Wednesday, May 21

Melancong ke Siem Reap ( Tips Melawat Angkor Wat)



Pengetahuan umum ke Angkor Wat

Semestinya kalau ke Siem Reap tidak pergi ke Angkor Wat adalah satu benda yang pelik. Angkor Wat adalah kuil-kuil lama yang masih dijaga untuk tujuan perlancongan. Ada sesetengah kuil sudah mula roboh. Maka lawatlah cepat sebelum roboh lebih banyak. Hehe

Tiket untuk ke Angkor Wat adalah 20 usd untuk 1 hari. Ada juga tiket untuk 3 hari iaitu 30 usd dan tiket 7 hari untuk 60 usd. Bagi aku untuk lawatan sebagai pelancong cukuplah sekadar melawat 1 hari ke Angkor Wat. Jika anda serius minat dengan reka bentuk dan mungkin melakukan penyelikan maka tiket 3 hari atau 7 hari sesuai untuk anda.

Aku mencadangkan korang semua lawat 1 hari sahaja bukan apa, sebab kalau dah seharian tengok kuil  je lama-lama pun bosan. Untuk pengetahuan umum, Angkor Wat ini mempunyai banyak kuil yang setiapnya terletak di tempat yang berbeza. Harus diingatkan tidak perlu rasa tamak untuk melawat semua kuil, hanya memilih beberapa kawasan yang utama juga sudah memadai. Setiap kuil yang dilawati itu memerlukan beberapa jam untuk pusing seluruh kawasan kuil campur dengan masa ambil gambar dan berehat. Maka pilih kuil yang tertentu sahaja sudah memadai.




Kenderaan Untuk Ke Angkor Wat

Ada beberapa pilihan kenderaan untuk ke Angkor Wat. Aku memilih menggunakan tuk-tuk dengan bayaran 15 usd sehari untuk lawatan ke 3 buah kuil ( Main Angkor Wat, Ta Phrom dan Bayou). Bayaran tuk-tuk ini tidak fix, bergantung kepada kemahiran anda untuk memujuk minta kurang. Tapi bayaran tuk-tuk sehari secara purata adalah sekitar 10 usd hingga 20 usd. Jadi 15 usd adalah harga yang normal.

Ada juga pilihan untuk naik basikal ke Angkor Wat. Harga sewa basikal hanya 1 usd untuk basikal biasa dan 2 usd untuk basikal racing. Sewaan adalah selama 1 hari. Untuk tips berjimat guna basikal memang paling jimat. Tetapi aku sekeras-kerasnya tak mencadangkan korang naik basikal. Amatlah letih. Sebab kita boleh naik basikal sampai depan pintu masuk setiap kuil tersebut. Pastu kena sambung jalan kaki untuk melawat kuil.



Tips Melawat Angkor Wat

1- Untuk lawatan biasa cukup sekadar membeli tiket untuk 1 hari
2- Pakai pakaian yang sesuai. Ada sesetengah kawasan seluar pendek tak boleh masuk.
3- Pakai kasut dan baju yang memudahkan pergerakkan. Pakai kasut tumit bagi perempuan adalah kerja gila. hehe.
4- Cuaca amat panas, jadi bawa air dan topi.
5- Aku pakai kompak kamera je masa ini. Tapi siapa ada lens wide, amat berguna masa ni.

Tuesday, May 13

Melancong ke Siem Reap (Hari 1)



Aku baru mula ingin berjinak-jinak dalam bidang travel secara backpacker ini. Orang tua-tua cakap "Kita perlu bermimpi besar-besar dan mula mengejar mimpi itu". Aku mempunyai mimpi untuk travel seluruh pelusuk dunia dan nak tengok budaya orang di tempat-tempat lain. Aku jeles baca cerita-cerita mengenai orang lain yang dah travel banyak negara. Siap ada yang berhenti kerja untuk memenuhi impian mengelilingi dunia. Siapa tak tercabar?

 Jadi aku pejam mata dan beli tiket flight Air Asia ke Siem Reap.

