar,
Cerita masak-masak,
Kau suke makanan,
Dan ofkos makan,
Tapi kau tak suke Chef Wan,
Jadi kau tuka siaran lagi,
Kali ni kau tekan 9.

Channel 9,
Time ni iklan Ubat gigi,
Kemudian iklan stesen,
"Dekat di Hati",
Rancangan Halaqah bersambung,
Kau cuba dengar,
Kau cuba paham,
Lepas 3 minit,
Kau tertido.

Itu tanda kau dah kene rasuk syaitan!


Muka Ridwan Smith masa kene rasuk syaitan

Glosari

1- Puilu =
sebuah karya sastera Bahasa Melayu yang ikut sukehati penulis la nak tulis macam mana.

Saturday, December 5

Aku dah keje

Pagi tadi aku bangun awal, hampir-hampir nak ketinggalan sembahyang jumaat. Dengan tak mandi aku pergi sembahyang. Pas imam abes baca doa, orang sebelah aku salam aku sambil berpelukan dengan aku. Ini cara orang arab bersalaman. Cool jer dia berpelukan dengan aku, semestinya aku wangi bukan.

Balik sembahyang aku main winning eleven. Gara-gara demam world cup tahun depan. Aku pilih South Afrika. South Afrika lwn England, 12-3. Aku dah cakap dh,Rooney memang kaki bangku. 3 gol tu pun sebab own goal.

Tiba-tiba..telefon bimbit aku berbunyi.
xde nama..
aku agak Fabio Capello call.
Dia nak merayu jangan bantai team dia terok2.

Tapi bukan.
Suara Melayu,
Lelaki, nape tak gadis...
Aku cakap yes 4 kali.. Aku dah dapat keje!

Friday, December 4

40%



Aku ingat lagi satu siri drama yang agak lucu judul "My Name Is Earl". Si Earl ni mempunyai list lebih daripada 100 benda yang di nak lakukan didalam hidup dia. setiap benda yang telah berjaya dia lakukan dia akan cross over from the list.

Selepas 1 tahun aku menonton cerita ni, aku keluarkan dengan list aku sendiri. Dengan jumlah yang ljauh lebih sedikit dan dengan tempoh masa yang lebih pendek. Aku listkan bebrapa perkara aku nak lakukan sebelum 2010 tamat. Time aku listkan benda-benda ni masa tu pertengahan tahun 2009. Sekarang ni tahun 2009 pun dah nak tamat, tapi aku masih tak dapat mencapai setengah pun dari list tersebut.

Dah macam kata-kata Terrence Steadman dalam salah satu filemnya, berbunyi " you walking like a stone". Aku sedar yang aku bergerak seperti batu sekarang ini.

Aku cuma ada setahun lagi sebelum 2010 tamat. December bagi aku peluang supaya dapat cross off satu daripada list aku. Semuanya terletak kepada interview aku petang tadi. Secara statistiknya chance aku hanya 40%. 30% ditolak dari pemaikaian tidak kemas dan 30% lagi dari resume aku yang tak macam resume.

Walau 40%, aku tetap bergantung kepadanya.

Thursday, November 26

Melepak dengan Farid Kamil & Remi Ishak part 2

Sejak-sejak mamak kat Bandar Tasik Permaisuri dah tak bukak 24jam pasal pocong berkeliaran malam-malam. Aku, Farid Kamil dengan Remi Ishak dah tak lepak kat sana. Takkan nak lepak-lepak pastu pukul 12 dah balik rumah, tak macam penggangur langsung. Kitorang lari pergi lepak tempat lain. Destinasi melepak berikutnya kat Restoran Mamak Ridzhan kat Taman Tenaga Cheras. Kedai ni bukak 24 jam lagi. Budak-budak mamak kat sini memang tak takut pocong. Dengar citer, tokey diorang ada sewa bomoh dari Indonesia buat jampi-jampi halau pocong.

Sejak-sejak lepak kat sini. Kitorang kenal dengan seorang ni, nama dia Harun Salim Bachik. Harun Salim Bachik pun selalu lepak kat sini sampai azan Subuh. Dia setiap hari mesti order Milo tarik dengan roti sardin wat tenaga untuk borak. Dia ni keje kat syarikat penfileman, dia kate dia jadi Mak andam je kat situ. Farid Kamil dengan Remi Ishak selalu cucuk-cucuk Harun S.B ni suh dia cari keje-keje kosong kat syarikat penfileman tu. Si Farid Kamil dengan Remi Ishak ni memang dari kecik lagi minat dalam bidang-bidang lakonan ni. Aku tak minat nak cucuk-cucuk, sebab aku memang tak nak keje kat syarikat penfileman ni. Bukan ape, aku takut terjumpa awek lame aku si Diana Danielle.

Suatu hari Harun S.B ada cakap, Syarikat tempat dia keje ada nak cari model. Sape-sape yang berminat bole pergi temuduga. Farid Kamil dengan Remi Ishak memang semangat bab-bab jadi model ni. Budak berdua ni pun cuba naseb la try jadi model. Pukul 5 Petang, masa hari kejadian interview model, aku lepak rumah jer layan tv Spongebob. Aku dapat SMS dari Remi, dia cakap, dia dengan Farid Kamil dapat jadi model. "Syukur, aku ucap" sambil layan tengok kebodohan Patrick.


Farid Kamil masa jadi model Majalah Maskulin


Remi Ishak model majalah maskulin

Budak berdua ni dah berjaya jadi model. Duta majalah Maskulin lagi.
Yang aku konfiusnya apa kes muke aku jadi cover album majalah maskulin tu? Ni kes main curi gamba ni. Aku nak report kat polis.

Wednesday, November 25

Melepak dengan Farid Kamil dan Remi Ishak


Remi Ishak dan Farid Kamil sebelum-sebelum feymes.

Masa ni sekitar hujung-hujung tahun 2009, time ni Farid Kamil tak berlakon lagi cerita Rempit dan Anak Halal. Dia macam aku jugak, melepak tak tentu hala. Malam jaga,siang tidur. Remi Ishak pun sama, dia belum jadi lagi Adam dalam drama fenomena Nur Kasih. Cuma Remi Ishak maju sikit dari aku dan Farid Kamil. Remi dia aja keje kat Kilang Silky Girl jadi operator pengeluaran. Aku dengan Farid selalu dapat minyak wangi free si Remi kasi. Dia cakap itu bonus harian, kalo kerja cekap, memang boleh dapat minyak wangi free.

Malam kedai mamak jadi port borak. Topik utama setiap hari berbincang pasal masa hadapan masing-masing. Kitorang dah tak lalu hidup macam ni, macam takde masa depan jer. Motor Farid Kamil tu dah 14 bulan tak bayar, memang nak kene tarik tapi bonzer yang nak tarik motor tu tak jumpa-jumpa motor EX5 Farid tu. Si Farid sorok dalam selimut buat peluk masa tidur, memang susah nak jumpa.

Aku takdela hutang sape-sape, cuma aku dah lama tak makan nasi lauk ayam. Ngidam sangat aku nak makan nasi lauk ayam. Ni hari-hari aku makan nasi lauk telur ayam ngan kicap, memang tak feel. Remi Ishak pun ada masalah hutang jugak. Dia ada hutang dengan Along Sungai Long. 70Ribu jugakla. Ni kes masa dia buat loan nak kawen ngan Jenifer Aniston kat Thailand. Last-last lagi 3 hari nak kawen dia kene reject. ish.

setiap hari bincang-bincang pasal masa depan memang makan 4 jam jugakla. Nasib baik kedai mamak bukak 24jam. Memahami keperluan masa perbincangan kami. Takde kedai mamak memang gelap hidup kami, tanpa arah tujuan dan perbincangan yang rapi.

