Sunday, July 26

WAR- we lost to the pig army (Part 1)

Pekan Venissa agak sunyi pada pagi ahad ini..kekecohan makcik-makcik semasa proses tawar menawar dalam pembelian kain tidak lagi kedengaran pada pagi ahad ini.

suara-suara makcik inilah yang akan memotong segala mimpi-mimpi aku pada pagi ahad.. adakah suara-suara makcik ini bertindak seperti FINAS yg sentiasa memotong segala adegan-adegan yg agak menjengkilkan didalam filem-filem Melayu kini?...

rumah usang kayuku berdiri agak tempang bersebelahan dengan pasar pagi Ahad di Pekan Venissa ini..sudh 21 tahun aku tinggal disini.. aku dh boleh cam suara-suara makcik yg mengiurkan pada pagi Ahad itu.. jika agak garau, ku tahu itu semestinya si Salmah yg hebat mendendangkan lagu Inul Drasista smbil melayan lenggoknya.. jika suara itu agak deras pengeluaran susunan ayat-ayatnya, ku tahu itu semestinya si Joyah.. atau lebih dikenali sbgai "surat khabar bergerak" di Pekan Venissa ini.. berita-berita gosip di Pekan Venissa ini sentiasa up-to-date,warga Venissa tidak perlu susah-susah kekedai membeli Harian Metro mahupun URTV magazine, tunggu sahaja ditangga rumah,nanti akan datanglah si Joyah ini dengan berita-berita hangatnya..

"ah... aku keliru, mengapa pagi ini sungguh sunyi..
xkan Acong dan An Hui tiada berniaga kain di pasar pagi dinihari." ..desas desusku di dalam hati..

kekonfiusan aku membuatkan aku gagahkan diri...aku campakkan selimut merahku jauh-jauh, lalu sambil merangkak aku menuju ke tingkap..pabila aku membuka tingkap vitamin-vitamin D dari sinaran uv matahari terus masuk kedalam tubuhku melalui liang-liang rongga kulitku..anak mataku terasa silau tetapi aku berusaha membukanya..

ah..kosong!..
tiada lagi pasar pada pagi dinihari..
kemanakah perginya warga-warga Venissa ini?

tiada lagi acong, an hui, salmah dan joyah pada pagi ini.. kemanakah semua orang pergi? aku menjadi keliru dan buntu melihat Pekan Venissa ini sepi tanpa kekecohan pagi Ahad..

anak mata aku berliar-liar di sekeliling tapak pasar..manekan tahu, mungkin aku akan terjumpa seseorang...

mataku terberhenti dari liaran pabila terlihat satu poster yang agak jelas terpampang.. poster itu berlatar belakangkan putih dan berfont merah.. mataku statik dan aku memulakan pembacaan notis-notis di poster itu..

berbunyi seperti begini...

" DUKACITA DIMAKLUMKAN PEKAN VENISSA INI TELAH DISERANGANI H1N1 SECARA KESELURUHANNYA.. PEKAN INI TELAH DILETAKKAN DIBAWAH ZON DARURAT..KEPADA SEMUA WARGA VENISSA INI, ANDA DILARANG UNTUK KELUAR DARI RUMAH MASING-MASING... TIADA LAGI AKTIVITI SOSIAL SEHINGGA DIBERITAHU PADA MASA AKAN DATANG.. SEKIAN TERIMA KASIH"

ah...cilaka!!!!!!!!!!!!!!!!......
jerit aku sekuat hati..
kita kalah kepada tentera-tentera babi..