Aku jadikan Siem Reap ini batu loncatan aku untuk mencapai cita-cita. Aku pilih Siem Reap sebab kat sana ada Angkor Wat. Selalunya orang yang travel ni ada minat masing-masing. Ada yang minat sejarah, ada yang minat pulau-pulau, ada yang minat aktiviti xtreme dan bermacam-macam lagi. Aku lebih kepada fotografi walau pun secara nyata ilmu fotografi aku amat ayam.

Aku ke Siem Reap naik flight Air Asia dengan harga RM 500 return. Harga ini boleh dikatakan berpatutan walau hakikatnya boleh dapat murah lagi. Pernah aku check harga RM 250 kebawah return flight. Cuma tarikh tu aku tak berminat la.

Kenderaan dari Airport ke Hotel

Aku tiba di Siem Reap 7 pagi. Kami tidak menempah mana-mana hotel sebelum ke Siem Reap. Jadi selepas tiba di airport kami cari sim card Kemboja. Sim card amat mudah didapati di airport. Keluar sahaja airport akan ada promoter mendekati anda untuk menjual sim card mereka masing-masing. Pandai-pandailah korang guna ilmu Matematik yang mana lebih baik dan murah. Aku tak pasti nama sim card yang aku guna, tetapi harganya hanya 4 usd untuk kredit dalam 2 usd dan internet 1.5 gig. Gila murah!

Kemudian aku menempah hotel menggunakan application Agoda dalam handphone. Aku menempah New Bequest Hotel untuk hari pertama.

Dari airport ke Hotel mempunyai beberapa pilihan kenderaan. Yang pertama menggunakan official teksi. Harga adalah fix jadi tiada isu charge lebih kepada pelancong. Terdapat juga tuk-tuk dan motorsikal. Aku pilih motorsikal. Sebab aku travel berdua. Untuk berjimat kami pilih motorsikal dengan setiap orang menjadi pembonceng. Harga naik motor dari airport ke hotel hanya 2usd.

Iternary hari pertama 

Harga untuk bilik double single bed adalah sebanyak 15 usd. Hotel ini amat bersih dengan staff mereka yang amat peramah. Dihadapan hotel ada kedai dobi dan tempat sewa basikal. Bagi aku hotel ini amat strategik memandang terletak ditengah-tengah bandar Siem Reap. Nak ke retoran halal pun tak berapa jauh.

Selepas rehat dihotel, kami cari tuk-tuk untuk pergi ke beberapa tempat yang boleh capai dalam masa setengah hari.

Tuk-tuk di Kemboja. Agak mengiurkan designnya.

Untuk pengetahuan umum, tuk-tuk amatlah mudah nak dapat dan harga boleh deal sehingga kedua-dua belah pihak puas. Bagi aku tak yah susahkan diri tempah awal di internet pun takpe. Sebab memang amat berlambak tuk-tuk di sekitar centre point Siem Reap ini.

Harga Tuk-tuk kami pada hari pertama adalah sebanyak 15 usd. Untuk lawatan ke 3 tempat:

1- National Muzium ( 12usd bayaran tiket)
 Bagi aku masuk National Muzium ini adalah amat tidak berbaloi dengan bayaran sebanyak 12 usd. Lagi satu aku memang kurang minat muzium pun. hehe. Sesiapa minat sejarah tempat ini sesuai dilawati memandangkan muzium ini agak besar. cuma harga 12usd tu aku rasa terlalu mahal untuk muzium.

2- War Muzium ( 5 usd bayaran tiket)
War Muzium merupakan muzium anda patut lawat. Kat sini tempatnya relak dengan berlambak kereta kebal, senapang dan bom diletakkan merata-rata. Korang boleh sentuh dan angkat senapang itu sesuka hati. Baru aku sedar berat jugak senapang sebenanrnya.