Aku dengar cerita start malam ni mamak-mamak kat Bandar Tasik Permaisuri dah tak bukak 24 Jam. Semua nak tutup kedai pukul 12. Budak-budak mamak ni takut bukak kedai sampai pagi sebab baru-baru ni ada cerita pocong mengganas kat kawasan tu.

Ahhh...gelap lagi masa depan aku....

Sunday, November 22

The Kawen



Institut telah mengisytiharkan cuti secara rasmi kepada pelajar-pelajar. Apalagi aku,dapat cuti aku terus balik rumahla, nak kejar makan malam kat umah. Mamaku call cakap malam ni ada makan besar 12 jenis lauk.

Dengan kereta buatan Malaysia dicampur dengan teknologi Jepun, aku setting nak balik rumah. Pack barang agak-agak macam lelaki pastu terus ke Petronas. Orang cakap minyak kat petronas bagus,dulu Alex Yoong pakai minyak tu time dia kat F1, no wonderla asik menang jer. Yang penting minyak tu buatan Malaysia, aku jenis patriotik punya manusia.

Sampai rumah pukul 8 malam. Mamaku wat muka-muka agak cute terus bagi aku arahan pergi rumah Ustaz Murjan. Dengan tanpa tahu objektif sebenar aku pergi tanpa tujuan. Mungkin aku disantau oleh mamaku. Segala pergerakkanku bergerak dengan sendiri. Aku cuba menahan pergerakkan kakiku, tetapi gagal.

Sampai rumah Ustaz Murjan, dah ramai OL-OL (orang lama) kampung tunggu. Wak Jono dah sentengah abis curut dia. Aku pun tanpa sedar dah duduk dalam lengkungan separa bulat itu. Ustaz Murjan memulakan bicara dengan kata-kata Islamic mengucapkan selamat datang ke mesyuarat tergempar kampung buat kali pertama sejak 20tahun lalu. Tujuan mesyuarat tergempar ini adalah untuk membincangkan isu-isu berbangkit mengenai kenduri-kenduri kawen yang akan berlangsung dikampungku. Lebih kurang 20gak la sempena cuti sekolah ni, menurut kata Ustaz Murjan.

OL-OL ni bahagi-bahagi kerja. Aku diberi tugas sebagai pencuci pinggan.
Huh, asal mencuci je kasi aku. Kasi la aku part jage makanan, atleast membantu dalam tumbesaran badanku. Inilah namanya politik tidak seimbang.

Agak pukul 2.30 pagi, majlis mesyuarat tamat. Ada jamuan sikit untuk jemaah mesyuarat. Aku try kira-kira lauknya memang ada 12 jenis.

Pas melantak aku balik rumah. Aku pun check la henponku, manala taw Veronica Dominic anta msg. Kat skrin henpon ku, ada tertera "3 Messages Received". 2 dari Celcom,pemberitahuan kredit dah nak expired dan lagi 1 dari no yang tidak dikenali. Aku pun membaca message tu.

"Hye, awk jom kita kawen. Saya Debra Duncan berumur 11 tahun"..

Apa kes! budak darjah 5 pun dah gatal,ish..."kata aku penuh marah dalam hati,sambil simpan message tadi dalam ruangan saved message"..

Thursday, November 19

Hari Ini Bkn 31 Ogos Tapi Tetap Hari Merdeka



Dua minggu jugak la aku ambek periksa. 2 minggu jugaklah aku jarang online, bukan kerana gara-gara peperiksaan tetapi aliran jalur streamyx yang tidak menentu. Ini jap lagi terputus la tu connectionnya. Tiap-tiap hari aku tengok iklan Tv3 budak-budak kampung Tungkai main kompang mase majlis kawen nyanyi lagu, potong, potongla, potong. Aku tahan dulu la, kalo tak bole blah gak, aku potong jugak wayar ni.

Minggu peperiksaan memang getir. Macam perang time world war 2. Rejimen-rejimen Nazi dari Maktab Perguruan Teknik berjaga malam sebab nak lawan musuh esok harinya. Aku ada dengar cerita, yang Jeneral Ali minum tongkat Ali 14 cawan nak berjaga malam. Patut lah pagi-pagi aku tengok Jeneral Ali nampak maskulin je time jawab periksa.

Aritu, ade budak kantoi bawak toyol meniru. Dengar citer dia kene denda tekan tubi 20 kali. Berpeluh gak la kene buat tekan tubi dalam dewan periksa. Bomoh-bomoh ghaib bawak toyol dalam botol koka kola tapi budak-budak sekarang bawak dalam poket seluar jer. Dunia dah maju, toyol pun dah makin akhir zaman jadi makin kecik, senang je nak selit dalam poket. Tak bernafas gak la toyol tu, lagi-lagi toyol yang duduk kat dalam seluar Manjoi Ali. Manjoi Ali tak penah basuh seluar dia sejak dia beli tu seluar tu masa tahun 2003.

secara rasminya 19 November 2009 pada jam 4.15 petang, aku selesai jawab semua soalan periksa. Pink jugak la dada aku rasa kepuasan. Sekarang aku dah cuti secara rasmi. Ada sape-sape nak kasi aku keje tak? gaji bawah 10ribu pun ok. Aku rasa nak keje la hujung tahun ni. Last keje pas SPM dulu. Terdesak!

Berikut butir-butir resume aku:

Nama: Lofi Harun ( bkn nama sebenar aku)
Umur: 21
No tel: 1300-88-2525 ( kalo call, order utk aku sekali)
Pengalaman Bekerja: 8bulan 13 hari
Kerja dulu: sebagai tukang anta makanan, lap meja dan kira-kira.
Gaji lepas: Rm 500 sebulan + makan minum.
Kerja yg diharapkan sekarang: BOS!

Thursday, November 5

Joe Labu Dah Ada Mercedes Silver

Pagi-pagi lagi Lan Lomu anak ketua kampung call sama aku. Time tu aku tengah solat subuh, tak terjawab la panggilan pertama dia. Lan Lomu call aku berkali-kali, yang kali ke5 cubaan baru la sambungan komunikasi dari henfon dia ke telefon rumah aku bersambung. Itu pun aku dah pecutkan sedikit bacaan aku dalam solat subuh sebab nak jawab panggilan telefon tu. Mana taw ada emegensi sebab call banyak kali.

Lan Lomu tergesa-gesa call aku sebab dia bangun pagi hari ini dia tengok kat luar tingkap rumah ada kereta Mercedes silver depan rumah Joe Labu. Lan Lomu cakap itu mesti kereta baru Joe Labu. Hari tu time lepak kat kedai Wak Tukiman sambil pekena teh, memang Joe Labu ada cerita kat kitorang yang dia nak beli kereta. Tak sangka aku yang dia mampu beli Mercedes. Macam mana budak operator pengeluaran Kilang Panasonic ni boleh pakai Mercedes. Aku dengar tiap-tiap bulan gaji dia asik kene potong jer sebab shot barang tapi masih tetap mampu beli kereta Mercedes. Memang aku respek la sama Joe Labu. Aku rasa time g kerja nanti, mesti budak-budak yang up sikit pangkat dari Joe Labu macam Rosni Ali si Supervisor mesti jealous sama Joe Labu.

Tengah hari ni aku ingat nak singgah rumah Joe Labu la. Aku nak bodek dia suruh dia bawak aku g round pekan Tanjong Karang. Dah lama tak g pekan naik kereta, ini asik naik Bas Park May jer.


kereta mercedes baru joe labu sedang memecut menuju pekan Tanjong Karang.

Aku ingat hari ni nak merasa naik kereta mercedes baru joe labu, tapi hampeh. Dia cakap kat aku.