Sunday, July 19

opis boy naik minyak

agak setahun aku menjadi penggangur..
tetapi sejarah aku berubah, apabila lebih kurang 2 minggu lepas aku mendapat kerja sebagai opis boy di sebuah syarikat swasta di kota metropolitan ini..

kerja opis boy agak simple dan kne dgn citer raser aku..
dtg je opis pagi2,mst dpt selai atau 2 lai kertas penuh order utk breakfast org2 berkolar dan bertie di opis aku,,,

mcm biase..tempahan order tu mst berkisar di kedai mamak 24hours Sri Kusam Bistro..
smbil tggu order2 ni siap..
aku pekene lu roti sardin ngan teh tarik segelas..

kerja rasmi sbgai opis boy, adlh sbgai penghantar surat,,
surat2 ini perlu diantar dgn kadar segere..

sbb kate bos.."ini surat semua urusan berjuta-juta"..

"bos lu kencing la..xkan la kertas selai ader sejuta"...jwb aku dlm hati stiap kali bos aku ckp sprti dialog di ats..

selalunye kerja aku mmg tip top..
no wonderlah bos syg aku..
aku mst boleh anta surat2 ni setengah jam lebih awl dri waktu yg dihadkn oleh bos aku,,

sbgai opis boy yg bermotor kapcai ini,,
kemahiran sbgai mat rempit, perlu ader serba sedikit,,
bagi menjalankan misi2 khas bos aku..
setiap hari penuh ranjau aku perlu lalui..
kesesakkan lalu lintas, aku sudh lali..
langgar side mirror org..aku sudh biase..
langgar awek sdg melintas..aku belum lg..

walau kadang2 suparman ats moto aku buat..
aku tetap bkn mat rempit..
waktu keje je aku bwk laju,,,
bile balek ke umah n pergi keje aku maintain je bwk moto c70 aku tu 50-60 km/j..
smbil pulas throttle moto..smbil pekene asap putih..
lampu merah pun aku x langgar..
patuh dgn arahan2 di jalan raya..

kalo time keje lampu merah langgar xpe..
sbb saman nnt bos yg byr,,
yela..kene saman sbb atas urusan kerja..
berbaloi la bos tolong byr..
sbb dier keje nk cpt jer..

aku slalu mndpt pujian dri bos..
bos slalu ckp aku ni..bgs, rajin buat kerja, amanah,jujur dan beristiqamah..
giler kembang sumer anggota bdn aku setiap kali bos puji aku,,

dh 2 mggu aku keje..skrg ni dh 19 july..
lebih kurg seminggu lg, aku akan dpt gaji...

esk pagi2, aku nk msuk bilik bos aku..
aku nk ckp mcm ni..

"bos, bos sehat?, bos nk mkn pe, sya belanja"..
"bos, gaji bulan ni saya nk ambek 20% jer"...
"yg lain bos ambek la"..
"yg baki 80% tu bos ambek, buat belikan saya motor ducatti 1"
"nk yg kaler merah"..
"sya nk yg cc nyer lebih 500cc bos"
"barula pergi dgn lancar nnt"



Friday, July 17

bila medula oblogata frozen

assalamualaikum semua..buat mase ni medula oblogata aku tgh frozen kot..aku ssh nk dpt idea2 kretip utk menulis cerite.. sape2 bole kasi cdgn suh aku menulis tntg ape, bole la kasi pndpt..

ni aku sertakan antara cover yg aku pernah buat dr filem2 yg box opis..


cover dri filem Syurga Cinta (2009)

cover dri filem The Day The Earth Stood Still (2008)

Cover dri filem Hati Malaya 1957 (2007)


aku juga agak sibuk utk masa ni..
x sempat nk lwt blog2 korg..
jap lg aku free..
aku lawat ..
sorry
tq

Monday, July 13

untuk budak yg bewarna merah..

aku terbace satu entri yg menarik dri seorg blogger yg agak cun dan hot iaitu " I AM STRADUST" yg bertajuk "CROWN OF LOVE" ... aku ckup tertarik dgn artikel berbaur bunga-bungaan manusia ini dan aku sokong 100% kebenarannya..

pernah kamu ditanye soalan2 seperti begini:

"knp awk suke saya?"
"knp awk rindu saya?"

semestinya soalan2 begini, akan ditanya oleh kaum hawa kpd golongan adam..