3- Sun set di Angkor wat (free jika sudah membeli tiket ke Angkor Wat untuk keesokkan hari)
Pemandu tuk-tuk bawa kami ke tempat membeli tiket untuk ke Angkor wat pada keesokkan hari. Bayaran ke Angkor Wat adalah 20 usd untuk 1 hari. Ada juga tiket untuk 3 hari iaitu 40 usd dan tiket untuk 7 hari berharga 60 usd.

Apabila sudah ada tiket ke Angkor Wat, maka bolehlah anda pergi melihat sunset di Angkor Wat. Untuk ke tempat sunset ini, anda perlu berjalan kaki naik bukit dalam 15 ke 20 minit. Pakai pakaian yang sesuai dan datang awal sebab memang ramai orang nak tengok sunset ni.
 

Helikopter di War Muzium. Aku main bantai naik je..hehe

Saturday, March 1

Kenderaan-kenderaan yang memberi pengalaman hidup kepada aku

Berikut merupakan senarai kenderaan-kenderaan yang tak mungkin hilang dari ingatan aku.

1. Bas paling menyedekahkan nyawa kepada pemandu yang aku pernah naik . Bas yang menghubungkan  Kathmandu(Nepal) dan Syabru Behsi.

Aku pakai bas ni semasa otw nak pergi Langtang National Park kat Nepal. Perjalanan selama 8 jam


2. Keretapi paling rare aku pernah naik dalam hidup. Keretapi yang menghubungkan Beufort dan Tenom Sabah.


Keretapi ini digunakan untuk penduduk kampung pergi kerja. Ada gerabak kena duduk lantai. Sambil otw ke tempat kerja, main kad untuk menghabiskan masa.

3. Perahu yang semakin muak aku naik tetapi kadang-kadang menenagkan jiwa. Perjalanan air dari Kampung Long Tungan menghubungkan kampung-kampung lain berdekatan.


Perahu aku pakai selalu untuk pergi main bola kat sekolah sebelah.

4. Naik motor yang aku rasa paling mencabar dalam hidup setakat ini. Perjalanan offroad dari Miri nak balik sekolah.


Ini biasalah. Nak beli Hilux rasa sayang duit. So terpaksalah layan motor. Tapi syok

Sunday, January 26

Melancong ke Siem Reap Kemboja - teaser

Nanti aku update melancong ke Siem Reap Kemboja

Friday, January 24

Melancong ke Brunei

 
Sebelum cuti sekolah 2012, aku memang dah tekad dalam hati untuk sekurang-kurangnya melawat 2 negara sepanjang sebulan kerajaan bagi cuti. Negara Brunei tak termasuk dalam senarai destinasi untuk dilawat.

Aku  termelawat Brunei sebab melalui negara ini semasa perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu Dari  Sarawak ke Sabah melalui jalan darat akan melalui Brunei. Secara kasar perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu mengambil masa 8 jam dengan melalui banyak imegresen dan feri untuk merentasi sungai.

Semasa otw perjalanan pulang kami berlima singgah sebentar di Bandar Seri Begawan. Bagi aku Brunei bukanlah destenasi yang menarik sangat untuk dilawati. Tetapi tak salah untuk kita pergi. Atleast boleh cakap dah sampai Brunei. :)

Berikut merupakan tempat yang aku lawat:

1- Muzium Sultan Brunei
- Kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali Sultan Brunei. Semua terdapat di Muzium ini. Yang penting muzium ni free.

2- Kampung Air
- Ini tempat yang aku rasa menarik di Brunei. Kami naik Bot mengelilingi Kampung yang dibina di atas air. Kampung ini lengkap dengan sekolah, stesen minyak, balai polis dan bermacam-macam lagi. Kami berlima bayar 10 Brunei Dollar. Nak murah cari pemandu bot-bot kat jeti yang bukan official.

3- Masjid Omar 'Ali Saifuddien
- Bolehlah korang menunaikan solat. Sambil-sambil doakan aku kaya.

4- Istana
- Bergambar di depan pagar sahaja. Tak boleh masuk dalam.

So kalau korang nak pergi Brunei, bagi aku tak yah pergi lama. Pergi 3 hari dah cukup, sebab Brunei ni kecik, sekejap je dah abes pusing. Selamat ke Brunei.