"ko g naik kereta kancil bapak aku ni"
"aku nak bawak Fatimah Lenggang g jalan-jalan kat pekan"


Peh Joe Labu, ada kereta baru terus bawak awek jalan-jalan, kawan ditinggalkannya.
Ini aku ngan Lan Lomu follow dari belakang kasi paparazi diorang. Aku respek flat kereta Joe Labu la. "JL 2010".Tempah khas untuk name dia tu, " Joe Labu 2010". Azam dia memang tinggi menghadapi 2010 nanti, aku dengan Lan Lomu macam mana? Takkan masih nak bangun tidur pukul 2 ptg pastu terus masuk dapur?

Wednesday, November 4

zaman-zaman ketika budak-budak masih berseluar cikang ke sekolah..


di tengah-tengah kesibukkan bandaraya kuala selangor.. terletak sebuah bus station menjadi lokasi utama tumpuan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas ke tempat-tempat ditujui..tahun ni kira-kira awal 2000an.. masa tu bus stand ni baru jer siap dibina oleh kontraktor kelas atasan yang juga konco-konco khir toyo..aku time ni sedang bersekolah menengah..

selalunya aku tiba kat bus station ni lebih kurang pukul 4ptg pada hari jumaat..biasalah budak-budak asrama diberi pulang ke rumah sebulan sekali jer..pas tok imam kasi salam yang pertama jer aku terus pecut ambik kasut north star putih aku g bandar klang..dengan kasut north start tak ikat lagi aku g naik bas untuk ke kuala selangor..

pukul 4ptg aku sampai la ke bus station kuala selangor ni..aku dengan beg balik kampung adidas siam turun dari bas jer mata aku melilau cari gang-gang sekampung..biasanya diorang duduk dekat sudut belah kiri dekat dengan kedai rojak buah..macam biasa joe labu mesti tengah mengayat awek kuala selangor bila aku sampai kat sana..aku kasi salam sama budak-budak sekampung dan sekehan ke kepala joe labu..pas salam, aku terus nyala rokok dunhill sebatang dan duk bersembang..topik utama biasalah, pasal sistem asrama masing-masing, maki warden la, cikgu la dan lain-lain..awal 2000an tu dunhill murah lagi budak sekolah pun isap dunhill, tapi sekarang orang kerja kerajaan pun pikir dua kali nak beli dunhill..

kat satu sudut dekat dengan tempat teksi mercedes season, port budak-budak teknik sungai buluh..berkemaja putih,seluar hitam cikang dan berkasut kulit..sekor-sekor kat tangan ada dunhill..aktiviti masih sama duk bersembang dan mulut bersiul ngorat awek-awek cun kuala..kat port-port lain juga ramai lagi budak-budak sekolah dari asrama lain yang melepak sama macam budak-budak teknik dan budak-budak dari kampung aku..

kami semua ni tengah tunggu bas park may merah yang destinasi perjalanannya dari kuala selangor ke sabak bernam... bila bus ni jer sampai, tak kira la korang dari budak-budak teknik ke, sekolah agama ker, sekolah harian biasa ke, semua berebut-rebut nak naik bas ni..tempat duduk agak limited untuk dibandingkan dengan jumlah penumpang yang mahu pergi ke arah sabak bernam..sebab badan aku kecik, aku selit-selit pastu cari port duduk tepi tingkap..

bas park may merah ni menggunakan sistem bas mini dimana tiket dibayar pada konduktor bus..ciri fizikal bas ini juga seperti bas mini dimana tiada tingkap dan kerusi kayu..disebabkan orang ramai, konduktor bas mesti selalunya jerit,"masuk dalam lagi,masuk dalam lagi"..berhimpit-himpit orang yang berdiri..aku senyum sinis jer pada mereka yang berdiri yang penting aku dah dapat duduk..aku tengok joe labu berdiri..badan dia yang obesiti pun dah jadi kurus sebab kene tolak ngan punggung orang depan sebab berhimpit-himpit..pas semua dah boleh masuk, bas pun jalan..time tu la konduktor bas pergi kat sorang mintak wang perlindungan untuk naik bas ini..untuk perlindungan sampai ke tanjung karang harganya rm 1.20, jika tidak salah la..

naik bas macam ni, memang seronok..drivernya semua mesti rempit bawak bas..aku tengok budak-budak yang pakai bacylcream stronghold pun rambut terburai kene angin luar bas ni..aku saja pilih tempat sebelah tingkap, senang sikit nak isap rokok..feel jer boleh isap rokok dalam perjalanan..joe labu yang berdiri, sangap jer tengok aku isap rokok..dalam bas biasalah, tak kisahlah budak mana-mana pun semua sama-sama borak dan gelak-gelak dalam bas..suasana dalam bas ketika itu dah macam kat dalam kedai mamak..memang nostalgia zaman itu..bas sekarang dah tak feel, nak makan kuaci dalam bas pun dah tak boleh..

agak-agak 15 minit perjalanan dari kuala selangor, sampai la ke tanjong karang.. tangan aku setting nak tekan loceng berhenti..sampai ke destinasi terdekat dengan rumah aku..aku pun tekan loceng, driver bas yang tadi merempit terus mempelahankan bas dan berhenti di tepi jalan...aku angkat beg adidas siam aku dan menapak ke rumah..bas tadi pun merempit kembali untuk ke destinasi seterusnya....

------------
semalam, aku dengan rosnah jalani tak der keje..naik komuter dari mid valley pergi ke shah alam..pastu patah balik ke mid valley..naik semata-mata sebab dah lama tak naik komuter..

Monday, November 2

polis punya button ada tulis saya anti rasuah



gua baca beberapa blog-blog remaja buat masa sekarang ini semuanya streotaip saja...semua tajuknya berbeza tulisan tetapi membawa maksud yang sama.. sama juga seperti tajuk akhbar utama berita harian mahupun metro yang heboh menulis cerita yang sama mengenai kemengan chelsea keatas bolton wanderes sebanyak 4 gol berbalas 0...

tajuk streotaip yang heboh diperkatakan pada masa kini adalah mengenai exam yang remaja-remaja ini bakal ataupun sedang hadapi.. tidak dinafikan mana-mana kolej didunia ini havard, mahupun universiti malaya ataupun IPTKL memang mempunyai sistem yang hampir sama dimana pada akhir semester setiap pelajar akan diuji dengan menduduki peperiksaan..naluri pelajar semuanya hampir sama, asal exam nak dekat mesti perasan takut dan haru biru itu timbul..seperti wayne rooney yang sentiasa cap ayam dan huru-hara utk menjaringkan gol..

gua tengok sekeliling gua, ada macam-macam jenis cara belajar..ada yang study berkumpulan, ada yang study berpasangan berlainan jantina dibawah pohon rhu, ada yang study berseorangan di perpustakaan senyap..macam-macam..ini semua cara orang berhaluan kanan..gua lebih suka dengan orang cara belajar berhaluan kiri..mereka belajar dengan ringkas dengan menulis nota kecil dikertas A4 dan nanti dilipat-lipat kertas itu kemudiannya di masukkan kedalam kocek seluarnya..bak datang apa pun soalan, senyum saja golongan ini...

antara haluan kiri dan kanan ni, gua tak pilih mana-mana pun..gua lebih suka cara polis... gua awal-awal dah rasuah tukang buat soalan periksa gua supaya bocorkan kat gua..malam sebelum periksan gua tunggu saja sms dari En Razali Samon..konfem dia anta semua jawapan dari soalan 1 hgga la ke 50..so nnt gua jawab periksa mudah saja, semua jawapan sudah tahu...

tidak salah bukan.. polis boleh buat, kita pun boleh buat.. poliskan role model kita... bersih,cekap, amanah... salam satu malaysia...