solan begini begitu sukar untuk dijawab dan ia terlalu abstrak untuk diluahkan melalui penulisan mahupun percakapan... bagi aku, hanya trdpt 2 golongan kaum adam saja yg mudah menjawab persolan begitu yg ditujukan oleh kaum hawa kpd beliau..

yg pertama adalah seorang golongan kaum adam yg begitu jujur dan tulus kpd pasangannya..masih adakah golongan begini didalam dunia yg tanpa sempadan ini? jika ada, maka mereka adlh insan terbaik utk kaum hawa..

golongan kedua adlh glgn kaum adam yg master.. term master itu bermksd, semua jwpn bg persolan2 diatas itu telah di setkan di otaknya sejak lama lg.. dan golongan ini hanya perlu mengeluarkan jawapan itu dri kotak sereblum mereka apabila pasangannya menanyakan kpdnya, dan kemudian jawapan yg sama juga akan digunakan utk pasangannya yg seterusnya..dan begitula seterusnya..ulang dan ulang dan ulang..

bagi insan adam yg biasa yg tidak penah perfect dri segala aspek...soalan begitu akn mereka usaha utk mengelakkannya..bukan kerana tidak menyanyangi si dia...tetapi tiada jawapan yg sesuai utk persoalan itu.. bkn mudah merungkai perasaan itu didalam bentuk tulisan mahupun percakapan..walaupun penulisan balas bg soalan itu sebenarnya sudah seindah puisi berlagu, tetapi ia masih tidak menerangkan hal-hal sebenar kpd persolan itu..

kaum hawa, yakinlah pada golangan adam ini..belajar cara mengetahui isi hati mereka melalui perwatakkan mereka dan bukannya dri apa yg diluahkan dri mulut mereka.. persoalan demi persoalan tidak semestinya akan dibalas dgn jwpan yg seindah langit di awan biru...makin bnyk persoalan, makin banyk jwpan palsu yg akan diterima..adakah anda suka ditipu?


---------------------------------------------------------------
ini adalah nota penmbahan..

tajuk: tips2 utk menjadikan si kaum rambut panjang ini boleh menjadi botak..
mood: jenaka

lebih mudah jika kaum2 hawa bertanya begini:

kaum hawa: awk dh mkn belum?
kaum adam: belum..
kaum hawa: jom saya banje..
----------------------------------------------------------

imaginasi: aku dpt idea ni dri ko...untk kesimpulan ko tu.. walau aku senyap dan x berani nk ckp ape2, ko kene taw yg aku syg ko..syg sgt2..masih perlukah aku cakap?

Tuesday, July 7

53tahun lalu di zaman persekolahan.

Isnin 26hb Januari 1956. hari ini merupakan hari ke 15 persekolahan bagi aku yg sedang berada di darjah dua. harini secara tibe-tibe seorang guru baru masuk ke kelas aku..muke ganas tetapi berjiwa pink..itulah dia cikgu symsiah tawi, bernama wanita tetapi sebenarnya lelaki.. sesi pemberian salam dan bacaan doa berjalan seperti biase.. kemudian, untuk memenuhi slot kali pertama guru ini, beliau telah menanyakan soalan feveret guru2 lain, kpd anak muridnya yg baru beliau ketemui ini..

guru: apakah cita-cita kamu semua bila dh besa nnt?

seperti biase,kanak2 yg berumur 8thn apabila mendengar soalan begini mereka akan memberikan respon pantas, seperti respon monyet di zoo di beri pisang,tangkas cergas dan beristiqamah...hampir 90% dari kelas itu mempunyai cita2 untuk menjadi, doktor,guru, askar dan polis. yela..budak2 lg kan..diorang taw pekerjaan yg diorg nmpk kt sekeliling diorg jer..smpai pula ke giliran aku..

guru: faiq, dh besa nnt kamu nk jd apa?

faiq: saya nk jd angkasawan cikgu!

jawab aku penuh konfiden dan dedikasi..