Friday, January 17

Instagram

Instagram 

 Aku sekarang malas betul nak update kat blog. Mungkin kemahiran menulis semakin menurun..hehe..

BTW aku selalu update kat instagram.

Kita tukar-tukar cerita di Instagram k

id : foo_faiq

Sunday, November 10

Aksi aku dengan anjing

Otw balik sekolah, aku bawa moto perlahan sekitar 50km/j. Aku memacu motor dengan relak sambil layan permandangan. Sedang-sedang khusyuk layan permandangan, tiba-tiba aku dengar bunyi anjing menyalak sebelah. Aku pandang arah bawah, seekor anjing sedang belari seiringan dengan aku.

Aku pandang tepat muka anjing tadi... Anjing tadi pandang aku semula dengan muka kerek. Dalam hati aku yakin, anjing tadi ajak aku lumba 100m. Jadi, aku betulkan tempat duduk dan bersedia untuk memecut. Apabila anjing tadi adil selari berada disebelah, aku mulakan perlawanan dengan memulas laju throtle minyak.

Anjing tadi ketinggalan jauh.

Dari side mirror belah kanan, aku pandang anjing tadi tercungap-cungap keletihan. Aku gelak sorang-sorang atas motor.

"kau ayam wahai anjing", ujar aku dalam hati sambil terus memecut laju
hehe,,

Tuesday, October 29

keuntungan apabila harga gula meningkat


Mengikut perbentangan budget negara baru-baru ini, tahun 2014 merupakan tahun permulaan kearah Malaysia yang lebih mahal. Ramai pakar-pakar ekonomi negara yang hanya belajar sampai UPSR menyokong penuh budget baru negara. Mereka sependapat bahawa budget ini sekali gus dapat mempertingkat hasil negara lalu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Hal ini jika difikirkan secara logik memang ada benarnya.

Seorang pelancong Amerika datang ke Malaysia lalu makan di kedai mamak 24 jam. Oleh kerana tertarik dengan penangan cerita mengenai kelazatan kombinasi antara roti canai dan teh tarik, pelancong tadi mengorder makanan tersebut.

Selepas dapat roti canai dan teh tarik. Pelancong tadi pun makan dengan gaya berahi.

* * *
Selang beberapa puluh minit.

" wahhhh..... so delicious this one and this one also", puji pelancong amerika tadi sambil tangan tunjuk tanda good kepada macha yang sedang lap meja sebelah.

Selesai puji, pelancong tadi suruh macha yang lap meja tadi kira harga makanannya.

Macha tadi buat perkiraan harga makanan dari dalam otak.

" Total... RM 26.50,sir" ujar macha tadi.

Pelancong tadi terdiam.

Dalam hati dia mencarut,
"fcuk, fcuk, fcuk"

hehe...

Itulah penangan kenaikan harga gula. Secawan teh tarik bersamaan RM 20.50. Roti canai kosong RM 6.00.

Jadi mulai hari ini aku tengah gigih search-search resepi teh tarik n roti canai.

Ingat nak bukak kedai mamak gak satu. :)

Monday, October 28

Long Tungan dan maxis



Tahun 2013 merupakan tahun pertama Kampung Long Tungan mempunyai line  untuk telefon jenis tangan. Line pertama yang berjaya menjejakkan kakinya di kampung Long tungan adalah dari rangkaian Maxis.

Aku rasa bersyukur.

Jadi kepada awek-awek diluar sana yang cun-cun sahaja, bolehlah kol dan message aku untuk merapatkan silaturrahim.

hahaha.


Glosari :
Telefon tangan = handphone


Kalau awek aku baca ni, konfem kena bebel 7 hari.

syhhhh,,,,hehe

Thursday, September 26

hidup aku sebagai guru

Tadi aku cuba beberapa kali memasukkan data log in dan password untuk blog. Lepas berjaya aku perhati keadaan semasa blog aku.

"Lama jugak tidak update".