Friday, October 30

cameron highland



semester ni gua ada satu lagi program untuk membina insan warga bakal pendidik yang diberi nama Bina Insan Guru(BIG)... untuk kali ni BIG ni masuk yang ke siri 4 iaitu khidmat komuniti..budak-budak urusetia program berjaya buat program ni ke cameron highland..fuh style2...

perkara-perkara yang gua tak boleh lupe tentang program ini:

a) musim-musin hujan ni, malam kat cameron higland macam aku duk kat dalam peti ais samsung.

b) Salman merupakan cucu Puan Bibi Kurshid..

c) air sungainye pun bapak sejuk..aku tengok ikan pun pakai sweater.

d) ais krim strawberi sedap..
-----------------------------------------------------------------------

sebelum balik ke kolej semula..budak-budak semua sibuk bershopping barang..gua tengok budak-budak ni semua mesti beli strawberi sebundle banyaknye..gua tengok, ade sorang minah sebaya gua, siap beli berkotak-kotak..die ikat kotak strawberinye kat atas bumbung bas..dah mcm keretapi kat calculta tol...gua tak teruja pun nak beli strawberi, sampai letih satu minah indon tu offer gua suruh beli strawberi die..

"adik, beli ini strawberi, rm 10 sekotak jer, manis dan sedap skali"
"adik, beli ini strawberi, 2 kotak rm10 , manis dan sedap skali"
"adik, beli ini strawberi, 4 kotak rm10 , manis dan sedap skali"

sampai 4 kotak minah indon tu offer gua..gua tetap xnak beli.. gua bukan ape, gua ingat lagi peristiwa "Sweeping Malaysian"..gua taw la tokey die bukan indon, tapi pekerja die indon, gua tolak jugala..kalo die ambek minah tempatan mungkin juga gua beli satu lori..

last-last, gua beli jugala..gua beli sayur..gua plan, nak bwk balik sayur ni ke rumah, suruh mama gua masak tomyam..konfem 120 kali ganda lagi sedap dari strawberi..

Monday, October 19

Awas projek pembersihan 500m



pergerakkan neuron-neuron didalam kotak mental aku semakin pelahan dan pelahan dari hari ke hari.. hakikatnya aku menjadi semakin sukar untuk menulis blog ini..dulunya aku dapat lihat pergerakkan kepak rama-rama penuh kelajuan kerana kelajuan processor otakku berfungsi, kini tidak lagi, aku cuma dapat lihat kepak rama-rama itu berkipas dengan nada pelahan dan makin pelahan..riak muka keletihan rama-rama biru mengipas sayapnya pun jelas kelihatan.semua disebabkan proses tindak balas kimia antara lemak rendang ayam dan kolestrol sambal kacang yang menyekat laluan larian neuron-neuron wajaku.. proses pembersihan sedang giat dijalankan.. semoga aku kembali normal...

Thursday, October 8

4-4-2

gua dah kenal carlos ancerlotti lama dah..lebih kurang 10 tahun lepas la.. gua kenal dia masa dia ngan gua sama-sama masuk kursus coaching kat Tanjong Karang..time tu bukan ancelloti saja yang join, Alex Ferguson, Mourinho, Wenger dan ramai lagi la manager yang terkenal join kursus tu.. gua rasa K. Devan pun join gak..gua ada nampak dia kalau tak silap..no wonder la Selangor power!

berbalik kepada kisah hubungan gua ngan carlos ancerlotti.. gua ngan dia boleh kenal, sebab kitorang satu kumpulan masa kursus tu.. gua ngan dia memang rapat. gua panggil dia lotti jer..lotti ni dari dulu lagi gua taw dia ni memang berkebolehan, tapi dalam apa pun gua lagi berkebolehan dari dia la.. bukan gua nak berlagak, tapi time tu Alex Ferguson ngan Mourinho sendiri cakap yang gua ni, bagus la, kretip dan berinovatif..

sejak kursus tu tamat, gua ngan lotti ni jarang la contact,,dia sibuk ngan ac milan dia..gua pun sibuk coaching team gua.. tapi 3minggu lepas, gua dapat sms dari lotti ni.. gua pun terkejut, selepas 10 tahun tetibe dia contact gua.. pelik, mana dia dapat nombor gua..dulu gua pakai maxis, dia ade no maxis gua jer..tp 2 tahun lepas gua bertukar ke celcom, no lama gua dah lama pupus.. gua agak-agak dia mintak nombor gua kat cheryl awek ashley cole kot..dulu sebelum cheryl tu ngan ashley cole dia ngan gua..

lotti ni sms gua sebab dia ada problem..dia ngadu kat gua yang dia malu aritu sebab Chelsea kalah dengan Wigan.. dia pun mintak tolong gua la solvekan problem dia.. kawan-kawan kan, takkan gua tak tolong.. dia mintak tolong gua sebab next game chelsea akan lawan liverpool.. dia cakap dia tak mau kalah lagi, dah la game tu nak main kat stamford Bridge.. sebagai kawankan, gua pun susunkan la strategi untuk dia bagi menghadapi liverpool.. gua setting semuanya siap-siap, gua bagitau semua, sapa yang perlu main, posisi mana, cara bermain.. as a result, chelsea menang 2-0 ngan liverpool.. pas game tu kan, 1200 sms lotti ni kasi kat gua untuk ucapan terima kasih.. gua pun tak larat nak reply semua, gua reply 3 jer.. next game ni chelsea akan lawan Aston Villa. lotti mintak tolong gua lagi, gua dah setting siap strategi untuk game tu.. jap lagi gua email strategi tu kat lu ya lotti..

tapi gua pelik la..sejak game chelsea liverpool tu, bukan lotti saja asik sms gua, alex ferguson, wenger ngan mourinho pun slalu sms gua..diorang pun nak mintak tolong gua setting untuk team-team diorang..huh, gua belah the blues jer..jadi gua tolong the blues je la..

fyi - gua sekarang tengah sibuk coaching team Tanjong Karang Fc.. ya la Piala Dunia tahun depan jer..gua mesti prepare team terbaiknya, stakat Spain, Italy, France ngan Brazil, gua rasa ngan player gua sekarang mudah-mudah jer gua makan diorang..

Wednesday, October 7

cendol menthol ligth 14



rokok naik harga lagi.. cendol kat tepi jalan depan masjid pun naik harga gak.. naseb baik aku tak isap rokok, cuma makan cendol jer.. padan muke sama kawan aku yang isap rokok ngan makan cendol tepi jalan depan petronas...due-due naik harga..

Sunday, October 4

gerai wak tokiman

selepas SPM, dh agak-agak sebulan aku duduk kat rumah..otak aku pun dah tepu dengan bebelan mak aku,setiap hari...makan,tidur, winning eleven, mak mane yang tak marah kalo setiap hari itu jer yang dibuatnya..kawan-kwan aku pun gelar aku sampah masyarakat..peh ckup x cool name tu..tercabar naluri lelaki aku untuk cari kerja..

aku ingat lagi,pagi ahad, aku bangun awal..terbeliak 3minit mata mak aku,terkejut..aku pakai baju kemeja gosok siap, berseluar trak, rambut sikat tepi..letak tancho skit, kasi tahan lama..kilang Adabi aku tanye, die reject, kilang panasonic pun sama.. aku mintak kat kedai runcit achong, dia reject juga, mamak hajris pun reject juga.. last skali gerai wak tokiman jugak yang ambek aku.. mungkin dia teruja tengok aku berbaju kemeja kemas, sebab sebelum ni aku asik berjeans koyak lutut, dan berbaju bundle je.. mungkin wak ingat aku telah berubah dari jasmani dan rohani..tp semua ini hipokrit belaka..

