Friday, November 30

Amalan kurang sihat

Tadi lepas makan tengah hari aku keluar rumah. Aku duduk atas kerusi kayu lama dan keluarkan sebatang rokok dari dalam kocek. Lepas-lepas makan memang sedap hisap rokok. Tidak jauh dari tempat aku mahu menghisap rokok terdapat tiga orang budak sekolah rendah tengah main pasir. Nampak riang mereka bermain pasir.

"tidak elok ni hisap rokok depan budak-budak", ujar aku dalam hati.

Aku pun berjalan ke arah budak-budak tersebut. Mereka masih tekun bermain pasir tanpa menghiraukan aku. Dari jarak dekat aku nampak bentuk macam istana mereka bina.

"adik kenapa main pasir tak elok, boleh tumbuh kudis. Cuba adik tengok tv dalam rumah ada kartun sekarang ini", ujar aku niat menghalau budak-budak.

Selepas budak-budak masuk rumah, aku keluarkan balik barang dari dalam kocek. Aku layan sambil duduk atas kerusi kayu lama. Hehehe.

Thursday, November 29

Message Pedas

Remaja-remaja macam aku memang bangun lewat. Sedang aku masih tidur tengahari tadi tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, tanda message masuk. Dalam keadaan mata buka sebelah sahaja aku baca message dari nombor yang tak dikenali. 

"Kita boleh kenal 25 pemain Manchester United, tetapi kita belum tentu kenal 25 nabi yang wajib dikenali"

Mata aku terus terbeliak lalu bangkit dari tilam. Sambil duduk dan tangan masih memegang telefon aku berfikir.

"pedas juga message ini untuk aku telan"

Tuesday, November 27

Maghrib

Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 7. Suasana di luar sudah gelap. "awal juga mangrib kat selangor sekarang ini", kata aku dalam hati. Aku keluar dari bilik ambil tuala cadang hendak mandi. Sambil-sambil tukar pakaian nak mandi, aku menyanyi,

"bawahlah aku pergi, kemana saja...

"aiq maghribkan sekarang ini, hormat-hormatlah waktu mangrib", jerit mak aku dari bawah dapur.

"tahulah kat sarawak jarang-jarang dengar azan tapi ilmu agama jangan diendahkan. mesti kuat ilmu agama barulah hidup diberkati", sambung mak bebel dari bawah dapur.

Aku senyum tanpa membalas apa-apa dan terus jalan masuk bilik mandi. Aku buka paip dan berdiri bawah pemancut air. Sambil-sambil mandi aku sambung menyanyi  tapi dalam hati.

"bawahlah aku pergi, kemana saja".....la la la la la la

Monday, November 26

Jiwa Berani (repost)


repost.


Masa aku sekolah rendah, menjadi askar  merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".

Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.

Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...

"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku


Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa  kecik.

Sunday, November 25

Seruan


Aku berharap anda semua lepas pekena makan malam bersama keluarga, ajak semua duduk depan tv. Pakat dengan keluarga sokong Malaysia sambil pegang bendera. Kepada muda-mudi yang nak berdua-duaan tengok wayang malam ini, teks pasangan sekarang, batalkan wayang dan berdua-duaanlah di mamak tengok bola. Sekian.

 Majulah sukan untuk muda-mudi.

Saturday, November 24

Malaysia Tahun 2036

Malaysia Tahun 2036

"Bang bangun, jom pekena sarapan",  jerit isteri dari tingkat bawah mengejutkan aku.

Aku tengok jam di dinding pukul 4 pagi. Aku bangun-bangun terasa panas Malaysia. Semua ini berpunca dari kesan global warming. Kat taman aku yang ada pokok-pokok plastik, pokok-pokok organik jarang-jarang nak jumpa. Aku bangun dan terus mandi guna ais. Lepas bersiap, aku dan isteri masuk dalam kereta. Aku seluk kunci dalam kocek dan menghidupkan enjin kereta.

"damm, minyak habis lagi", ujar aku . "takpa bang, kita isi dulu kat Petronas", balas isteri menyejukkan hati suami.

Aku angguk tanda setuju. Malah Petronas barang buatan Malaysia. Jadi aku memandu menghala ke Petronas. Sebelum aku keluar dari taman, aku bayar tol RM 10.50. Sesampai aku di Petronas aku berjalan ke arah kaunter. Aku hulur not RM 50 dua puluh keping.

"Kak, isi seribu ringgit", kata aku kepada juru kaunter di Petronas. Pada 2036 minyak mahal, harga seliter pun dalam RM90. Harga minyak bergantung kepada harga minyak sedunia. Jarang-jarang harga minyak nak turun ikut statistik memang naik setiap tahun. Pada tahun ini kerajaan tak tanggung sangat subsidi minyak.

Selesai isi minyak aku terus memandu menghala ke kedai nasi lemak yang jaraknya lapan kilometer dari stesen Petronas . Untuk sampai ke kedai nasi lemak aku melalui 7 buah tol yang setiap satunya perlu membayar sebanyak RM 14.20.

Sampai-sampai kedai nasi lemak aku dan isteri duduk di meja tengah-tengah gerai. Seorang pelayan datang.

"dik, bagi nasi lemak sotong dan teh'o ais dua", ujar aku kepada pelayan tersebut.

Jadi pada pagi itu aku makan nasi lemak sotong dan teh'o ais bersama isteri tersayang. Kami makan sambil berbual pasal tempat kerja. Sebelum pulang, aku ke kaunter untuk bayar harga makanan kami.

"Nasi lemak sotong dua dan teh'o ais semuanya RM 694.50", kata cashier kepada aku.

* * *

24/11/2012

Maka dengan ini aku merancang untuk menjadi remaja yang bijak mengurus kewangan pada masa sekarang. Diharap aku mampu menghadapi tahun 2036 dengan jayanya.

Friday, November 23

Blue is the calour



Aku tak sokong betul Roman Abramovich pergi pecat Di Matteo. Lagi satu gile ape dia ambik mamat ni jadi pengurus Chelsea.