Aku mula senyum, lalu menyimpulkan ia disebabkan bebanan tugas guru semasa.

"Patut ramai cikgu komplen keje cikgu banyak".. hehe

Friday, August 23

Hati Lelaki Mesti Berani

Aku tengok jam Casio di tangan tunjuk pukul 11.42 malam. Aku baru selesai menonton filem The Conjuring. Selepas selesai menonton aku biar lampu terus tertutup sambil aku tuju ke tempat untuk bancuh kopi. Dalam kegelapan yang tidak seberapa aku raba-raba cari kopi lalu bancuh dalam cawan baru free beli Milo.

Selesai bancuh aku duduk di satu sudut berdekatan tingkap. Dengan angin malam sambil ditemani hidup memang tenang. Jadi dengan jiwa yang tenang aku mula memikir jauh. Aku mula fokus untuk memikir. Apabila sudah fokus, aku mula memikir pasal,

"Agak-agak malam ini aku nak tidur seorang dalam bilik atau menyelinap curi-curi tidur dalam bilik kawan".

Seram sial The Conjuring tadi.

Wednesday, August 21

quote that suits me right now

KEEP CALM AND WHEN RAJIN I WILL POST SOMETHING

Thursday, August 1

Mc Donald

Perjalanan puasa aku makin tampak perubahan positif. Semalam aku tidak bangun bersahur, hari ini aku bangun. Dalam kesejukkan awal pagi, aku panaskan badan dengan secawan kopi o serta diselami beberapa keping biskut mayat.

Aku bersahur agak perlahan. Hal ini terjadi bukan sebab aku mengamalkan amalan permakanan bersopan-santun, tetapi kerana biskut mayat merupakan menu yang membosankan. Memandangkan tiada kedai 7eleven berdekatan, aku meneruskan adengan makan biskut mayat dari hari ke hari.
 
Selesai makan. Aku tidur.
Sebelum tidur aku ada pasang satu niat.

Aku plan nanti dah keluar dari sekolah masa cuti, ingat nak bersahur di McD. Pastu ambil gambar burger upload instagram dengan caption,

"Alhamdulillah rezeki saya hari ini"

Sweet sangat.hehe..

Monday, July 29

Pindah rumah memang letih

Hujung minggu lepas aku sibuk angkat barang pindah rumah. Aku berpindah rumah yang baru kerana mahu menikmati angin baru dari belah selatan yang hanya boleh diperolehi daripada rumah itu. Rumah yang aku berpindah ini telah ditinggalkan buat masa yang lama. Jadi keadaannya usang dan menyeramkan.

Jadi sebelum berpindah, aku dengan Apin berusaha keras membersihkan rumah biar boleh beri nikmat masa tidur nanti. Aku menyapu lantai, Apin pula mengosok lantai guna berus. Kerja-kerja mencuci lantai ambil masa 3 jam. Ruangan yang di kaver hanyalah ruang tamu dan dua bilik kami. Dapur dan bahagian lain kami biar untuk buat di lain hari.

Selepas selesai aku rasa letih, bertambahan pula sekarang di bulan puasa. Aku duduk rehat diberanda rumah sambil  telan air liur kasi hilang haus.  Sedang-sedang aku menelan air liur seekor burung terbang depan lalu hinggap di beranda rumah tidak jauh dari aku.

Aku pandang burung tadi. Burung tadi juga balas pandang.

Kemudian Aku ubah pandangan aku, kepada pandangan penuh nafsu mahu makan burung tadi.

Burung tadi mula tak sedap hati, lalu terbang meninggalkan aku.

"Keh,keh,keh...tahu takut" 


Friday, July 26

Hantu Raya

Suasana pagi agak sejuk dan suam-suam. Memang sedap untuk terus tidur. Dengan mata sipi-sipi masih ngantuk aku tengok jam di tangan.

"Pukul 7.46 pagi"

Aku dah lewat!

"Budus punya alarm tak kejut aku bangun", maki aku kepada telefon yang betul-betul terletak sebelah telinga.