aku di bagi tugas untuk lap-lap meja,ambek order dan angkat pinggan..orang putih panggil keje tu sebagai "waiter"..aku try la keje seminggu..memang letih gila kerja kat kedai makan ni..setiap hari balik umah dalam pukul 4.30 pagi.. belum kire kerenah pelanggan lagi, order nak main-main jer..teh ais xnak susu la, air kosong kurang manis la, rasa nak sekeh-sekeh jer kepala diorang, nasib baik gerai wak tokiman ni ada piagam pelanggan yg menyatakan sebagai pekerja kita harus menyanyangi pembeli..

kalau aku dah bosan sangat, aku cuba kasi macam-macam alasan, supaya aku dapat balik umah awal layan tidur..tapi tak penah satu pun alasan aku diterima pakai..semua direject..alasan bukan lekeh-lekeh, contohnya," mak ajak balik awal suh tuka mentol terbakar", "ayah suruh balik sebab nak wat semayang berjemaah pada 1/3 malam".. tak cukup baik ke alasan? tak adil betul bos aku..

yang peliknya, ada seorang mamat ni, dia tukang buat air, dia ni asal nak balik awal jer mesti dia dapat.. slalunya khamis malam jumaat la..aku pelik, baik pulak bos aku kat dia..suatu hari aku tanya ape alasan dia kasi..kira aku nak gune pakai gak la..

dia cakap alasan dia senang jer," bos, isteri saya dah boleh semayang,".. bos pun mesti cakap " baik-baik, balik la awal, saya faham,kamu dah lama tak buat"

peh..alasan dia simple jer..nasib baik aku tak kawin lagi..kalau tak alasan sama dah aku guna! boleh asik balik awal jer..

Tuesday, September 29

nation calling!

Warta Malaya
Isnin
29 September 09

Menurut seorang jeneral berhaluan kiri, Sir Mejar Megat Judi, askar-askar dari negara jiran telah berlabuh di perairan Teluk Balik, Perak bagi melancarkan siri serangan ke atas Malaysia.. mereka datang dengan jumlah kekuatan kira-kira 100ribu askar berjalan kaki lengkap dengan senjata, 1000 askar bergajah dan 10000 askar berkuda.. selain itu, arteleri-arteleri berat juga sudah berada dipersisiran pantai teluk batik... ini jelas sekali menunjukkan bahawa mereka memang serius untuk menyerang tanah air kita.. mengikut pelan georafi, Teluk Batik merupakan kawasan yang strategik untuk melakukan permulaan serangan..

Beliau turut merayu agar warga-warga Pengakap Malaysia membantu dalam pertempuran kali ini. beliau percaya bahawa kemahiran-kemahiran yang diajar didalam pengakap mampu menewaskan musuh. kemahiran lilitan tali seperti simpul manuk dan tindih kasih mampu menundukkan tentera bergajah dan berkuda musuh menurut pandangan beliau.. selain itu, beliau juga turut percaya bahawa lagu-lagu pengakap seperti "rasa-sayang","hora hure hio" mampu menaikkan semangat kepada warga pengakap semasa berada di medan pertempuran.. menurut mejar itu lagi, beliau telah merancang satu pelan serangan yang unik bagi ahli pengakap bagi menumpaskan musuh.. iaitu melalui kunci utama serangan iaitu berdasarkan pesta unggun api di malam kebudayaan pengakap.. beliau percaya 100% bahawa pihak musuh akan terlalai dengan persembahan indah warga pengakap ini, lalu warga pengakap ini mampu menumpaskan musuh semasa pihak musuh sedang lalai melayan gelekan merdu warga pengakap semasa persembahan.setakat ini sahaja.. reutor embong..
---------------------------------------------------

aku terbaca petikan berita ini semalam.. sebagai ahli pegakap aku kene menyahut seruan negara ini.ibarat slogan pengakap "buat sehabis baik"..aku dh cop, kepala joni susinto,aku nak buat keychain leher kucing aku...

oleh itu, aku akan tiada selama seminggu..
doakan aku selamat pergi dan pulang..

Saturday, September 26

aku tak dapat duit raya!



aku dah cakap dah..budak-budak sekarang memang tak bertuah..diorang dah tak main meriam buatan daripada paip-paip pvc syarikat air swasta..pagi-pagi raya main belon sabun,memang tak heaven..

Sunday, September 20

selamat hari raya!

Saturday, September 19

minggu akhir sblm raya

minggu akhir sebelum kolej cuti busy mcam sial..
assignment semua nak anta dalam minggu ni..
settle sudah..

pagi jumaat, assignment last aku anta..
pastu aku pecut g balik rumah...
nak sambut raya..

aku dh slmt sampai..
minum air free kt petronas mmg sdp..

peh..aku kire baju raya adik aku ada 4..
seluar jeans lagi..
abang aku lak..baju raya ade 3, seluar ade 3 gak..
aku try bukak beg baju aku..
ade 2 helai pakaiaan je....
1 baju berkolar yg aku pakai buat g kelas semggu 2 kali..
1 lgi seluar jeans koyak kt lutut aku..dh 2thun stgh dh jeans ni..

peh xley jd ni..
aku nk chow..
gerak g bundle..
nak cari baju melayu!

Wednesday, September 16

Jalan di jalan tar


aku rase kalo ade jalan 2 tingkat selesa kot..



pak bombay dua orang ni tanye aku..

pak bombay: assalamualaikum..
aku: waalaikumusalam.
pak bombay: adik, ini hari buka puasa pukul berapa?
aku: pukul 9.40... malam punya ya,bukan siang..
pak arab: oh,terima kasih dik.
aku: owh xde halla..sama-sama
pak bombay: assalamualaikum..(sambil beransur pergi)
aku: waalaikumsalam..

padan muke itu pak bombay..aritu die puasa lebih lama sikit..at least makin bnyk kot pahala die..



aku rasa aku dengan kawan aku kene balasan Tuhan la sebab menipu pak bombay.. peh ade ke nasi lemak lauk ayam rm7.. nasi lemak tepi jalan je pun bknnye nasi lemak kampung baru..

Saturday, September 12

labelan berbuka puasa

sejak puasa-puasa ni aku asik kene label ngan macam-macam orang jer..konpius aku ngan labelan-labelan diorang ni..

- bila aku berbuka puasa kat bilik sorang2 diorang cakap aku anti-sosial..
- bila aku berbuka puasa kat pizza diorang cakap aku bajet western..
- bila aku berbuka puasa kat suarau diorang cakap aku bajet alim.
- bila aku beli kat bazar pastu berbuka kat tepi tasik diorang cakap aku jiwang..
- bila aku berbuka dalam kereta jer, diorang cakap aku tak pandai bahgi masa..

letih dah aku dengar semua ni..esok memang aku tekat nak buat benda baru..
esk aku nak berbuka pukul 1ptg..
tak kesah kat mane-mane pun..
agak-agak ape diorang nak label aku?

aku dh taw,.
konfem diorang label aku SETAN..

peh..aku kene sial ngan org lidi..dia ckp aku dh lame x update..
sblm ni pun aku dh penh kene.
aku x mrh kene sial..at least aku taw, aku ade follower yg true..
hahahaa...thanks bro..thanks everybody 4 reading!