mengikut keadaan semasa dgn keadaan sekolah di pendalaman, pemikiran aku ketika itu sudh dikire terlalu urbanisasi..kerana di tahun 1956 Muzaffar syah xde pun ag utk d jadikan role model..aku dh bole terpikir nk smpai ke bulan..kire urban juga serebelum, serebrum dan medula oblogata aku..

kringgg.......loceng berbunyi...
sesi persekolahan tamat..

aku pulang ke rumah dgn berlari saja..masih x mampu nk beli basika yg mempunyai dua roda itu....smpai2 di umah ayhku sedang mmbace surat khabar warta malaya di beranda luar rumah smbil menyedut asap dri corong cerut dibibirnya...

aku pun menjenguk2 surat khabar itu smbil membuka kasut sekolah buatan malaysia aku..
aku pun terbace berita utamanya yg dibold dgn besar lg menjelaskan..

"Seorang Lelaki Mati Jatuh Dari Tingkat 10 Pangsapuri"

aku terus menjadi takut...dan pakai kasut semula dan berlari ke sekolah semula..
di sekolah aku terus menuju d bilik guru mencari cikgu syamsiah tawi..

smbil menangis2 aku cakap kpd cikgu tu..

"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"
"cikgu saya xnk jd angkasawan"

cikgu: knp ni faiq? knp tibe2 xnk? (pujuk cikgu dgn penuh kepinkgan jiwanya)

faiq: yela cikgu, org jatuh dri tgkt 10 pun bole mati..cube cikgu bayang kalo jatuh dri bulan mcm mane? lg la tggi..saya xnk mati mcm tu..sya xnk jd angkasawan..

cikgu: mmmmm...mcm tu yer..abes tu dh besa nnt kamu nk jd ape?

faiq: saya nk jd penggali kubur cikgu, sbb penggali kubur xkn jatuh sbb diorg duduk dalam tanah..

cikgu:................................

cikgu syamsiah hanya membisukan diri..
mungkin beliau sokong dgn cita2 bru aku..

Najib Tun Razak mempunyai pencabar

jadila korang!


sejak sekolah lg aku berpatriotik

Sunday, June 28

aku vs gates besi


Aku nak mintak maaf, sbb skrg ni aku sibuk sgt dan jarang dapat update blog ni..sedar x sedar skrg ni aku dh berada di tahun 2020.. cpt betul masa berlalu,rasa mcm baru semalam jer aku masih berumur 21thun..bnyk perubahan dh berlaku termasuklah diri aku..

Pagi td, sedang aku syok2 menjamah sarapan aku, roti canai bersalut cokelat..

maid aku yg dikhaskan utk beli surat khabar, tetibe bg aku sebuah majalah..aku terkesima sebentar sbb aku khaskan dier utk beli surat khabar bkn majalah..utk beli majalah dan buku-buku ilmiah aku dh khaskan maid yg lain..

kalo aku kire-kire maid aku sumer lebih kurg 763 org kot..mcm2 tugas2 khas aku setkan utk sorg2..maid aku bkn Indon k..sumer import dri Ukraine, sbb maid2 dri Ukraine ni ader cop sirim, so diorg bebas dri H1N1 dan lg 1 sesuai digunakan utk jangka masa yg panjang..

Aku pun belek la majalah tu..aku buat2 terkejut bile tgk cover depan...cun dan gagah jer modelnye yg menghiasi ruangan depan majalah...

"konfem laris la majalah ni",getus ati kecil aku..

modelnye setanding Paris Hilton n Erica Durrance yg selalu memenuhi ruangan depan majalah Playboy..tp ada bezenye..aku berpakaian lengkap dan diorg tidak..

Aku pun bace la isi majalah tu di muke surat 13..tertulis yg aku kini tersenarai antara org terpaling kaya didunia..aku berada di tangga no 2..kt situ tertulis yg harta aku kurang 50 Dollar US dri individu yg berada di tangge pertama iaitu cicit Bill Gates namernye Gates Besi..