Aku tengok skrin telefon, alarm telah berbunyi pada waktu sebenarnya ia patut berbunyi. Aku tetap maki telefon, kerana bunyiannya tidak dapat mengejutkan aku.

Aku gegas tanggal pakaian dan capai tuala. Aku mandi gaya Usain Bolt, laju, tegap dan tetap memberikan kepuasan. Selesai mandi aku terus bersiap lalu jalan kaki pergi sekolah.

Aku terus masuk kelas tahun 4. Selepas sesi ucapan selamat pagi antara guru dan murid, aku memulakan bicara.

"Cikgu minta maaf sebab lambat masuk kelas kamu. Saya tertidur tadi"

Murid tampak faham dan menerima alasan cikgunya. Kemudian mereka bersedia untuk belajar Matematik dengan mengeluarkan buku teks. Tiba-tiba seorang murid angkat tangan ingin menanyakan soalan.

"Cikgu apa yang membuatkan cikgu tidur nyenyak tadi?"

Keh,keh, keh., aku senyum dan pandang semua murid-murid.

Dengan muka riak aku jawab,

"Cikgu mimpi hantu, syok tidur kalau mimpi hantu"

Murid kagum dengan kehebatan gurunya.


Thursday, July 25

Kaki Retort



Duduk di pendalaman, menonton televisyen adalah merupakan antara rutin utama. Aku lebih banyak menonton siri-siri cerita  diskaveri di tayang Astro dalam channel 501 hinggan ke 506. Antara cerita yang aku duduk khyusuk layan adalah siri "Breakout".

Kadang-kadang sambil menonton aku musykil, macam mana banduan-banduan ini boleh reka alatan-alatan super berguna dalam meloloskan diri. Padahal aku yakin, mereka ini kebanyakkan selalu ponteng sekolah. Paling-paling baik pun tidur masa kelas Sains.

"Macam mana depa boleh reka berus gigi jadi spanar buka saiz 22?"

Aku tetap musykil.

Petang tadi, jawapan aku tunggu-tunggu telah tiba. Sedang aku pening fikir macam mana nak rakam video dengan stabil, jawapan telah jatuh dari langit.

Petang tadi dengan memakan beberapa masa dan serta diselangi makian sendiri, aku telah ubah kaki retort jadi video stabilizer. Oleh itu, projek aku untuk buat filem sudah boleh bermula.

Aku harap filem aku akan curi-curi masuk panggung raya nanti. Boleh aku dapat duit melancong pergi negara Arab.

"Depa kata nasi sana sedap"

Tuesday, July 23

Menyambut Besday Orang Besar

Jam sekarang menunjukkan pukul 12 malam. Aku tengah layan game bola FIFA 13 dengan penuh keterujaan. Andrenalin aku keluar laju sambil mengemudi pasukan Malaysia patch menentang Chelsea. Hasil tangan aku, pasukan Malaysia dapat memberikan tentangan hebat kepada Chelsea berbanding kendalian Rajagopal baru-baru ini. Mengikut statistik, pasukan Chelsea hanya beberapa kali sahaja dapat memasuki kotak penalti Malaysia bawah kendalian aku, namun penyudahnya mudah diselamatkan keeper Malaysia.

Sedang aku syok-syok layan game bola, tiba-tiba alarm henpon berdering tanda reminder lalu. Aku pause game bola sebentar lalu bergerak ke arah henpon yang terletak di bucu katil yang mana sipi-sipi mahu jatuh bawah.

Aku tenung skrin henpon tuju reminder yang berbunyi tadi.

" Besday Najib Tun Razak"


"Aku perlu wish dia ni. Biar aku jadi orang pertama wish dia ", keputusan aku dalam hati.

Jadi aku skrol-skrol kontek henpon cari nama Najib. Lepas jumpa aku message dia seikhlas hati.

"Di bulan mulia, di hari mulia, cer cube bagi bonus tahunan banyok-banyok sikit. Gua amat memerlukan kerna ada projek lain macam tahun ini. Happy Birthday Jib."