Wednesday, September 9

Talib itu Taliban

budak-budak sekarang main mercun dah tak sehardcore dulu la,time zaman-zaman Alleycat masih top.. aku pas semayang terakwih try jap pusing-pusing sekitar kampung..aku tengok budak-budak sekarang main mercun pun dengan guidance dari parents.. peh! tak menjana kreativiti budak-budak betul kalo main mercun pun di bawah pengawasan ibu-bapa..itu pun setakat main bunge api yang depan merah pastu belakangnya belang baju tadika kemas..

kalau dulu,zaman-zaman 90-an budak-budak ni memang kreatip.. budak-budak ni akal semua tahap high order thinking..meriam pun budak-budak ni boleh buat la.. curi pvc-pvc kat kawasan-kawasan jajahan Jabatan Pengairan dan saliran..pastu setup meriam tepat muncung kearah rumah Tok Sidang Saad.. sekali meletup je meriam tu, sejam tok sidang tu melatah..habis pahala puasa dia untuk sehari.. kesian...

kalau rumah hilang tin milo ke, tin susu ke..mak bapak dulu memang dah siapkan rotan setebal 8cm diameter nak libas anak-anak diorang bila balik je rumah.. Budak-budak dulu main meriam guna tin pun bole.. meriam katak namanya.. pernah sekali tu kitorang setup kabait overdose sket,terbang tinggi tin tu sikit lagi nak kena kapal terbang MAS..

bagi yang suka pada kecantikan dan bukannya keganasan..diorang ni pakat rembat mak diorang punye berus-berus pinggan..setiap hari mak beli berus baru, tiap-tiap hari hilang..last-last mak dia beli pinggan pakai buang jer..dah tak payah nak basuh..budak-budak dulu buat berus-berus tu kasi jadi bunge api.. boleh pusing-pusing lagi..memang berinovasi.. no wonder la remaja-remaja sekarang makin bijak..

walaupun semua tahap hardcore, takdela pulak budak-budak ni ada yang hilang jari, buta mate ke mase zaman budak-budak..semua ok jer..siap layak masuk ke institut pengajian tinggi lagi..

semalam aku baca surat khabar kosmo..muke surat 46.. ade iklan rekrut Taliban.. aku nak ajak la budak-budak ni join.. mesti diorang layak memohon dengan jayanya.

Tuesday, September 8

syukur.

aku rase nak menulis blog time puase ni susah la..
idea tak nak lak datang-datang..

bulan puasa bulan mulia..
sebab tu aku susah nak menipu pada bulan ni..
lagi satu setan semua kene ikat..
memang xde kene hasutan dari diorang durjana ni..

Thursday, September 3

satu hari mengexplore cinta

aku faiq..aku 8 tahun..setiap petang aku duduk depan television biru 16 inchi..
saluran 3 drama Melayu berjudul "Nurcinta"..
tidak pernah lepas walau sesaat..
plotnya kekadang sungguh membahagiakan..sebagai lawanya ia kekadang amat menyedihkan..

suatu hari sedang aku menonton..aku berlari turun ke dapur..aku dengan tercungap-cungap menanyakan kepada ibuku dengan suara terputus-putus..

"ma, apa itu cinta?"

ibuku dengan muke yang agak ganjal menjawab.
"cinta itu adalah sesuatu perasaan yang masih tidak tercapai oleh akalmu"

Malam itu, aku kesurau untuk berjemaah bersama tua-tua kampung..
si perjalanan pulang aku mengajukan soalan yang sama kepada Pak Imam Manan.

"Pakcik apa itu cinta?"
"cinta adalah perasaan suci yang lahir dari rohaniah, dan cinta yg terpaling agong adalah kepada Allah?" lemah lembut dari seorang imam.

esok paginya aku kesokolah seperti pelajar-pelajar lain yg sebayaku..
aku menanyakan soalan yg sama kepada guru Bahasa Melayuku, cikgu Supiah Makdong.

"cikgu apa itu cinta?"
"cinta itu suci dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta itu akan cacat.Itulah cinta yang sebenar"..balas cikgu supiah

Petang itu aku kepadang untuk berbola.. diperjalan aku berjumpa abang Z..seorang rockerz yg masih bujang..tempatnya sentiasa di persimpangan antara jalan utama dengan jalan mawar.

"abg,apa itu cinta?"
"oh,cinta itu diibarat seperti gitar gua ini,bila ia dipetik dan dibelai,ia merdua.bila ditinggalkan ia berkarat serta menangis tanpa lagu"..padat dari brother z.

aku pulang ke rumah selepas berbola..
sebelum aku mandi..aku capai sehelai kertas putih..dengan marker pen bewarna hitam gelap, aku tulis besar-besar kesemua difinisi cinta itu..
lalu aku lekatkan ia di dinding sudut berdekatan dengan lampu kuning..

1 Tahun..
2 Tahun..
10 Tahun..
13 Tahun Berlalu.......

kini aku 21tahun..
kertas putih itu masih terlekat disudut itu seperti asal.
cuma dulunya ia putih, sekarang ia sudah kekuningan dengan beberapa bahagian dimakan anai-anai..

aku membaca kembali apa yang aku tulis 13tahun dahulu..
aku hanya tersenyum..
"aku tahu sejak dari kecil lagi aku memang pandai menipu"

Monday, August 31

Diari Solat Terakwih ke 11

malam ni merupakan solat terakwih yang ke 12.. seperti biasa, aku ngan ayah aku memang pergi ke masjid dengan kenderaan masing-masing.. ayah aku dengan kereta sport 60'an dia dan aku dengan motor honda c70.. yela, ayah aku slalu pergi masjid awal, berwirid dulu 2-3round pastu semayang dulu solat sunat.. aku, yang golongan mude-mude ni biase la,buat semua tu kat rumah jer.. pas bilal abes azan isyak baru start nak gerak ke masjid

malam ke 11 ni.. ayah aku pas je berbuke terus die cakap kt aku.. yang malam ni aku kene transit die ke masjid..kete sport ayah aku tersadai kat workshop si deris,sebab enjin blow time gi beli ikan petang tadi..

pukul 8 tepat aku dah siap-siap nak gi masjid.. aku pun start moto warisan dari atok aku dulu ni.. ceper,ceper,bunyinye..aku rider, ayah aku bonceng kat belakang...bawak orang tua, tak bole laju-laju..aku mantain pulas throtle moto pada kadar kelajuan 40 km/h..

lebih kurang 50meter lagi nak sampai masjid..tibe-tibe mata aku terasa silau yang amat..aku nampak satu bende terang benderang kat atas masjid tu..

"peh, itu bintang..itu bintang Sirius".

aku lekas-lekas bagitau kat ayah aku..
"abah tengok tu, bulan puase ni memang mulia, bintang pun pergi semayang kat masjid, abah nak taw, itu bintang sirius, aiq belaja gak nama-nama bintang"

ayah aku reply..
"kepala hotak ko itu bintang, itu kubah masjid baru la,bentuk je bintang.. dah 2minggu dah masjid ni pakai kubah tu"

"ko ni dah bape lamer tak pergi masjid ni?..
"abes tu sebelum ni ko semayang terakwih ngan jumaat kat mana", ayah aku menyambung dengan sedas pukulan tepat kat kepala aku..

Saturday, August 29

belang merah putih

aku tengok orang-orang kampung aku tahun ni lain macam jer.. diorang tahun ni cam semangat lebih jer nak raye.. puasa baru seminggu tapi diorang dh wat preparation untuk raya sejak 3hari lepas.. tak yah cerite pasal gule pasir yang tiap-tiap hari sold out kat sumer minimarket milik acong ngan ah guan..tapi preparation kali ni lebih havoc..

yang paling semangat la, aku tengok.. jiran depan rumah aku, rumah ketua kampung,Wak Kutimin.. mentang-mentang dia ketua kampung konon-konon dia nak kasi batu locatan la kat semua orang kampung supaya sambut raya tahun ni dengan semangat..role model la kononnya wak kutimin tu..raya lama lagi la wak..rumah dia dah siap cat dah.. 3hari 3malam aku tengok kutimin ngan anak-anak die cat rumah..peh, kaler menusuk mata gua cakap lu.. dinding die buat kaler belang merah ngan putih.. kat bahagian bumbung die pulak, kaler biru, siap ader corak bulan sabit ngan bintang lagi..

lagi satu pasal semangatnya wak kutimin ni.. macam biase la orang kampung, memang sembahyang terakwih kat surau.. malam tadi, wak kutimin ngan anak-anak die gi mengetest baju raye baru diorang.. xkhusyuk jemaah-jemaah surau kene silauan baju melayu diorang..diorang punye baju raye kaler belang merah putih mcm warne cat rumah diorang gak.. aku agak, wak kutimin punye tema raye tahun ni belang merah putih kot, tahun lepas die dah pink..

lg satu.. aku pelik la.. pasal bazaar ramadhan kt pekan tanjong karang ni x jual kuih-kuih cam popiah ke, karipap ke.. dh pupus ke kuih-kuih ni..yang diorang jual cumer kuih lapis je, yg warne belang merah putih tu.. 38gerai, sumer jual kuih lapis jer..diorang xde otak bisnes langsung, tak paham langsung erti persaingan dalam perniagaan..