"alah si Gates Besi ni, nasib dier baik jer sbb dpt bisnes warisan..cumer die tuka name dri Microsof menjadi Microfon"..keluh aku smbil menghentak majalah tadi..

lain la aku yg berusaha gigih utk memperkembangkan bisnes kerepek pisang ni secare sendiri..tahun 2020 ni 50 US Dollar ni bole beli lebih kurg 4 biji gule2 jer..so aku ni kire kalah tipis je la..

aku bace bahagian rangking saje, pastu aku pun campak majlah tu..yg pnjg lebar lg cerite tntg aku kt dlm majalah tu, aku mls bace sbb masa sentiasa tdk mengizinkan..aku kalo bace surat khabar pun, aku bace tajuk2 besa jer...yg isi cerite yg kecik2 tu aku xde mase nk bace..camtu lah hidup aku di tahun 2020 ni..cukup sibuk..

trut..trut..trut(ringtone m.daud kilau)

"elo!..yes2..I will send to you now"..

perbualan aku ringkas dgn saudagar dri Arab, yg meminta ordernye sbnyk 769 kontena kerepek pisang utk dihantar ke Riyadh dgn kadar segera..

aku terpakse berhenti disini..aku nk bersiap pergi pejabat..nk kene sign utk pengesahan pergerakkan barang ke Riyadh..

Thursday, June 25

tranformasi

deringan shin chan keluar melalui corong speker henfon aku..
tgk skrin hp ada tulis "one msg receive"

dri ali bertulis.."woi jom kuar skrg ,tgk tranformers,naik kete ko"..

tanpa berfikir pnjg aku reply ringkas."ok set"..

sblm pergi aku check wallet..ader not merah sekeping je..ngam2
wat beli tiket wayang je..."cam mane aku nk pergi ni,minyak kete
aku dh kt E,mane ckup duit nk topap petrol..si mangkuk ali tu pun
bkn ader kete",getus ati kecil aku.

pikir punye pikir,teringat lori wak joko yg tersadai kt blkg umah dier..aku taw wak joko ni pasti tgglkan kunci dlm lorinya sprti ari2 biase..aku tekad abes,nk pnjm scare curi2 lori dier utk puaskan nafsu rakus mlm ini.

aku msg ke talian celcom ali utk dia dtg blkg umah wak joko..
selang 3minit...ali pun sampai..ktrg pun curi snyp2 lori tu..

sampai midvalley,park lori...beli tiket & layan muvee..
agak dh 2jam muvee pun abes..berpinau gak r mata sbb
dpt seat kt depan,balasan biase bg org yg beli tiket lewat..
lawak2 lucah dlm citer tranformers kali ni mmg wat aku
tergelak sakan...tp bg aku citer ni xde la meletup sgt..

aku tgk jam dh lewat..so aku pun drive pulang ngan laju skali..
sumer lampu merah aku laggr...aku ikut falsafah kawan aku,
merah tanda keberanian..

syok2 drive cam jensen button, tibe aku raser semacam ngan
lori ni..bergegar semacam..

ching..ching..zet..zet....

xsampai 2saat pun..lori wak joko td dh bertukar jd tranformers..
aku ngan ali berada kt tgn si tranformers tu..

si tranformers tu pun memulakan dialog..
"hello boys, im optimus prime and im ready to serve for you"

aku ngan ali jd blur..kitrg xphm bahasa inggeris ni..tp aku pndai sket
dri ali la, sbb aku taw beberapa prkataan pntg sprti "yes,no,fuck & shit"..

aku pun jd benggang dan maki si optimus prime tu..
"woi cilaka, tuka la balik jd lori..mampos aku nnt kene blsh ngan wak joko"..

si optimus prime tu pun reply..
"sorry boys..i dont understand bahasa melayu"..
-----------------------------------------------------------------------------
hakikatnya, aku xphm pe yg si prime tu ckp, dan dier pun x phm pe aku ckp..

apekah kesudahannya?

moral of the story: marila kita semua belaja bahasa inggeris