Thursday, July 18

pengalaman aku memorehkan berita

Suasana puasa di Kampung Long Tungan agak tenang. Aku berpuasa ditemani dengan keriuhan dari burung dan bunyi-bunyi daun pokok.

Pada malam semalam lepas solat terawih aku terasa nak pekena moreh. Jadi aku buat keputusan untuk pekena moreh gaya buat sendiri. Aku cadang nak buat sejenis makanan timur, resepi turun temurun Melayu. Bak kata-kata orang Melayu lama, biar mati anak, jangan mati makanan.

 Aku ambil tepung dalam tupperware, lalu bancuh ngam-ngam dengan air. Selepas itu aku kacau adunan biar sampai sesuai jadi cekodok. Jadi malam itu aku bermorehkan cekodok tepung ditemani air kopi nescafe. "Perfect match!", ujar aku dalam hati.

Aku makan cekodok tepung diselangi air kopi sambil menonton berita. Aku menonton berita orang putih tv 3 jam 12 malam. Aku lebihkan menonton daripada makan sebab fokus pada berita. Walau pada malam itu pemberita kurang sembang pasal bola, dan lebih pasal politik.

Aku tetap kekal fokus.

Setelah beberapa puluhan minit, akhirnya berita tamat. Selesai saja berita aku terus tutup tv dengan nada sidikit emosi.

Seraya dalam hati aku maki kerajaan,

"Padia buat berita sampai sejam, kalau tak umum bonus untuk raya".

Bazir masa betul.

Monday, July 15

Benda Paling Ringan


"tet, tet, tet............

Dalam mamai-mamai, jari aku cuba tekan button stop alarm dengan tepat. Beberapa kali cubaan akhirnya alarm dari hp berhenti berbunyi. Aku bangun untuk menjalani sahur dengan nada berat.

Aku tuju dapur buat milo. Jadi pada pagi yang sejuk dan tenang itu, aku bersahur air milo dengan beberapa keping biskut. Selesai bersahur aku buka laptop untuk cubaan menunggu subuh.

Aku tengok jam tinggal 15 minit lagi untuk subuh. Aku buka facebook baca status orang lain. Status kawan-kawan kebanyakkan pasal kesyukuran dapai menunaikan sahur.

"Boring", ujar aku dalam hati.

Secara spontan aku biar facebook terus update status baru dan aku pekena tidur.

Selang beberapa masa, aku pun bangun. Aku tengok jam. Akhirnya aku sedar kata-kata Imam Ghazali.

"Benda paling ringan adalah meninggalkan solat"

:)

Monday, July 8

Perubahan



Hari ini aku pergi sekolah dengan perasaan bateri penuh. Jarang-jarang kerja Hari Isnin aku nak cergas macam hari ini. Aku capai beg galas, lalu jalan kaki pergi sekolah. Di perjalanan dari kuarters ke sekolah aku terserempak dengan tukang kebun sedang sibuk cantas-cantas bunga. Aku pandang tukang kebun tadi dengan senyuman manis.

"Selamat pagi makcik, acane? Sihat ke?", sapa aku kepada makcik tukang kebun tadi.

Makcik tadi membalas soalanku sambil senyuman lebar. Selesai itu aku meneruskan perjalanan ke sekolah. Di perjalanan juga aku terserempak dengan tukang masak, pembantu asrama dan guru-guru lain. Setiap seorang aku tegur selamat pagi serta menanyakan kesihatan mereka. Rata-rata mereka menjawab persoalanku dengan positif. Hati aku tenang kerana kawan-kawan sekerja aku sihat.

Selepas sampai sekolah, aku duduk di meja dalam bilik guru. Sedang aku belek-belek buku kehadiran murid Apin datang menghampiri aku.

"Geng, apesal aku tengok kau hari ini lain. Baik semacam je, tak macam selalu?

Aku senyum kepada Apin. Dengan penuh lemah lembut aku membalas,

"Syukur........... ini perubahan menyambut Ramadhan"

Hahaha.... Apin gelak terbahak-bahak