Tuesday, August 25

aku sebuah kalkulator 517

dari ranjang reput aku bangun..aku tahu waktu sekarang menghampiri jam 2, kerana baru sebentar tadi dalam sayup-sayup mimpi aku kedengaran azan zuhur..

ah......, terasa kepala aku sakit sekali..seperti gunung berapi bencananya..lava telah membuak-buak didalam sfera kepalaku..tiba masa untuk ia keluar agaknya..

aku gagahkan diri cuba membukakan mata.. aku meletakkan sasaran untuk cuba melihat rumateku yang mungkin juga masih belum bangun tidur pada jam 2 petang ini..

semua bukan seperti biasa...

wajah rumate aku bertukar warna, dari seorang manusia kepada sesuatu bentuk yang lebih komplek dan abstrak..
aku melihat jirim serta jisim dibadannya di dalam bentuk formula-formula matematik.. kesemua rupa parasnya didalam bentuk formula-formula matematik.. bukan sahaja dirinya didalam bentuk formula matematik.. tetapi keadaan sekeliling aku semua digambar melalui formula matematik..

formula-formula seperti f(x) = mx + c, a x b = ab, a+b = c dan pelbagai lagi berebut rebut ingin menerjah ke retina mataku.. nombor dari 1,2,3,...18...675.. ke ifiniti semua jelas terbang di sekitarku..

apakah yang telah terjadi kepada diriku.. adakah aku telah berubah menjadi sebuah kalkulator..sebuah mesin nombor yang telah diset dengan formula-formula khas..

aku rasa sebelum aku tidur tadi..aku masih manusia normal.. yang masih suka sama cokelat snickers..

aku letakkan semua ini dibahu Puan Salasuyah, lecturer matematikku..
aku tahu semua ini salah dia..
jika tiada homework bertan-tan banyaknya..
aku mungkin masih manusia biasa ketika ini...

Monday, August 24

saturday

time: 5.47pm
date: 14 august

tercipta sebuah lagu secare tak sengaja..
aku maen je bantai-bantai..
die pun bantai kasi masuk lirik..
hasilnya:

Title : saturday
lyric: snoopy
music: me



ini bukan bilik aku... sebab tu nampak messy je..kalo bilik aku mesti nampak cam gurly sket..

Friday, August 14

KL H1N1..aku nak lari dari KL

atas urusan sulit, aku akan travel ke kedah...
yahoo...seronoknya...
Kedah......aku datang!!!!!
sambut aku dengan ikhlas ya kedah..

aku nak gi kedah naik keretapi..
tapi kerana sifat kemalasan lelaki yang suka membeli tiket last-last minit..maka tiket keretapi pun abis... baru nak try naik keretapi tanah melayu.. aku tengok cam sronok ja..takpe la..lain kali aku travel ke mana-mana pula naik keretapi.

maka..alternatif lain untuk ke kedah adalah dengan menaiki bas...
malam ni aku berangkat...

maka aku nak mengucapkan selamat tinggal kepada korang semua..
jumpe lagi seminggu kemudian...

selamat berpuasa ya kawan!
(aku terpakse ucap awal,takut x sempat)

blog aku akan bersawang..
siapa rajin, tolong la sapukan


mimpi kedah sebentar

Wednesday, August 12

malam untuk lelaki macam aku

suatu hari, jika tidak salah pada malam rabu bulan lepas, setelah puas aku duduk mengeteh dan mengumpat anak ketua kampung bersama rakan-rakan aku... aku mengeluarkan kata-kata kesimpulan kepada mereka semua dengan meminta diri untuk pulang ke rumah.. aku lihat jam di tangan Pijek sedang menunjukkan pukul 4.37 pagi..

aku mengeluarkan not seringgit dan meletakkan di atas meja..
sambil blah, aku berkata...
"tolong bayarkan milo ais aku 3"..

dengan pantas rakan-rakan aku serentak, membutoh, memsial dan membabinya aku.,.
tetapi aku hanya mendiamkan diri sambil menstart motor c70 aku..

aku terus memecut untuk pulang kerumah...
ah, biasa la tinggal di kampung..
jalanraya tiada berlampu..
aku sudah biasa pulang waktu gelap begini..

secara tiba-tiba, sedang aku melalui jalan bernama Jalan Jepun, lampu spotligth c70 aku tepat menyuluh suatu objek terbang..

aku lihat betul-betul objek itu..
ia terbang...
berkepala lelaki,
berwajah menyeramkan..
tiada badan, tiada tangan dan tiada kaki..
tetapi mempunyai jantung dan usus..

tanpa syak wasangka lagi, aku tahu itulah hantu penanggal yang sibuk menjadi perbualan orang ramai di kampung Desa Jaya ini..kerana penanggal ini, orang kampung tidak berani lagi balik lewat malam..

aku gagahkan diri menghampiri penanggal tersebut..
sesampainya aku di penanggal itu, aku memberhentikan motosikal aku..

aku lihat tepat-tepat muka penanggal itu..
lalu aku menjadi keliru dan buntu...

aku langsung tiada perasan takut berjumpa penanggal ini...
sebaliknya, penanggal itu yang menjerit dan terbang ketakutan apabila aku betul-betul berada didepannya..

akukah yang hantu atau pun dia?

Sunday, August 9

bulatan batu caves, bikin aku panas..

apakah kebangsatan menimpa diri empat remaja ini..terkena bencana jalan raya penuh durjana..realistikkah di minda, perjalanan dari kuala lumpur ke ulu yam mengambil masa empat jam satu per dua minit?

bangsat kan...

untuk berjalan 50meter di bulatan batu caves ni, ia mengambil masa 1 jam 15 minit..agak-agak, mamak di mapler bole menebar berapa ratus roti canaikah jika diberi masa 1jam 15 mnit ini?...hati mana boleh bersabar... imam masjid ar-raudhah mungkin boleh, tetapi aku bukannya imam, hanya si makmum tetap..jadi makmum pun dah kire baik..itu pun sebulan 4 kali saja...

aku berempat, nabil, muncha & pok le sudah mencapai tahap kesabaran negatif 14.. vocabulary mencarut kami, habis dikeluarkan, lagu-lagu di radio konfem dijeritnya..tetapi, jiwa ini masih tiada sabarnya berada di kesesakkan jalan raya ini..

secara tiba-tiba...
muncul satu idea bombastik...
satu permainan lama mengubah segalanya..
konsepnya tetap sama, cuma kawasannya berbeza..
masih ada yang menyerang, dan masih ada yang mengelak...

inilah dinamakan permainan "baling selipar" di dalam kerete.. gila seronok.. jiwa-jiwa yang tadinya kuyu, sudah segar bugar bagi mencari mangsa untuk memakan selipar balingannya..

dush...dush..dush...pang...pung...pang...
selipar terbang sana dan sini.. ada yang ke pipi dan ada yang ke gusi..

nabil, muncha, pok le & faiq lebam sana sini.. tetapi, kepuasan tetap jelas terpancar dari wajah mereka..

inilah permainan terbaik untuk anda jika berada dikesesakkan lalu lintas..
sudahkah anda bersedia untuk mencubanya?

moral of the story: memandulah pakai selipar jer.. ia perlbagai guna..


Friday, August 7

bancian bencian

Agak-agak, kalau lelaki pergi ke pesta bunga cool tak?



Tuesday, August 4

rakyat Malaysia

aku bukak mate je, tgk jam kt dinding dh pukul 8.15pagi... ah..aku dh lewat..waktu opis sepatutnya masuk kol 8pagi, ni aku 8.15 mandi pun tak lagi...aku terus lari masuk bilik mandi, pas 30 saat aku kuar balik...wangi sudah...mudah saja mandi..aku siap-siap terus start enjin moto bergegas ke tempat keje..

moto honda c70 tu aku rembat sampai 125km/j..bergegar body-body moto tu, tp ia tetap maintain kerana moto tu buatan jepun,yang berkualiti..sumer kete-kete mahal aku potong saja, cilok kanan cilok kiri dah mcm mike doohan..

sesampainya di satu simpang empat di Jalan Tunku Budin, aku tengok lampu isyarat dah nak merah..aku pun ambik keputusan untuk memberhentikan tahap kelajuan aku dari 125km/j menjadi 0 km/j.. aku pun nak tekan la break kaki..skali aku nak tekan, aku tgk2 break kaki aku dah takde..ni mst tercabut sebb aku bawak menggile tadi..biase la moto lame, sumer barang dh reput..nak tekan break tangan, mmg dh lamer takde..aku ni jenis kedekut sket nak repair fair lady capuk aku ni..

aku pun ape lagi..memilih lah kerete buatan malaysia untuk dicium..

pppaaaaaaaaannnnngggggg...bunyi ciuman antara tayar motor dan bumper kete..

aku masih berada di atas moto..kerana kaki aku sempat capai ke tanah dengan kadar segere untuk mengimbangi moto dari rebah ke bumi..aku dh tahap redha untuk kene maki hamun dengan tuan kete..

Tuan kete tu pun keluar dari keretenye..dari riak wajahnya,aku kenal beliau seperti seorang yang bengis...die pun menghampiri ku..lalu mengeluarkan kata-kata..

"adik, adik ok x?"
"adik sehat x?"
"kalo sakit saya anta ke ospital"

aku terpegun sebentar..
kini baru la aku taw yang rakyat Malaysia memang berbudi bahasa...

Thursday, July 30

IQ setanding Einstein

lokasi: 4 Amanah
waktu peristiwa: 9.36a.m

Vashini, Nan Yuan, Atiqah dan Shasha secara serentak menanyakan soalan....

"Teacher....what is the meaning of ' My Very Excellence Mother Julie Serves Us Nine Pizzas?"

The teacher: piece of cake la...ur mum baked for u pizzas for breakfast before go to school.

The students: wrong!

The teacher: then?

The students: Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune and Pluto..

The teacher: eeerrrrrrrrrr ( rase geram dengan jawapan teka-teki itu.)

ni la formula yg budak darjah empat gune untuk hafal name2 planet..
ni 2009..

aku dulu skola time 1999 formula lain..jadi mane la aku reti jawab..


dari kiri: shasha,nan yuan, vashini, atiqah


dari tengah-tengah: faez al-ayubbi

Tuesday, July 28

WAR-berjuang hingga ke titisan darah terakhir (part 2)..

sebelum membaca entry ini..aku mengesyorkan sekeras-kerasnya utk menbaca enty ini utk kefahaman cerita yang lebih tinggi..

kini genap 4hari pekan Venissa di takluki oleh si penjajah bangsat..setelah pekan ini jatuh dibawah kekuasaan askar-askar babi, perkara pertama yang dilakukan oleh mereka adalah memonopoli aktiviti-aktiviti ekonomi di pekan Venissa ini......Dalam 4 hari ini, pak kordi tidak lagi turun ke lombong utk mencari emas, Samad Sontono tidak lagi turun ke dusun mengutip durian, Acong pula kunci solex pintu kedai kainnya dan mat rempit tidak beracing lagi..

ah....tidak dilupakan..tiada lagi suara Salmah dan Joyah di pagi Ahad..maka tiada jugalah surat khabar fresh bergerak..

aku berasa sungguh tertekan dan terhina apabila tempat aku membesar ditawan oleh babi-babi ini.. sebagai anak jati pekan Venissa ini, aku berasa bertanggung-jawab untuk membebaskan pekan ini dari ancaman penjajah..

aku dail no 03-65228799,tut...tut...
Ali Sakai menjawab..

aku pun menyampaikan la hajatku kepada Ali Sakai tentang keinginan aku untuk berperang dengan tentera-tentera babi ini..

Ali Sakai on saja...dia ini juga merupakan anak jati Venissa, sbb itu mudah saja dia on walau dia tahu nyawanya mungkin akan lesap ditelan c4..keberaniannya jelas terpancar melalui suara dalam telefonnya..

Aku pilih Ali Sakai sebagai bala tentera aku sebab dia ni bekerja di sebuah kedai basikal..jadi dia ni memang biasa mengepam tayar-tayar basikal..
aku pikir, tangan Ali Sakai ni mesti biasa menekan pam tayar tu, jadi aku ingin letakkan dier sebagai squad bom yang kejenya menekan starter bom apabila semua bom sudah disetkan dan ready untuk meletup..

Boooooooooommmmm! - jagalah kau babi..rasakan bom dari Ali Sakai..

Selain Ali Sakai, aku juga mengambil 2 orang lagi sebagai pelengkap bala tentera aku..seorang namanya Jasnul dan seorang lagi Khuldun..mereka ini bukanlah dari Venissa tetapi aku import dari kampung sebelah bernama "kampung sebelah venissa"...mereka berdua memang terkenal di kampung mereka sehinggalah ke Venissa ini.. semua orang tahu yang mereka berdua ini memang kaki rembat buah-buah didusun orang kampung.. semua rambutan, manggis, langsat diorang tibai..

aku tak respect diorang sebab sikap merembat diorang..tp aku respect tahap kehebatan koordinasi mata dan tangan diorang... Jasnul ngan Khuldun ni tak merembat buah dengan panjat pokok atau guna galah bai.. diorang cakap, kalo panjat pokok banyak kerengge..kalo gune galah pulak, berat susah nak bawak sampai ke dusun kat venissa..

diorang ni rembat buah-buah dengan baling batu saje.. asal baling seketul batu je mesti jatuh 3 tangkai buah rambutan.. hebat tu.. aritu aku tengok si Jasnul sambil bakar rokok die boleh baling batu jatuh 14 tangkai rambutan..cuba korg bayangkan, tangan kiri dah pegang ligther, mata dah pandang kat api nak cucuh rokok, tapi dia masih bole tepat..tidak magikkah itu?

oleh kerana kemahiran mereka ini agak unik..aku letakkan mereka di squad sniper..jagalah babi-babi, berlubang la kepala-kepala korang kene peluru dari diorg berdua ni..konfem tepat la..

aku dah ade squad bom dan squad sniper...dan squad terakhir yg diperlukan adalah squad ambush atau lebih dikenali sebagai squad pengempur..

tak lain dan tidak bukan..aku sendiri yang menjadi squad pengempur ni...dari segi tubuh badan, memang badan aku paling sesuai, agak taf dan berotot..mudah bagi aku bergerak pantas mengempur kem musuh..yeah...akan aku gempur kubu-kubu korang..mampos korang semua tertelan peluru aku nnt...

-------------------------------------------------------------------------

doakan kejayaan kami!

(iringan muzik - inilah barisan kita)

(dari kiri) Ali Sakai, Aku, Jasnul, Khuldun